Ahad, 15 Mei 2011
Nik Najis Takut Hadi Jadi Menteri..!
Dulu bila Dato Asri setuju membawa PAS masuk kedalam Barisan Nasional, maka beliau telah diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri Persekutuan yang menjaga hal ehwal luar bandar termasuk Felda. Itu mula nya puak hamPAS bertapak di Felda! ceh..!
Ketika itu nik najis sudah tertinggal! sudah rasa diketepikan! sudah mula menyimpan dendam bahawa kenikmatan berkuasa nampaknya tidak melimpah ruah kedalam kerongkong beliau! Mana mungkin asri sahaja yang boleh meneguk segala kenikmatan dunia! mana boleh asri sahaja yang melahap segala kemurnian duniawi! tidur malam beliau tidak lena sejak itu!!!
Dendam lebih membara bila hamPAS di tolak di Kelantan dan UMNO menerajuinya...Dari situ usaha dibuat bagaimana beliau juga sempat meratah dan melahap sama apa jua kenikmatan dunia, dan apabila berpeluang untuk berkuasa dan menjadi MB Kelantan, takkan sesekali ianya akan dibiarkan hilang semula...! itu yang sebok nak bertanding lagi dalam PRU 13 tu...!
Maka bila Haji Hadi cuba untuk duduk semeja dengan UMNO dan berbincang akan nasib politik Melayu dan Islam dalam negara, nik najis lah orang yang seperti harimau lapar yang kehilangan anak! tak dapat rusa, lipas pun dicakar sehingga lumat! kesannya ustaz nasa tidak akan boleh lagi bertanding di Kelantan! tak cukup dengan itu, suami normah yang pernah ditangkap basah pulak ditaja untuk melawan Ahli Parlimen Bachok itu!
Cakaplah demi agama, bangsa dan negara! bagi nik najis itu semua lakonan beb...yang mustahak kuasa dan kepuasan diri!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan