Jumaat, 19 Mac 2010
Muhyiddin Jangan Buat Kerja Sia-Sia...!!!
TPM minta siasat dakwaan Zahrain tentang Anwar
MUAR 19 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.
Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.
Komen:
TPM minta siapa siasat? Jangan buang masa anggota polis la...selama ini berapa banyak masa dan tenaga yang dibazirkan oleh anggota polis dan pegawai penyisat membuka kertas siasatan? setelah selesai siasatan dan laporan penuh disediakan apakah ada tindakan susulan? Yang kedengaran hanya AMARAN...AMARAN...AMARAN!!!
Jangan tunggu apa tindakan yang boleh dikenakan keatas China Press kerana hari ini mereka telah meminta maaf, walaupun ada dikalangan 'orang dalam' KDN kata ada asas untuk digantung permit 1-3 bulan. Lagipun Menteri Amaran Dalam Negeri telah 'membenarkan' kenyataan China Press itu apabila mengesahkan bahawa Tan Sri Musa tidak akan disambung perkhidmatannya.
Mungkin Muhyiddin kena bincang dengan Najib untuk menubuhkan satu lagi KEMENTERIAN TINDAKAN DALAM NEGERI supaya segala perkara yang begitu menyentuh hati dan perasaan orang Melayu dan Islam selama ini yang telah beratus laporan polis dibuat boleh diselesaikan melalui Kementerian baru itu nanti...
Nak tunggu apa lagi?
Betul, banyak sangat sudah kes bila Polis siasat, habis tinggi bagi amaran. Kes-kes N Ajis dan Al menantunya langsung senyap. Naik menyampah dah. Bila Melayu Islam yang buat, bukan main lagi tindakan yang dikenakan. Bila bukan Melayu, habis tinggi amaran.
BalasPadamSalam bro,
BalasPadamsya out station hr tu, miss mcm2 kesian blogger jeff best fren sya tu miss jg.
betul bukti dh ada nk siasat apa ambl tindakan je.
Salam Sejahtera PM,
BalasPadamBetul bro, saya setuju dengan anda.
Bagi saya sepatutnya banyak lagi kementerian baru mesti ditubuhkan, selain kementerian amaran dalam negeri, kementerian tindakan dalam negeri, bagus juga jika ada cadangan untuk mewujudkan kementerian tidak teragak-agak dalam negeri, kementerian tindakan tegas dalam negeri, kementerian tidak berkrompomi dalam negeri juga harus diadakan..
Puih, sakit kepala aku bro bila ingat nama menteri KDN ni. Aku nak muntah dgn menteri KDN. Kalu aku jadi polis memang aku baling fail kat dia, dah penat-penat menyiasat dan dah ada bukti jelas, menteri beri amaran. PM kasi berentilah menteri bingung tahap cipan ni.
BalasPadamSalam hormat,
BalasPadamFOCUS,
CHANGE=Navigasi,
Change within,
Change: Kai-Zen, 1M, Change methodology etc.
salam anon 2237,
BalasPadambegitulah yang menyebabkan hati dan perasaan orang Islam dalam negara terguris dan terluka..
terima kasih
salam Junah,
BalasPadamselamat kembali berjuang bro!
terima kasih
salam anakmerdeka,
BalasPadamsetuju bro...macam hangin jer hehe
terima kasih
salam anselmo,
BalasPadamPM ada berani ker?
terima kasih
salam TION,
BalasPadamchange....jgn change kerajaan BN udah ler
terima kasih