Jumaat, 8 Jun 2012
Alamak..! Mata Anwar Lebam Lagi..!!!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini Jumaat.
Katanya BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan