Rabu, 6 Oktober 2010
Mahkamah Dah Membebaskan Suhaili...UMNO Bila Lagi?
Pada 27.9.2010 yang lalu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Dato Suhaili Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Labuan telah dibebaskan dari tuduhan Akta Kebankrapan.
Secara mudahnya ialah beliau Tidak Bersalah!!! walaupun ada orang yang sangat mahukan beliau bersalah...itu sebab dari isu 2 kad pengenalan tak berjaya dicuba pula kes bankrup! hahaha itu cerita lain, posting lain kita kupas.. terutama cerita tangan tangan ghaib didalam UMNO!!!
Apa yang penulis nak bawa disini ialah UMNO yang begitu cekap dan cepat telah mengambil tindakan pantas menggantung beliau pada 8 Mei 2009 yang lalu hanya sehari selepas pendakwaan dibuat keatasnya. Maka kenapa pula UMNO dilihat terhegeh hegeh untuk membebaskan Ahlinya dari hukuman yang dilakukan setelah terbukti beliau bersih dan tidak bersalah!!!
Dato Suhaili merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang dipilih oleh ahli UMNO Bahagian pada 2008 yang lalu, dek kerana kes tersebut beliau telah digantung dari jawatan Ketua Bahagian, beliau akur dan redha menerima takdir walaupun cukup berat untuk digalas oleh sesetengah pemimpin, namun dengan keimanan, kematangan serta kualiti kepimpinan yang tinggi yang ada didalam dirinya maka beliau tabah menghadapi dugaan tanpa sebarang kontroversi dan dapat mengawal anak buahnya untuk waras menerima dugaan tersebut.
Yang hak tetap hak! yang bathil tetap bathil! Akhirnya kebenaran tetap mengatasi kemungkaran...hari ini Suhaili dibuktikan tidak bersalah! Seharusnya pemimpin dan ahli UMNO bersyukur kerana tuduhan yang dibuat kepada pemimpin UMNO ini telah dibuktikan meleset oleh Mahkamah.
Dalam hal ini Suhaili sebenarnya telah menyelamatkan maruah UMNO yang dilihat rosak atas fitnah yang dilemparkan, walaupun kepimpinan tertinggi UMNO tidak pernah peduli akan maruah dan integriti Suhaili yang telah dirosakkan oleh fitnah tersebut...
Rahim Tamby Chik pernah menghadapi isu yang sama, dan apabila kes selesai maka UMNO memulangkan semula jawatan beliau ketika itu...Maka wajarlah UMNO melalui mesyuarat pengurusan yang dijangka berlangsung petang ini mengambil tindakan yang sama keatas Suhaili...
Ini lah masa Pengurusan dan Kepimpinan tertinggi UMNO menunjukkan sikap membela ahlinya, Buatlah keputusan yang memberikan kebaikan kepada Institusi UMNO itu sendiri, Jangan ada agenda peribadi!!! UMNO perlu kuat! Kuat hanya datang apabila kita bersatu! Dengan mengembalikan jawatan Suhaili sebagai Ketua Bahagian tentunya ia menyatukan UMNO, terutama UMNO Labuan!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
korang tak tahu ke Datuk Suhaili telah mengelapkan duit MOCCIS?? Tanya dia macam mana dia ada duit bina hotel??
BalasPadamMinta maaf la kami di KL ni tahu bertapa kotornya Datuk Suhaili
berhenti lah membuat fitnah brother ooooi !!! kalau benar dato suhaili tu lesapkan duit Moccis rasanya dah lama dia makan nasi kangkong kat lokap tu..setahu saya dato suhaili cuma minoriti share holder saja yang majoriti share holder dia kwn dato suhaili...dato zaini...saya dulu kerja Moccis 13 tahun jaga akaun..saya tahu lah...dato suhaili cuma one of the authorized signature saja sedangkan dato zaini adalah compulsory signature ..mcm mana org yang bukan penanda tangan utama cek bolih gelapkan wang....tak masuk akal lah brother...i know my former boss better then org org yg hanya pandai buat fitnah
BalasPadamkesian dato suhaili..lepas satu fitnah adalah lagi satu fitnah di reka cipta org org yg tak takut neraka ni....tak apa dato..org yang tahan ujian Allah ni pasti ada ganjaran ..buktinya dato menang kes Mahkamah tu bukan calang calang dengan bepuloh tangan ajaib nak jatuhkan dato..tapi tangan Allah tak ada siapa bolih lawan Tok..sabar doa org mcm dato ni yg selalu kena fitnah ..kena aniya ...Allah selalu makbulkan Tok...sabar saja lah
BalasPadamni mamat yang nak fitnah dato suhaili ni datang dari benua mana ni ? org cerita pasal pembebasan dato suhaili dari di gantung , dia main masuk cerita kes 20 tahun lalu ..apalah mamat ni, nak fitnah orang pun toleh toleh lah jangan tak takut dosa nanti mati tak sempat minta maaf dgn datok suhaili konform jadi Neraka
BalasPadamSekarang 2017..
BalasPadamKerugian terkumpul MOCCIS RM142,731,315.25sen.
Kesian ahli2 MOCCIS..