Khamis, 26 Jun 2014

Apa Yang IGP Merepek Ni..!


Pihak berkuasa tak perlu nak sound sound..! tak perlu nak beri amaran..! amaran demi amaran dah terlalu banyak selama ni..! itu sebab puak pelampau semakin lemak..!

TANGKAP ajer la..! 

SEREMBAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.

Katanya, Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan berkenaan isu itu, tetapi didapati ada pula pihak-pihak tertentu mempersoalkan keputusannya.

"Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

"Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.

"Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Pada Isnin lepas, usaha Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia, berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu.

Demi keamanan dan kemakmuran..! tegakkan undang undang..! tangkap waima yang perlu ditangkap tu AG..! Peguam Negara..! Apa masaalahnya..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Persoalannya ialah Peguam Negara yg hanya berani dgn melayu saja..dgn cina ke india ke..telur kecut..balik sarawak la..letak jawatan lagi baik.

    BalasPadam
  2. igp...tangkap cepat2 nanti akta hasutan dimansuh......takut tak sempat..... tak guna juga tangkap kalu akta dimansuh.....penat saja....dah tangkap kena pula lepas....

    BalasPadam