Jumaat, 16 Oktober 2009
UMNO Perkasa! Pembangkang Binasa!
Mendengar, Melihat dan Menghayati akan apa jua yang diucapkan oleh YAB Presiden, YAB Timbalan Presiden, Ahli Majlis Tertinggi, Para Perwakilan dan juga pemerhati selama berkampung di PWTC sepanjang 4 hari ini boleh lah penulis merumuskan bahawa UMNO telah berada di landasan yang terbaik untuk bangkit memenangi hati rakyat dan pengundi.
Kesatuan hati, fikiran, tindakan dan matlamat seperti yang digariskan jelas wujud berkobar-kobar dihati dan perasaan para perwakilan yang mula meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke kawasan masing-masing bagi memenuhi tuntutan dan tanggungjawab untuk menyubur dan memekarkan kembali parti keramat orang melayu itu.
Hati telah terpatri, jiwa telah membara, akal telah berbekal dan tindakan telah pun dimulakan, maka kembali ke kawasan dan bahagian masing-masing untuk menterjemahkan apa yang telah digarap selama berada di Dewan Merdeka ini. Perpaduan dan kesatuan pemimpin dan ahli UMNO jelas erat dan kukuh walau apa jua badai yang datang.
Jelas fitnah dan adu domba pakatan jahat pembangkang untuk memusnahkan perpaduan UMNO telah gagal, Usaha untuk memburukkan Presiden dan Isteri beliau juga jelas tidak laku, Perpecahan yang cuba digambarkan kepada rakyat juga tidak terlihat dengan kehangatan silaturahim yang wujud begitu erat dan kuat.
Parti Keramat UMNO ini telah wujud 63 tahun dan ianya akan terus wujud dan berkuasa selagi pemimpin dan ahli UMNO menunjukkan kesatuan seperti mana yang diperlihatkan didalam PAU ini. Ini lah keramatnya UMNO. Pelbagai dugaan yang mendatang namun atas rasional dan kematangan pemimpin dan ahlinya telah menyebabkan pembangkang terus berak kapor dengan fitnah, putar belit, pembohongan dan tipu daya mereka.
Salakkan demi salakkan yang dilaungkan oleh pengkhianat bangsa, agama dan negara seperti Anwar, PAS, PKR dan DAP tidak sesekali akan meruntuhkan bukit yang semakin kukuh. Memang terkadang bukit juga mengalami tanha runtuh namun kesedaran yang tinggi telah menyebabkan bukit yang sedikit runtuh semakin menggunung dan terus diperkasa bagi menerajui kuasa didalam negara.
Sementara bukit yang menjadi gunung semakin perkasa, anjing jua yang semakin binasa kerana salakkannya hanya mengundang bingit dan bising yang akhirnya menyebabkan orang yang tidak tahan dengannya bukan sahaja lari darinya malah melamparkan batu dan sepatu sebelum anjing itu kaku.
Lu fikir La Sendiri!!!
SLM BRO..SKRG NI ANUWAR & THE GENG MUNGKIN TGH MENJERIT SAKIT HATI TENGOK RAKYAT DAH BERPALING TADAH KEMBALI KE BN HEHEH.
BalasPadamSEBUSUK2 BN TAKDE LA SAMPAI NAK MENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA SENDIRI
Salam sdr Jeffry,
BalasPadammereka dah panas!!! mereka tahu penipuan dan pembohongan tidak lagi laku dan di terima oleh rakyat, anwar perlu reka penipuan baru, PAS perlu buat sabda baru, DAP perlu cipta sandiwara baru...huhu
nantikan kemusnahan Pembangkang bro!
terima kasih