Selasa, 13 April 2010
PRK HS...Samy NO Value Wajar Atau Kurang Ajar!!!
Khabarnya dalam mesyuarat pengurusan BN petang tadi, Presiden MIC tetap 'berdegil' dengan desakan untuk mencalonkan G Palanivel sebagai calon. Tan Sri Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat tersebut dilaporkan kurang selesa dengan desakan dari Samy No Value itu.
Itu hak dan masaalah Samy dan MIC! tapi dia tahu tak yang rakyat dan pengundi di Hulu Selangor sebenarnya meluat dan menyampah dengan calon yang cuba diapung oleh Presiden Kuku Besi@Sampai Mati MIC itu.
Jauh dari itu ada suara yang mahukan agar calon BN pada PRK kali ini diserahkan kepada calon Melayu. Itu sebab ada yang hantar memorandum kepada pucuk pimpinan... Namun akur dengan keputusan yang ditetapkan oleh DS Najib selaku Pengerusi BN maka penerimaan calon dari MIC sudah dianggap selesai.
Jadi Samy NO Value perlu ingat bahawa rakyat dan pengundi tetap setia dan akur serta seluruh jentera telah bersedia menggalas tanggungjawab untuk memenangkan calon BN dalam PRK yang bakal bermula 17 hb ini.
Dalam toleransi, budi bicara, semangat komponen dalam BN, bertimbang rasa dan bertolak ansur kepimpinan DS Najib dan Muhyiddin untuk menerima calon dari MIC, wajarnya MIC terutama Samy NO Value juga perlu menerima akan semangat yang telah ditunjukkan oleh pucuk pimpinan. Jangan ikut tekak sendiri ajer!
Sebenarnya rakyat boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan G Palanivel! rakyat mahukan muka baru, suara baru, semangat baru untuk menjadi Ahli Parlimen mereka... rakyat mahukan perubahan calon dan kepimpinan!!!
Ini yang pihak pucuk pimpinan perlu sedar bahawa selera pengundi hari ini TIDAK MAHUKAN G PALANIVEL! Rakyat mahukan Orang Lain!
Bagi Samy NO Value pula ini BUKAN MASA mendesak pucuk pimpinan mengikut hati dan naluri dia sahaja, bukan hati Samy dan MIC sahaja yang perlu dijaga dan dibela! Pemimpin dah minta untuk diserahkan soal calon ini kepada mereka agar mereka mudah dan selesa membuat pilihan!
Akur dan sokong kepada siapa jua calon dari MIC selain G Palanivel adalah sesuatu yang wajib, perlu dan wajar kepada Samy NO Value...jika tidak jelas lah dia ni jenis KURANG AJAR!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiba-tiba wa teringat pepatah 'Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih'.
BalasPadamSamy Vellu akan bertanding! Tutup cerita.
BalasPadamYang aku heran pemimpin Melayu yg memerintah sekarang terlampau lembut baik dgn parti komponen atau pembangkang. Apa nak jadi aku pun tak tahu. Bersifat tegas lah sikit. Kalau dah mangkok mangkok hayun ni tak mau nak bertolak ansur, tunggu apa lagi nyah kan depa dari pandangan pengundi. Samy tu aku nampak tak tak ada harga lagi sejak PRU12 yang lalu. Tempat yg dia berkuasa selama beberapa penggal akhir nya hancur kerana pengundi dah meluat kat dia.
BalasPadamJadi dlm hal memilih calun tak payah lah samy kamjat ni nak sebok sebok asalkan kerusi itu di berikan kat MIC pun dah seribu rahmat. Kalau nak ikut kan hati baik saja di berikan kpd calun komponen lain tapi atas dasar faham memahami maka diikut juga kerusi itu diberikan kat MIC..Daeh samy voolo, p mapus lah hang. Buat AJK BN pilihlah calun lain asalkan bukan yg di sokong kuat oleh samy ini. Tegas lah sikit ya habib. Jgn banyak sangat menteri yg lembut dan suka bagi AMARAN aje.