Jumaat, 21 Mei 2010
SUNTIKAN POLITIK DALAM TATACARA PERKAHWINAN SUDAH MULA MENULAR
Oleh ZAKARIA BIDIN - lesungbatu.webs.com
Mungkin ahli parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar bin Radin tidak menyangka sama sekali beliau akan menerima akibat perkahwinannya dengan selibriti Ziezie dijatuhkan hukuman penjara sebulan.
Besar betul kuasa isteri pertama Bung hingga boleh mengheret suaminya ke satu gelanggang yang agak menggemparkan hanya atas sifat tidak puas hati dan mungkin marah sambil melupakan hak suaminya yang sudah diperuntukkan boleh berkahwin hingga 4 orang.
Teringat saya satu pesanan dari seorang sahabat bahawa kalau kita memilih isteri, pastikanlah pilihan bertumpu kepada tiga perkara penting dalam pasangan kita iaitu orang yang suka dengar cakap kita, orang yang suka duduk dekat kita dan orang yang sentiasa redza.
Ada juga yang memberi petua – pilihlah yang sedap mata memandang, cerdik, rajin, manja dan baik. Ertinya kalau dia baik, mudahlah dia meredzai apa juga ketentuan yang berlaku pada diri dan keluarganya. Kedua-dua petua ini panduan semata-mata.
Tentunya tidak semua wanita mempunyai sifat ini. Mungkin dia seorang yang boleh dengar cakap kita, suka duduk dekat kita, tetapi tidak redza dengan ketentuan apabila dirinya hendak dimadukan. Ada yang bernasib baik pula, isteri pertama memberikan kerjasama hingga ada yang turut sanggup meminang bagi pihak suaminya.
Ada isteri pertama dan kedua bergabung memberikan kerjasama untuk suaminya memiliki isteri ke tiga dan seterusnya ke empat. Malahan ada juga daripada keempat-empat isteri redza jika dia diceraikan bagi memberi laluan supaya suaminya mahu menggantikan salah satu tempat daripada empat sedia ada.
Dalam pada itu, ada juga isteri yang sedia dari awal-awal lagi membenarkan suaminya kahwin lagi, tetapi tidak berlaku kerana keredzaan itu dengan sendirinya telah membantutkan angan-angan suaminya. Semua ini kerana tiada jodoh.
Menjadi sebutan ramai yang tercatat dalam agama bahawa tiga perkara dalam hidup ini hanya Allah yang akan menentukannya iaitu rezeki, jodoh dan maut. Bagi mereka yang menentang atau mengkhianati ketiga-tiga perkara ini terutama rezeki dan jodoh adalah mereka sebenarnya menentang kehendak ilahi.
Dalam peruntukan undang-undang pula, ada juga sahabat yang agak arif tentang agama memberitahu bahawa dalam kes Bung, agak keterlaluan apabila hakim mahkamah syariah terlalu menyebelahi kehendak isteri pertama Bung yang mungkin dalam keadaan marah sanggup mengaibkan atau menjatuhkan suaminya kerana membelakangkan kepentingannya sebagai isteri pertama.
Dalam perkara ini, nampaknya hukum buatan mengikut perasaan dan mood hakim telah menjadikan lelaki bukanlah pemegang hak mutlak di dalam keluarga atau dengan isterinya. Besarnya lebih kepada talak sahaja. Kalau kuasa lelaki hanya kepada talak sahaja, maka tidak hairanlah perceraian, gantung tak bertali dan ditinggalkan bontang begitu sahaja terlalu banyak berlaku dalam masyarakat Islam di negara kita.
Untuk mendapat kebenaran isteri untuk tambah isteri setelah bakal isteri kedua sudah setuju untuk dimadukan adalah mustahil kalau tidak mendapat tentangan langsung dari isteri pertama. Walaupun dalam keadaan tertentu dia setuju, tetapi jauh dalam hatinya sedikit sebanyak akan terbit perasaan terhina, cemburu dan tertekan.
Maka ramailah lelaki yang mampu zahir batin merasakan lebih baik kahwin dulu dan kemudian baru maklum pada isteri secara tidak langsung dalam waktu dan keadaan yang sesuai. Tetapi apabila ia berlaku, reaksi isteri pertama terus melenting dan menggunakan peruntukan yang ada di jabatan agama Islam untuk menitik suaminya tanpa menyedari dia sedang mengaibkan dan menyiksa ayah kepada anak-anak mereka.
Dalam kes Bung Moktar, dengan apa yang diterima atas tindakan isteri pertamanya, masakan ada lagi harmoni dan perpaduan bersama isteri pertamanya. Dapat dibayangkan betapa retaknya sebuah rumah tangga yang dibina sekian lama hanya kerana ada orang ketiga dalam keluarga yang datang dalam bentuk ketentuan Allah.
Ada pula berpendapat dalam kes Bung Moktar, ada unsur politik di dalamnya. Mungkin hakim boleh ‘dibisik’ dari pihak pembangkang supaya Bung Moktar dikenakan hukuman penjara supaya di Kinabatangan boleh diadakan pilihan raya kecil parlimen nanti. Persepsi ini terlalu sukar dibuktikan, tetapi munasabahnya ada.
Kalau perkara itu tidak ada dalam peruntukan akta pilihan raya atau undang-undang, sekurang-kurangnya, pembangkang sudah berjaya menempelak seorang ahli parlimen Barisan Nasional (BN) tentang betapa buruknya perangai orang BN walaupun apa kurangnya di kalangan pembangkang jika kita teliti baik-baik kisah-kisah lalu di mana ada yang lebih teruk dan jijik daripada itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kalau beginilah caranya, lebih baik simpan gundik.Jangan kahwin. Tak kena jel.
BalasPadamCuba tengok....ramai yg ditangkap khalwat tapi tak kena jel pun.
MACAM MANA TUUUUUUUU.
IMAM BONJOL
I hate malay pig so much in my life
BalasPadamIf all malay pig jump into sea and all die
This world will become very very beautiful
SLM BRO..DAK KILLER GILER NI SLH SATU CONTOH PRODUK2 REJEK DR KILANG PAKATAN RANJANG KEHKEHKEH
BalasPadam