Isnin, 12 Oktober 2015

TPPA ~ Hamba Rakyat Atau Hamba Koperat@Keparat..!


Kementerian Kesihatan melalui Timbalan Menterinya berkata...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak cadangan Amerika Syarikat (Amerika) untuk melanjutkan tempoh paten  ubat-ubatan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bagi sektor perubatan.

    
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tempoh paten ubat-ubatan itu harus dikurangkan bagi membolehkan sesebuah negara itu mengeluarkan ubat generik.
    
Katanya, sebelum ini jangka masa itu ditetapkan dalam tempoh 20 tahun tetapi terdapat cadangan daripada Amerika baru-baru ini bahawa tempoh itu patut dilanjutkan untuk menjaga hak harta intelek.
    
"Kita juga nak berikan ubat yang sama kualiti dengan harga yang murah kepada rakyat tetapi sekiranya cadangan itu diterima, maka negara rugi kerana terpaksa menunggu sehingga tempoh itu tamat sebelum dibenarkan untuk berbuat demikian.
    
"Kami daripada pihak KKM telah mengumumkan bahawa kami tidak setuju dalam hal tempoh patensi ubat-ubatan dilanjutkan kerana ini akan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Universiti Sains Malaysia (USM) malam tadi.
    
Beliau berkata, pengeluarkan ubat-ubatan generik tidak akan dibenarkan dalam tempoh tersebut sekiranya cadangan Amerika itu diterima oleh semua negara TPP.



Kebimbangan rakyat berkaitan harga ubat juga nyaring kedengaran..namun apakah pihak kerajaan benar benar mendengar dan memahami denyut nadi rakyat..! apakah kepentingan rakyat diutamakan berbanding kepentingan peniaga?

Sedangkan Tok Pa dalam kenyataannya berkata.. 

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, lapor Mingguan Malaysia hari ini, memetik Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam satu wawancara khas, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dilaporkan berkata, keputusan membawakan TPPA ke Parlimen bagi pengundian majoriti diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia kerana isu tersebut dilihat mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian ramai, kata akhbar milik Umno itu.
Malah menteri yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu berkata, tidak ada istilah "pindaan" tertentu yang boleh dilakukan terhadap kandungan TPPA itu.
"Secara keseluruhan, sama ada mahu atau tidak. Kita buat pertimbangan. Misalnya, tekstil dan kelapa sawit dapat masuk pasaran. Kita undi mahu atau tidak saja. Kalau tolak, maka tolak semua.
"Kalau pinda, kita perlu ubah semua. Sebab, rundingan ini melibatkan 12 negara. Umpamanya kalau kita pinda, negara lain pun terlibat dan semua kena pinda. Maknanya, kita kena mula dari awal baliklah," beliau dipetik berkata akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu.
Katanya, jika Malaysia menolak untuk menandatangani perjanjian TPP itu, maka negara ini bakal menyaksikan kehilangan banyak pelabur luar.
"Mungkin pelabur yang ada dalam negara cabut lari dan akan memberikan kesan kepada syarikat kita yang banyak melabur dalam negara," katanya.
Dalam wawancara tersebut beliau juga menjelaskan alasan Putrajaya yang tidak mendedahkan butiran kandungan TTPA kepada Parlimen mahupun umum ketika ini.
Katanya, jika kerajaan bertindak mendedahkan butiran kandungan TPPA, maka ia akan menyaksikan pelbagai perubahan yang mahu dilakukan terhadapnya pada setiap hari.
"Kalau keluar nanti, kecoh seluruh dunia. Baru hendak bincang, sudah berubah. Macam di Atlanta, Amerika Syarikat, ia sudah berubah, kerana pada saat akhir macam-macam perkara berlaku," katanya.

Biarlah kecoh sebelum perkara berlaku..! biarlah rakyat puashati dengan isi perjanjian tersebut..! Dahlah rakyat terbanyak dinafikan hak untuk melihat perjanjian tu malah Ahli Parlimen sendiri pun tidak dibenarkan untuk membaca, mengulas dan memberi pandangan maknanya pandangan rakyat langsung diketepikan..!

Ahli Parlimen yang menjadi lidah rakyat pun dinafikan hak mereka..! Dasar yang sebegini besar tidak dirujuk ke Parlimen..! Apa dan siapa sebenarnya yang kerajaan lindungi..?
Kalau pandangan rakyat langsung tidak mahu didengar dan dikaji...kerajaan dengar dan menerima pandangan siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. GST Malaysia - 6%

    GST Zionis Amerika - kawalselia perundangan perdagangan merentasi sempadan, value=zionis blank cheque

    TPPA meeting already concluded

    pengilang said no problem
    peruncit said no problem
    insuran nyawa said no problem
    pengguna said big problem
    bomoh said bisness good

    bakal PM nek tempoyak akan membantu kita semua menyelesaikan masalah kecil ini, pasti nek said no problem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita UMNO dikuasai yahudi ..dah muak la..

      Kalau dulu Tun M dikatakan ahli Fremason..Alahai tak payah la citer UMNO gadai bangsa melayu...taubat lah woii...

      Ini blog pro UMNO ka? pro PAS?

      Padam
    2. tuduhan TDM ahli fremason, hanya datang dari pemikiran yg cetek untuk kepentingan pihak2 tertentu

      sila saksikan "debat Tun Dr. Mahadir VS yahudi" di youtube , link dibawah :

      http://m.youtube.com/?#/watch?list=WL&v=nLm2GOKNtJY

      Padam
    3. Mustaffa aku tibai engkau la..Aku bkn kata Tun M fremason..Maksud aku citer UMNO dikuasai agenda Yahudi akunak muntah...jadi jgn sembang la bab ini..

      Aku bkn kata yahudi tak control dunia..Media yahudi antaranya WSJ la kitab yg engkorang hadam ari-ari...

      Utk pengetahuan engkau Mustafa tambatan ringgit masa kena serang idea Tun Mahathir tau bkn Zety..nak tau beli buka Tun m.A Dr in The house..

      Padam
    4. jika anda rapat dgn najib, suruh dia lupuskan penasihat2 yahudi APCO dlm pentadbir kerajaan, contohi bapa dia Tun Abdul Razak yg membangunkan negara mengunakan kepakaran tempatan, lebih 50 merdeka,sudah ramai cerdikpandai wujud hasil sistem pendidikan dibangunkan kerajaan, kenapa tak pileh mereka sebagai think-tank pembangunan semasa dan akan datang rakyat malaysia?

      Padam
  2. Bila sebuat kerajaan Menteri Kesihatan mewakii kerajaan...

    Kebimbangan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya adalah merupakan suara kepada Rakyat.UMNO sebagai tunjang negara mewakili suara rakyat..

    Bagaimana pula dgn Datuk Seri Mustapa Mohamed...Beliau diberi amanah oleh Najib agar negara malaysia terjamin ekonominya...

    Masalah geng Tun M mereka pandai dan memandai..Tiada background ekonomi tetapi bercakap akulah sepatutnya layak menjadi Menteri..Malu la wei..

    Lu fikirlah sendiri..Mustaffa itu bkn smalam jadi menteri..Apa dia buat dgn pelaburan?

    Menteri2 UMNO seringkali dikatakan gadai negara..Manakala Ahli Parlimen Pembangkang dikatakan paling sayang negara..Alahai nak muntah lah..

    Bagi kami pro Najib tak pernah susah hati segala keputusan yg dibuat Menteri UMNO kami akan support hanis-habisan....

    GST yg paling memekak selama ini Alhamdulillah hari ni sudah mula menuai hasil,..Pakar2 Ekonomi jelas mengatakan duit dari GST telah memberi impak kpd ekonomi negara ketika dunia mengalami kejatuhan mata wang...

    Faktanya zaman Tun M petronas (minyak) menyumbang 2/3 KDNK ..Hari ini kita berbangga zaman Najib sudah perlbagai hasil negara ..tiada lagi bergantung pd hasil minyak semata2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi kira ok lah dapat hasil dari cekik duit rakyat macam tu? Eh kalo macam tu baik tak payah jadi kerajaan... jadi kerajaan pun bodoh buat apa...

      Padam
    2. Aku ni bukan anti Umno aku ni orang Umno tapi aku cukuo meluat tengok kaki bodek yang sokong secara membabi buta ni. Kalau betul menteri tolong orang melayu dah tu apa kejadahnya Ku Nan beri tanah DBKL kepada pemaju swasta untuk bina kondo mewah??? Macam tu menteri tolong rakyat? Puihhhh kt muka nek tempoyak...

      Padam
  3. Dulu masa Anwar ditendang dari Umno ramai jugak orang hentam Anwar sebab dia ni pro Amerika. Tetapi bila sekarang Najib PRO Amerika macai2nya cukup sayang dekat Najib dan tak bising pun Najib baik dengan Amerika. Malaysia jadi teruk dipandang hina sekarang pun sebab Najib tu sendiri. Macai2 mai habaq dekat aku la negara Islam mana yang bila berurusan dengan Amerika negara tu tak jadi huru hara?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. mana slogan rakyat d utamakn pencapaian d dulukan...
    LUPA DAH KOT

    BalasPadam