Ahad, 27 Mei 2012

Nik Najis..Wat Diutamakan! Masjid Dibelakangkan..!

TUMPAT– Kerajaan Negeri Kelantan mewartakan semua kawasan wat sebagai tanah warisan bagi memastikan tempat beribadat kaum bukan Islam di negeri ini tidak diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tanah di wat diwartakan sebagai tapak warisan supaya tanah di sini tidak diganggu.


“Tanah di wat ini jadi tanah warisan, gazetkan sebagai tapak warisan supaya ia tidak boleh diganggu. Rakyat Kelantan adalah di bawah tanggungjawab saya dunia dan akhirat.


Secara dasarnya kita takde masaalah pun berkenaan perkara tu, itu pun yang diamalkan oleh kerajaan BN selama ini yang menjamin hak dan kebebasan beragama kaum lain seperti mana yang termaktub didalam Perlembagaan


..cuma nak tanya Nik Najis berapa banyak dia bangunkan masjid selama dia memerintah Kelantan lebih 20 tahun?


Berapa banyak pulak patung patung dan tempat penyembahan agama lain yang tumbuh melata dibawah perkenan dan payung kasih sayang Nik Najis selaku Menteri Besar mereka?


Pejuang Islam konon...pttuuiihh!


Lu Fikir La Sendiri!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Alamak..! Video Anwar PM & Pudin MB Kena Halau Dari Masjid..!





Tahniah diucapkan kepada AJK Masjid Taman Sri Pulai Perdana dalam Parlimen Pulai yang tegas dengan peraturan! Anwar PM ( Peliwat Malang ) dan juga Pudin MB ( Mulut Busuk ) perlu diberitahu untuk patuh kepada syarat dan undang undang!

Rumah Allah bukan tempat berpolitik! Kalau nak berpolitik UMNO lebih layak dan berhak kerana masjid tu Kerajaan UMNO yang bina! Jenis perosak ni datang masjid orang hanya untuk membawa perpecahan! Apa punya bangsat ni!


Puak haram jadah ni mana ada adab dalam masjid! dia orang ingat masjid macam tempat dia orang layan china doll ke? macam ni berangan nak jadi PM dan MB? tukang sapu masjid tu pun ko tak layak!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 26 Mei 2012

Apa Hal Sampai Hitler Pun Marahkan MAS?

Aku cuma nak sebut sikit jer..dulu masa deris jalang pegang dia buat berhenti sukarela! sekarang ubah ayat sikit jadi cuti sukarela! Tapi dalam MAS menanggung kerugian demi kerugian hingga yang terbaru boleh mencecah hingga 2.52 Bilion boleh baca kat sini takde pulak yang nak berambus dari MAS secara sukarela!

Atau apabila penggabungan MAS dan Airasia dibatalkan takde pulak kutu yang berkaitan dengan keputusan nak meletakkan jawatan! itu pun boleh baca kat sini. !



Terbaru ada kupasan dari blogger Parpu Kari yang kita boleh baca di parpukari sini.!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Gempar!!! Peneroka Bogel Datang Ambil Durian Runtuh..!

Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu di Dewan Kampung Awah.
Dasar bangsat...nak kata apa lagi? bodoh sombong! bodoh yang memual dan menyesatkan!

Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.

Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.

“Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

“Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak,” katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.

Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Kalau pun gagal menggunakan akal yang waras...Manusia juga diberi Allah perasaan malu! tapi kalau dah takde malu...lebih kurang sama dengan binatang ler!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Fauzi Buktikan Sikap Curang Kakitangan Awam..!

Klip video ucapan sulong Bekas Pengarah Siasatan Jenayah selepas menyerahkan borang menyertai Parti Ajaran Sesat di Ulu Sepetang, Batu Kurau Perak. Dalam kegairahan dan kegagapan beliau berceramah sebenarnya beliau telah membuka pekung bahawa selama ini beliau mengundi PAS!

Biarpun menjawat jawatan ke 3 tertinggi di dalam pasukan PDRM, mengetuai satu cabang organisasi penting negara! Bertanggungjawab dalam melaksana segala dasar yang terkadang tidak popular tapi kerana amanah dan tanggungjawab maka ianya dilaksana dengan jaya...kerana apa? kerana Kerajaan BN bertanggungjawab untuk mempastikan rakyat terus mengecap bahagia dan hidup dalam sejahtera!

Soalnya bagaimana orang yang sebegini masih boleh memangkah PAS atau pembangkang dalam setiap pilihanraya? Bagaimana orang seperti ini boleh diberikan amanah yang tinggi semacam tanpa usul tanpa periksa? Kalau Fauzi boleh apakah tidak mustahil beribu lagi kakitangan kerajaan yang berjawatan JUSA atau pembuat dasar juga berhati perut sepertinya?

Apakah puncanya? Apakah kerana mereka memang dilahirkan untuk gagal menerima kebenaran? Apakah mereka yang mencekik gaji dan elaun tinggi ini sememangnya sudah ditakdirkan Allah tertutup hati, akal dan budi untuk menilai kebaikan yang tersedia didepan mata?

Atau apakah ianya juga berpunca dari kita? dari kita dipihak kerajaan yang gagal mentarbiah anak anak buah? Apakah kerana kegagalan segelintir dari kalangan kita yang gagal menerbitkan perasaan sayang dan cinta kepada majikan dikalangan pekerja? 

Apakah hari ini ramai kakitangan awam sudah menjadi seperti robot yang tidak mempunyai deria? tiada rasa, tiada jiwa? Atau apakah sudah terlalu ramai penderhaka dan pengkhianat yang bermaharaja lela hingga menggigit tangan yang menyuap juga sudah seperti menjadi budaya?

Sesuatu perlu dilakukan... kakitangan awam perlu disubur bugarkan.. jiwa dan perasaan mereka perlu dibaja... menanam perasaan sayang dan berterima kasih adalah sifat terpuji yang digalak oleh agama! Kita tidak mahu melahirkan masyarakat yang tidak reti berterima kasih lalu tidak tahu bersyukur! Bersyukur semata mata tanpa berperasaan kasih sesama insan akan menyebabkan masyarakat jadi pincang.. Ianya mesti dibetulkan dan dimulakan didalam perkhidmatan awam!

Apa peranan INTAN? sejauh mana berkesannya BTN? dimana tarbiah Jabatan Agama? Sejauh mana kakitangan awam boleh di 'insan' kan fitrah kejadian mereka dengan mensyukuri nikmat tuhan lalu berterima kasih sesama manusia! jika tidak...apa juga kebaikan oleh Kerajaan yang diungguli oleh PM melalui program transformasinya akan menjadi sia sia! Tangan mereka yang menyampaikan segala kebaikan kerajaan.. tapi tangan dan mulut mereka juga lah yang merosakkanya!!! Apa nak jadi?

Lu Fikir La Sendiri!!!

 

Pengakuan Benar Lagi Berani Seorang Cina..!


Bersaksilah kita atas kebenaran jangan diikut nafsu syaitan! Sesungguhnya syaitan adalah punca segala kesesatan!!!

SAYA sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak terpaksalah juga saya tampil, bukan membela tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.

Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya", "Ini negeri bukan Melayu punya", "kita mahu halau orang Melayu" dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapi-apikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.
Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi luaran terutama pulau kecil di selatan tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita.

Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada Perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan 'pendatang'. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.

Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.

Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanah air tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar?

Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya, orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka ialah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

"Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka."

Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu itu. Saya tidak nampak Utusan Malaysia bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, "Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah UMNO atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, "kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan".

Menurut ultra kiasu itu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika UMNO tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu? Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatan seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti.

Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benar pun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdana menteri Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela UMNO. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.

Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik - salah, buat jahat - lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

TULISAN PROF DR MOHD REDWAN TEE ABDULLAH

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Pembangkang Rindukan Golongan Muda..!

Apa yang berlaku di Putrajaya kini menyebabkan Anwar dan kuncu kuncunya demam! Pengaruh golongan muda terhadap kepimpinan dan kerajaan BN begitu membara! Anwar tidak lagi boleh membodohkan golongan muda yang cerdik pandai dan terbuka dengan cerita simpati konspirasi basi!

Permainan rasis Komunis DAPig sudah semakin memakan diri! golongan muda bukan golongan lembu cucuk hidung yang boleh di wayang dengan nama hak kebersamaan semata mata! Golongan muda ada harga diri dan hak yang perlu mereka kecap dan warisi!

Bagi golongan muda PAS bukan sebuah parti yang sesuai dengan jiwa, gerak kerja dan tahap keimanan didada! Golongan muda bukan golongan lupa tuhan yang jahil murakab hingga boleh diumpan dengan janji dan undi syurga!

Generasi muda sudah menemui rentak mereka! mereka mahukan kerajaan yang moden dan terkini..sesuai dengan kemajuan yang menghambat namun tetap berpegang teguh dengan susila bernegara yang aman, makmur dan sejahtera!

Petang ini PM akan bersama sama dengan generasi pewaris yang berilmu, ranggi namun tetap dengan budi pekerti. Jom kita ramaikan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Video Bukti PAS Sesat..!

Video dari sahabat massavoice. Demi kuasa dan demi dunia! PAS menggadai agama mereka!

fatwa sesat Nik Najis..



Sedarlah wahai orang orang PAS! anda berada ditebing neraka sebenarnya..!


Lu Fikir La Sendiri!

Jumaat, 25 Mei 2012

Agenda PAS Menghalang Jemaah Haji Hampir Berjaya..!

tetamu siapa dia orang ni?
Agenda bangsat PAS! Setelah jauh tersesat dengan mengkafirkan UMNO! Sembahyang 2 imam! sembelihan orang UMNO haram dimakan! dan banyak lagilah kesesatan demi kesesatan yang dibuat oleh tok tok garu hamPAS yang jelas menyeleweng dari ajaran Agama Islam yang syumul kini usaha PAS untuk menghalang umat Islam Malaysia mengerjakan Haji juga dilihat semakin hampir menemui kejayaan!

pergi mekah atas seruan Ilahi ke atau seruan bapak?

Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu.

Sebagai langkah awal, Jamil Khir baerkata beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji.

ok pak! usaha haram di mekah dan madinah sudah berjaya! takebeer!!!
Dalam pertemuan itu, Jamil Khir berkata beliau turut memaklumkan kepada Fahad mengenai kebimbangan berkaitan kuota haji itu dan berharap ia diambil perhatian supaya pengumuman mengenai jumlah kuota diketahui sebelum awal Ramadan. 

"Biasanya awal Ramadan dah sampai makluman kepada kita, sekarang jemaah sudah mula ambil laporan kesihatan masing-masing, kalau kuota ini dalam proses yang tidak menentu lagi, ia akan merencatkan persiapan yang dah dilakukan," katanya.

Beliau berkata jumlah terkini jemaah yang telah memenuhi syarat untuk menunaikan haji dan berada dalam senarai menunggu adalah seramai 930,000 orang manakala kuota haji pula terhad kepada 28,000 orang sahaja. 

"Kalau senarai ini kita tidak habiskan walaupun kita faham kuota kita terhad, dan ada lagi perkara-perkara yang boleh membantutkan keadaan, ia akan menyebabkan senarai ini semakin meningkat dan akan mengambil tempoh yang panjang (untuk dihabiskan)," katanya.


Anak beranak menyusahkan orang! anak beranak rosak akhlak!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Siapa Melayu Idaman Kit Siang..?


Apakah benar Karpal Singh tersasul? Apakah benar beliau terlanjur kata bila mengatakan bahawa Lim Guan Eng adalah bakal PM bukan Melayu yang DAP fikirkan sesuai masa kini? 

Namun dalam masa yang sama Karpal juga mengulangi roh, semangat dan tujuan beliau serta partinya DAP berpolitik yang terus memperjuangkan bukan Melayu berhak menjadi PM di dalam negara ini.


Karpal mengungkapkan kata kata nista ini sebagai memberikan vitamin dan kekuatan moral kepada para pengikut DAPig. Terutama kepada mereka yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam yang condong menolak Kuasa Melayu dibumi bertuah ini. Itu pertama! Itu pembayang!

Keduanya Karpal telah dengan sengaja memberikan 'signal' dengan membugarkan semangat pengikut komunisnya bahawa Anwar bukan satu satunya tuhan, ketua, taikun dan boneka yang boleh mereka harapkan hanya kerana Anwar Melayu! Dikalangan mereka sendiri pasti dan tentu boleh serta layak diangkat menjadi PM! Itu maksudnya! Itu matlamatnya!


Hari ini Lim Kit Siang bingkas menjawab keterujaan Karpal tersebut dengan mengatakan..-

Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya.

Inilah cara DAPig berpolitik! cara lambung dan smash! sebenarnya DAPig sedang menjawab dan memainkan isu politik semasa yang hangat diperkatan kini. Isu Muzakarah ialah isu Melayu! Isu Muzakarah ialah Isu Islam! Bila Melayu dah bercakap tentang agama maka padah dan celaka la DAP dan sekutu mereka! Itu premisnya.


Melayu yang Kit Siang maksudkan itu berlambak dan banyak didalam puak pakatan haram. Pastinya Melayu berdarah Kitol dan Mandaliar ini akan mencium tangan Kit Siang sebagai respond dari apa yang Kit Siang katakan itu. Tentu PAS boleh mengeluarkan fatwa mencium tangan Kit Siang atas kenyataan 'berani', 'jujur' dan 'ikhlas' Kit Siang itu..!

Bos Kit Siang pasti tersenyum senang..Kit Siang pasti ketawa girang! Karpal berjaya membuka ruang! Pengikut DAPig boleh terus mabuk sampai terlentang! Kerana apa? kerana adanya Melayu Idaman! kerana ramainya Melayu pondan! kerana melatanya Melayu yang tidak lagi beriman! kerana wujudnya Melayu yang berebut untung secupak tapi rugi dan hilang segantang!


Barang dijauhkan Allah manusia munafik dikalangan bangsa Melayu dan Umat Islam. Sebenarnya semakin kuat kita diasak, semakin kukuh dan semakin lasak! semakin kuat kita ditekan, semakin tinggi pegangan dan semakin bertambah keimanan!

UMNO ialah parti Keramat, menyelamat bangsa dari merempat, meninggikan syiar dan memartabat umat, membentuk negara aman, makmur dan berkat..! 

Kepada Allah kita berserah!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 24 Mei 2012

Peminum Arak Tegar Kecam Jakim..!

Peminum arak tegar @ PRESIDEN kepada semua parti dalam dunia ni nampaknya marah sangat dengan tindakan Jakim dan pihak Jabatan Agama Negeri yang sebulat suara mengharamkan buku penulis sesat Irshad Manji.

Menurut Zaid, jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan buku Irshad yang dikenali sebagai pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Jakim tak ada kuasa haram buku pun. Ini masalah menteri tak faham tugas. Menteri Jakim tak ada kuasa haram buku. Menteri Dalam Negeri ada kuasa," kata Zaid yang dipetik menerusi akaun twitter miliknya pada Khamis.

Komen Zaid itu dipercayai merujuk kepada tindakan Jakim memutuskan buku Irshad haram kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Buku tersebut diterbitkan syarikat milik Zaid iaitu ZI Publication yang dikendalikan anaknya, Ezra Zaid.

Agak nya apa perasaan Zaid bila bercakap demikian? bangga? seronok? dan merasa diri hebat dan cerdik agaknya bila menafikan pula hak dan kebenaran Agama yang dia dakwa dia anuti! Mendukung kesonsangan dan kesesatan yang jelas bertentangan dengan kehendak agama juga norma susila kita sebagai manusia.


Yang lebih malang apabila Zaid rupanya mendapat laba! mendapat untung! malah mengambil untung dari menyebarkan kesesatan dan kesonsangan...Nauzubillah!

Mengulas lanjut Zaid turut mempersoalkan keputusan pengharaman yang dibuat Jakim bersandarkan kepada kandungan unsur liberalisme.

"Mengapa Jakim sangat takut dengan idea liberalisme? Mungkin mereka fikir ia seperti komunisme.

"Penulis liberal memberi pandangan yang agak lembut mengenai agama. Berbuat baik...memaafkan, tidak hanya mengenai neraka dan hukuman. Apa yang salah mengenainya?" katanya.

Selepas menyokong dan menyebarkan kesonsangan sex, Zaid terus menyokong kebersamaan Agama yang beliau anuti dengan agama lain yang jelas dan terang sesat! Mengiktiraf dan mengakui bahawa adanya kebenaran didalam kesesatan agama orang lain dan membuktikan bahawa agama yang dia anuti sekarang ini masih tercela dan kekurangan dalam beberapa perkara terutama hal yang berkaitan dengan sex..! Nauzubillah!

Jenis ni la yang dimaksudkan oleh Kit Siang bahawa beliau menyokong negara ini terus diperintah dan dikuasai oleh orang Melayu sebagai PM! tapi Melayu yang macam mana? tentunya Melayu yang macam Zaid Ibrahim kalau pun bukan Anwar Ibrahim..!!!
iblis dan syaitan
Lu Fikir La Sendiri!!!

Dewan Ularmak hamPAS Kutuk Karpal Singh..!

Dewan ularmak hamPAS selalu sahaja sekarang ini berlaga angin..berselisih pendapat dengan tok garu Nik Najis dan tok guru cawat hadi! hari ini Timbalan Ketua Dewan Ularmak hamPAS berkata..-

bab ni yang karpal dan kit siang tak sanggup!
Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

Agak agak ada tindakan tak yang nak diambil kepada Mat Yakub ni! dia dah mengguris hati dan perasaan tuhan politik hamPAS hari ini!!!Nik Najis dan Hadi..ada berani?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Beza Perkataan Dengan Perbuatan..!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apa maknanya jika hanya tahu menyalak...salak dan terus menyalak! sedangkan hakikatnya dunia tahu bahawa tuan yang memegang tali pasti tidak merestuinya! tuan yang memegang tali hanya membiarkan salakan..namun bila sampai masa tali akan direntap! tali akan ditarik! ketika itu sekali lagi salakan hanya tinggal salakan!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

10 Budak Hitam Sudah Kena Saman..!

Kerajaan telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Bersama Bersih S. Ambiga dan sembilan yang lain terhadap kerugian RM122,000 yang dikatakan ditanggung semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Saman tersebut mendakwa Penganjur Bersih Bersih 3.0 telah gagal untuk mengawal orang ramai dengan berkesan dan gagal untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan secara aman.

Saman itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 Jun sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Prasad Sandosham Abraham.

Saman itu telah difailkan pada 15 Mei tetapi writ saman disampaikan kepada Ambiga, Rabu.

10 budak hitam sudah kena saman
1 terus jalan dah tinggal lagi 9


9 budak hitam sudah kena saman
1 tengah pitam dah tinggal lagi 8

8 budak hitam sudah kena saman
1 jadi bodoh dah tinggal lagi 7

7 budak hitam sudah kena saman
1 terus demam dah tinggal lagi 6

6 budak hitam sudah kena saman
1 dalam delima dah tinggal lagi 5


5 budak hitam sudah kena saman
1 sudah tobat dah tinggal lagi 4

4 budak hitam sudah kena saman
1 jadi gila dah tinggal lagi 3

3 budak hitam sudah kena saman
1 hilang nyawa dah tinggal lagi 2

2 budak hitam sudah kena saman
1 terus buntu dah tinggal lagi 1

1 budak hitam sudah kena saman
kena senam tonggeng kepala dah pusing pusing!!!


Semua budak hitam sudah jadi boneka
Anwar dan Nik Najis jugak yang bagi perintah!!!

 Lu Fikir La Sendiri!!!

New Politics Pudin Ala Ala Binatang..!

Pudin@Trojan horse ni kata -

“Yang kita hendak ialah debat politik dan bukan hanya ceramah sehala,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Menurutnya lagi, jika terdapat cadangan untuk menganjurkan debat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau adalah antara individu yang akan menyokongnya.

“Itu (debat Najib dan Anwar) satu perkara yang kalau berlaku akan mencipta sejarah. Saya antara yang akan menyokongnya,” kata Saifuddin.


Sumber klpos


Pudin jelas menyamakan PM dengan Anwar yang keji lagi hina! @ Pudin sebenarnya menghina PM Dato Seri Najib sama hina dan keji seperti Anwar Ibrahim...Yang jelas lagi terang mata hati dan akal budi Pudin pun dah kotor sama seperti mana kotornya mentor beliau iaitu Anwar Ibrahim.


Lu Fikir La Sendiri!!!