Rabu, 30 September 2009
PRK Bagan Pinang...Calon Kamekaze PAS Tertelan Kapur Barus!!!
Seperti yang dijanjikan, PAS telah pun mengumumkan calon mereka malam tadi di Pentas DAPig dengan kehadiran pemimpin dan pengikut Pakatan Rosak dari luar yang tak sampai 500 orang. Peniaga yang tiba-tiba digelar ustaz Zulkifli oleh kuda-kuda belang taksub PAS jelas menampakkan riak muka yang kusam kerana menyedari bahawa beliau hanya akan menjadi kambing hitam PAS didalam PRK Bagan Pinang ini.
PAS tahu, malah pemimpin Pakatan Rosak yang lain juga sedar bahawa laluan sukar dan suram akan terus menyelubungi kempen mereka kali ini. Mereka tahu bahawa Bagan Pinang bukannya tempat untuk mereka berdendang dan menari dengan rentak yang mereka sukai.
Mereka masuk ke gelanggang PRK ini hanya semata-mata mahu bertanding, mahu menyusahkan, mahu memecahbelahkan perpaduan di Bagan Pinang, mahu menabur fitnah, mahu memaki hamun seperti mana yang berlaku malam tadi apabila pentas memperkenalkan calon seperti biasa di jadikan platform untuk mengutuk dan menabur fitnah! Jenis Iblis sakit itu lah kerjanya...Apa nak heran!
Bagi Ketua Penerangan UMNO, YB Ahmad Maslan beliau meletakkan PAS sebagai parti yang merelakan diri mereka dilacurkan oleh DAP dalam meraih sokongan pengundi bukan melayu terutama kaum cina.
'Tan Sri Isa anak tempatan, arwah isteri beliau juga berasal dari situ, beliau dibesarkan di situ, 30 tahun menjadi wakil rakyat, 22 tahun menjadi MB, banyak jasanya kepada penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang khususnya dan seluruh rakyat Negeri Sembilan Amnya, Rakyat di Bagan Pinang tidak sabar-sabar untuk memenangkan calon pujaan mereka bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan Tan Sri Isa selama ini' -kata YB Ahmad Maslan.
Kempen UMNO dan BN berjalan seperti biasa, penuh dengan pujukan dan rayuan, tiada maki hamun, fitnah, menimbulkan pergaduhan jauh lagi merosak perpaduan seperti amalan Pakatan Pembangkang dalam setiap pilihanraya.
Laungan take beer malam tadi juga kedengaran tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana orang ramai semakin faham dan tahu bahawa agama bukannya sesuatu yang boleh dibuat mainan. Bukan macam Nik Aziz yang boleh menilai sembahyang seseorang serta memberi jaminan syurga kepada pengikut mereka....gila betul la!
Sendiri Mau Ingat!
Eden Undi BN!
Hidup UMNO!
Selasa, 29 September 2009
PRK Bagan Pinang...Ngauman ISA Membuat PAS Menggelupur...!
Dihadapan Lebih 10,000 orang di Batu 6, Port Dickson petang tadi, YAB Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan calon Barisan Nasional. Calon yang dinanti-nanti, ditunggu-tunggu, anak tempatan yang dimahukan oleh seluruh rakyat dan pengundi DUN Bagan Pinang iaitu Tan Sri Isa Samad.
Dalam UMNO dan BN begitu bersemangat, berpeluh dan teruja untuk memulakan kempen bagi mempastikan kerusi Bagan Pinang KEKAL MILIK UMNO Dan BN didapati PAS yang ditunggangi oleh Anu-war Aljuburi, DAP dan PKR turut sama berpeluh dan berkeringat kerana ngauman dan Laungan Nama Tan Sri Isa petang tadi jelas menunjukkan mood dan kehendak pengundi untuk mempastikan kemenangan Tan Sri Isa dalam PRK ini begitu tinggi dan berkobar!
Mereka yang datang petang tadi terdiri dari penduduk dan pengundi Bagan Pinang pelbagai kaum dan keturunan begitu gembira apabila calon kesayangan mereka akhirnya diletakkan oleh pucuk pimpinan dan secara langsung membuktikan bahawa slogan 'Rakyat didahulukan' benar-benar berjaya diamalkan.
Mereka juga sudah menjangka bahawa Pakatan Rosak akan cuba untuk memesong dan memutar belit apa jua isu terutama isu peribadi calon BN ini. Namun jika itu usaha dangkal dan sempit yang cuba dibawa oleh PAS dan Pakatan Rosak ianya hanya akan menambah benci dan membuatkan mereka akan lebih mudah ditolak oleh pengundi. Ini kerana bagi pengundi, Tan Sri Isa sebagai pemimpin berjasa di peringkat negeri dan pusat telah membuktikan selama ini bahawa beliau benar-benar pemimpin yang mampu membela nasib rakyat, mesra dan mudah didekati. 'Usaha memburukkan Tan Sri Isa hanya kerja sia-sia ibarat meludah ke langit' kata seorang pengundi ketika ditemui tadi.
Apapun kita tunggu calon yang akan diumumkan oleh PAS di pentas DAP malam ini. Bagi Pas calon mereka ialah calon Bunuh Diri, calon yang akan dihanyutkan oleh ombak laut Port Dickson jika berlaku pertandingan 11 hb Oktober akan datang InsyaAllah.
Apapun kita akan menyaksikan pelbagai drama dan skrip baru terutama dari Tok guru Nak Abis, Nik Ajis serta ulama dalam semak PAS yang lain serta helah dan tipu daya Anu-war Aljuburi serta anjing-anjing DAP dan PKR yang pastinya menyalak untuk menarik perhatian...anjing menyalak bukit! Apa nak heran!
Eden Undi BN!
Hidup UMNO!
Ahad, 27 September 2009
PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?
Semalam kawan berkesempatan turun ke Bagan Pinang bersama teman-teman bloggers. Mengikuti program sambutan hari raya UMNO Cawangan Bagan Pinang. Kehadiran lebih 1000 orang di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang jelas menampakkan muafakat dan silaturahim yang terjalin cukup akrab dan mesra.
Tetamu kehormat malam tadi ialah Tan Sri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang serta 'calon pujaan' yang di mahukan oleh rata-rata orang ramai yang penulis temui di dalam majlis tersebut.
Lebih 2 minggu ni banyak sangat komen-komen yang sebenarnya mendedahkan keburukkan dan kelemahan parti. Apabila penduduk Bangan Pinang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Isa sebagai calon maka timbul pula penolakan secara terang dan terbuka yang dipelopori oleh bekas PM yang mahukan calon lain diketengahkan. Apapun dilihat UMNO lebih gemar bersengketa sesama sendiri berbanding parti lawan yang diberitakan masih lagi 'kalut' untuk mencari calon yang mampu menggugat UMNO dan BN pada 11 November depan.
Pemimpin UMNO perlu fokus! PRK Bagan Pinang ini merupakan titik tolak kepada jatuh bangunnya UMNO dan BN dalam persada politik tanahair. Jangan dijadikan perkara titik bengik menjadi duri yang sentiasa mencucuk semangat dan perpaduan parti.
Benar bahawa faktor calon merupakan kayu ukur dalam setiap Pilihan raya seperti mana yang berlaku didalam PRk Permatang Pasir bulan lalu, namun isu yang lebih luas menjadikan UMNO dan BN ditolak dalam setiap PRK yang lepas juga perlu diberikan perhatian.
UMNO dan BN perlu 'cerdik dan pantas' menjawab dan memainkan isu...bukannya memberikan pembangkang modal untuk terus melacur isu yang UMNO dan BN sendiri cipta.
Apakah dengan mengenepikan Isa akan menambah peluang dan ruang untuk mempertahankan kerusi DUN Bangan Pinang? Kalau benar silakan...kerana diberitakan Mohamad Hassan sendiri mempertaruhkan jawatan nya sebagai MB jika BN kalah dalam PRK ini.
Tapi kalau benar bahawa Isa merupakan calon yang mampu untuk mempastikan UMNO dan BN mempertahankan kerusi tersebut, maka kepimpinan UMNO perlu berlaku adil dan berlapang dada menerimanya...Yang penting ialah Kemenangan UMNO dan BN!
Apapun dan siapapun calon UMNO dan BN nanti...yang jelas Pembangkang PAS, DAP dan PKR tetap akan menaburkan dakyah dan fitnah untuk menarik sokongan pengundi agar mengundi mereka. Itu kerja mereka dan UMNO dan BN tidak perlu terperangkap dengan slogan calon bersih yang dicanagkan oleh mereka sedangkan hakikatnya pemimpin pembangkang lah yang jelas ramai dan terbukti bahawa ada antara mereka yang pernah didakwa, dipenjara dan bergelar penjenayah. Apa nak heran!!!
Dalam pengamatan penulis semalam apabila berbual dengan pemandu-pemandu teksi yang begitu bersemangat mahukan Tan Sri Isa ditambah pula dengan laporan dari pegawai Kemas dan Penerangan jelas bahawa Isa antara calon yang bukan mudah untuk ditumbangkan oleh pembangkang. Kelebihannya ialah beliau bukan sahaja dikenali malah beliau mengenali pengundi-pengundi di Bagan Pinang...
Kepada kepimpinan UMNO dan BN, ada desakan dari pengundi-pengundi Marhaien yang mahukan agar Isa dicalonkan kerana bagi mereka ini ialah kehendak penyokong akar umbi parti dan majoriti rakyat dan pengundi...itu pun kalau benar-benar rakyat di dahulukan....!!!
Lu fikir La sendiri!!!
Khamis, 17 September 2009
Seloka Hari Raya...
Raya datang lagi
Budak-budak paling suka hati
Main mercun sampai hilang jari
Mak bapak jugak yang susah hati
Raya datang lagi
Ini masa berbelanja ikut hati
Tak cukup poket ATM dia orang pergi
Sebab dia kata raya setahun sekali
Raya datang lagi
Semangat tinggi semua barang nak diganti
Kasi habis semua duit gaji
Lepas raya sengih memanjang nampak gigi
Raya datang lagi
16 September tinggal lidah dan gigi
Cari helah nak tipu apa lagi
Sebab kuda belang dahaga fitnah, bohong dan janji
Raya datang lagi
LGE kata najib susah dia nak ganti
Rakyat semakin marah dia pun dah ngeri
Tak sampai PRU 13 DAP Penang kena cabut lari
Raya datang lagi
PKR Selangor dah macam sapi
Kehendak rakyat Khalid tolak tepi
Nasihat dan puji cuma untuk Ronnie
Raya datang lagi
PAS dah terbelit makin susah hati
Calon Bagan Pinang macam kena hukum mati
Pengundi dah tunggu calon PAS dia orang nak kasi mandi
Raya datang lagi
Perpecahan PAS bukan rahsia lagi
Nak ikut Presiden tido yang cuma tahu maki
atau nak ikut nik aziz sesat yang syurga dia boleh gerenti
Raya datang lagi
Semoga berjumpa Ramadhan lagi
Agar keberkatan kekal didalam diri
Iman dan amal itu lah jaminan yang hakiki
Raya datang lagi
Maaf dipinta pengganti diri
Buat kekawan jaga lah diri
Apa jua yang kita buat biarlah sederhana dan tak nyusahkan diri
Sendiri Mau Ingat!
Rabu, 16 September 2009
Pemergian Bonda Tercinta...
Walaupun Sedih dan Pedih atas Kehilangan Ibu Tersayang pada 6hb September 2009 yang lalu, Penulis Redha dan Bersyukur kerana pemergiannya di dalam Ramadhan Al Mubarak ini Insyaallah akan menempatkannya bersama-sama orang mendapat rahmat, keampunan dan jaminan Syurga Allah Insyaallah...amin.
al - fatihah kepada Bonda ku..Hajjah Radin Faridah Radin Ahmad
al - fatihah kepada Bonda ku..Hajjah Radin Faridah Radin Ahmad
Jumaat, 4 September 2009
Tarbiyah Melayu PAS, PKR dan DAP Kepada Anak-Anak Mereka!!!
Dalam duduk termenung ni terfikir pulak macam mana agaknya kuda-kuda belang PAS, PKR dan DAP yang berbangsa Melayu dan Beragama Islam mentarbiyah anak-anak mereka.
Nak memberitahu anak-anak mereka akan asas perjuangan politik sempit, rosak, sanggup menggadai maruah dan menjual agama dan mengkhianati bangsa.
Susah tu..Nak menukar kebenaran kepada pembohongan! Menukar yang hak menjadi bathil! Mau tak susah...puas penulis nak 'berlakun' tapi tak dapat la...mungkin sebab ianya tidak datang dari hati, jiwa, perasaan dan minda murni penyokong UMNO dan pendokong BN!
Macam mana mereka boleh bergambar sekeluarga sambil tersenyum gembira di Dataran Putrajaya setelah menjelir lidah dan air liur menyokong untuk menjual dan melelongnya dahulu?
Macam mana mereka mampu berdepan dengan anak-anak yang diajar di sekolah untuk menghormati Institusi Raja-Raja sedangkan mereka sanggup berbaring mengherdik dan menghina Raja-Raja?
Macam mana mereka boleh tersengih didepan anak-anak apabila mengisi borang bantuan pendidikan baik buku teks, biasiswa, permohonan melanjutkan pelajaran dll lagi sedangkan dalam waktu yang lain menepuk meja menghentak kepala mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang mereka hirup itu perlu dihapuskan?
Macam mana mereka tergamak menyatakan bahawa ajaran tok guru sesat yang mengatakan tuhan mencarut dan boleh berkawan dengan setan itu baik dan betul sedangkan anak-anak tidak diajar sedemikian?
Macam mana agaknya mereka boleh selamba bodoh apabila mencekik lauk pauk yang dihantar oleh jiran tetangga sedangkan makan sembelihan orang bukan sealiran dengan nya hukumnya haram?
Macam mana mereka dengan tidak tahu malu menggunakan kereta nasional, lebuh raya dan jambatan Pulau Pinang dll sedangkan satu waktu dahulu mereka menjaja seluruh pelusuk kampung dan pekan bahawa itu semua pembaziran?
Banyak lagi kalau nak cerita, cuma penulis rasa hanya mereka yang 'ahli' atau 'pro' sahaja mempu berdepan dengan anak-anak mereka untuk mengatakan yang itu kan POLITIK..
Sebab penulis teringat kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz kepada Ahli Parlimen Besut - YB Hassan 2 penggal yang lalu di parlimen apabila ditanya:
Apakah salah UMNO membela Agama?
Apakah salah UMNO membela Bangsa?
Apakah salah UMNO membela Negara?
Jawab YB Hassan - tidak,
Soalan YB Datuk Mohamad Aziz - jadi kenapa anda tentang apa yang UMNO buat?
Jawab YB hassan - itu kan POLITIK...
Apapun penulis berdoa agar penulis menjadi bapa yang mampu mentarbiyah anak-anak dengan betul, benar dan ikhlas tanpa mempolitik kan anak-anak penulis.
Penulis juga bersyukur kerana ibu bapa penulis tidak tergolong didalam golongan kuda-kuda belang Pembangkang yang menentang UMNO yang jelas membela Agama, Bangsa Dan Tanahair...Syukur Alhamdulilah.
Kesian dengan anak-anak dia orang yer...dan yang lebih sedih ialah ibu bapa mereka kerana melahir dan membesarkan anak yang begitu sifatnya...sedarlah!
Lu fikir La Sendiri!!!
Khamis, 3 September 2009
Apabila Melayu Bermaruah & Merdeka Ditentang Melayu Baruah Yang Di Jajah...
Sebagai Orang Melayu Yang Bermaruah dan Merdeka, tentunya kita resah, gelisah dan marah dengan apa yang berlaku didalam negara mutakhir ini. Dengan perpecahan politik Melayu yang begitu membarah, kuasa melayu yang ditepi lurah, kebejatan toyol-toyol politik yang semakin biadap dan kurang ajar, semuanya cukup menyesakkan dada dan buat mata merah.
Orang Melayu sedang dihimpit dan didesak dengan begitu hebat mungkin sama hebat dengan suasana di tahun 1824 apabila Jatuhnya kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis. Tapi waktu itu kita hanya berdepan dengan musuh yang berada diluar dan musuh hampir berputus asa jika tidak dibantu oleh pengkhianat bangsa yang membuka pintu Melaka.
Hari ini suasana itu juga tidak jauh beza, malah ianya lebih dahsyat kerana wujudnya pengkhianat bangsa yang terang-terang ingin mencampakkan kuasa Melayu ke parit. Bersekongkol dengan mereka yang jelas iri dan dengki dengan kekuasaan melayu yang selama ini memberikan naungan nya memayungi hidup rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, agama dan kepercayaan.
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan hidup yang dikecapi dibawah naungan Raja dan kuasa Melayu selama ini seolah-olah tidak wujud sama sekali selepas mac 08. Pelbagai dakyah dan usaha jahat untuk menyesatkan pemikiran rakyat dilakukan dengan penuh biadap dan terancang.
Kuasa yang mereka miliki dalam PRU 12 yang lalu bukannya platform untuk membangunkan negara dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat malah merupakan tiket untuk meneruskan agenda rampasan kuasa atas nama demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan.
Institusi Raja dihina, Perlembagaan diketepikan, Undang-Undang di permainkan, Agama Islam diperlekehkan, Bahasa Melayu dinafikan, sikap biadap berleluasa, sensitiviti umat tidak dijaga, ini semua kerana politik! Yang lebih malang pengkhianat-pengkhianat bangsa dan pelacur agama ini secara terang dan begitu agresif melakarkan sejarah untuk tantapan dan kencingan anak cucu mereka kelak.
Hakikatnya cukup lah! Orang Melayu tidak perlukan ini semua! Kebangkitan Melayu perlu di Jana! Perpaduan bangsa mesti digerak! Orang Melayu jangan hanya tahu memotong bawang dirumah, Jadikan lah diri tukang pemotong daging atau pemotong kayu, Orang Melayu perlu berani menjadi penyabit rumput kalau pun tidak mampu menjadi pemburu rusa! siapkan diri! bukan untuk kita tapi demi anak cucu kerana mereka tidak pernah berdosa!
Melayu yang Bermaruah dan Merdeka tidak akan pernah mengenal sikap bacul dan putus asa! sediakan perahu! sediakan dayung! kerana hujan yang melanda kini tidak menampakkan yang ianya akan reda, takut-takut banjir kelak sekurang-kurang kita sudah bersedia....InsyaAllah.
Kepada Allah Berserah!