Sabtu, 22 Jun 2013

Lagi Gambar Perusuh Black 505..! Dihalau Ke Stadium Pulak..!


Tengok gambar di mykmu di sini

Pembangkang digesa menukar lokasi perhimpunan haram yang dijadual di Padang Merbok di sini hari ini ke Stadium Merdeka bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat saranan itu semasa melakukan tinjauan di Padang Merbok pada 12.50 tengah hari ini untuk melihat situasi di situ sebelum perhimpunan anjuran pembangkang itu yang dijangka diadakan pada 3 petang.

Beliau berkata Jalan Parlimen, yang terletak dekat dengan padang itu, merupakan antara laluan utama untuk masuk ke ibu negara, terutama pada hujung minggu.

"Ia tidak strategik untuk pembangkang mengadakan perhimpunan di sini. Kita telah membuka Stadium Merdeka untuk pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini tetapi mereka degil," katanya yang turut diiringi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan beberapa pegawai kanan kementerian.

Katanya jika pembangkang meneruskan perhimpunan itu di Padang Merbok, laporan polis akan dibuat bagi tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.   

Tengku Adnan turut melahirkan penghargaan dan simpati terhadap pasukan polis yang terpaksa bertugas mengawal keadaan dan keselamatan awam dalam suasana panas dan berjerebu.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Sungguh OTAK taruk di lutut! Bawa anak kecil dalam jerebu dalam keadaan tak selesa langsung...penginayaan kanak2!

    BalasPadam
  2. dah jelas..apa lagi polis tangkap melayu nie dakwa sebab bawa kanak2 ke perhimpunan haram

    BalasPadam
  3. Kaum lain tak nampak pulak. Yang ada Melayu yang nak mati syahid. Bodoh pergi angkut anak sekali. Apalah bangang punya mak ayah.. tak ada otak

    BalasPadam