Memaparkan catatan dengan label derma arab saudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label derma arab saudi. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2016

DERMA PANAS ~ Pak Arab Sudah Pusing..!



Pak arab bikin fenin..! ingatkan dah selesai..! boleh tutup mulut..! rupanya makin terselak..!

TV3 suku dan utusang takkan menyiarkannya..!

Arab Saudi tidak pernah menyalurkan atau memberi sumbangan wang kepada pihak lain dengan niat untuk menyusahkan mana-mana pertubuhan politik, kata seorang kerabat diraja negara itu, Putera Sultan bin Salman.
Anak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud itu juga berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak berniat untuk menyebabkan suasana politik tidak stabil di mana-mana negara dengan menyalurkan sumbangan politik.
“Arab Saudi tidak pernah memberi wang untuk menyusahkan mana-mana rejim politik, walaupun kami tidak bersetuju dengan mereka,” katanya yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi, pada sidang media selepas menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelancongan di sini, hari ini.
Menjawab soalan mengenai sumbangan yang kononnya dikatakan diberi oleh Arab Saudi dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.6 bilion, Putera Sultan bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
“Saya benar-benar tidak mempunyai latar belakang mengenai isu ini. Ia adalah isu dalaman bagi Malaysia, dan saya pasti mereka akan mendapat menyelesaikannya,” katanya.
Beliau yang dilihat terganggu dengan soalan mengenai sumbangan itu berkata, Arab Saudi menyedari tanggungjawab pada peringkat antarabangsa dan menjadi negara terbesar dalam memberi bantuan kepada negara Islam lain.
Katanya, hubungan antara Arab Saudi dan Malaysia sentiasa baik dan sejarah menunjukkan Riyadh sentiasa memberi sokongan kepada Kuala Lumpur.
Sebelum ini, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang yang masuk ke akaun Perdana Menteri berasal daripada anak syarikat pelaburan negara yang mana Najib menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib bagaimanapun menafikannya dan mendakwa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Apa lagi nak gormal?
Kertas takkan mampu membungkus api beb..!
Lu Fikir La Sendiri!!!