Selasa, 25 Mei 2010
Bagi...Jangan Tak Bagi!!!
Artikel asal dari Cucu Tok Selampit http://khairulryezal.blogspot.com/2010/05/apa-lagi-malaysia-hendak-berikan-kepada.html
Monolog I:
23 May 2008, Malaysia kehilangan hak pemilikan ke atas Pulau Batu Putih atau dikenali sebagai Pedra Branca apabila Mahkamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya sah kepunyaan Singapura. Walaupun pulau berkenaan tidak lebih dari sebesar separuh padang bola namun hak milik kita sudah di rampas orang. Kita tidak tahu di mana salah dan silapnya. Bagaimana kita boleh kalah di dalam kes di mana pulau berkenaan hanya terletak 14.3 km daripada Tanjung Penyusop di Johor sebaliknya sejauh 46.3 km dari Singapura. Menangis air mata darah sekalipun tidak boleh mengembalikan hak dan kedaulatan Pulau Batu Putih.
Monolog II:
11 February 2009, Malaysia sekali lagi merendahkan maruah dan harga diri apabila kabinet memutuskan untuk menyerahkan dua blok minyak, Blok L dan M yang suatu waktu dahulu kepunyaan Petronas, hak milik penuh Kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei. Rakyat tidak mengetahui langsung mengenai perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan Brunei pada 16 Mac 2009 oleh Kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehinggalah perjanjian ini didedahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Siapa yang sebenarnya yang menjadi dalang pengkianat di dalam isu blok minyak ni? Tun Abdullah atau Tun Dr Mahathir? Siapa yang sebenarnya mendapatkan "Joint-Exploration Arrangement (JAE)" di antara Malaysia dan Brunei dalam isu Blok M dan Blok L itu pada tahun 2003? Kenapa pula Tun Abdullah memulangkan semula Blok M dan Blok L yang sudah pun dipersetujui oleh Malaysia dan Brunei dalam JEA pada tahun 2003? Persoalan-persoalan ini masih tidak terjawab sehingga kini.
Monolog III:
Apa lagi yang boleh diberikan Malaysia, akan berikan. Ya, Malaysia memang sebuah negara yang berbudi bahasa. Hak sendiripun hendak "digadaikan" kepada negara asing. Terbaru, 24 Mei 2010, Kerajaan Malaysia dengan bermurah hati telah menyerahkan hakmilik dan maruah negara kepada negara jiran, Singapura. Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah menyerahkan kedaulatan dan hakmilik tanah yang dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia di Tanjung Pagar kepada Singapura.
Gula-gula apakah yang diberikan oleh Kerajaan Singapura sebagai ganjaran menyerahkan tanah landasan keretapi yang telah direbutkan lebih dari dua dekad ini? Kenapakah penyerahan bersejarah ini tidak mendapat liputan besar-besaran di akhbar-akhbar tempatan? Apakah kehilangan harta negara ini tidak mendapat tempat di Malaysia, sedangkan akhbar The Straits Times Singapura menyiarkan sebagai berita utama dan pemimpin serta rakyat Singapura telah berpesta dengan kemenangan ini.
Walaupun kedua-dua Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan jirannya DS Najib Razak telah mengumumkan bahawa tanah yang "dirampas" oleh Singapura di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan tiga di Bukit Timah akan digantikan dengan tanah yang sama nilainya di Marina South dan sekitar Ophir-Rochor, bolehkah rakyat Malaysia percaya dengan Kerajaan yang "baik hati" yang telah menyerahkan hak milik negara kepada kuasa luar. Sejarah telah membuktikannya dan tidak mustahil ianya akan berulang dan berulang.
Komen
Agak-agak apa respond UMNO? Terutama UMNO Johor!
Bila Kabinet bincang isu ini? dan bila Kabinet luluskan?
Apa pulak pandangan Tun Dr M?
Apa pulak reaksi PERKASA?
APA SEBENARNYA REAKSI RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA UMAT MELAYU?
APA SEBENARNYA HATI PERUT PEMIMPIN MELAYU HARI INI?
Lu fikir La Sendiri!!!
Apa nak jadi ni bro?? Apakah PM kita ni nak meneruskan kehebatan PM ke 5 dulu? Bagilah semua, kalau boleh tolkong bagi KJ kat Kali sekali...hmmmmmm
BalasPadamsokong lagi umno...sokong jangan tak sokong.
BalasPadamKita jangan marahkan PM. Mungkin dia ada strategi tertentu. "Sokong tetap sokong"
BalasPadamHidup UMNO
Hidup Barisan Nasional
Kenapa perlu bagi singapura. Tengok mcm mana KTMB kena tipu di Sentul.....
BalasPadamSejarah berulang.....
aku percaya ada strategi halus di sebalik tindakan berani ini. mungkin ini satu langkah timbal balik utk kekang pengaruh dap-singapork ke atas org cina di malaysia dalam menghadapi PRU-13. aku percaya, kalo pas bukan tanah kat singapore aje yang dia gadai, siap offer 1000 melayu utk murtad dgn free sibu skali.
BalasPadamsepatutnya ikut perjanjian lah...kalo harga air yg dijual masih harga lama selagi ada bulan dan matahari....kenapa mesti serahkan tanah ktmb di tg pagar dgn sebegitu mudah....apa muslihat di sebalik peristiwa ini....
BalasPadamYup.. aku rasa ada muslihat di sebalik perjanjian ini... dan aku harap muslihat ini menguntungkan kita...
BalasPadamKalau duit dah masuk ke dlm poket apa susah?
BalasPadamMungkin Najib pun dah sedar dia dah jadi PM Melayu yg terakhir mengikut teori RAHMAN. Lebih baik jadi macam Pak Lah, sapu bersih sebelum mengundurkan diri. Sekurang2nya diri sendiri dan anak menantu dah kaya raya!
masalahnya kita tak tahu detail perjanjian dahulu kala(perjanjian selagi ada bulan dan bintang)nk komen pun tak reti.. payah kalau perjanjian selagi ada bulan bintang nie....
BalasPadamentahlahh....nak komen pun tahu.......lantakkk...keje keja keje cari duit..barang nie naik harga...barang tu naik.... hiduppp 1malaysia..hiduppp umno....mereka hidup senang kita yg meranaaaaa....
BalasPadamApa pun muslihat, rakyat patut tahu. Ini soal kedaulatan negara, menyerahkan tanah seluas 219 hektar di tanjung pagar bermakna menyerah wilayah negara kepada singapura. Ini bukan soal serah bini pada orang ini soal serah kedaulatan negara kepada orang. apa nie tak bincang di parlimen ke? Kalau bincang takkan tuk mad sri gading diam aje.takkan Najib nie diktator pulak?.Tak bincang dengan kabinet.Macam Semi value.Pembangkang pulak buat apa?
BalasPadam