Rabu, 15 Februari 2012
DUN Sarawak..BN Tak Hilang Keangotaan
KUCHING, 14 Feb (Bernama) -- Lima anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang ditamatkan keanggotaan awal Januari lalu kekal dalam Barisan Nasional (BN), kata Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar di sini.
Beliau berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 2 Sidang Dewan Undangan Negeri, mereka masih lagi anggota komponen BN yang dipengerusikan Ketua Menteri di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat.
"Mereka masih anggota BN secara sah walaupun telah dilucutkan keanggotaan dalam parti yang menjadi komponen BN (SPDP) itu," katanya ketika sesi soal jawab bersama peserta kursus Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2012 di Auditorium Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini Selasa.
Katanya tidak timbul isu mereka hilang keanggotaan dalam BN walaupun tidak lagi menjadi anggota SPDP ketika ini.
Mohd Asfia berkata tiga daripada lima anggota SPDP itu masih memegang portfolio sebagai Menteri Muda dan masih kekal dalam Kabinet Sarawak manakala seorang lagi Anggota Parlimen.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan