Sabtu, 14 Februari 2015

Bubar Ajer La BN Pengkalan Chepa..!


Apa pulak Tok Pa tak mahu BN bertanding di DUN Cempaka..!

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan melalui pandangan peribadinya, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mustapa berkata, sebagai pimpinan negeri, beliau mahu lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman dan harta benda dalam banjir Disember lalu.

"Buat masa ini saya, belum membuat perbincangan dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa namun segala keputusan akan ditentukan selepas perjumpaan nanti.

"Lagipun masih terlalu awal dan tidak sesuai untuk kita bincangkan hal ini memandangkan Nik Aziz baru sahaja meninggal dunia kelmarin.

"Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, di sini, pagi tadi.

Kerana kerusi tu bekas kerusi Nik Aziz ajer maka BN tak perlu bertanding? kenapa? apa sebabnya? Apa fungsi pemimpin dan parti UMNO di situ? takkan tak boleh langsung dijual bagi menjadi pemimpin masa depan rakyat DUN Cempaka..! Apa dah jadi dengan semangat pemimpin setempat mahu pun pemimpin Kelantan?

Apa yang taksub@takjub dengan Nik Aziz? Nik Aziz hanya seorang politikus yang berjaya menjadikan musuh politiknya menggigil lari lintang pukang hatta sesudah kematiannya..! Pemimpin UMNO pun tersampok dengan takjub kepada Nik Aziz..!

Soal keselamatan? pergeseran? fokus perpaduan? alasan apa ni??? Pengkalan Kubor kenapa semangat pemimpin UMNO Kelantan kental? Sebab kerusi tu boleh menang kan? Maka seharusnya kerusi Cempaka menjadi titik permulaan bagi UMNO Kelantan untuk menggorak langkah membugar UMNO di negeri tersebut..!

Terlalu lama dan terlalu banyak pembohongan yang ditanam keatas pengundi di situ..! BN kena betulkan..! BN kena berani menghadapi kebenaran..! bukan lari darinya..! Bukan soal menang kalah..! tapi soal meletakkan yang hak..!

Harap, Najib berani membuat keputusan sebaliknya..! Harap Najib jangan termakan dengan budaya politik sebegini..! Tujuan dan kemuncak kita berpolitik ialah mahu menang kerusi..! mahu berkuasa..! kalau dah tak nak bertanding apa maknanya?

Kerusi Permatang Pauh juga begitu..! UMNO/BN perlu menentang siapa juga yang turun mewakili PKR@pembangkang..!

Cikgu Zaidi ada situ..! khabarnya UMNO bahagian Permatang Pauh sekarang pun sudah semakin kuat dan mantap dibawah kepimpinan baru yang dilihat mesra ahli dan rakyat..! Lawan..! apa yang kalut sangat..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

20 ulasan:

  1. Bijak betul orang lama,berbeza sangat dengan orang darah muda.

    BalasPadam
  2. tak tengok pengebumian TGNA? Pengaruh arwah tu kuat. Buang masa dan duit kalau bertanding. Kalau bertanding bukan setakat confirm kalah, tapi penyokong PAS akan lbih kuat sokong PAS, imej BN akan lebih teruk. Baik kukuhkan imej BN dulu.

    BalasPadam
  3. Lawan jer...
    Inikan politik
    Klu x lawan kt pengkalan chepa.. jgn lawan jugak kt permatang pauh


    Mat Umno Pendang

    BalasPadam
  4. Baru baru nih KRU ada cakap (walaupun kesah lain lah)....

    "....lebih baik Kalah BERJUANG dari Menang BERKOMPROMI...."

    Boleh guna-pakai kut!!!!

    BalasPadam
  5. Ya, tak perlu lawan, undi kesian tentu lagi banyak. 95% mmg Umno kalah, silap gaya majoriti meningkat terutama kalau calon anak Nik Aziz . umno pula confirm janji buat itu ini ,tapi bila kalah buat juga so takde beza menang ke kalah.

    BalasPadam
  6. ooi umno mana ada teloq....

    BalasPadam
  7. UMNO patut bertanding. Menang atau kalah itu adat. Yang penting kempen cara bersih bukan caci maki dan tabur fitnah. Itu mengundang permusuhan dan x berkat.

    BalasPadam
  8. LAWAN.. JANGAN TAK LAWAN..

    BalasPadam
  9. Jangan buang masa, wang, umno tetap kalah di chempaka, lebih baik tumpukan perhatian di permatang pauh !

    Kalau umno dan pas boleh sepakat kemenangan adalah dijamin dipermatang pauh!

    Ingat! pengundi melayu islam disana adalah 70%!

    BalasPadam
  10. Oh ya jangan pula kita termakan umpan Komen RBA dan DAP yeeee!

    Mereka amat kehadapan dari segi taktik dan strategi!

    BalasPadam
  11. Inilah dipanggil bloger bangang spt yg dsnr cakapkan..ini akan lebih menjahanamkan umno lg cepat kalu bertanding kat sana..buang masa n tenaga je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bloger ne bukan bangang, dia cuma kurang pengalaman, itu lebih bersopan, x lawan selalunya dianggap penakut & bacul, DUN Chempaka berarus deras hendakan kemenangan mesti kedepan, ertinya kita kena menongkah arus, jarang orang menongkah arus, kecuali nak bunoh diri atau gila, kan lebih baik kita tunggu arusnya berhenti & airnya tenang kembali, baru kita berenang, hendak kehulu bolih hendak kehilir pun bolih, semuanya selamat.

      Padam
  12. Sokong Tok Pa demi mengujud dan mengekalkan perpaduan sesama Melayu. Lebih bermaruah rasanya, UMNO dan PAS harus berganding bahu demi masa depan Agama, bangsa dan negara........lupakan perselisihan dan persengketaan sesama kita, In Syaa Allah selamat dunia akhirat

    BalasPadam
  13. Sokong tok pa juga... niat kena betul..... berjuang utk perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Tok pa tahu ape yg lebih utama ketika ini... tak bertanding lagi mudah utk cuba satukan rakyat ...kerjasama bangunkan balik kelantsn setelah musibah banjir baru2 ini lebih utama...kena rational.

    BalasPadam
  14. HEBAT SANGAT KE NIK AZIZ, DAH MENINGGAL PUN UMNO TAK BERANI JUGA HUHU

    BalasPadam
  15. Jika mng d dun kelantan x bw ape2 prubhn...baik tumpu d parlimen prmatang pauh...BN perlukan lbih byk krusi prlimen...

    BalasPadam
  16. Harap BN tumpu kat permatang pauh je. Sokong Tok Pa

    BalasPadam
  17. Kalau aku pengundi sana confirm aku undi pas, tak kira sapa calon. Takda sebab aku nak undi BN.

    BalasPadam
  18. Pas nko sendiri pun tgh nak K.O kelabut dgn barua dlm parti..Lagi nak sembang kencang..

    BalasPadam
  19. Respect Pengerusi BN Kelantan. Tugas pengerusi adalah memberitahu perihal sebenar yang dialami oleh rakyat Kelantan ketika ini. Pertandingan PRK DUN Chempaka jika diadakan boleh mendatangkan 'kemudaratan' kepada UMNO dan PAS atau mahupun terhadap rakyat Kelantan khususnya, atau akan memecahbelahkan umat angkara ceramah politik termasuk perbuatan aktiviti berkempen disitu maka lebih baik dihentikan.
    Jangan peduli andaian dan pendapat yang menentang Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    BalasPadam