Sabtu, 19 Jun 2010
Koh Su Koon Bakal Calon BN PRK Batu...
Walaupun Isnin ini Hakim Mahkamah Tinggi akan menjelaskan penghakiman beliau, namun sumber dari Suruhanjaya Pilihan Raya SPR telah menyatakan bahawa denda sebanyak RM2000 itu cukup menjelaskan bahawa Tian Chua telah gugur dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen Batu.
Melihat kepada sejarah Parlimen Batu yang bermula dari tahun 1986, BN telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu dari awal hinggalah tahun 2004 dan tewas pada tahun 2008 ditangan Chua Tian Chang ( Tian Chua ) dengan majoriti 9455 undi. Calon BN ketika itu ialah Lim Si Pin, Ketua Pemuda Gerakan yang juga anak kepada Bekas Presiden Gerakan iaitu Dato Seri Lim Keng Yaik.
Sekiranya benar berlaku kekosongan, pastinya BN akan menurunkan calon dari parti Gerakan dan semoga Presiden parti Gerakan TS Koh Su Koon akan turun sebagai calon.
Sebagai sebuah parti yang dilihat menjaga kepentingan kaum cina dan Su Koon dilihat sebagai jaguh kaum itu dan amat berjaya dalam menjaga prestasi KPI nya maka diharap pemilihan beliau sebagai calon tentunya akan memudahkan 'kerja' BN memenangi hati kaum cina yang menjadi kaum majoriti pengundi di dalam Kawasan pilihan raya Parlimen Batu ini nanti...
Sendiri Mau Ingat!!!
setuju
BalasPadamamat setuju. calon yang paling tepat untuk menilai KPI nya sendiri setelah habis menjaga tepi kain orang lain. Hidup Su Koon, hidup gerakkan.Takkan nak harapkan title senator je....
BalasPadam