Ahad, 31 Januari 2010
Melayu...!!!
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.
( Usman Awang)
Komen
Melayu mana yang dimaksudkan oleh Allayarham Dato Professor Usman Awang tu?
Melayu UMNO?
Melayu PAS?
Melayu PKR?
Melayu DAP?
Melayu Tak Berparti?
Melayu Tak Peduli?
Melayu Tak Mengenang Budi?
Melayu Hilang Jati Diri?
Melayu Tak Sedar Diri?
Sendiri Mau Ingat!!!
SAPE YG TERMAKAN CILI TU PAHAM2 AJE LE HEHEH
BalasPadamRaja2 Melayu dihina, tak apa, maafkan.
BalasPadamOrang Melayu dihina, tak apa, maafkan.
Agama Islam dihina, tak apa, maafkan.
BN kalah di PRU13 nanti, tak apa, MAAF YA?
Takkan Melayu Hilang Di dunia..hilang melayu hilang agama...hilang agama apa akan jadi bro? kiamat beb..tu pun orang Melayu tak nak sedar sedar lagi..masu tu baru tau syurga neraka..
BalasPadamPUTRA MERDEKA said...
BalasPadamanwar dah jadi tuhan, nik najis jadi penjaga syurga, khalid jadi nabi, lge jadi khalifah, inilah kesesatan nyata puak pembangkang!
January 30, 2010 9:45 PM
------------------------------------------------
Ngko nie dah jatuh kafir sebab menuduh Anwar jadi tuhan, Nik Aziz jadi penjaga surga dan Khalid jadi nabi. Apakah ngko dengar sendiri pengakuan mereka yang dituduh secara bersemuka atau sekadar melalui radio karat. Dimana akidah Islam ngko. Inilah jenis bangsa melayu murtad, kerana melayu tidak semestinya Islam. Ngko boleh tanya Mufti Perak berapa ramai melayu telah murtad dan salah seorangnya adalah ngko.
Ya allah ya tuhanku, ngko berilah pembalasan kepada orang yang berbuat aniya.
Bukan sahaja bangsa pendatang yang lupa sejarah tetapi bangsa sendiri pun dah lupa sejarah, dek kerana dipesongkan oleh bangsanya sendiri tentang fakta sejarah, kerana atas kepentingan sendiri, pedulu apa dengan sejarah perjuangan bangsanya sendiri.
BalasPadamsalam jeffry,
BalasPadampedas!!! air! air! air!
tapi gambar lu lagi pedas bro!
terima kasih
salam pemerhati,
BalasPadamInsyaAllah BN akan terus memerintah tampuk pemerintahan negara! doakanlah...amin
terima kasih
salam Jebatberkokok,
BalasPadammelayu perlu terus disedarkan, dan ianya giat dilaksanakan oleh kita semua InsyaAllah..
terima kasih bro
salam mukminin @ imam ekslusif,
BalasPadamkalau faham bahasa mantik ko tak payah menggelabah puyuh, nuar tu tuhan politik bagi kuda belang taksub yang mahu menjatuhkan kerajaan islam, nik najis penjaga syurga kerana boleh menjamin seseorang masuk syurga atau tidak, sementara khalid gereja nabi kerana berani membenarkan yang bathil dan membathilkan yang hak....ko paham ke!
seorang mualim tak payah mengaku didalam blognya yang dia alim atau ustaz, orang lain yang menentukannya bro! jangan bongkak, sombong, takbur, ujub...
terima kasih setat...
salam seratah,
BalasPadamitu sebab kuasa melayu yang dimiliki oleh UMNO ini perlu dipertahankan agar penyeleweng-penyeleweng sejarah yang mungkar GAGAL untuk mendoktrinkan generasi muda dengan dakyah jahat lagi sesat mereka....
terima kasih
insaflah wahai hamba Allah sebelum terlambat.
BalasPadamhidup ni bukan lame.fitnah tu terang2 dosa.kalao brcakap mcm diri sebesar Tuhan,baik diam.menyesal kmudian takde gune.