Sabtu, 2 Julai 2016

Keluhan Rafidah..!


Baca dan fahamkan..!

Pemakan dedak tak faham tak per..!



Rafidah Aziz: Sana Brexit, sini 'Umno-exit'

Sementara United Kingdom melalui peristiwa Brexit, dengan referendum untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kita di Malaysia juga tidak ketinggalan.

Umno telah berterusan melakukan "Umno-exit" sendiri dengan penyingkiran beberapa pemimpin-pemimpin Umno atas beberapa alasan-alasan.

Dan ada yang sendiri meninggalkan parti. Umno dalam setengah abad yang lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran.

Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti, terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno di masa lalu.

Pasti Umno tidak boleh hanya bersandar kepada sentimen perjuangan lama kerana suasana politik, sosial dan ekonomi memerlukan strategi serta penekanan-penekanan yang berbeza.
Namun kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa perpaduan, pada mana jua zaman dan era, adalah kunci kepada kejayaan parti seterusnya.
Dan perpaduan tersebut akan pasti terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan, serta antara "orang saya" dan "orang dia", serta "orang kita" dan "orang mereka".

Dan apabila kepelbagaian pendapat tidak dapat diterima, dan dianggap sebagai "tentangan". Sekarang nyata sudah berlaku "peperangan terbuka".

Segala kain kotor dikirai kepada awam. Kata-kata kesat dikeluarkan. Dendam mendendam sudah menjadi asas.
Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk.

Masing-masing menconteng arang ke muka antara satu dengan yang lain hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dah hodoh kepada awam.
Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin "yang betul" dan menganggap "semuanya tak boleh pakai" oleh kerana pemimpin-pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri!
Politik telah menjadi peribadi atau personal. Adakah ini matlamat perbalahan antara pemimpin-pemimpin dalam Umno?
Mengapa dibiar dendam dan sakit hati menjadi pendorong tindakan? Di mana letaknya pegangan dan komitmen kepada cogan kata Umno "bersatu, bersetia, berkhidmat”, apabila yang sebenarnya berlaku ialah berbalah, berdendam dan berpecah-belah?
Umno pernah diharamkan. Orang-orang Umno telah menubuhkan parti-parti politik sendiri dan menentang Umno.
Mengapa dibiarkan permusuhan menular dalam parti sehingga kawan jadi lawan dan lawan dibawa tidur sebantal?
Tidakkah kita belajar daripada masa lepas, dari peristiwa-peristiwa pahit yang telah banyak menjejaskan parti?
Menjelang Syawal ini, wajar kita renungkan bersama ke mana arah haluan parti. Kita tidak memupuk kekuatan jika tidak ada perpaduan sebenarnya.
Perpaduan bukan bererti menjerit-jerit slogan, berpeluk-pelukan atau mencium-cium tangan atau
photo opp” dan kenyataan-kenyataan yang "mencerminkan" yang "semua OK"!
Anak-anak muda ada opsyen dan pilihan lain.
Sepatutnya kita yang telah lama dalam Umno, menunjukkan contoh-contoh kepimpinan yang baik, supaya anak-anak muda menjadi penokok tambah kepada kekuatan Umno.
Sememangnya masih ada isu-isu dan masalah yang perlu diselesaikan supaya tidak terus terjejas kredibiliti kepimpinan parti dan kerajaan.
Yang betul tetap betul. Yang salah tetap salah. Tetapi penyelesaian tidak akan diperoleh dengan cara perbalahan dan dendam peribadi. Ia hanya mengeruh dan mengusutkan keadaan.
Fokus kepada isu, bukan peribadi. Kesetiaan mestilah kepada parti, bukan kepada mana-mana indeividu kerana individu datang dan pergi.

Sudah ramai yang telah pergi meninggalkan segala gelaran, harta dan pangkat serta kuasa tetapi parti mesti kekal.
Hentikanlah perbalahan, carilah jalan penyatuan.
Pemimpin-pemimpin masa lalu juga berselisih faham, tetapi seperti air yang di cincang tidak akan putus.
Jangan dibiarkan masalah-masalah yang menular itu menyebabkan ahli-ahli sendiri kecewa, apatah lagi orang-orang Melayu.
Umno sebagai parti tidak bersalah. Manusia dan gelagatnya yang mencemar nama baik Umno dengan tindak-tanduk yang tidak selari dengan semangat perjuangan sebenarnya.

Jangan kerana manusia, Umno dipersalahkan.
Berperang sesama sendiri, didorong oleh dendam dan mungkin juga ego merugikan parti.

Di samping menambah dosa dan memburukkan diri masing-masing pada khalayak ramai, pasti di Syawal ini ramai yang perlu memohon ampun maaf antara sesama sendiri.

Sama-samalah kita ingat apa kata orang tua-tua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Dan berpesan juga orang-orang tua, jangan menang sorak kampung tergadai.

TAN SRI RAFIDAH AZIZ bekas anggota kabinet dua perdana menteri sebelum ini – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga pernah menjadi ketua Wanita Umno.

Tulisan ini dimuatkan kali pertama di Facebook peminat beliau dengan tajuk asal “Mengapa begini, ke mana sudahnya?”
Lu Fikir La Sendiri!!!

21 ulasan:

  1. Takpa. Brexit bikin PM Britain di tukar. UMNOxit bikin Najib di tukar.

    Harap tak sampai peringkat UMNOxit. Klau MKT buang Najib, tak sampai gitu. Kalau tak, lantak lah. Nak jadi UMNOshit ke, UMNO dan MKT punya pasal.

    Aku Protun. (Wah, tentu fedap Projib sekor tuh dengor nih). Aku dah bosan dengan isu 1MDB dan berbilion ringgit masuk ekaun Ajib dan keluarga dia tak selesai selesai. Nak jadi pangsai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brexit bikin stock markets goncang sat......Najibxit bikin stock markets melambung naik.........

      Padam
    2. Ko mental ke.........????
      Mana ada BSKL melambong naik........????
      Beergerak takat nak naikkan Index saja.
      BSKL kosong takda volume.

      Padam
    3. Baca baik baik, Cik Minah - dia ghoyyak "Najibxit bikin stock markets melambung naik........." Najibxit belom happeng lagi dok?

      Ambo harap happeng, nok jugok beli saham sposeng dua, hehe

      Padam
    4. Saya nak dengor desas desus ketidakpuashatian dalam MKT berkaitan rombakan kabinet aritu. Selain dari Husni pergi belajar agama di luar negara.

      Siapa tahu, tolong share di sini. Terima kasih.

      Padam
    5. Berita angin pun jadi. Takda angin, tak selesa hidup kita. Terutama sebab selalu di frust dek Najib.

      Padam
  2. "ke mana sudahnya?” Kalau MKT terus berdiam diri, mangkin bertambah yang pergi ke Jordan belajar agama. Heran pulak Husni pigi ke Jordan. Ingatkan Mecca lah pusat belajar agama. Atau Mesir. Yang dah ketimpung polong sejak Mubarak nak jadi Firaun seumor hidup.

    Di sini dulu orang tuduh Mahathir Firaun. Sekarang ada yang lebih dari Firaun - ada yang boleh menyebabkan penyakit ta'un. Cirit birit rakyat di buat dek Ajib. Nausea kata omputih.

    BalasPadam
  3. Makcik tu steady lagi nampak nya. Gambaq lama ka tu? Stuju apa dia kata.

    BalasPadam
  4. Cukup setuju apa dia kata... bravo Rafidah...itulah quality kepimpinan zaman dulu. Kepimpinan zaman sekarang cakap pakai duit. Nak suruh org dengar pon pakai duit. Apatah lagi nak suruh undi.

    Umno dah jadi hak individu...Bukan Umno dulu yg sentiasa mendahulukan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat banyak berlaku gitu di zaman Najib Cash Is King. Gantikan dia, kalau tak UMNO/BN lingkup di PRU14.

      Padam
  5. Setuju untuk tidak setuju...orang melayu memang payah nk berubah dari segi politik...ditakutkan kalau parti lain perintah akan terhapus hak bumiputera...umno mmg berjasa tuu memang tak dinafikan..nama umno juga digunakan untuk mencari kekayaan..orang melayu dibagi beras dan RM50 lupa segala nya..tapi mereka lupa ada kos yg mereka tanggung selepas selesai mengundi...ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi ada DAP, kalau parti lain dari UMNO/BN perintah, akan terhapus hak bumiputera.

      Gantikan Najib, buang DAP, best.

      Padam
  6. Sapa budak Rafidah nihh...? Menantu pernah kaya raya setelah jadi sekutu Raja AP dulu ka...? Menteri yg banyak bagi AP pada krooni dia dulu.... sapa yg dah kuar UMNOexit ni... oooo ug 300 cawangan UMNO kat sabah tu ke.... makna kata 300 umno kat kawasan tu dah mati.... yg kuar ketua cawangan jaerr.. yg jadi ahli ramai lagi... 300 ketua cawangan berambus dari UMNO... naib ketua... dan ahli biasa 300 cawangan tu masih jadi ahli umno lagi... tak yah nak temberang bodoh la... 300 ketua cawangan berambus ada 300 ahli umno yg bakal dilantik ganti ketua yg dah brrambus tu.... bufak rafidah tu suh duduk diam... klu nk membising join momok trus lebih meriah lagiii... syohhh ...!! syooohh!!! Berambus lgi bagus....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProOO00ootTt...arghh leganya

      Padam
    2. Setuju dgn ted. Dia tak cakap pun, kuat penampar nya kpd Projib 1011 PG.

      Padam
  7. Sepatutnya kita yang telah lama dalam Umno, menunjukkan contoh-contoh kepimpinan yang baik?

    Najib peduli apa. Asalkan dia boleh kekal dlm jawatan kalau boleh sampai mati, mati pun dia sanggup ..........eh, logik tak tuh, hehe

    BalasPadam
  8. Anak Bukit Jelutong2 Julai 2016 pada 10:45 PG

    Setuju amat Tan Sri.

    Bertolak ansur dan bermaaf-maafanlah.

    TAPI yang tak betul kena betulkan lebih dulu.

    HIDUP MELAYU.

    BalasPadam
  9. Cukup2 la tu najib....

    Sudah2 la tu najib....

    Cukup cukup sudah

    Inikah caramu membalas cintaku
    Kau nodai cinta yang ku beri
    Inikah caramu membalas sayangku
    Kau lukai sayangku untukmu

    Teganya kau menari diatas tangisanku
    Kau permainkanku sesuka hatimu
    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja

    Daripada hati gelisa
    Cintaku kau balas dengan dusta

    Sudah cukup cukup sudah
    Cukup sampai disini saja
    Daripada batin tersiksa
    Lebih baik ku pergi saja

    Telah berulangkali ku coba mengalah
    Ternyata sabarku tak berarti untukmu


    YA, SAYA MAU DISKON! Najib oh najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori le, kawan. Dia tak akan balas cinta mu. Bahasa Melayu pun dia kurang tau. Lagikan bahasa puisi mu.

      Najib dulu ada kata di Pekan bahawa salepas diam 8 tahun di England, BM dia pun dah kekok.

      Orang kata, bukan bahasa je, pemikiran dia pun dah kokak.

      Padam
  10. Tosonyap Jing Projibo.

    BalasPadam
  11. Itulah yang kami sedang usahakan,nak Najib letak jawatan (walaupun liat,sebab pasti akan didakwa)sebab masih ada sayangkan parti walaupun sedih dan marah,kerana
    Najib sampai hati sanggup ke tahap begitu teruk merosakkan nama baik parti apatah negara melalui tindakan tindakan........Najib membawa budaya rasuah dan mengajar rakyat ke arah sifat suka meminta minta....Najib letaklah jawatan....kemudian minta maaf secara terbuka di atas segala kemelut,skandal dan masalah bertimpa timpa kepada rakyat....ketiga...walau pahit untuk ditelan,carilah peguam terbaik untuk membela diri,kerana sudah pasti skandal mega kewangan ini telah menjerut leher sendiri,dan tak boleh nak elak lagi....dulu suruh baik baik letak jawatan tak mau....sekarang segalanya sudah jauh dan terlambat......yang salah tetap salah.

    BalasPadam