Rabu, 6 Oktober 2010
Kunan Contoh Pemimpin Melayu Bacul?
Kadang kadang terasa malang pun ada apabila adanya jenis pemimpin yang konon menjadi pembela nasib bangsa! Tapi apabila dipersoalkan akan integriti satu satunya lidah bangsa melayu iaitu Utusan, mula lah bercakap seoalah olah ada tangan tangan jahat di dalam Utusan yang gagal menjaga sensitiviti kaum pendatang cina dan india...
Kunan ni SUA Agong UMNO, antara orang yang mempastikan perjalanan organisasi UMNO berjalan lancar dan terkawal...kira orang kepercayaan Presiden laa..Sedangkan banyak lagi kerja yang menuntut kebijaksanaan beliau dalam usaha memperkasa UMNO... Bukan seperti kata orang bahawa beliau menjadi tangan tangan hitam yang menentukan jatuh bangun pemimpin dalam setiap pertandingan...itu kita cerita lain kali...
Tapi kalau baru berdepan dengan 2 orang wartawan Malaysiakini pun dia dah menunjukkan sikap liberal dan lebih teruk menyalahkan sidang pengarang didalam Utusan yang menjadi nadi dan penggerak serta pencetus minda bangsa sebagai tidak bertanggungjawab...apa hal beb!
Utusan lantang memperbetulkan salahtanggapan kepada Raja Raja, Utussan tegas mempertahankan perlembagaan, Utusan bingkas apabila ada nya puak puak komunis yang biadap dan kurang ajar kepada bangsa melayu!!! itu semua tak bertanggungjawab ke kunan?
UMNO semakin penuh dengan pemimpin bacul dan penakut, UMNO akan hilang taringnya jika pemimpin bacul mendominasi kepimpinan tertinggi parti! UMNO amat memerlukan pemimpin yang istikamah dalam mempertahankan agama, bangsa dan negaranya dimana sahaja dan disetiap waktu, bukan dalam khalayak UMNO berapi api menyungkit semangat bangsa tapi bila beralih pentas maka beralih angin semangatnya...
Benar...kebijaksaan amat penting dalam setiap tindakan dan perkataan, tetapi bijaksana kah kunan jika cuba menunjukkan sikap keterbukaan yang tinggi didepan orang lain sedangkan orang lain itu jugalah yang terus menerus bermain api dan meniup sentimen perkauman yang sempit dikalangan bangsanya...tengoklah suratkabar cina dan india yang terang terang menjolok sarang tebuan selama ini!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
berikut temuramah kunan bersama wartawan malaysiakini...
Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab
Umno telahpun memberi teguran kepada Utusan Malaysia supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, masalah yang wujud dalam Utusan Malaysia mungkin hanya disebabkan oleh beberapa orang dalam sidang pengarang akhbar berkenaan.
"Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
"Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu... Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain," tambahnya.
Katanya lagi, Umno mempunyai pegangan dalam Utusan Malaysia tetapi tidak ada kawalan ke atas kegiatan editorial akhbar berkenaan.
"Mereka akan kata, 'biasa lah.' Bila kita marah (mereka beri alasan), bukanlah, itu (disebabkan) wartawan kami. Ini biasa di mana-mana (penerbitan) pun," katanya lagi.
Tengku Adnan sebelum itu diminta mengulas Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mendakwa Utusan Malaysia mengamalkan polisi editorial yang bertentangan dengan etika kewartawanan.
Amalan tersebut, dakwa NUJ, menyebabkan kejatuhan edaran akhbar berkenaan.
Walaupun begitu, Tengku Adnan menegaskan bahawa Utusan Malaysia mahupun Umno tidak boleh dipersalahkan atas kesilapan yang dilakukan sidang pengarang akhbar itu.
"Mungkin sebab (kesalahan dilakukan) satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
"Anda tidak boleh salahkan Utusan atau pemilik Utusan, hanya kerana (tindakan) pengarangnya.
"Maksud saya, kadang-kadang, dengan Malaysiakini pun saya geram, tapi saya tidak boleh salahkan Malaysiakini. Mungkin penulisnya menyebelahi pemimpin tertentu, tapi kita tidak boleh salahkan (Malaysiakini)," katanya.
Tengku Adnan berkata, beliau memahami keadaan itu kerana beliau sendiri pernah miliki Watan sebelum ini.
"Dan saya pernah miliki 15 peratus (pegangan dalam) The Star sebelum ini.
"Saya tahu, mereka kena jual suratkhabar," katanya lagi. -malaysiakini
SALAM UKHWAH
BalasPadamMAAF PAB BERKATA2
NAPER DGN PEMIMPIN UMNO SKRG. UTUSAN YANG JADI NADI ORG MELAYU DIKATA RASIS.. TETAPI MALAYSIA KINI. HARAKAH. SUARA KEADILAN...APA CERITA... DAHLAH DATUK NAN...BERSARALAH... ADA RAMAI YG LEBIH LAYAK PEGANG JAWATAN SUA UMNO. ANDA SUDAH JADI LIABILITI DLM UMNO.. KALAU TAK PERCAYA.. PRU13 TANDING LAGI KT PUTRAJAYA..ANDA PASTI AKAN TERSUNGKUR...
MAAF..BIAR PAHIT JIKA ADA KEBENARANNYA...SEBAB PAB MAHUKAN UMNO SEHEBAT ZAMAN TUN M...
DATO SERI NAJIB... ROMBAK KEMPIMPINAN UMNO DAN KABINET SEMULA..RAMAI SGT PEMIMPIN LIABILITI DLM BARISAN KABINET TERUTAMANYA PEMIMPIN UMNO...
WASSALAM
apa cite mesyuarat BN yang di pengerusikan oleh KuNan. Gila kuasa betul orang tua nie, tunggulah PRU 13, Parlimen Putrajaya pasti terlepas kepada pembangkang kalau orang tua nie masih mahu mempertahankan jawatan....
BalasPadamSALAM UKHWAH
BalasPadamPAB SOKONG 200%..GILO TAK GILO...
PESANAN : JGN GUNAKAN PERKATAAN 'GILO' SEBARANGAN. N.AJIS SENSITIF
pak jib bukak la mata tu sikit...cantas biawak-biawak hidup dalam UMNO/Kerajaan ni...KJ, Nan, Naz Anjing, Menteri Amaran dan beberapa ekor lagi yang tak dak langsung semangat Melayunya selain dari dok jaga hati bisnessman/kawan cina mereka ni...TOLONGlah buka Minda/Mata tu besaq-besaq sikit..
BalasPadam