Ahad, 25 April 2010
Berakhirnya Kempen Secara Rasmi...
Tepat Jam 12.00 tengah malam tadi berakhirlah kempen secara rasmi didalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berbondong yang keluar dari zon 'perang' kerana kerja dirasakan sudah berakhir manakala berbondong juga yang semakin galak hadir kerana merasakan kerja baru sahaja bermula!
Namun yang tetap utuh, kental, sabar dan cekal ialah mereka-mereka yang tahu bahawa kerja mereka hanya akan berakhir apabila semua pintu pusat-pusat pengundian ditutup pada petang ini dan bermulalah aktiviti pengiraan undi....ini termasuklah sahabat-sahabt bloggers yang sudah seminggu berkampung di merata tempat disekitar Kuala Kubu, Serendah, Batang Kali, Bukit Sentosa dan lain-lain tempat lagi.
Melihat kepada sambutan ceramah dan aktiviti serta program yang dianjurkan oleh BN pada hari terakhir kempen ini melambangkan seolah-olah calon BN P Kalamanathan bakal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada 7hb Jun depan.
Sokongan dan sikap pengundi yang menunjukkan 'warna' sebenar mereka untuk menyokong BN jelas memperlihatkan akan perubahan 'trend' pada Mac 08 yang lalu berubah sama sekali. Ini terbukti dikalangan pengundi Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain.
Kalau suasana inilah yang diterjemahkan didalam kertas undi pada pagi hingga ke petang ini, InsyaAllah BN akan mendapat kemenangan! Kemenangan mungkin mencapai kepada 2500-4000 majoriti....
Jadi puak-puak pembangkang yang diberitakan akan cuba untuk menghalang dan mengganggu perjalanan pengundian untuk menakutkan pengundi keluar elok lah rentikan sahaja kerja kotor dan tidak bertamadun tu! bawa anak bini pergi tepi laut lagi elok! Jangan menyebok dan menghuruharakan ketenteraman yang selama ini tercipta di Hulu Selangor! Sebenar nya tindakan puak-puak jahiliah yang sesat ini akan menambah perasaan marah, benci dan meluat pengundi seterusnya menambah keyakinan pengundi untuk memberikan undi mereka kepada BN...fikir la kalau ada otak!
Setakat ini pihak berwajib sudah pun menyediakan kemudahan dan persiapan perlu dalam menghadapi apa jua kemungkinan bagi menjamin keamanan, kestabilan, ketenteraman dan keharmonian pengundi untuk melaksanakan kewajipan mereka akan dapat dilaksanakan.
Jadi tak payah buat kerja bodoh lah pembangkang! kalau dah memang bodoh pun pergi lah bukak kaset Nik Najis dan dengar dirumah sendiri...paling tidak pun pergi lah sembahyang dan berdoa seperti mana ajaran nik najis kepada kamu untuk menyelamatkan kaki arak tegar dan pemilik kuda judi budak kota bharu tu...sapa nama dia?
Bukan tak ingat tapi malas nak sebut benda-benda najis ni! lebih-lebih lagi najis muhallazoh!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan