Ahad, 27 Disember 2009
Berhentilah Menari Mengikut Rentak Pembangkang!!!
Cukuplah! Hentikan isu 14 Disember di Parlimen tu.. sebab tentunya semua ahli Parlimen BN telah mengambil pengajaran, rasanya mustahil perkara begini akan berulang kerana tamparan malam 14 hb itu begitu kuat dirasakan oleh ahli-ahli Parlimen BN terutama bagi mereka yang tidak hadir didalam sessi pengundian Bajet malam itu.
PM telah menyatakan bahawa akan mengambil tindakan yang wajar, patut dan sesuai, maka tak payahlah yang lain-lain menambah lagi, seharusnya ayat yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu muktamad dan jelas, maka biarlah beliau melaksanakan apa jua yang difikirkan sesuai, tak payah lah orang lain nak mengajar dan mencadang itu dan ini yang semakin menyesakkan kepala dan menambah porak suasana.
Dikalangan Menteri, pemimpin BN terutama UMNO perlu belajar akur kepada apa jua yang sudah dimuktamadkan oleh PM, jika dikalangan pemimpin UMNO dan BN masih lagi menyatakan itu dan ini maka ianya seakan-akan gagal untuk akur kepada apa yang telah diperkatakan oleh 'boss', Tak payah nak mengajar dan mencetus sesuatu polimik. Tak tentu pasal nanti PM kena tanya dan ulang semula apa yang sudah beliau jelaskan.
Apa yang lebih malang, dilihat pemimpin UMNO dan BN seakan-akan tenggelam dengan rentak dan tarian yang dimainkan oleh pembangkang, Hakikat bahawa isu ini tercetus adalah disebabkan oleh sikap pembangkang yang memang tidak mahu Bajet 2010 itu diluluskan, kesannya apa yang dirancang dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk pembangunan negara dan rakyat akan terbantut, bagi mereka setiap perkara perlu dipolitikkan dan penyelesaian kepada masaalah rakyat bukan hal yang perlu mereka titikberatkan.
PM telah menjelaskan tindakan yang bakal diambil dan Ahli Parlimen yang tidak hadir tentu mempunyai sebab yang munahsabah kecuali mereka yang 'bercuti' yang jelas tidak bertanggungjawab! Biarpun insiden ini amat pahit tapi ia seharusnya menjadi ubat pahit yang amat mujarab bagi setiap ahli Parlimen untuk lebih bertanggungjawab dalam tugas mereka mengikuti sessi persidangan dewan pada masa akan datang.
Tak perlu lah nak dirombak itu dan ini serta menetapkan sesuatu seakan-akan ahli parlimen kita budak-budak sekolah yang perlu diberikan pengawasan yang ketat oleh pengawas dan guru disiplinnya, kalau begitu taraf ahli parlimen kita diletakkan maka tentunya kita sebagai pengundi mereka jauh lebih teruk dari budak sekolah!
sendiri mau ingat!!!
Saya setuju dgn Putera Merdeka..cukuplah..enough is enough..tak payah nak komen balik..Datuk Kamilia Ibrahim..Naib Ketua Wanita..tak usah nak suruh Datuk Nazri letak jawatan..ni saranan yang tak betul..sesama BN pun nak bergaduh..carilah idea yang bernas bukan ambil kesempatan..tau tak Datuk Kamilia..Ketua Whip BN..ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin..Tan Sri dan Datuk Najib sendiri hadir..so apa ni..Datuk nak suruh Tan Sri berhenti..sebagai ahli politik tapi tak kenal Ketua Whip sendiri..siapa yg patut letak jawatan...
BalasPadamSalam Ziarah......
BalasPadamSaya juga bersetuju dengan Putra Merdeka dan Tanpa Nama buat apa kita bergaduh sesama sendiri yang penting selepas ini MP-MP BN ubah la perangai tu jangan ulangi lagi kesilapan yang membolehkan pembangkang mengambil kesempatan
akum..
BalasPadamGua pun stuju gak...
TAPI lepas nie buat yg lagi kaw punyerr..
baru padan muka dia orang....
HAHHAAHAHAHAHA...
Menglabah semua MP...
KIHKIHKIH..
Pehal pulak Datuk Kamilia nak suruh nak Chief letak jawatan..dia tak faham ke apa Chief cakap 'lepas ni saya kena ada pistol dan letak kat kepala mana mana MP BN yang tak hadir'..MP ni bukan budak budak lagi..yang bawah tu pun dah serabut dan dah berapa kali gugur takkan tak tau nak pikul tanggungjawab..duduk sembang dapat duit pun tak mahu..susah le bro..Datuk Kamilia tak payah nak ikut rentak tari pembangkang yang tak abis2 suruh letak jawatan..Akai mau panjang...
BalasPadamsalam anon 1011,
BalasPadamsetuju dan kita menunggu jawapan balas dari kamilia, apapun kita harap kamilia hanya mendiamkan diri...enough!
terima kasih
salam lagenda,
BalasPadampemimpin UMNO dan BN perlu berhenti menari mengikut rentak pembangkang! sudah banyak masa kita dibazirkan kerananya...
terima kasih
Dear shytone,
BalasPadamsemua MPs BN sudah menerima pengajaran darinya...
terima kasih
salam jebat berkokok,
BalasPadamberserabut tapi tak confirm gugur..hahaha
pemimpin UMNO dan BN perlu sedar bahawa pembangkang sedang 'lead' arah tuju dan isu politik dalam negara... kesannya bukan sahaja kita gagal untuk menarik sokongan tetapi menjawab isu pun masih tergagap-gagap dek kerana asyik berbalah sesama sendiri...
terima kasih bro