Rabu, 30 Jun 2010

Betul Ke Tee Keat Nak Masuk PKR...!!!


Berita terbaru berlegar kuat mengatakan yang bekas Presiden MCA ni nak masuk PKR. Semalam sewaktu YB Dato Rahim Bakri Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan menggulung beliau telah ditanya oleh beberapa Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang berkenaan harga pembelian EMU yang dikatakan 'jauh' darpada harga pasaran yang sebenar.

Ada cerita disebalik pembelian EMU ini, dikatakan pembelian ini dibuat hanya beberapa hari sebelum Menteri yang kalah kepada pelakon lucah dalam mengekalkan jawatan Presiden parti itu berhenti.

Ada yang mengatakan bahawa harga pembelian ini jauh melebihi harga pasaran sebanyak 500 juta ringgit. Wow! kalau betul lah khabar ini maknanya ada pihak yang 'kenyang' dengan 'hasil' dari 'rompakan' dalam pembelian EMU tersebut.

Adalah perlu pihak kerajaan menarik balik persetujuan yang telah dikeluarkan serta menyiasat dengan teliti keseluruhan kontrak pembelian ini... Kerajaan masih ada masa untuk menidakkan 'rompakan' yang bakal berlaku ini.

Apabila timbul isu pembelian ini di Parlimen semalam, tiba tiba pagi ini timbul pulak cerita yang bekas menteri pengangkutan ni nak masuk PKR...
Barua punya Tee Keat! selama ni bukan main 'kenyang' dengan kuasa yang ada ditangan dan apabila disingkirkan oleh partinya serta tidak mengganggotai kabinet timbul pulak cerita nak melompat.

Kalau betul lah cerita ni maknanya Tee Keat ni masih lagi berangan nak jadi Menteri dengan angan angan Peliwat Malang akan duduk di Putrajaya. Kalau benar berlaku maknanya jelas lah jenis barua, pengkhianat dan jahat begitu subur dan hidup dalam dirinya...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 28 Jun 2010

Parlimen...Kerajaan Diminta Menimbang Semula Pembinaan Jambatan Menggantikan Tambak Johor!!!


Parlimen pagi ini sekali lagi membangkitkan isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Haji Mohamad Haji Aziz telah membangkitkan isu ini didalam soalan tambahan Kementerian Luar Negeri yang dijawab oleh YB Timbalan Menteri YB Richard Riot.

YB Datuk Mohamad Haji Aziz dalam persoalannya telah membangkitkan titah ucapan Tuanku Sultan Johor didalam majlis perasmian JB Central tempoh hari. Beliau menegaskan bahawa isu pembinaan menggantikan Tambak Johor yang sedia ada merupakan kehendak dan hasrat seluruh rakyat Johor dan ianya diperkuatkkan lagi dengan titah Sultan Ibrahim.

Beliau menambah agar Pihak Kerajaan memasukkan isu pembinaan jambatan lurus atau bengkok bagi menggantikan Tambak Johor itu didalam pakej rundingan antara dua negara diantara Malaysia dan Singapura.

Akan Kaji lagi...

Ahad, 27 Jun 2010

Khalid Gagap Masuk Dap !!!


Azmin Ganti Abdul Khalid Terajui PKR Selangor

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan di peringkat negeri... selain itu kita turut melantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Wilayah Persekutuan," kataPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini hari ini.

Komen

Hari ini sekali lagi Azmin membuktikan bahawa faktor beliau sebagai 'bini' punasihat keadilan begitu 'power' hingga berjaya mengenepikan si gagap yang berjawatan MB... bagi Azmin jawatan MB itu jugak bakal menjadi miliknya selepas ini...tunggu!!!

Madu kepada Presiden Keadilan itu telah diberikan lampu hijau untuk mengatur percaturan politik negeri Selangor dengan lebih jelas dan nyata tanpa bayangan si khalid gagap...

Jelasnya khalid gagap bukanlah pilihan PKR terutama di Selangor! itu sebab khalid telah diberikan 'moral' untuk menjaga Kuala Lumpur bersama sama Zaid peminum arak berkuda yang dilantik sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan...walhal usaha Azmin untuk mengeluarkan Khalid gagap dari Selangor nampaknya telah berjaya setakat ini!

Bagi khalid gagap, penolakan PKR keatas nya juga bukan lah sesuatu yang menimbulkan beliau bergundah gulana kerana setakat ini eli telanjang dan tuhan politiknya dari DAPig sentiasa berlapang tubuh badan untuk melantik nya sebagai 'ketua' didalam DAPig selagi beliau layak bergelar kuda tunggangan dan kuda belaan yang mampu menghakis kuasa melayu disamping menguatkan kuasa politik cina komunis di Selangor khususnya dan seluruh negara amnya...

Tunggu masa jer khalid gagap masuk DAPig...lepas tu nizar komunis pun ikut lah di perak!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 26 Jun 2010

Teruskan Pembinaan Jambatan Bengkok...


Titah Tuanku Sultan...

Timbang semula pembinaan jambatan ganti Tambak Johor

JOHOR BAHRU 26 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian JB Central dan melancarkan Kembara Mahkota Johor di sini pagi ini.- Utusan

Kata PM...

Kerajaan akan kaji semula jambatan ganti Tambak Johor - Najib

KUANTAN 26 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Akan dikaji,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini.

Komen

Ikut ajerlah titah Tuanku Sultan, Tuanku Sultan Ibrahim menyambung Titah Almarhum Tuanku Sultan Iskandar...Itu juga kehendak dan hasrat majoriti rakyat Johor, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor pun pernah membuat keputusan menyokong pembinaan Jambatan Bengkok!

Kalau dilihat diatas kertas, Johor dan rakyatnya amat bersetuju malah mendesak agar pembinaan Jambatan bengkok atau lurus atau apa jua bentuknya terbina menggantikan Tambak Johor....hanya orang kuala lumpur sahaja yang tidak mahu! hanya orang pusat sahaja yang membatalkannya, hanya orang luar Johor sahaja yang ikut sangat serakah puak Singapork!!!

Singapork hanya akan bersetuju bila pembangunan Wilayah Iskandar di sebelah Teluk Danga sempurna dan lengkap dimana waktu itu selat Johor terutama Selat Danga terlalu sempit untuk dilalui oleh kapal kapal, maka ketika itu kapal kapal ini juga akan terpaksa meminta izin Singapork untuk melalui perairannya....

Orang Johor tahu sangat apa yang sedang berlaku! Orang Johor faham sangat kebejatan dan keangkuhan Singapork!!! Orang KL tahu ker? atau memang dah ada sebelah Singapork!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Anwar Dah Jadi Firaun!!!


Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya
25/06/2010 12:07pm

PUTRAJAYA 25 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kenyataan bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes liwatnya. - Utusan

Anwar sudah jauh sesat sebenarnya! kalau mengikut sejarah dunia, anwar ni boleh lah di golongkan dengan hitler, musollini, stalin malah lebih jauh dari itu Firauan.

Sebab? sebab mereka ini semua sudah tenggelam dengan cita cita jahat mereka. Mereka tidak akan pernah memikirkan akan kesan atas apa yang mereka lakukan. bagi mereka segala hajat dan kehendak tiada batasan mereka tercapai.

Anwar sudah jauh sesat dan menyimpang, awalnya syaitan mungkin hanya menunjuk arah dan tujuan tetapi kini syaitan pula yang diarah untuk melaksana misi jahatnya!

Anwar sudah tidak rasional! atau bahasa yang lebih mudah ialah GILA! Bagi Anwar dia lah satu satunya pemimpin yang mampu dan layak memerintah Malaysia! Bagi Anwar dia PM diwaktu ini. Bagi Anwar kuasa sudah benar benar berada didalam genggaman nya!

Hakikat bahawa beliau kotor, penjenayah, peliwat, pengkhianat, zalim dan yang sewaktu dengannya bukan halangan baginya, Bagi Anwar Itu semua hanya helah untuk membunuh imej nya. Bagi Anwar rakyat sudah berpihak kepadanya! sebarang isu moral dan lain lain bukan ukuran dan perkiraan penting untuk menggapai kuasa!

Anwar akan terus bermain gila! merancang dan bertindak secara gila dan akhirnya GILA yang KEKAL akan terus subur dan hidup didalam dirinya... Gila Anwar! Anwar Gila!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 24 Jun 2010

UMNO Tak Perlukan Puak Wahabi...

UMNO parti berjasa! UMNO telah berjaya mengangkat syiar Islam didalam negara berkembang dengan cukup berjaya! UMNO telah meletakkan kemuliaan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. UMNO telah berjaya menyatukan perpaduan ummah dengan mengikat tali persaudaraan sesama agama dengan iktikad dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah!

UMNO tidak menggunakan agama untuk mencari peluang berpolitik tapi UMNO berpolitik untuk menyubur dan memperteguh agama! itu beza UMNO dengan PAS nik aziz dan haji hadi!

Makanya UMNO tak terdesak dan kebulor dengan cakap-cakap dari rauf si tokey khemah dan shahidan pengikut tegar wahabi bahawa akan ada 100 orang ulama yang bertaraf phd akan menyertai UMNO. bagi puak-puak ini ulama hanya segulung kertas dan ijazah sahaja agaknya, walaupun ulama yang dimaksudkan itu terang terang membawa unsur yang bercanggah dengan ahli sunnah wal jamaah serta bakal mampu merosak dan memecah perpaduan UMNO dan umat Islam secara amnya.

Pemimpin UMNO masih lagi waras dan meletakkan pegangan agama yang dibina selama ini dengan asas kukuh dan utuh melalui fahaman ahli sunnah waljamaah serta menolak lain lain fahaman yang tidak pernah subur dibumi bertuah ini. Biarlah beberapa ekor yang merasakan diri mereka pemimpin UMNO walaupun majoriti ahli UMNO 'meluat' dengan gelagat dan keletah mereka ini...

UMNO sedang merawat dan memulihkan keadaan dengan cukup selesa dan berkesan sekarang... jangan dibawa sebarang unsur baru yang mampu menggugat keharmonian... kerana nak meruntuh cukup mudah dari membina nya, kalau setakat nak menambah ahli dibahagian sendiri serta nak menjadikan puak puak wahabi sebagai sinar untuk bangkit kembali...tak usah la...rentikan laa.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 22 Jun 2010

Sivakurap Gagal Lagi !!!


Sivakumar gagal rayuan saman dakwaan dipukul Ganesan
22/06/2010 6:55pm

PUTRAJAYA 22 Jun – Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V.

Sivakumar gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman sivil terhadap Speaker Perak Datuk R. Ganesan kerana dakwaan menyerang, dipukul dan salah penahanan.

Panel hakim tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K.N. Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail hari ini sebulat suara membatalkan rayuan Sivakumar dan mengarahkannya membayar kos RM20,000.

Sivakumar mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September lepas yang membatalkan samannya atas alasan mahkamah tidak boleh mencampuri apa yang diputuskan oleh anggota DUN Perak di persidangan DUN pada 7 Mei lepas sejajar dengan Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Sivakumar mengambil tindakan undang-undang ekoran insiden 7 Mei lepas dan mendakwa semasa beliau sedang mempengerusikan suatu mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan sahnya menduduki kerusi beliau di persidangan itu, pekerja atau ejen defendan telah menyerangnya dengan menangkap beliau dengan ganas, mengheret dan secara keras mengusirnya dari dewan itu atas arahan defendan.

Beliau memohon ganti rugi dan perintah injunksi bagi menghalang Ganesan atau ejennya daripada menghalang beliau daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai speaker. – Bernama

Sendiri Mau Ingat!!!

Kit Siang Bergaduh Dengan Guan Eng !!!



Ini bukan rahsia lagi... jangan kan orang malah kuda belang DAPig, PAS dan PKR pun dah bercakap depan belakang, siang malam mengenai isu ini... Malah mengikut cerita Guan eng bukan main angin dengan kes 'mak tiri' nya itu.

Dikatakan Kit Siang Malam ini ada affair dengan seorang perempuan cina bernama mummy foo... tak tahu la pulak mummy foo ni ahli DAPig ke tidak! sebab isu 'penyedap' ni bukan nak kira sangat...ahli atau tak...lembu pun kalau pakai gaun Kit Siang Malam boleh 'stim'!!!

Sebab tu bukan main lagi si tua kutuk ni membela Anwar Aljub... sebab berkongsi isu moral rupanya!!! Bagi pembangkang mana ada etika dan moral kan.. itu sebab eli telanjang boleh kekal jadi wakil rakyat walaupun bulu ari ari nya telah berjaya ditonton oleh sebahagian besar makhluk dalam dunia.

Patut la tua kutuk kit siang malam ni nampak senyap sikit sejak akhir akhir ni di Parlimen kerana dikatakan dah ada 'orang' yang 'pegang' beliau... ada bukti kot!!!
Sama sama kita nantikan episod seterusnya....jeng! jeng! jeng!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 20 Jun 2010

MB Bahlol & Membahlolkan...!


Kelantan Lantik 13 Timbalan Exco Kerajaan Negeri

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan, hari ini melantik 13 Timbalan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk meringankan beban tugas anggota Exco biarpun ia akan menambahkan defisit kewangan kerajaan negeri berikutan pertambahan jawatan itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatan timbalan exco baru itu yang diwujudkan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Pada 25 Oktober tahun lalu, ketika pembentangan bajet negeri, Kerajaan Negeri Kelantan dianggar mengalami bajet defisit sebanyak RM29.50 juta pada tahun ini dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM416.88 juta berbanding hasil yang dianggar berjumlah RM387.38 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata defisit bagi tahun 2010 dijangka berjumlah RM29.50 juta berbanding defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta.

Komen

Nik najis sedang mengambil hati ADUN ADUN PAS! beliau tahu bahawa kebencian kebanyakkan pemimpin dan ahli PAS kepadanya, kuda padi belaannya husam kusam serta pengikut tegar erdogan telah semakin memuncak!

Nik Najis tahu bahawa beliau sudah mendapat isyarat yang memperlihatkan dirinya sebagai beban kepada PAS untuk terus berkuasa di Kelantan! Maka sesuatu perlu dilakukan...

Yang jelas nik najis menggunakan kuasa yang ada sebagai MB untuk menyalurkan pendapatan baru kepada ADUN-ADUN nya agar mempunyai lebih 'pitih'.

Yang pasti nik najis berjaya membuatkan rakyat kelantan terus merana dengan kelemahan pentadbiran serta kegagalan menambah sumber pendapatan negeri agar dapat membangunkan negeri dan menampung keperluan rakyat.

Yang sebenarnya nik najis terus terusan mengkhianati amanah yang selama ini diberi oleh rakyat hingga menyebabkan lebih 700 ribu anak kelantan terpaksa merantau keluar negeri terpisah dari keluarga untuk mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.

Yang merana rakyat! yang mengaut keuntungan 13 ekor timbalan exco!

Yang menderita rakyat! yang melaba pemimpin pemimpin PAS!

Yang susah rakyat! yang senang nik najis, sabariah, menantu, husam kusam dan lain lain puak PASrael yang terus memerah hasil masyul negeri!

Bangkitlah rakyat Kelantan! Bangkitlah UMNO Kelantan! bertanggungjawab untuk membela nasib saudara mara kamu yang ramai masih daif dan memerlukan pertolongan! keluarkan Kelantan dari kegelapan dan cengkaman Firaun!!! MB Bahlol!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 19 Jun 2010

Koh Su Koon Bakal Calon BN PRK Batu...


Walaupun Isnin ini Hakim Mahkamah Tinggi akan menjelaskan penghakiman beliau, namun sumber dari Suruhanjaya Pilihan Raya SPR telah menyatakan bahawa denda sebanyak RM2000 itu cukup menjelaskan bahawa Tian Chua telah gugur dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen Batu.

Melihat kepada sejarah Parlimen Batu yang bermula dari tahun 1986, BN telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu dari awal hinggalah tahun 2004 dan tewas pada tahun 2008 ditangan Chua Tian Chang ( Tian Chua ) dengan majoriti 9455 undi. Calon BN ketika itu ialah Lim Si Pin, Ketua Pemuda Gerakan yang juga anak kepada Bekas Presiden Gerakan iaitu Dato Seri Lim Keng Yaik.

Sekiranya benar berlaku kekosongan, pastinya BN akan menurunkan calon dari parti Gerakan dan semoga Presiden parti Gerakan TS Koh Su Koon akan turun sebagai calon.
Sebagai sebuah parti yang dilihat menjaga kepentingan kaum cina dan Su Koon dilihat sebagai jaguh kaum itu dan amat berjaya dalam menjaga prestasi KPI nya maka diharap pemilihan beliau sebagai calon tentunya akan memudahkan 'kerja' BN memenangi hati kaum cina yang menjadi kaum majoriti pengundi di dalam Kawasan pilihan raya Parlimen Batu ini nanti...

Sendiri Mau Ingat!!!

Rabu, 16 Jun 2010

Parlimen !!! Anwar Tonton Eli Makan Aiskrim - Zahrain...


YB Zahrain Ahli Parlimen Bayan Baru sekali lagi 'membantai' Anwar dan puak pakatan haprak didalam ucapan beliau ketika membahaskan RMK 10 pada tengah hari ini...

Antara yang menarik ialah...

'Tan Sri Yang Dipertua,
Cerita diatas kertas melihat kerajaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat. Tiga pendekatan digariskan bagi mencapai matlamat tersebut, berpusat kepada menjana pendapatan rakyat, meningkatkan taraf hidup semasa dengan meningkatkan akses kepada kemudahan asas serta melaksanakan program khusus untuk kumpulan sasara.

Konsesus Bebas menasihatkan Kerajaan Persekutuan JANGAN JADI MACAM KERAJAAN SETAHUN JAGUNG PAKATAN RAKYAT SELANGOR, JANJI TINGGAL JANJI, KALAU AIR DILAUT DIJADIKAN TINTA NESCAYA TIDAK CUKUP UNTUK MENULIS JANJI-JANJI MEREKA.

Apa yang kita tahu, MASAALAH ROMPAKAN DAN LANUN PASIR SEMAKIN MENJADI-JADI DAN MEMUNCAK di Selangor SEJAK PERMATANG PAUH MENJADI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR. Agaknya gaji RM dua ringgit sebulan sebagai Penasihat ekonomi tidak cukup untuk membiyai rumah dan kereta-kereta Permatang Pauh!

Tan sri Yang DiPertua,

Kita sebagai Ahli parlimen sepatutnya memberi sumbangan kepada pembangunan negara, 'contribute to nation building' ( dengan izin ). Aktiviti politicking melampau sepatutnya dihentikan serta merta. Kepentingan dan kebajikan rakyat seharusnya diberi keutamaan.

Namun kelihatan Permatang Pauh masih mempunyai masaalah untuk bersama memperjuangkan hak rakyat. PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN TERUS BELIAU LAKUKAN TANPA SEBARANG RASA MALU DEMI MENCAPAI MATLAMAT MERAMPAS PUTRAJAYA. Bak kata seorang rakan beliau, itulah kelebihan Permatang Pauh, dia LANGSUNG TIDAK ADA MARUAH DAN HARGA DIRI. 'LYING IS SPEAKING TO HIM' kata pepatah Inggeris ( dengan izin ).

SATU NEGARA SUDAH TAHU MENGENAI PEMBOHONGAN DAN PUTAR BELIT BELIAU MENGENAI RAMPASAN KUASA ENAM BELAS SEPTEMBER. Beliau terus MEMBOHONGI KITA DENGAN DAKWAAN ISU APCO, Sebagaimana BANYAK KERENAH DAN TEMBERANG BELIAU UNTUK MELENGAH-LENGAHKAN KES LIWAT BELIAU. Bila SAIFUL BERSUMPAH, BANYAKLAH KELENTONG DIA UNTUK MENGELAK DAN BERSUMPAH. sebagai seorang Islam, sudah tentu kita tiada masaalah untuk bersumpah jika kita bercakap benar. SAYA CABAR PERMATANG PAUH, KALAU BENAR ANAK JANTAN, PERGILAH BERSUMPAH MENAFIKAN DAKWAAN SAIFUL. Janganlah terus menyorok di sebalik jubah serban para ulamak yang terus menerus diperkudakan beliau.

Saya tidak berminat dengan serangan peribadi kepada mana-mana pihak. TETAPI KETUA PEMBANGKANG SEKARANG DAH BERUBAH RUPA MENJADI KETUA PEMBOHONG. Saya masih ingat BAGAIMANA BELIAU MEMBOHONGI KAMI MENGENAI ISU SKANDAL SEKS YB ELIZABETH WONG DARI BUKIT LANJAN. Semasa skandal itu memuncak, beliau memanggil kami dan memberi taklimat KONONNYA YB ELIZABETH WONG MESTI BERHENTI DAN MELETAK JAWATAN EXCO DAN ADUN, KERANA KATANYA BUKAN SAHAJA GAMBAR YANG TERSEBAR, BELIAU SENDIRI PERNAH MELIHAT VIDEO YB ELIZABETH DENGAN PERLAKUAN SEKS KONONNYA, TERMASUK ACARA 'MAKAN AISKRIM' KATANYA. KAMI SEMUA TERKEDU DENGAN KENYATAAN BELIAU ITU. MALAHAN BELIAU NYATAKAN AKAN MENUNJUKKAN VIDEO ITU KEPADA KAMI.

Tapi sehingga kini habuk pun tarak. YB Elizabeth Wong masih kekal dijawatannya. Sebaliknya YB Kulim Bandar Bharu yang mengkritik Menteri Besar selangor kerana mengekalkan YB Elizabeth Wong yang akhirnya dipecat daripada parti apabila cuba mempertahankan Islam.

SEKARANG PERMATANG PAUH MEMBAWA DONGENG BARU KONONNYA KAMI MENERIMA SOGOKAN RM DUA JUTA. SAYA TAHU BELIAU MEMBUAT PEMBOHONGAN ITU KERANA TERDESAK, KERANA ADA BEBERAPA CABANG PKR BERCADANG MENGEMUKAKAN USULM UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA BELIAU SEMASA KONGRES KHAS PKR DIKOTA BHARU BARU-BARU INI. Beliau cuba mengalihkan isu dan masaalah beliau. tetapi rakyat sudah kenal dan masak dengan temberang Permatang Pauh ini. Kami menerima banyak panggilan dan mesej yang terus menerus memberi sokongan kepada kami dan menolak pembohongan Permatang Pauh. Dan apabila beliau didesak oleh rakyat mengemukakan bukti sogokan RM 2 Juta itu, Permatang Pauh menukar cerita sebagaimana pembohongan Enam Belas September, Beliau dilaporkan berkata 'SAYA TIDAK INGAT DIMANA SAYA LETAK DOKUMEN DOKUMEN ITU'. ITU LAH PERMATANG PAUH, YANG DENGAN TANPA SEGAN SILU TERUS DENGAN KELENTONG, TEMBERANG DAN PEMBOHONGAN BELIAU.

KITA TIDAK MEMERLUKAN POLITIKUS SEPERTI INI, YANG MENGAUM DICELAH KEBATILAN, TETAPI MENIKUS DIHADAPAN KEBENARAN.

LU FIKIR LA SENDIRI....

Selasa, 15 Jun 2010

MP BN Tolak Pandangan Sempit Idris Jala


Tanggapan Subsidi Jadi Negara Bankrap Hiris Hati Rakyat, Kata Penyokong Kerajaan

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini menolak tanggapan bahawa negara mungkin menjadi bankrap jika pemberian subsidi masa kini tidak dimansuhkan.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata tanggapan seperti itu dilihat menghiris perasaan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Menurutnya kenyataan itu juga seolah-olah menyalahkan rakyat yang mahu subsidi diteruskan demi kesejahteraan hidup mereka.

"Negara mungkin bankrap?... mana mungkin, kalau (tahun) 2020 negara akan keluar jadi negara maju, tahun 2019 mana mungkin akan bankrap," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad berharap agar RMK-10 dapat mencapai matlamatnya dengan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan tiada lagi masalah kemiskinan serta kesukaran anak-anak miskin untuk bersekolah.

Mohamad yang turut menyokong inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang mewujudkan Permata bercadang agar program pendidikan awal kanak-kanak itu dijabatankan kerana ia benar-benar menguntungkan generasi akan datang.

"Permata boleh berikan sumbangan besar kepada generasi hari ini yang akan jadi pemimpin akan datang. Saya berharap Permata ini kalau boleh dijabatankan kerana nilai-nilai yang dikemukakan oleh Permata benar-benar menguntungkan generasi akan datang.

"Kalau isteri perdana menteri ingin berbakti kepada negara apakah kita larang? Apakah kita hendak sekat peranan isteri perdana menteri yang tolong rakyat? Dia boleh berehat di rumah tapi dia ingin berbakti kepada negara maka kita alu-alukan," katanya.

Sebelum itu, semasa mencelah perbahasan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Mohamad berkata isu pemberian lesen judi tidak seharusnyadipolitikkan dengan mengaitkan mana-mana parti politik ke atas keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu.

"Umno tidak pernah menghalalkan judi. Macam juga kita tak pernah kata Pas halalkan arak walaupun kerajaan Pas Kelantan beri lebih 40 lesen premis arak. Umno tetap kata judi haram, arak haram, zina haram, riba haram. Ini jelas. Jangan kita politikkan," katanya.

Bung Mokhtar dalam perbahasannya sebelum itu berkata beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola kerana berpendapat ia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

Katanya orang Islam tidak perlu bimbang kerana kerajaan hanya menyediakan platform untuk orang bukan Islam berjudi secara sah dan bukan di pasaran gelap.

Pendapatnya kemudian disanggah Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) yang mempersoalkan adakah logik untuk membangunkan negara dengan sumber sebegitu (judi) yang hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

Katanya banyak sumber ekonomi lain yang boleh digunakan kerana isu judi bukan hanya melibatkan soal halal dan haram tetapi turut melibatkan model pembangunan masyarakat dan kualiti hidup mereka.

Bung Moktar yang bangun untuk menyambung perbahasan berkata beliau tidak menolak respons yang datang daripada pelbagai pihak.

"Cuma pada saya, pendirian saya berbeza. Kita hidup dalam agama majmuk..berbilang kaum maka kena hormati tuntutan dan kehendak kaum-kaum lain.

Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

Isnin, 14 Jun 2010

Mad Sapu Meroyan Lagi!!!


Pas akan terus berdemonstrasi untuk manipulasi “mood” rakyat

KOTA BHARU 13 Jun — Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, Pas akan terus mengadakan demonstrasi jalanan untuk memainkan “mood" rakyat supaya membenci Barisan Nasional (BN) sehingga ke pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata, tindakan memainkan isu-isu semasa untuk membakar semangat rakyat adalah perlu dalam memastikan rakyat sentiasa mempunyai minat serta menaruh keyakinan terhadap Pas.

“Kita akan gerakkan badan-badan bukan kerajaan (NGO)...pakatan pembangkang (akan) menggerakkan mood rakyat bagi menghadapi pilihan raya,” katanya ketika menggulung usul pada Muktamar Pas ke-56 di sini hari ini.

Beliau berkata antara isu yang akan sentiasa dimainkan oleh parti itu ialah undi pos dan negara akan bankrap jika subsidi diteruskan sehingga 2019.

“Isu rasuah melibatkan RM28 bilion menyebabkan negara rugi juga akan dibangkitkan,” katanya. - Bernama

Komen

Inilah kualiti pemimpin hamPASrael !!! siapa tak kenal mad sapu? anak didik nik najis yang amat disayangi...itu sebab kes 'normah' selesai!!!

Bagi Mad Sapu dan PAS, semua kuda belang mesti diarak untuk berdemonstrasi! tidak cukup dengan ceramah yang diadakan setiap malam! jika berlaku demonstrasi tentulah soal keselamatan, ketenteraman dan keharmonian rakyat terbanyak akan terjejas... PAS dan Mad Sapu mana peduli!

Sebenarnya isu ini pun boleh dilihat sebagai usaha murahan PAS untuk terus 'relevan' didalam Pakatan Haprak! Ini kerana PAS semakin dilihat terdesak untuk menarik sokongan serta semakin luntur kekuatan berbanding DAPig...isu dalaman PAS yang cukup banyak dan menimbulkan bibit-bibit perpecahan seakan sudah tidak dapat dibendung... itu sebab perlukan sesuatu isu untuk mengalih pandangan...biasalah!!!

Lagi satu ialah sikap dan kelaku mad sapu ni sendiri yang sudah semakin ditolak dikalangan kuda-kuda belang hamPASrael... semua orang tahu bahawa cara dan budaya politik mad sapu! mengutuk, memfitnah dan mengaibkan lawan dengan caci makinya ketika memberikan ucapan amat digemari oleh sesetengah kuda belang PAS, namun bagi golongan akedemik dalam PAS, mereka melihat budaya mad sapu ini sudah outdated dan tidak lagi menjadi asas dalam menarik minat dan sokongan.

Tapi mad sapu peduli apa! sebab selagi ada ceramah, selagi ada demonstrasi, selagi itu lah mad sapu laku! selagi laku adalah 'percent' dalam setiap tong yang bergerak dikalangan kuda belang! itu kan cara cari makan mad sapu selama ini !!!

Lu fikir La Sendiri!!!

PAS Semakin Sesat !!! Bertaubatlah Kerana Masa Masih Ada...



Itu kata kadi bawang dulu...dulu zaman muda, zaman darah muda, zaman samseng!, kafir mengafir dijadikan senjata ampuh untuk terus mengaburi dan membohongi rakyat. itu sebab ibrahim libya dan pengikutnya sanggup 'berperang' dengan kerajaan atas semangat jihad jahat yang telah diserapkan oleh pemuka-pemuka PAS ini.

Tapi sekarang nada kadi bawang dah lain...dah lembut...dah 'cool' almaklum agama kan hanya alat untuk mencapai serakah berpolitik! kesian ibrahim libya dan pengikut.. tak tentu pasal kena 'pelangkung' dibawah sana hanya kerana yakin membabi buta amanat jahat kadi bawang, kalau dia lagi mesti dia orang pulak 'berperang' dengan kadi bawang....

Sekarang kadi bawang kata dalam ucaptamanya tempohhari ketika perasmian muktamar ke 56 nya mengaku PAS telah gagal secara mutlak menubuhkan Negara Islam dan Perlaksanaan Hudud.

Yang mampu diucapkan hanya ’cuba’ untuk berbuat demikian di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang mengikut lunas lunas perlembagaan negeri.

Kuda belang PAS masih ada masa untuk mufarakah dengan puak penjual dan penggadai agama ini! hanya dengan taufik hidayah yang maha esa sahaja lah pintu kebenaran akan terpancar didepan mata...sekiranya masih belum jauh terlajak...kembalilah ke pangkal jalan!

Kerana Allah dah mengingatkan kepada kita untuk merebut 5 masa sebelum tiba 5 masa.. salah satunya ialah masa hidup sebelum mati....kalau dah mati macam ibrahim libya tu, dah kena 'lanyak' masa tu baru nak nyesal...lambat beb!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

Jumaat, 11 Jun 2010

Bung - Zizie SAH...

Mahkamah Sahkan Pernikahan Bung Moktar Dan Zizie Izette

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Syariah Jumaat mengesahkan pernikahan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan pelakon Zizie Izette A Samad mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Hakim Kanan Syarie Mohd Abdul Radzi Abd Latif mengesahkan pernikahan Bung Moktar, 51, dan Zizie Izette, 32, setelah prosiding yang berlangsung secara tertutup kira-kira 15 minit.

Beliau turut memerintahkan pernikahan pasangan itu didaftarkan dengan sewajarnya.

"Setelah mendengar penerangan pihak pemohon dan saksi-saksi, mahkamah mengesahkan pernikahan Bung Moktar dan Zizie Izette yang telah diakadnikahkan pada 9 Jun lepas di Taman Setiawangsa di sini," katanya.

ALHAMDULILAH...

Khamis, 10 Jun 2010

Istana Johor Menggorak Langkah! Daulat Tuanku!!!


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor"."(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua hari ini.

Chua (gambar) sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Chua juga berkata Abdul Rahim enggan memberitahunya sebab di sebalik pelucutan gelaran tersebut kerana istana tidak diwajibkan mendedahkannya.

Komen

Merafak sembah kebawah DYMM Sultan Johor...Hamba rakyat merakamkan rasa syukur dan berterima kasih atas keperihatinan ke bawah duli Tuanku..
Daulat Tuanku!!!

Bukan cina komunis chua ni jer yang patut ditarik balik! tapi semua yang sekarang ini berada di barisan mungkar puak pembangkang perlu memulangkan darjah kebesaran yang mereka miliki! tak payah nak tunggu kena tarik!

Sebab? dah ko orang menafikan hak dan ketuanan Melayu! menolak kemuliaan Institusi Raja-Raja...pergi la ngadap dan sembah lee kuan yew untuk mendapat gelaran!

Pulangkan...kalau ada maruah!!! tapi puak pembangkang ni mana ada maruah!!!

Rabu, 9 Jun 2010

NGOs Pembangkang Tolak MP BN Di Parlimen!!!

Kecoh! Tolak menolak berlaku di Parlimen!!! YB Tangga Batu Dato Idris Haron telah ditolak oleh beberapa orang yang menamakan diri mereka sebagai NGO yang mewakili kaum tertentu tengah hari tadi.

Kecoh ini bermula apabila lounge Dewan Negara yang menjadi tempat rehat Ahli-Ahli Dewan ketika persidangan sedang berjalan telah ditempah untuk digunakan oleh YB Kulasugaran MP Ipoh Barat untuk berjumpa dengan beberapa NGOs.

Pertemuan ini juga dihadiri sama oleh MP Kapar, MP Ipoh Timur, MP Bukit Gantang dan beberapa lagi MP dari pembangang. Pertemuan yang sepatutnya berlangsung dalam suasana aman dan damai telah menjadi medan berkempen ahli-ahli MP Pembangkang untuk menghentam dan membantai UMNO, BN dan Kerajaan dengan caci maki celaka! bulshit dan sebagainya...

Beberapa Ahli parlimen BN yang ada di luar lounge juga sedang berehat dan berbincang, antaranya YB Dato Idris yang ada disitu telah masuk kedalam lounge dan menasihatkan mereka agar tidak menggunakan Parlimen untuk berkempen dan lebih teruk lagi mengutuk pihak kerajaan.

Nasihat ini telah ditemplak dan diherdik oleh MP-MP NGOs yang hadir dengan pekikkan MP kerajaan bodoh! menindas rakyat India! maka tercetuslah pertengkaran yang akhirnya tolak menolak telah berlaku...

Inilah biadapnya puak-puak pembangkang! menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk menunjukkan kebiadapan dan kurang ajarnya kepada kehormatan dewan dan Ahli Parlimen BN!

YB Kinabatangan telah membawa usul 26P yang meminta Speaker Dewan menyisat bagaimana perkara ini boleh berlaku! bagaimana kemuliaan Parlimen telah disalah guna untuk membawa penyokong dan berkempen yang jelas menimbulkan rasa sakit hati Ahli Dewan yang lain!

Binatang punya pembangkang!!!

Selasa, 8 Jun 2010

Vincent Tan dan Pembangkang Bapak Judi Negara!!!


Judi: Belum lulus lagi…masih kumpul maklum balas - PM

Apa yang menggelabah puyuh? Siapa pulak yang minat sangat dengan isu ini! kerajaan tak pernah meng HALAL kan judi! kerajaan akan kaji dan MENGHARAMKAN JUDI! Isu dah tak boleh nak spin! tipu helah dan putar belit pembangkang dah banyak terbongkar! Jadi puak pembangkang haram ni begitu bergantung kepada isu JUDI...kiranya PEMBANGKANG la yang MINAT SANGAT JUDI!

Yang kedua menggelupor dan menggelabah puyuh tentulah tokey judi si Vincent Tan! Nampaknya taukey babi ooppss taukey judi ni lah yang paling sebok! Dah macam Menteri Judi pulak bila sebok nak merayu kerajaan-kerajaan negeri, keluar paper hari-hari...

Si harami ni pulak bukan nya peduli nasib rakyat dan Kerajaan! bagi dia macam mana dia boleh mengaut untung hasil dari Judi! Entah-entah dah ada perjanjian setan antara dia dengan lim guan eng dan khalid gagap untuk menjalankan aktiviti judi!

Jadi yang sebok ni penganjur judi si vincent dan yang sebok mempelopori nya pulak puak pakatan haram jadah la...siapa lagi!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Pemborong & Peruncit Binatang!!!


KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia mahu menghentikan perniagaan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini.

Keputusan itu dinyatakan oleh persekutuan berkenaan ketika sesi dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Wisma MCA, semalam.
Dr Chua pada sidang akhbar kemudian berkata persekutuan itu menjelaskan keputusan mereka bukannya sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan tidak setimpal

Pada masa ini, keuntungan penjualan tepung gandum, gula dan minyak masak diperoleh oleh peruncit amatlah sedikit ditambah lagi dengan barang kawalan ini perlu memohon lesen dan mengakibatkan pendapatan peruncit terjejas.

Keuntungan bagi setiap satu kilogram gula yang diterima peruncit adalah tiga sen, 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak, manakala tiga sen bagi setiap kilogram tepung gandum, katanya.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan dan penasihat persekutuan Yeo Chee Soong.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Dr Chua berkata beliau difahamkan setiap kedai mempunyai sembilan hingga 11 lesen yang perlu dimohon antaranya lesen premis, beras, gas, timbang, papan tanda, peralatan kebakaran dan kawalan barangan sempena hari sambutan.
Kami terkejut dengan beban peruncit kerana mereka perlu memohon dan membayar lesen RM1,107 setiap tahun, katanya.

Bagaimanapun Dr Chua merayu kepada persatuan ini agar memberi pertimbangan semula keputusan mereka kerana beliau yakin kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan lesen itu.

(Timbalan Presiden) Liow akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat Jemaah Menteri pada akan datang, katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau terkejut dengan tindakan peruncit mahu memboikot penjualan barang kawalan itu.

Katanya, beliau difahamkan tindakan memboikot itu bertujuan membantah keputusan kerajaan melaksanakan lesen runcit barangan kawalan.

Saya hairan dengan sikap peruncit yang masih tidak faham mengenai kelonggaran diberikan kerajaan kepada mereka berhubung isu penjualan barangan kawalan. Kita sudah memberi pelbagai kelonggaran, apa lagi mereka mahukan,? katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

KOMEN

Inilah bahananya bila memberi dan menyuapkan makan selama ini kepada biawak!
Selama ini Kerajaan Melayu UMNO telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bangsa cina untuk menapak dan mengembangkan perniagaan mereka hingga menjadi empayar!

Kerajaan Melayu UMNO ini tidak pernah pulak memikir dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan Melayu dan Bumiputera menjadi taikun-taikun perniagaan terutama perniagaan barangan penting dan utama dalam setiap yang bernyawa didalam negara.

Musykil kita apabila baru hari ini timbul cerita tak untung, untung sikit hanya kerana Kerajaan melaksanakan lesen runcit keatas bahan kawalan. Apa yang puak komunis ni takut sangat! atau ada berapa banyak syarikat mereka yang tidak didaftarkan berjalan dan bergerak untuk mengawal akan barangan ini selama ini!

Kalau puak-puak pemborong ini terus dengan usaha biadap dan kurang ajar ini! pihak kerajaan mesti bertegas dengan membatalkan dan memberhentikan perniagaan mereka kerana tidak mejaga kepentingan dan keutamaan rakyat! Mereka hanya memikir akan keuntungan sendiri!

Kerajaan mesti memilik negarakan gula, tepung, minyak dan lain-lain lagi barang kawalan agar stok simpanan ini benar-benar selamat ditangan kerajaan serta dapat mempastikan rakyat dapat membelinya denga kadar harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan tidak boleh diugut sedemikian rupa!

Kita jelas bahawa dasar liberalisasi perniagaan yang membenarkan sesiapa jua menjalankan perniagaan serta mengaut keuntungan tapi jangan lah menafikan akan hak dan keperluan rakayt! hak dan keperluan rakyat adalah lebih utama dari sebilangan pemborong dan peruncit yang sudah pun kenyang selama ini!

MCA pulak melalui hero ranjangnya tak perlu lah nak menyebelahi puak-puak komunis yang terang menjaga kepentingan mereka sendiri! Hero ranjang tak perlu nak mengalih isu yang sedang hangat diperkatakan didalam MCA dan masyrakat cina sekarang yang mempertikaikan akan kemasukan anak nya sebagai Timbalan Menteri di dalam Kabinet!

Isu puak komunis pemborong dan peruncit ini biar Kerajaan atasinya secara serius! Malah kalau kerajaan mahu, boleh sahaja diberikan lesen menjual beberapa barang kawalan ini kepada pengusaha melayu dan bumiputera di pasar-pasar malam agar mereka dapat mempastikan barangan ini dapat sampai ketangan pengguna disamping dapat memberikan peluang kepada peniaga kecil mendapat penambahan sumber pendapatan!
Hero Ranjang jangan sebok!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sembang Parlimen...Ingatkan Buat-Buat Bodoh!


Hari ini, hari pertama Dewan Rakyat bersidang... sidang bermula dengan acara mengangkat sumpah dua YB yang baru iaitu YB Hulu Selangor dan diikuti oleh YB Sibu.
Nampaknya kedua-dua YB ini masih lagi dalam proses penyesuaian hingga terkadang boleh dilihat mereka seakan-akan masih berkempen dengan senyuman dan berhabat tangan siapa jua yang mereka rasa perlu....biasalah tu ahli baru!!!

Hari ini juga kawan dapat bertemu dan berbual 'panjang' dengan beberapa Ahli Parlimen dan Senator di Lounge Parlimen... ada yang seperti biasa tetap 'membelasah' depan-depan, ada jugak yang sinis sarat dengan sindiran...

Bercakap mengenai isu Kg Baru, ada YB yang bercakap bahawa dia melihat Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar ini seperti seorang yang suka merendah diri atau 'cool' buat- buat bodoh jer...tapi bila melihat dan mendengar isu Kg Baru yang dibawanya rupanya COMFIRM BODOH! kata YB ini.

Ada juga YB yang menegur Menteri-Menteri agar tidak menembak kaki sendiri dengan mengeluarkan statement yang menggusarkan rakyat serta menjadikan BN dan kerajaan terus sebagai punching bag oleh pembangkang untuk melanyak kita, katanya.

Sementara seorang Senator menyampuk berkata 'Kerajaan mahu kita Ahli-Ahli Parlimen berhujah dengan bernas dan berkualiti tapi malangnya ada sesetengah Menteri dan Timbalan Menteri yang memberikan jawapan di dalam Dewan bukan sahaja tidak bernas dan berkualiti malah tidak menjawab soalan malah terkadang mengelirukan Dewan...

Merujuk kepada isu bankrupt dan judi ada sebahagian YB yang berkata 'tunggulah nanti bila kita berpeluang bercakap dalam membahaskan RMK 10 yang bakal dibentang pada Khamis ini'...jadi jawabnya 'tunggulah...'

Sendiri Mau Ingat!!!

Isnin, 7 Jun 2010

Jawapan Kementerian Berkaitan Isu Minyak Blok L dan M

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT

SOALAN 4

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
(Permatang Pauh)

TARIKH : 07 JUN 2010

SOALAN : YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Permatang Pauh) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesahan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan padang minyak Blok L dan M kepada Brunei dan mengapa isu kedaulatan wilayah perairan Negara tersebut tidak dirujukkan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini bersekali dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lanang pada 07 Jun 2010, Yang Berhormat Gua Musang, Putatan dan Ranau pada 08 Jun 2010, Yang Berhormat Selayang dan Pasir Mas pada 09 Jun 2010, Yang Berhormat Tuaran, Marang dan Arau pada 15 Jun 2010, Yang Berhormat Kuala Selangor pada 16 Jun 2010, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 17 Jun 2010, Yang Berhormat Rantau Panjang pada 21 Jun 2010, Yang Berhormat Jelutong, Petaling Jaya Selatan, Marang, Kota Raja dan Balik Pulau pada 22 Jun 2010, Yang Berhormat Limbang dan Kuala Krai pada 23 Jun 2010, Yang Berhormat Taiping pada 24 Jun 2010, Yang Berhormat Marang pada 28 Jun 2010, Yang Berhormat Lawas dan Hulu Langat pada 30 Jun 2010, Yang Berhormat Kubang Kerian, Lembah Pantai dan Shah Alam pada 01 Julai 2010, Yang Berhormat Tawau dan Sepanggar pada 06 Julai 2010, Yang Berhormat Pokok Sena pada 07 Julai 2010, Yang Berhormat Tumpat pada 08 Julai 2010, dan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Subang pada 12 Julai 2010. Ini adalah disebabkan soalan-soalan tersebut menyentuh isu yang sama iaitu berhubung dengan penyelesaian isu-isu tertunggak di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Izinkan juga saya untuk mengambil sedikit masa bagi menjawab soalan ini kerana ianya agak panjang.

Tuan Yang Di-Pertua,

2. Pada 21 Disember 1979, Malaysia telah menerbitkan satu peta yang menunjukkan sempadan perairan (territorial waters) dan pelantar benua Malaysia. Peta tersebut diterbitkan di dalam 2 Sheet, iaitu Sheet 1 untuk Semenanjung Malaysia, dan Sheet 2 untuk Sabah dan Sarawak. Peta Malaysia 1979 ini disediakan berasaskan kepada peruntukan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkaitan, prinsip dan peruntukan customary law dan juga persetujuan-persetujuan yang telah dicapai dengan negara-negara jiran yang dizahirkan melalui perjanjian-perjanjian pembatasan sempadan maritim termasuklah Agreement between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Indonesia relating to the Delimitation of the Continental Shelves between the Two Countries, bertarikh 27 Oktober 1969 dan sebagainya. Bagi kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh perjanjian pembatasan sempadan maritim, Peta Malaysia 1979 merupakan manifestasi tuntutan unilateral Malaysia terhadap perairan wilayah dan kawasan pelantar benua. Sehubungan dengan itu, negara-negara jiran yang belum mempunyai perjanjian sempadan maritim dengan Malaysia adalah tidak terikat untuk mengiktiraf tuntutan unilateral ini.

3. Peta Malaysia 1979 telah dibantah negara-negara jiran Malaysia termasuklah Brunei Darussalam. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa dalam menerbitkan Peta Malaysia 1979, Malaysia telah menjelaskan kesediaannya untuk menyelesaikan apa-apa isu maritim yang timbul secara rundingan dua hala.

Tuan Yang Di-Pertua,

4. Pada tahun 1988, Brunei Darussalam telah menerbitkan peta-peta yang menunjukkan kawasan pelantar benua dan zon perikanannya. Pada tahun 1993, Brunei Darussalam mengisytiharkan kawasan zon ekonomi eksklusif bagi negara tersebut. Berdasarkan kepada peta-peta dan pengisytiharan tersebut, had sempadan pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif Brunei Darussalam adalah sejauh 200 batu nautika daripada pesisir pantai Brunei Darussalam. Dalam masa yang sama, peta-peta tersebut menunjukkan bahawa kawasan maritim yang dituntut oleh Brunei Darussalam bertindih dengan kawasan yang dituntut oleh Malaysia berdasarkan Peta Malaysia 1979.

5. Sehubungan dengan itu, Brunei Darussalam mencadangkan agar kedua-dua negara mengadakan rundingan dua hala bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu tuntutan bertindih kawasan maritim tersebut. Rundingan dua hala bagi menyelesaikan isu persempadanan maritim telah diadakan mulai daripada pertengahan tahun 1980-an, termasuklah perbincangan di antara Peguam Negara Malaysia dan Peguam Negara Brunei Darussalam pada tahun 1990 dan perbincangan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia – Brunei Darussalam pada tahun 1994.

Tuan Yang Di-Pertua,

6. Pada tahun 1997, dua mesyuarat di peringkat pegawai kanan diadakan bagi membincangkan isu persempadanan maritim dan darat di antara kedua-dua negara. Perbincangan yang diadakan tidak mencapai sebarang keputusan dan adalah jelas bahawa kedua-dua pihak tidak berganjak daripada pendirian masing-masing dan ini mewujudkan kebuntuan di dalam perundingan.

7. Pada awal tahun 2002, Malaysia mendapat maklumat bahawa Brunei Darussalam telah memberikan konsesi cari gali minyak dan gas di Blok J dan K (yang merupakan blok-blok yang ditandakan sebagai Blok L dan M oleh Malaysia) kepada satu konsortium yang terdiri daripada Total Fina Elf SA, BHP Billiton dan Amerada Hess. Sebagai tindak balas, Kerajaan Malaysia telah mengarahkan agar PETRONAS turut memberikan konsesi cari gali minyak di Blok L dan M. Susulan daripada itu, PETRONAS telah memberikan konsesi cari gali minyak dan gas di Blok L dan M kepada Petronas Cari Gali Sdn. Bhd dan Murphy Oil. Pemberian konsesi cari gali minyak dan gas oleh kedua-dua pihak ini telah menyebabkan wujud situasi tegang di kawasan tersebut di mana pasukan tentera laut kedua-dua negara telah menghalang kontraktor-kontraktor yang berkaitan daripada menjalankan operasi masing-masing.

8. Pada 23 Mei 2003, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dan bertemu dengan YABhg Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. Di dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersetuju agar pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri masing-masing bertemu untuk membincangkan penyelesaian kepada isu pembatasan sempadan maritim dan darat di antara kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin juga bersetuju agar aktiviti-aktiviti berkaitan dengan cari gali minyak dan gas di Blok L dan M (J dan K bagi Brunei Darussalam) dihentikan. Ini bermaksud satu moratorium ke atas aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak dan gas telah diwujudkan di kawasan tersebut.



Tuan Yang Di-Pertua,

9. Pegawai-pegawai kanan kedua-dua pihak telah bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan isu ini mulai bulan Mei 2003. Sebanyak 29 mesyuarat telah diadakan di antara bulan Mei 2003 sehingga bulan Julai 2008. Beberapa cadangan dan cadangan balas dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Rundingan yang diadakan pada 19 Ogos 2007 telah berjaya merapatkan jurang perbezaan dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa penyelesaian menyeluruh meliputi kawasan maritim dan darat di antara kedua-dua negara adalah merupakan pilihan terbaik. Rundingan-rundingan selanjutnya telah membolehkan kedua-dua pihak memperincikan cadangan penyelesaian tersebut dari segi substantif dan modaliti pelaksanaannya. Penyelesaian ini telah dipersetujui secara prinsipnya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam semasa Perundingan Tahunan yang diadakan di Pulai, Johor pada 26 Ogos 2008.

Tuan Yang Di-Pertua,

10. Penyelesaian yang dipersetujui tersebut telah dibincang dan diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada Mesyuarat bertarikh 11 Februari 2009. Penyelesaian tersebut telah dimeterai melalui Pertukaran Surat, dengan izin, Exchange of Letters (EOL), yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 16 Mac 2009.

Tuan Yang Di-Pertua,

13. Elemen-elemen penyelesaian yang terkandung di dalam Pertukaran Surat adalah seperti berikut; Pertama, persempadanan maritim di antara Malaysia dan Brunei Darussalam; Kedua, Aturan Komersial, dengan izin, Commercial Arrangement; Ketiga, persempadanan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam; dan keempat, akses maritim , dengan izin, maritime access.

14. Izinkan saya untuk menjelaskan satu persatu, keempat-empat elemen yang telah saya nyatakan tadi. Yang pertamanya, berkaitan dengan persempadanan maritim di antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Di bawah Pertukaran Surat tersebut, sempadan laut wilayah (territorial waters), pelantar benua (continental shelf) dan zon ekonomi eksklusif (exclusive economic zone) di antara kedua-dua negara telah ditentukan. Penentuan sempadan maritim ini dicapai berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan berkaitan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 – UNCLOS 1982). Di bawah UNCLOS 1982, setiap negara berpantai adalah berhak (entitled) kepada laut wilayah (territorial waters), pelantar benua (continental shelf) dan zon ekonomi eksklusif (exclusive economic zone). Malaysia dan Brunei Darussalam merupakan negara ahli kepada UNCLOS 1982 dan mempunyai obligasi dan tanggungjawab untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan UNCLOS 1982. Pembatasan sempadan maritim yang telah dipersetujui ini adalah bersifat kekal (final). Dengan adanya sempadan maritim ini, tuntutan bertindih kawasan maritim di antara kedua-dua negara telah diselesaikan.

15. Keduanya, berkaitan dengan Aturan Komersial atau, dengan izin, Commercial Arrangement. Di bawah Pertukaran Surat, bagi maksud Aturan Komersial ini, Malaysia dan Brunei Darussalam bersetuju bahawa dua blok, iaitu Blok CA1 dan CA2 diwujudkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Blok CA1 diasaskan kepada Blok L Malaysia (Blok J Brunei Darussalam) dan Blok CA2 diasaskan kepada Blok M Malaysia (Blok K Brunei Darussalam). Dari segi lokasinya, kedua-dua blok ini adalah terletak di dalam kawasan maritim Brunei Darussalam, di mana Brunei Darussalam mempunyai hak-hak kedaulatan (sovereign rights) terhadap sumber-sumber hidupan dan bukan hidupan (living and non-living resources). Walau bagaimanapun, Aturan Komersial yang diwujudkan akan membolehkan perkongsian hasil (revenue sharing) daripada eksploitasi minyak dan gas dilaksanakan. Ini bermaksud, walaupun Brunei Darussalam mempunyai hak-hak kedaulatan (sovereign rights) terhadap sumber-sumber di dalam kawasan maritim tersebut, melalui Aturan Komersial, Brunei Darussalam akan berkongsi hasil tersebut dengan Malaysia. Modaliti kewangan dan operasi bagi melaksanakan Aturan Komersial ini serta penyelesaian isu-isu berkaitan termasuklah isu lapangan rentas sempadan (straddling fields) akan dibincangkan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara, termasuklah pegawai-pegawai PETRONAS. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara telah bertemu beberapa kali bagi memperincikan modaliti kewangan dan operasi ini.
Tuan Yang Di-Pertua,

16. Elemen ketiga adalah persempadanan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Di bawah Pertukaran Surat ini, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatasan sempadan darat di antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan kepada dua modaliti iaitu:

i) Penandaan (demarcation) sempadan berdasarkan kepada lima (5) perjanjian darat sedia ada yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Brunei Darussalam iaitu perjanjian bertarikh 4 Februari 1920, perjanjian bertarikh 25 Ogos 1931, perjanjian bertarikh 31 Oktober 1931, perjanjian bertarikh 24 Februari 1933 dan perjanjian bertarikh 4 November 1939. dari tahun 1920 hingga 1939; dan

ii) Penggunaan prinsip watershed bagi kawasan-kawasan yang mana tiada sebarang perjanjian.

17. Penyelesaian sempadan darat ini adalah bersifat kekal dan mengikat (final and binding). Sehubungan dengan itu, sukacita saya maklumkan bahawa apabila kerja-kerja menandakan (demarcate) sempadan kedua-dua negara berdasarkan modaliti yang telah ditentukan ini selesai dilaksanakan, tidak akan wujud lagi isu tuntutan terhadap Limbang oleh Brunei Darussalam.

18. Elemen keempat yang terkandung di dalam Pertukaran Surat adalah Laluan Maritim (Maritime access). Di bawah pertukaran surat tersebut, rakyat dan penduduk Malaysia diberi hak laluan melalui zon maritim Brunei Darussalam dalam perjalanan pergi dan balik dari Sarawak dan hak laluan maritim ini tidak boleh digantung (unsuspendable) oleh Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, undang-undang dan peraturan negara tersebut perlulah dipatuhi di dalam menggunakan hak laluan maritim ini.

Tuan Yang Di-Pertua,

19. Kedua-dua negara yakin bahawa peningkatan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua negara di dalam pelbagai bidang khususnya di dalam sektor perdagangan dan pelaburan akan dapat dipertingkatkan. Dalam hal ini, sukacita saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Brunei Darussalam telah menyatakan komitmen untuk terlibat secara aktif di dalam bidang ekonomi dan pelaburan di Malaysia khususnya di Sabah, Sarawak dan Iskandar Malaysia. Kedua-dua negara juga berbincang mengenai peluang-peluang pelaburan secara bersama di negara ketiga.

Tuan Yang Di-Pertua,

20. Pada masa ini, kedua-dua pihak sedang di dalam proses melaksanakan elemen-elemen penyelesaian seperti yang terkandung di dalam Pertukaran Surat. Pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara sedang memperincikan modaliti pelaksanaan tersebut. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa beberapa buah Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di antara kedua-dua negara bagi memastikan pelaksanaan yang teratur dan lancar bagi setiap elemen seperti yang terkandung di dalam Pertukaran Surat.
Tuan Yang Di-Pertua,

21. Izinkan saya untuk menjelaskan bahawa elemen-elemen yang terkandung di dalam Pertukaran Surat ini, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat di antara kedua-dua negara adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

“2. Parlimen boleh dengan undang-undang –
(a) memasukkan Negeri-negeri lain dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri;
tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.”

22. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa elemen-elemen yang terkandung di dalam Pertukaran Surat khususnya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat tidak mengubah sempadan mana-mana Negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei Darussalam.

23. Berhubung dengan penyelesaian persempadanan maritim, Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada kawasan maritim. Ini adalah kerana semua perundangan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa bidang kuasa di kawasan maritim adalah terletak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan-Kerajaan Negeri. Seksyen 3, Akta Pelantar Benua 1966 misalnya menyatakan bahawa, dengan izin, “all rights with respect to the exploration of the continental shelf and the exploitation of its natural resources are hereby vested in Malaysia and shall be exercisable by the Federal Government.”

24. Selain daripada itu, sempadan maritim yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei Darussalam apabila kedua-dua Negeri ini menyertai Malaysia adalah The Sarawak (Definition of Boundaries) Order in Council No. 1518 (bertarikh 11 September 1958) dan The North Borneo (Definition of Boundaries) Order in Council No. 1517 (bertarikh 11 September 1958). Kedua-dua Order in Council ini membataskan sempadan kawasan maritim sehingga ke kedalaman, dengan izin, 100 fathom isobaths. Bagi kawasan selepas kedalaman 100 fathom isobaths, tidak wujud sebarang sempadan di antara kedua-dua Negeri dengan Brunei Darussalam. Kedua-dua Order in Council ini tidak berubah di bawah Pertukaran Surat dan sehubungan dengan itu, tidak wujud sebarang pengubahan sempadan negeri seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

25. Modaliti pembatasan sempadan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam seperti yang terkandung di dalam Pertukaran Surat juga tidak bercanggah dengan Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Pertukaran Surat mengesahkan sempadan sedia ada di antara Sarawak dan Brunei Darussalam seperti yang terkandung di dalam lima (5) perjanjian sedia ada.



Tuan Yang Di-Pertua,

26. Seperti yang telah saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, Malaysia berpendirian bahawa isu-isu tuntutan bertindih kawasan maritim atau tuntutan bertindih ke atas ciri-ciri geografi seperti pulau, terumbu dan sebagainya, wajar diselesaikan melalui rundingan dua hala. Hanya apabila rundingan dua hala gagal dan tidak dapat diselesaikan walaupun melalui pertimbangan politik, barulah isu tersebut dirujuk kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ataupun tribunal timbang tara untuk diselesaikan. Saya ingin tegaskan di sini bahawa rujukan kepada pihak ketiga adalah merupakan opsyen terakhir di dalam mencapai penyelesaian terhadap satu-satu isu tuntutan bertindih.

Tuan Yang Di-Pertua,

27. Pertukaran Surat (Exchange of Letters) pada 16 Mac 2009 telah menyelesaikan isu-isu berbangkit di antara kedua-dua negara. Dengan ini, hubungan dua hala yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara telah memasuki fasa baru yang lebih akrab dan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Lembaran baru di dalam hubungan dua hala Malaysia – Brunei Darussalam ini dijangka membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua negara khususnya di dalam bidang pelaburan dan ekonomi. Pertukaran Surat juga menentukan sempadan di antara Sarawak dengan Brunei Darussalam khususnya di kawasan Limbang dimuktamadkan dan tidak akan wujud lagi isu tuntutan Limbang oleh Brunei Darussalam.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Dewan Rakyat...Usul Mengutuk Israel


Perdana Menteri akan mencadangkan :-

BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel,
Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan
antarabangsa konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan
kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010, yang telah mengakibatkan banyak
kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan
tersebut;

BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan
tersebut merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa
termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

BAHAWA, sentimen yang sama telahpun disuarakan melalui Kenyataan
Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negaranegara
Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan
kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada
alasan bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas kapal misi
bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza tersebut; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan
masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan
ganas Rejim Zionis itu.

DENGAN INI DEWAN mengambil ketetapan seperti berikut:

(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di
bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke
atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah
mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan
kepada orang awam;

(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di atas
kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim
Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;

(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya
membuat kenyataan lemah semata-mata;

(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negaranegara
Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan
negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undangundang
antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi
manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan
Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani
krisis kemanusiaan di Gaza;

(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan
usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim
Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan
usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ);

(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk
mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome,
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh (fully
independent) dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan
bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak (impartial)
semata-mata;

(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa,
terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang
telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang
berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai
serangan ini;

(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi
bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di
Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan
Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan
dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;

(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus
menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah
Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman
Rejim Zionis;

(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki,
Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam
usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan
oleh Rejim Zionis;

(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan
mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara
Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat; dan

(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan
rakyat Palestin ke arah pembentukan negara Palestin yang
bebas, merdeka dan berdaulat.

Ahli Parlimen Hulu Selangor & Sibu Mengangkat Sumpah...

Parlimen telah mula bersidang dalam Mesyuarat ke Dua, Penggal ke Tiga, Parlimen ke Dua Belas, jam 10 pagi ini.

Acara mengangkat sumpah yang dimulakan oleh YB Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor dan disusuli oleh YB Wong Ho Leng Ahli Parlimen Sibu...

Seperti yang dijangka, Dewan riuh dengan tepukan meja pihak BN apabila YB Kamal dipanggil ke tengah dewan untuk mengangkat sumpah manakala dewan riuh bersorak di pihak pakatan apabila YB Wong pula dipanggil untuk mengangkat sumpah.

Pagi ni suasana ceria kerana kata beberapa YB 1-1 sama...
lepas ni jam 11.30 Parlimen akan membincangkan usul mengutuk Israel...

Kita nantikan hujahnya...

Ahad, 6 Jun 2010

Wira Palestin!!! 12 Selamat Pulang, 6 Lagi Petang Ini..

12 rakyat Malaysia dibebaskan Israel selamat pulang

KUALA LUMPUR 6 Jun - Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh tentera Israel ekoran insiden rampasan kapal Turki, Mavi Marmara, yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin, selamat pulang ke tanah air awal pagi jam 6.20 minit pagi.

Selepas mengadakan sidang akhbar bersama YAB TPM, Mereka dan keluarga masing-masing telah dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

- Utusan

Sementara itu TPM TS Muhyiddin memaklumkan didalam sidang akhbar nya sebentar tadi bahawa kesemua 6 orang rakyat Malaysia yang sedang ditawan oleh puak Zionis didalam kapal Rachel Corrie yang telah ditunda ke Ashdod berada didalam keadaan selamat serta akan dibebaskan keluar melalui Jordan pada Jam 12 tengah hari ini ataupun jam 6 petang waktu kita.

Mudah-mudahan kesemua nya selamat ...amin

Jangan Kau Rayu!!!


KUALA LUMPUR 5 Jun - Walaupun 'sudah berkerat rotan berpatah arang' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2007, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa masih dipujuk supaya kembali bersahabat dengan bekas rakan baiknya itu.

Nallakaruppan yang menjalinkan persahabatan dengan Anwar selama 30 tahun sebelum ini mendakwa salah seorang daripada individu yang cuba memujuknya ialah peguam, Manjit Singh Dhillon.

Sehubungan itu, Nallakaruppan menasihatkan Manjit supaya menghentikan perbuatan sia-sia itu kerana keputusan untuk meninggalkan Anwar adalah muktamad.

"Saya meminta sahabat saya yang juga dahulunya peguam saya, Manjit Singh Dhillon tidak lagi memujuk saya untuk kembali berbaik dengan Anwar.

"Saya tahu Manjit amat rapat dan mempunyai hubungan yang amat baik dengan Anwar tetapi keputusan saya meninggalkan Anwar adalah atas prinsip dan ia satu keputusan muktamad," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Seremban pada Mei 2007, Nallakaruppan yang pada masa itu Ketua Cabang PKR Kepong meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu dengan alasan tiada tempat untuk kaum India dalam parti berkenaan.

Ditanya sejak bila ada usaha untuk memujuk beliau, Nallakaruppan mendakwa ia bermula selepas pakatan pembangkang menang besar pada pilihan raya umum 2008.

Dakwanya, pujukan itu semakin kuat menjelang pelan pembentukan kerajaan pusat oleh Anwar melalui kaedah lompat parti pada 16 September 2008.

"Manjit suruh jumpa Anwar, kononnya dia akan jadi Perdana Menteri, banyak kali dia pujuk saya sama ada melalui telefon atau secara bersemuka.

"Saya mahu beritahu Manjit, tiada sebab saya nak berjumpa Anwar kecuali jika dia berani jumpa saya di mahkamah, saya memang tertunggu-tunggu juga," katanya sinis.

Mengulangi pendirian untuk tidak kembali kepada Anwar, Nallakaruppan berkata beliau sudah serik untuk berkawan dengan Ketua Pembangkang itu yang didakwanya cukup licik mempergunakan orang lain.

"Tengoklah sendiri hubungannya dengan Barat, selepas keluar penjara bukan main lagi dia ke sana mencari 'talian hayat'.

"Sekarang lain pula kisahnya, bila pekungnya mula terdedah, dia cuba pula menonjolkan dirinya sebagai pejuang isu Palestin," katanya.

Nallakarupan minta peguam Manjit Singh hentikan perbuatan itu kerana keputusan tinggalkan Anwar muktamad.

Komen


Ingat lagu Rahim Maarof...Boleh la nala dendangkan ke halwa telinga Anwar Aljub... 'aku bukannya alam mainan mu...huhu' macam menusuk lobang nuar jer bunyi nyer.. Nala dah tak mahu jadi drebar bawa betina jumpa Anwar Aljub lagi...

'Jangan Kau Rayu...huhu'


sendiri mau ingat!!!

Anwar Panas Bila Tuhan Yahudi Mula Mengecam Nya...


Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic".

"Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi.

"(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya.

"Saya mengkritik Apco kerana mereka berpengaruh, dan mereka telah berjaya mempengaruhi sebuah organisasi untuk menyerang saya secara peribadi, dan melabel saya musuh Israel.

Komen


Anwar dah panas!!! Yahudi Israel dah marah! Yahudi Israel dah terasa hati! Yahudi Israel dah sakit hati! Anwar takut dilabel sebagai anti Israel! Anwar takut dilabel sebagai musuh Israel!

Anwar sedang berlindung disebalik ICG untuk menunjukkan bahawa beliau sebenarnya adalah pemikir dan pejuang Yahudi Israel!
Jangan takut Nuar! apa yang anda buat sebenarnya sedang diperhatikan oleh dunia Islam! rakyat dan ummat Islam tahu anda sedang menggerakkan satu lakonan bersama tuhan Yahudi Israel kamu!

Rakyat tahu siapa kamu dikalangan Zionis!
Isu ini hanya sebagai pemangkin bagi melonjakkan semula nama kamu yang telah suram dimata Zionis ! Isu ini akan membolehkan kamu menyatakan pendirian kamu dan mengulangi ikrar taat setia menyokong dan mendokong Yahudi Zionis !

Di dalam negara lakonan kamu begini sementara di luar pula lakonan kamu begini !!! Ini kan strategi dan langkah yang kamu dah gariskan didepan Yahudi Zionis !!! Apa yang heran???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 5 Jun 2010

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !


Dirgahayu Tuanku...

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda
Pada 5hb Jun 2010 Bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku...sentiasa beroleh taufik dan hidayah Allah dalam menaungi rakyat dan negara agar aman, maju dan sentosa...

Daulat Tuanku ! daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Khamis, 3 Jun 2010

Rompakan Pasir Dihalalkan Di Selangor...


SHAH ALAM, 2 Jun: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan perlombongan pasir di Selangor mencatatkan keuntungan RM1.11 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mac 2010.

Pada tahun 2009, KSSB mencatatkan keuntungan RM9.4 juta manakala September hingga Disember 2009, mereka mendapat untung RM1.99 juta.

Bagaimanapun jumlah ini masih rendah berbanding pendapatan dari pasir yang diperolehi kerajaan Selangor semasa BN iaitu RM17 juta pada tahun 2007.

Perkara ini diberitahu oleh saksi ketiga sidang Selcat, Datuk Abdul Shukur Nahar, Pengarah Eksekutif KSSB dalam sidang yang berlangsung hari ini.

SEMENTARA ITU...


Penyangak kaut RM100j

SHAH ALAM: Hasil `rompakan' membabitkan penggunaan hampir 2,000 lori sehari, penyangak pasir di seluruh Selangor didakwa mampu mengaut keuntungan lebih RM100 juta setahun dan jumlah itu baru membabitkan empat lokasi dikenal pasti setakat ini.

Dalam sehari, penyangak pasir mengangkut keluar sehingga 40,000 tan pasir untuk dijual kepada pihak industri berdasarkan anggaran setiap lori sekurang-kurangnya membuat satu penghantaran 20 tan pasir.

Akibatnya, seluruh kawasan terbabit bertukar daripada subur menjadi seolah-olah zon perang dengan permukaan tanah berlubang seperti dihentam bom.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari, berkata.

"Antara 350 hingga 400 lori mengangkut keluar pasir setiap hari dari empat lokasi dikenal pasti. "Keuntungan diperoleh itu hanya dibolot penyangak pasir sedangkan kerajaan negeri tidak mendapat hasil yang boleh digunakan semula bagi kepentingan rakyat," katanya di sini, semalam. Beliau mendedahkan perkara itu selepas melakukan tinjauan tiga jam dari udara bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, pagi semalam.

"takkan la keuntungan selepas PR berada kat Selangor, jauh lebih rendah? Curi masih berlaku? Mana gi sasaran keuntungan? Khalid kena jelaskan .. jangan gagap gagap .. Weyyy ... YB kat Selangor ni buat kerja main main ke?

hahaha baru sedar atau tak dapat buat duit YB?
atau lori pasir YB kena liwat dengan lori pasir ronnie lieu dan teressa cock? Khalid gagap pasti akan menyorok belakang elizabeth telanjang dan tidak akan menjawab isu ini..

selagi tuhan politiknya suruh diam...maka dia la sigagap ni...
Itu pun kena tanya punasihat kewangan 1 Ringgit dulu...

Ini lah nasib negeri apabila kerajaan jatuh ke tangan perompak dan penyamun!!!


Bangkit lah...Rakyat Selangor!!!

Rabu, 2 Jun 2010

Alhamdulilah...Rakyat Kita Selamat...

12 Rakyat Malaysia Di Atas Kapal Mavi Marmara Selamat

SEPANG: Semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanahair. "Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, beberapa negara seperti Jordan dan Turki telah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu. "Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya," katanya.

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di Turki telah meminta secara rasmi kepada kerajaan itu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah Satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata, seorang lagi rakyat malaysia yang terlibat dalam kejadian ituialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur.

Anifah turut mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau juga memberitahu bahawa Wisma Putra masih sedang mengesan lokasi kesemua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu.

Menurutnya kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa manakala lima lagi kapal yang terlibat dalam misi itu berada di Ashdod.

Anifah berkata Wisma Putra telah mewujudkan satu bilik operasi yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan penahanan rakyat Malaysia itu. "Kita akan hubungi misi kita di Angkara dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa," katanya. Bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-88874570.

Ditanya tentang tiga kapal tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Anifah yang baru tiba dari Singapura selepas menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN-GCC berkata beliau dimaklumkan bahawa misi itu akan diteruskan ke perairan Gaza.

Katanya, wakil PGPO turut meminta agar negara-negara Aean-GCC menggesa Israel agar tidak menghalang perjalanan flotila bantuan itu. - BERNAMA

ALHAMDULILAH...

Selasa, 1 Jun 2010

Rombakan Kabinet!!!UMNO Tak Terlibat...

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat!

Nampaknya PM tidak mengumumkan rombakan besar-besaran... Semua Menteri yang sedia ada KEKAL! hanya Tee Keat terkeluar dan Kong Chor Ha mengambil tempatnya di MOT, rezeki Chor Chee Heung dilantik sebagai Menteri di KPKT.

Maka terselamatlah Menteri 60:40 dan juga lain-lain Menteri yang diselubungi beberapa kontroversi... harapan dan gesaan sahabat-sahabat bloggers untuk melihat desakan dan saranan selama 2 minggu ini menjadi kenyataan terpaksalah dilupakan buat seketika... Tapi kami bloggers tetap memantau secara dekat dan akan menyatakan apa jua yang PERLU bila tiba masanya...

Wee Jeck Seng nampaknya tersungkur! bekas setiausaha politik Ong Ka Ting ini digantikan dengan anak Presiden MCA! Setakat ini kehendak Chua Soi Lek yang mahukan anaknya mendapat tempat didalam kabinet telah berjaya! namun kita harap PM tidak hanya melihat hubungan darah dan kekeluargaan menjadi perkiraan, sebaliknya biarlah Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik benar-benar layak dan mempunyai merit yang tinggi untuk menggalas amanah!

Ini kerana jika kita perhatikan ada Timbalan Menteri dari MCA yang bertukar fotfolio jelas merangkak-rangkak menjawab soalan di Parlimen! Ini bukan sahaja kelemahan ketara namun kerap kali soalan yang dibangkitkan dalam soalan tambahan terutamanya GAGAL dijawab dengan baik dan berkesan! Tapi kekal juga Timbalan Menteri ni nampaknya!!!

Begitu juga dengan MIC yang sudah dibaca awal akan mendapat kerusi Timbalan Menteri! hanya kerana akujanji dan persetujuan yang dicapai oleh Samy No Value dan G.Palanivel tatkala merelakan kerusi Hulu Selangor diberikan kepada P.Kamalanathan. Soalnya apakah G benar-benar layak jika diukur dari rekod nya sebagai wakil rakyat di HS? Kedudukan MIC yang terumbang ambing juga dilihat apakah G mampu membawa rasa hormat rakyat kepada jawatan yang diamanahkan kepadanya?

Ada sahabat kata, macam mana dengan Razali Ibrahim dan Hamzah Zainuddin,? jika dilihat dari rombakan yang tiada kena mengena dengan UMNO maka kehadiran Timbalan-Timbalan Menteri yang baru ini hanya menjadikan Jawatan mereka sebagai TM ke 2.

Cuma agak teruja kemana agaknya Betina Tan Lian Hoe, Ketua Wanita Gerakan yang menjadi wakil rakyat Parlimen kawasan Melayu iaitu Grik... Ini kerana tempat beliau didatangi oleh Dato Rohani Karim sedangkan selama ini Jawatan TM disitu hanya diisi oleh seorang! Apakah mungkin beliau digugurkan kerana keceluparan dan kekurang ajaran nyonya ini yang mengatakan Melayu pendatang serta menjalankan kempen penggunaan Kalimah Allah di Gereja didalam facebook nya..

Yang jelas kehendak MCA dan MIC telah PM penuhi! sekarang masa bekerja untuk mempastikan kepercayaan kaum cina dan india balik menyokong BN! Itu kerja kamu! itu KPI kamu!

Lu fikir La Sendiri!!!

S/U Agung & Ketua Penerangan Bakal Menteri Penuh!!!


Malaysia ni kecik beb... kekadang berita yang bertiup kencang memang tiada asas...macam cerita 16 September la, berapa ramai kuda belang taksub puak pembangkang kena tipu dek Anwar Aljub...

Tapi ada juga terkadang khabar angin yang bertiup kencang merupakan 'intro' kepada kejadian yang bakal benar-benar berlaku...marketing strategi la katakan...lontarkan sikit dalam khalayak lepas tu tunggu respond!


Sebab tu khabar angin Leman nak letak jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa tidak memeranjatkan khalayak di KL terutama mereka yang selalu berada di Seri Pacific, Riverside, The Mall, Pinang Masak dan lain-lain port kaki politik di sini.


Khabarnya Najib mesti merombak Kabinet...sama ada sebelum 7hb depan dimana Parlimen akan mula bersidang atau sebelum 10 hb dimana RMK 10 akan dibentangkan jam 11.30 pagi.


Sebelum Parlimen bersidang kerana memudahkan urusan Menteri yang berkenaan untuk menjawab di Parlimen, tentunya Menteri yang berkenaan perlu mahir dan mengetahui selok belok Kementerian yang beliau kemudi manakala sebelum RMK 10 kerana bajet dan pelan perancangan yang akan dibentangkan nanti merupakan hala tuju dan KPI sesebuah Kementerian agar segala perancangan dapat dilaksana dengan jaya mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui Menteri dan pasukannya.

Ini semua memerlukan pemerhatian, tanggungjawab dan gerak kerja serta tindakan yang tersusun dari awal ianya dibentangkan, maka soal siapa yang mengemudi mestilah dibereskan lebih awal lagi...

Khabarnya TPM akan bertukar ke Kementerian Dalam Negeri... sepupu PM khabarnya akan dipulangkan semula ke Kementerian Pelajaran, tentunya lebih ampuh AMARAN yang selama ini diungkapkan oleh Hishammuddin ini digunapakai kepada guru dan murid-murid.

Nazri disebut akan berpindah ke Kementerian Pertahanan menggantikan Zahid yang akan duduk menjaga Parlimen. Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO dan BN diberitakan akan dilantik menjawat Menteri Penerangan. Sementara Kementerian yang dijaga oleh Rais Yatim kini dikecilkan semula dengan mengekalkan Rais menjaga Kebudayaan dan Warisan manakala Telekomunikasi dan Multimedia akan disatukan dengan Kementerian Teknologi Hijau dan Inovasi.

Khabarnya Ahmad Maslan akan dilantik Menteri Luar Bandar sesuai dengan peranan yang telah beliau mainkan di Felda, ianya juga akan lebih memudahkan beliau untuk menggerakkan agenda Juara Rakyat di peringkat Luar Bandar.

Shafie Afdhal yang dilihat semakin terhimpit dengan masaalah apabila kepimpinan UMNO Sabah yang diterajui oleh Musa Aman dilihat tidak 'sebulu' dan terang-terang berkonfrantasi dengan beliau dikatakan akan berpindah ke Kementerian lain.


Kalau dilihat kepada isu yang lepas-lepas, tak susah PM nak mengurus Nor Mohamad Yaakob dan Idris Jalan, Awang Adek dan Raja Nong Chik tapi kalau melihat kepada 'angin' Najib, Idris Jalan ini nampak mungkin akan dikekalkan. Begitu juga la dengan Raja Nong Chik yang dilihat begitu tunduk dan taksub kepada bangsa lain dengan isu 60:40 Kg Baru. Sama la halnya kepada Awang Adek yang mempelopori isu Judi!


Apapun semuanya ini akan diputuskan sendiri oleh Najib selaku PM! namun Najib kena melihat lebih jauh kali ini dengan mengekalkan mereka yang benar-benar layak dan sesuai dalam memperkuatkan Jentera Kerajaan, mampu memberikan kemakmuran kepada rakyat serta menguatkan UMNO dan BN...

Hubungan Peribadi tentunya bukan ukuran utama dalam memberikan penilaian yang tepat lagi benar! Kerana mereka ini juga akan diukur dan dinilai oleh ahli UMNO dan BN serta rakyat keseluruhannya...


PM telah menggagaskan maka tanggungjawab Menteri la untuk menggerak dan menjayakannya... Bukan menggagalkannya!!!


Lu Fikir La Sendiri!!!