Khamis, 31 Disember 2009
Apa Azam UMNO 2010?
Melihat kepada suasana politik negara sepanjang tahun 2009 yang bakal melabuhkan tirai pada tengah malam ini tentunya ia memberikan keinsafan dan kesedaran kepada orang melayu terutama pemimpin dan ahli UMNO untuk menyemat tekad, memperteguh keazaman dan menggorak langkah bagi mempastikan kuasa melayu yang dijunjung selama ini dapat terus mekar berkembang dan mewangi.
Sesungguhnya politik UMNO dan orang melayu telah didatangkan dugaan dan cabaran yang amat hebat semenjak Mac 08 yang lalu, dan cabaran-cabaran yang begitu menguji kesabaran dan kematangan ini begitu kuat dilakukan pada tahun ini dan pastinya akan diteruskan pada esok hari tahun 2010 hinggalah PRU ke 13 kemuncak kepada usaha untuk menjatuhkan kuasa melayu yang bertahan selama ini.
DS Najib sebagai Presiden UMNO sebenarnya amat memerlukan sokongan dan dokongan kuat dari setiap ahli UMNO diseluruh negara, UMNO terlebih dahulu perlu 'solid' bermati-matian mempertahan dan menjayakan dasar yang dibawa oleh Presiden. Hanya dengan sokongan bulat, jitu dan padu sahaja yang membolehkan DS Najib melangkah dengan gagah didalam gelanggang politik yang penuh dengan onak dan duri.
Kepada semua pemimpin dan ahli UMNO! Tolonglah...tolonglah dibuang segala perasaan yang mementingkan diri, tolonglah diketepikan perasaan puak sana dan sini, tolonglah berjabat tangan dengan penuh keikhlasan, tolonglah bersatu dan berpadu didalam satu saf agar sederap kita bergerak, sehela kita bernafas, senada kita bersuara. seiya dan sekata dalam bertingkah.
Jangan pulak kita diketawakan bukan sahaja musuh malah saudara kita sendiri melihat kita berpencak, belum masuk gelanggang dah tersembam diketis kawan sendiri. Yang dilihat rapat dengan pemegang-pemegang kuasa jangan pulak lebih sudu dari kuah, berlagak dan membalas dendam serta tamak mengumpul harta, sementara yang tertinggal bas pulak duduk lah diluar jangan pulak menjadi batu api yang meniup angin perpecahan, mengadu domba dan menabur racun merosak jiwa dan akalbudi ahli parti.
Kini, orang sudah dan sedang merasa nikmat memerintah, berkuasa menjadikan mereka 'raja', disokong menyebabkan mereka sombong, menjadi YB menyebabkan mereka tidak peduli hak dan kebenaran, maka yang tinggal hanya kesatuan hati, jiwa dan perasaan orang melayu yang bermaruah sahaja yang mampu menjadi benteng kepada kerakusan pihak pembangkang untuk menggunakan apa jua cara untuk mempastikan mereka berjaya mengekalkan kuasa malah merampas tampuk pemerintahan di Putrajaya.
Tugas dan beban DS Najib akan lebih ringan jika benar beliau mengetahui, merasai dan menjiwai akan sokongan tulen dari pemimpin dan ahli parti, Marilah menghayati slogan keramat parti 'Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat.'
Hanya dengan bersatu kita mengikat tali persaudaraan yang memberikan kekuatan, kekuatan yang wujud akan menyemai nilai kesetiaan didalam perjuangan, perjuangan yang mempunyai nilai kesetiaan akan menghasilkan khidmat bakti yang luhur dan ikhlas.
Maka semua 'orang' UMNO mesti menanam azam untuk benar-benar mempercayai, menghayati dan menterjemahkan nilai 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' didalam hati, sanubari dan akal budi. Itu Azam Kita!!!
Kepada Allah Berserah! Hidup Melayu!
SLM BRO..AZAM AKU NK TENGOK PUAK GROMBOLAN FUCKATAN KENE BALUN LAGI TERUK. BIAR DIORANG AKAN INGAT SAMPAI BILE2. SELAGI ANUWAR MASIH ADA SELAGI TU AKU TAK KAN DIAM KEHKEHKEH...HEPI NEU YEAR BROO!!
BalasPadamSALAM BRO JEFFRY,
BalasPadambalun terus balun bro!
happy new year bro n tq