Rabu, 3 Mac 2010
Menjengah Suku Pertama 2010...
Rasanya macam baru semalam dengar bunyi mercun dilepaskan di KLCC, Bukit Bintang dan tempat-tempat lain sekitar KL dalam menyambut kedatangan tahun baru! Pejam celik dah masuk bulan 3. Walaupun kesan kenaikan harga gula pada malam tahun baru itu tidak berapa ketara namun 'cerita' panas nya masih mendapat tempat dikalangan rakyat.
Bulan ini diberitakan pihak kerajaan akan membentangkan Model Ekonomi Baru yang akan menjadi asas dan teras kepada perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK 10) yang sedang dicanai bagi dibentangkan pada Jun ini. Malah persidangan Parlimen yang akan bermula 15 Mac ini merupakan peluang terbaik kepada ahli-ahli Parlimen untuk menggariskan dengan lebih jelas arah tuju rancangan pembangunan 5 tahun negara dalam RMK 10 itu nanti.
Kepada Kerajaan rancanglah! buat lah apa jua demi kelangsungan hidup rakyat! kerana rakyat sedang memerhatikan secara dekat akan keberkesanan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan! Kerana rata-rata kehidupan rakyat terbanyak, golongan rakyat sederhana kebawah masih ditakuk lama yang memerlukan kerajaan 1Malaysia lebih lama berjaga dari tidur, lebih lama bermesyuarat dari bermain golf, lebih lama bermesra dan bersama rakyat dari bercuti keluar negara bersama anak isteri masing-masing.
Perkara yang tidak harus diremehkan oleh kerajaan 1Malaysia dalam membentangkan RMK10 ini nanti ialah kelangsungan hidup para usahawan bumiputera, Kerajaan 1Malaysia seharusnya perlu lebih fokus dalam memartabatkan usahawan bumiputera yang benar-benar berjaya, dasar yang baik belum tentu dapat direalisasikan dengan sempurna dan berjaya jika kerajaan hanya menekankan aspek penyertaan bumiputera yang ramai semata-mata, lebih lagi lah bila rumah (MECD) dah dirobohkan.
Sebagai contoh, pihak kerajaan telah menggalakan penyertaan usahaawan bumiputera dalam industri pembinaan, maka segala kursus dan lesen telah berjaya diberi dan dikeluarkan yang akhirnya memungkinkan usahawan ini merebut sebarang kerja dan tender. Tetapi kerajaan selama ini tidak berjaya mewujud dan menggalakkan usahawan bumiputera berkecimpung didalam bidang sumber pembinaan.
Hakikatnya sumber bidang pembinaan seperti sokongan kewangan, barang besi dan logam, simen, batu, pasir, kayu malah tenaga kerja dan lain-lain yang berkaitan tidak berjaya dikuasai oleh usahawan bumiputera, kesannya semua usahawan bumiputera tadi tetap terjajah dan terbelenggu dengan kerenah dipasaran bahan asas pembinaan tersebut. Hakikat bahawa kerajaan selama ini membenarkan kuasa monopoli dalam perniagaan yang hanya dikuasai oleh satu bangsa terus wujud, bertapak dan kukuh.
Ini baru satu contoh, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu kerajaan 1Malaysia lihat dan fikirkan. Kerajaan 1Malaysia pasti tahu bahawa KPI sebenar ialah dapat memberikan ruang dan peluang kepada rakyat terutama Orang Melayu dan Bumiputera rakyat majoriti dalam negara yang jauh tertinggal dalam semua sudut kehidupan.
Seperti yang disebut dengan bangganya oleh Malaysian Business, jika dikumpul keseluruhan nilai kekayaan tokoh-tokoh Melayu yang seramai 9 orang itu ianya berjumlah RM12.8 billion. Jumlah terkumpul 2 orang tokoh India sebanyak RM27.6 billion dan jumlah keseluruhan seramai 29 orang tokoh Cina ialah RM116.3 billion.
Angka-angka ini jelas menunjukkan tokoh-tokoh Melayu sangat tercorot di bawah. Jangankan hendak bersaing dengan tokoh Cina, persaingan dengan 2 orang tokoh India yang berjumlah RM27.6 billion pun ternyata tewas.Ini bermakna kekayaan sebenar yang dikecapi dalam Negara ini hanya berlegar dikalangan kaum Cina sahaja dan Melayu masih ketinggalan jauh.
Itu pun kalau kerajaan 1Malaysia sedar, insaf dan mahu merubah nasib bangsanya! Kerana hari ini ramai dah Melayu yang tak sedar diri jauh lagi sayang kepada bangsa malah malu nak mengaku sebagai Melayu! Itu sebab MPM yang didokong oleh 76 NGOs Melayu terpaksa menggorak langkah. Soalnya dimana Perjuangan UMNO sekarang? Apakah telah wujud ramainya Melayu tak sedar diri dalam UMNO hari ini?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Salam bro, bernas dan padat artikel tuan..... kepimpinan Melayu perlu sedar dengan kekurangan ini.... dan jangan pula kerana terlalu takutkan kehilangan kuasa semuanya akan dileburkan...
BalasPadamterima kasih bro
BalasPadampemimpin perlu sedar dan insaf