Rabu, 6 Oktober 2010
Sukun... Berhentilah Tipu Najib!!
Kata si sukun...
Koh Tolak Perletakan Jawatan Keng Yaik
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan hari ini memutuskan untuk menolak surat perletakan jawatan Tun Dr Lim Keng Yaik selaku penasihat parti yang dikemukakannya semalam.
Presiden parti Tan Sri Koh Tsu Koon berkata mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira tiga jam bermula 7 malam tadi, sebaliknya memutuskan untuk meminta Keng Yaik mempertimbangkan semula keputusan itu.
Kata Keng Yaik...
Pada Isnin Lim mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan penasihat Gerakan kerana kecewa dengan Koh yang tidak mahu mendengar tegurannya.
Sumber parti berkata bahawa sejak beberapa bulan lepas, semakin ramai anggota Gerakan menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Koh.
Ada juga yang menyalahkan Lim kerana memilih Koh sebagai pengganti beliau.
Katanya beliau mendapat maklumat bahawa beberapa pemimpin di Pulau Pinang dan Perak sedang berusaha mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Koh.
EGM parti itu di Pulau Pinang pada Ahad ini diadakan berikutan kegagalan kepimpinan parti memujuk sekumpulan anggota menarik balik hasrat membentangkan undi tidak percaya terhadap pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam.
Lim berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil beberapa lagi langkah drastik jika terdapat EGM di negeri-negeri lain.
"Jangan lupa bahawa saya mendapat sokongan ramai anggota seumur hidup dan pengasas parti. Banyak tindakan boleh diambil," katanya.
Kata pelakon filem lucah pulak...
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Selasa meminta rakan sejawatannya daripada Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya memberi keutamaan kepada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang pada Ahad ini.
Dr Chua berkata Koh seharusnya berada di Pulau Pinang pada hari berkenaan dan bukannya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA di Kuala Lumpur.
Sebenarnya dah malas nak cakap pasal si sukun ni, malangnya Najib masih mengekalkan Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga KPI Menteri dan Kementerian pihak Kerajaan...
Kalau sukun ni ada maruah dan harga diri rasanya dia sendiri akan bertanggungjawab untuk mengundurkan diri dari menjawat jawatan didalam Kerajaan dan fokus menggalas amanah untuk memulihkan masaalah dalaman parti Gerakan yang tak ebrgerak gerak ni serta berusaha bersama komponen yang lain untuk menarik sokongan pengundi terutama kaum cina yang menjadi majoriti didalam parti tersebut...
Bukan nya sebok dengan hal orang! sebok dengan Perkasa! sebok dengan kebangkitan dan kemarahan orang orang Melayu! sebok nak menonjolkan sifat liberal yang akhirnya dilihat lemah dan cuba bermain selamat oleh bekas boss nya itu!!!
Kalau selama ini mungkin Najib telah dibohongi oleh sukun, rasanya sekarang lebih jelas untuk Najib mengatakan CUKUP!!! dari terus dibohongi...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan