Ahad, 10 April 2016

Simpan Rahsia Jenayah..!


Berkuasa la katakan..!

NASIHAT NAJIB

“Perhimpuan jalanan bukan caranya. Jangan mengambil jalan keluar dengan mengadakan demonstrasi dan kempen tandatangan, gesa PM. ”

1. Saya berasa terima kasih kepada PM atas banyak kata-kata mutiara yang beliau curahkan kepada rakyat.

2. Ya, kita semua harus mengelak perhimpunan jalanan dan kempen tandatangan.

3. Jadi, apa yang patut kita lakukan? Kita sepatutnya melaporkan kepada pihak polis.

4. Kemudian polis akan memanggil anda (dan peguam anda) untuk disoal siasat, menahan kedua-dua anda dan mendakwa anda di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas) kerana keganasan.

5. Bagi laporan polis yang anda dibuat, Peguam Negara akan menolaknya oleh sebab beliau kelihatan bukan sahaja seperti seorang pendakwa raya tetapi beliau juga seorang hakim. Dia boleh mendakwa anda di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocor rahsia. Kemudian anda akan didapati bersalah dan jika beliau ada jalannya, anda boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

6. Akta Rahsia Rasmi, saya percaya, ianya adalah untuk menghukum sesiapa yang membocor dokumen-dokumen pentadbiran Kerajaan mengenai dasar-dasar, kertas-kertas Kabinet dan cukai.

7. Akta tersebut adalah untuk menghalang maklumat daripada dipergunakan oleh individu-individu, syarikat-syarikat atau Kerajaan-Kerajaan asing bagi kelebihan mereka.

8. Ianya bukanlah bertujuan untuk menyimpan rahsia jenayah-jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai, pekerja-pekerja atau individu-individu. Jenayah-jenayah sebegini haruslah dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa sahaja yang mengetahuinya. Perbicaraan-perbicaraan jenayah harus menyusuli.

9. Tetapi Peguam Negara seolah-olah berfikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan adalah rahsia Kerajaan yang sepatutnya disembunyikan dari mata awam. Sesiapa yang melaporkan jenayah-jenayah ini akan didakwa kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

10. Saya ingin mendengar Peguam Negara menyatakan dengan mutlak bahawa jenayah seperti menyalahgunakan dana-dana Kerajaan adalah rahsia Kerajaan yang perlu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Penjelasan untuk perkara ini adalah penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk menghantar kes-kes ke mahkamah untuk pengadilan. Dengan itu orang awam akan faham mengapa beliau menolak laporan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mengapa beliau tidak membenarkan kandungan laporan-laporan tersebut dilihat oleh sesiapa pun. Dan juga penulis-penulis laporan nampaknya tidak dibenarkan untuk bercakap mengenai laporan-laporan tersebut.


Bergotong royong ler katakan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

39 ulasan:

  1. Syukurlah malaysia masih amann...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  2. Sebiji dari Tun Mahathir.
    Malaysia kembali ke zaman jahiliah.

    BalasPadam
  3. Mamak minta nyawa dari australia campurtangan jatuhkann najib....mamak giila buat hal u turn ... dulu mamak ni la yg terpekik terlolong tak mahu campurtangan asing nak acuan sendiri ..kahakpuiii... skg mintak nyawa dari yahudi jatuhkan najib.... akai ada kaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau baca ke akhbar The Australian tu? Tak ada pun Tun Dr. Mahathir minta pihak Australia campur tangan dalam isu pentadbiran negara ini.

      Apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir adalah pihak Australia sepatutnya jujur dan lebih tegas dalam isu USD 681 juta a.k.a. RM 2.6 bilion dalam akaun Najib kerana ANZ, sebuah bank di Australia adalah pemegang saham di dalam AmBank di mana wang USD 681 juta a.k.a RM 2.6 bilion itu ada dalam akaun peribadi Najib.

      Maka tak payahlah putar sana sini lagi.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Anon: 1252 ptg Bodoh macam keldai!!!!

      Sebab ada akal lah TUN Mperintah kau selama 22 Tahun

      Itupon dia bersara... kalau tidak AhJigNgok yan BANGANG tal merasa jadi PM dan Malaysia tak hancur akibat keBANGANGan AhJibNgok

      Padam
  4. Mungkin lepas ni satu lagi serpihan MH 370 akan dijumpai atau ada mana-mana militan IS yang merancang untuk mengebom mana-mana tempat di negara ini pula yang telah ditangkap.

    Biasalah Najib, sanggup buat apa sahaja untuk alihkan isu, sampai tak pedulikan perasaan ahli keluarga mangsa MH 370 itu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abubakar.. Ko mak alih tiang gol pulak ker??..

      Padam
  5. geng badot sarkas kepala dongga melalak. ambik contoh terdekat, adakah anak2 dr m kaya pasal dedikasi atau pun daddy kasi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ada bukti ke? Ada mana-mana akaun bank yang mana wang kerajaan disalurkan ke anak-anak Tun Dr. Mahathir ke?

      Apa yang jelas, Tun Dr. Siti Hasmah tidaklah sampai bershopping sakan membeli belah di gedung fesyen hingga berbelanja lebih RM 500,000.00 samada di dalam atau di luar negara, tapi Rosmah pula syok sakan shopping nyopping lebih RM 500,000.00 di gedung fesyen Chanel di Hawaii di saat lebih 500,000 orang mangsa banjir di Pantai Timur termasuklah lebih 3,000 orang di Pekan yang berhempas pulas menyelamatkan nyawa.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Abu bakar... Ko ni hati jenis kelam kuat caya fitnah pihak luar.. Tanpa memikir agenda mereka..

      Padam
    3. Tanpa Nama10 April 2016 4:03 PTG, ini bukan soal percaya fitnah, sebab perkara yang dinyatakan itu adalah fakta, siap jumlah dibelanjakan, tempat dibelanjakan, malahan tarikh dibelanjakan pun ada, ada butiran terperinci, sila Najib nafikan dan buat akuan sumpah untuk menafikan semua itu, barulah saya ada keraguan mengenai laporan oleh ABC News itu.

      Malahan sila Najib saman ABC News itu dan jika Najib menang dan terbukti apa yang dituduhkan itu tak betul, maka saya akan sokong Najiblah, kalau Najib tak saman, maknanya, betullah apa yang dikatakan oleh ABC News itu, malahan Najib sendiri tak nafikan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  6. Budak Abu Baka yahudi nak spinn najib alih IS nak letup letup kat KL la pulakk... ahakss....sebena nya ouak mcm mamak yahudi pluralist/komunis/syiah ni la yg berharap benda jadi kenyataan di KL... maklumla mamak dah kantoi buat fitnah... alih isu la konon... kebaboommm....!!! Alahai game fitnah yahudi ni senang sangat utk rakyat Malaysia faham.. Abu Baka yahudi bole tukar game lain tak... boring u punya game ni... ahakss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah, Najib ni bila terbongkar sesuatu isu serius melibatkan dirinya, tetiba sahaja serpihan MH370 ditemui di Reunion la, di Mozambique la, di Afrika Selatan la, lepas ni mana lagi?

      Lepas tu tetiba saja Zahid Hamidi membuat pengumuman kononnya pihak polis berjaya menangkap orang itu dan orang ini yang kononnya militan IS yang merancang nak bom itu dan ini.

      Kemudian Khalid Abu Bakar pun turut sama menyibuk menyokong pembohongan daripada Zahid tu juga.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  7. 1.03 chai Lu ada masalah mental ke? Camni punya pencacai pun ada...kalau dah tak boleh berhujah...tanya pada orang berpengalaman seperti abu bakar, kami rakyat amat kagum membaca tulisan dan hujah2 abu bakar begitu padat, bermutu, penuh dengan fakta dan tersusun rapi.

    Nasihat kami, belajarlah dari abu bakar tu, jangan malu, dia boleh tunjukkan jalan yang benar, pepatah ada berkata, malu bertanya sesat jalan, gelap sepanjang jalan, takder penghujung, hati menjadi marah, gundah gulana dan sentiada dalam ketakutan...macam pencacai ni dan najib.

    Chaijangan malu dan jangan segan kalau nak menuntut ilmu dengan abu bakar tu. Satu hari nanti kamu pasti akan berjaya jika rajin dan berusaha, patuh apa yang abu bakar ajar dan tunjuk, itulah kunci kejayaan kamu chai.

    Sebelum mulakan pelajaran dan berguru dengan abu bakar..... bertaubatlah, jauhi benda2 haram, beri makan anak bini sedara mara, kawan2 hasil duit haram, bersihkan jiwa dan minda tu dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...berguru dgn abu bakar...persoalan 1mdb dalam fb azmi pun cabut lari..haha..ok fb azmi ada ulas pasal pac repot.. Jom abu bakar lets join fb azmi.. Kalu ada telur lah..

      Padam
  8. Blog fitnah yg tak abis abis buat fitnah... fakta tak ada... lebih dari persepsi yg tak berfeadah untuk dilayan untuk blog ini.... dah tua gayut umo dah 91 tahun dah.. anak kaya raya hasil sakau 22 tahun menjajah... lebuhraya utk kroni anak pinak kaya raya... lubuh raya pan broneo free untuk semua.. ssgt terdesak.. cemas.. gelabah tak tentu hala sambil minta bantuan asing campur tangan dlm malaysia ini... cukup2 la tu buat dosa kering.... kubo kata mari banglo kata pergi brambus ini orang tua.... tunggu fitnah makan keturunan kamu balik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu juak-juak Najib tuduh YTL kroni Tun Dr. Mahathir, kononnya kontrak IPP yang dikuasai oleh YTL adalah bukti YTL tu kroni Tun Dr. Mahathir.

      Tetapi sekarang ini, walaupun YTL telah tamat kontrak IPP di Stesen Janakuasa Elektrik Paka, tetapi pihak kerajaan Najib telah sambung lagi kontrak IPP kepada YTL.

      Persoalannya sekarang ini adalah YTL tu kroni siapa, dulu kata kroni Tun Dr. Mahathir, sekarang kerajaan Najib yang lanjutkan kontrak IPP YTL di stesen janakuasa elektrik Paka itu pula.

      Biasalah juak-juak Najib, mereka tak reti jawab isu, mereka akan maki hamun sepuasnya terhadap Tun Dr. Mahathir dengan cerita-cerita merapu tak tentu hala.

      Dalam isu 1MDB ini, tak ada isu persepsinya, memang terdapat salah laku, sebab itulah dalam laporan PAC mengarahkan supaya siasatan dilakukan terhadap pengurusan 1MDB terhadap salah laku yang ditemui berlaku.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Kau nampakkah Rosmah berbelanja setengah juta di luar negara?
    Jangan buat fitnah. Mengucaplah A Ba Ta. Abu Bakar Ta....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Gedung Chanel di Hawaii, Najib sendiri datang ke gedung fesyen itu untuk menelefon bank supaya meluluskan penggunaan kad kredit bagi bayaran ratusan ribu dolar itu.

      Tiada fitnah pun, kalau fitnah, sila saman ABC News yang memaparkan dokumentari berkenaan, malahan sila saman Gedung Fesyen Chanel di Hawaii itu.

      Itu baru di gedung fesyen Chanel di Hawaii, tak termasuk lagi pembelian barangan kemas di sebuah kedai barangan kemas di Itali, belanja sebanyak Euro 750,000.00 bersamaan RM 3.3 juta, lagi banyak dari lebih RM 500,000.00 belanja di gedung fesyen Chanel di Hawaii itu.

      Malahan sewa kereta di Kuala Lumpur dengan harga lebih RM 50,000.00.

      Maka tak payahlah nak putar, sebab semua perbelanjaan itu dinyatakan tempatnya, malahan dinyatakan nama kedainya, siap dengan jumlah perbelanjaan lagi.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  10. Abu baka yahudi.... ako rasa ko buat laporan pulis jer la.... tak yah nak fitnah tak yah nak buat persepsi fitnah... blog putrayahudimerdeka ini bole ubah stratrgi atau game fitnah kamo.. boring dah game ni dah basi... cuba cipta game baru beb membosankan.. game fitnah ni dah berlalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama10 April 2016 3:36 PTG, masih tak faham bahasa lagi ke? Pegawai yang bertanggungjawab untuk buat laporan polis mengenai salah laku korporat yang menjurus ke arah perbuatan pecah amanah di 1MDB itu adalah Najib, atau pun Arul Kanda, atau pun Lodin Wok Kamaruddin atas kapasiti jawatan mereka di 1MDB, saya bukannya pegawai di 1MDB, saya tak berapa ada locus standi untuk membuat laporan polis.

      Saya beri contoh kepada kamulah, seorang di Pekan, Pahang yang rumahnya disamun, berita mengenai kejadian samun itu telah tersebar hingga ke dalam akhbar di Zimbabwe, maka takkan kita nak suruh orang yang tinggal di Zimbabwe untuk buat laporan polis mengenai kejadian rompakan di Pekan, Pahang itu?

      Tuan rumahlah buat laporan polis, maka jika dikaitkan dengan 1MDB, maka pegawai yang bertanggungjawab di 1MDB yang patut buat laporan polis, dari segi jawatan, yang bertanggungjawab itu ada tiga orang, Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat, Arul Kanda selaku CEO, atau pun Lodin Wok Kamaruddin selaku Pengerusi, mereka inilah yang bertanggungjawab, bukannya saya.

      Oleh itu, bila nak komen tu sila gunakan akal, bukannya redah semberono tak tentu hala begini, itulah yang terperosok dalam tong sampah, terperosok ke longkang bagai.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Nak buat lapuran tak petlu locas standy lah abu bakar... Sspa sapa pun boleh.. Lain lah kes saman...baru perlu locus standy nyer.. Nak bohong pun agak agak lah abu bakar..

      Padam
    3. Tanpa Nama10 April 2016 4:17 PTG, saya tidak pernah kata perlu locus standi untuk buat laporan polis, tetapi mengapakah pihak yang lebih ada locus standi untuk buat laporan polis tetapi tidak buat laporan polis pula?

      Ini isunya, bukannya soal saya buat laporan polis atau tidak, tetapi mengapakah Najib, Arul Kanda, atau Lodin Wok Kamaruddin yang sepatutnya buat laporan polis pasal isu penyelewengan yang dilaporkan oleh PAC tetapi mereka bertiga tiada seorang pun yang buat laporan polis sampai sekarang ni.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Dah dia oramg taknak lapur ko jerlah pergi lapur.. Takpayah berbelit belit .abu bakar..lo yg kuat melalak ko... Jadi apa lagi pergi lah ofis sprm esok pagi..lpas tu selfie.. Buat posting baru..tajuk abu bakar jumpa sprm.. Siap ko najib.. Itu kalu ko afa telur lah..

      Padam
    5. sabar la pencacai najib... tggu sikit lagi.. tggu bukti kuat... nnti kita g report sama2 ya...

      Padam
  11. Ni la bahana bermain main dengan persepsi.. berburuk sangka .. fakta tak nampak dah kata brnda tu real sedangkan semua bersifat andaian...bab boros berbelanja guna ABC News bab 1mdb guna WSJ ... kikikiki... benda jer yg lain2 tapi game terap sama...bodo..bodo... manusia jenis ni la yg banyak menyebakan banyak benda tak betul dikatakan betul... manusia mcm ni la ysng yahudi suka buat keldai fitnah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari Selasa bila Najib nak saman WSJ? Selasa Kliwon? Selasa Legi? Selasa Pahing? Selasa Wage? Selasa mana?

      Tak payahlah putar sana sini, sampai sekarang pun Najib tak saman WSJ lagi pasal apa?

      Itu pun dah membuktikan Najib ada buat salah, sebab itu dia takut bawa perkara ini ke mahkamah walaupun WSJ berkali-kali mencabar Najib supaya mengheret mereka ke mahkamah jika laporan mereka buat itu tak betul.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. nyatakan bab mana yangbtak betul tentang wsj..

      dakwaan ada duit masuk dalam akaun ambank ....betul
      dakwaan 1mdb tidakmembayar kepada company aabar yg sah..disahkan benar oleh pac...

      tang mana yang wsj menipu..cuba bagi tau

      Padam
  12. Pada samdol abu baka yahudi... pluralist ahmad suman dan gang lain... cepat suma akhbar Tempo dari Indonesia dah kuar citer pasal najib dan 1mdb pasal Panama News... bila lagi nak sahut menyahut dan terkinja kinja nak buat fitnah guna akhbar Tempo dari Indon pulak...WSJ dah buat ABC news pun dah buat... cepat geng mamak botak cepat siarkan entry dalam blog haprak ni... act now hurry citer panas dari m Tempon pulak nih... lagi banyak la masyukkk lam poket memasing pasal berita fitnah nihhh... kikiki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila lagi kamu nak minta Najib supaya saman akhbar Tempo Indon itu pula jika apa yang dinyatakan itu tak benar dan segalanya adalah fitnah?

      Tak payahlah putar sana sini, kamu sendiri keliru dengan diri kamu sendiri, kononnya nak saman WSJ pada hari selasa, sudah lebih 40 kali selasa sejak Najib umumkan nak saman WSJ itu, tapi sampai ke sudah tak saman WSJ juga, dan untuk selasa lagi dua tiga hari nanti pun, jangan haraplah si pengecut Najib tu akan saman WSJ, sebab Najib pengecut, Najib takut rahsianya terbongkar lagi teruk jika dia bawa ke ini ke mahkamah, Najib menunjukkan dirinya adalah orang bersalah sebab itulah dia takut untuk bawa perkara ini ke mahkamah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Iklas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  13. Apandi Ali bila nak sumpah junjung Quran bagi membersihkan PM daripada apa jua salah laku.... Rasa2 kalau berani si Pandir Ali ini maka akan berpanjanglah kemarau di Malaysia ini. Kecuali dia bersihkan jiwa raga sendiri terlebih dahalu dan nyatakan segala kebenaran....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dalam carta yang ditayang oleh Apandi Ali masa sidang media buang kes isu RM 2.6 bilion dan RM 42 juta wang SRC Intenational dalam akaun peribadi Najib itu, sudah terang lagi nyata dalam carta itu menunjukkan terdapat RM 42 juta wang SRC International memasuki dua lapis akaun perantara sebelum masik ke akaun Najib.

      Malahan dalam carta itu juga terpampang RM 5 juta digunakan untuk bayar kad kredit, peliklah, SRC International guna kad kredit untuk bayar apa?

      Kes ada, tapi dibuang, kerana bagi Apandi Ali, kedaulatan undang-udang dan keluhuran perlembagaan di dalam Rukunegara itu adalah perkara yang tidak berguna, yang penting adalah Apandi Ali dapat kekal jawatan sebagai Peguam Negara dan mendapat habuan sebagai ahli lembaga pengarah dalam mana-mana GLC termasuklah di Tabung Haji yang telah diberikan kepada Apandi Ali sebelum kes isu SRC International dan RM 2.6 bilion itu dibuang oleh Apandi Ali.

      Jadi kepada cybertrooper Najib, korang tak payah nak putar sana sinilah, terpampang bukti di sana sini, itu pun korang nak nafikan lagi ke? Bersikap jujurlah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  14. Kejap lagi tun mamak mudah lupa akan terbang ke Indonesia ... caya lah tun ada talian hayat baru... di Australian mintak nyawa supaya campurtangan jatuh kan najib tapi x jalan daaa... lepas ni tun mamak minta Indonesia campurtangan la tuhh... ari ni dataran tak bersilau lansung ... alhamdulillah dataran merdeka aman sejahtara petang ni... panas di malaysia ni sebab barua yahudi berleluasa buat fitnah sana sini.. cai abu baka nape ko tak turun botak kan dah bagi arahan acara wajib tiap2 minggu.... klu tak masyukkk wat ape turun ye takk.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa ni Tanpa Nama10 April 2016 4:57 PTG, sudah wayar putus ke?

      Dalam isu laporan akhbar The Australian itu, tak ada pun Tun Dr. Mahathir suruh kerajaan Australia campur tangan dalam pentadbiran negara ini, apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir adalah kerajaan Australia perlu bersikap jujur kerana walaupun ANZ adalah pemegang ekuiti terbesar di dalam AmBank di mana akaun Najib terdapat RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dari SRC International itu, tetapi kerajaan Australia seperti tidak serius untuk menyiasat perkara ini, Tun Dr. Mahathir meminta pihak kerajaan Australia serius dalam perkara siasatan itu, bukannya suruh campur tangan dalam pentadbiran negara.

      Itulah bila tak reti, mulalah merapu yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi bila dah baca blog si keruak, terus terus terpedaya dengan pembohongan si keruak permbohong itu.

      Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia telah menganugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang Perdamaian kepada Tun Dr. Mahathir atas jasa dan sumbang bakti Tun Dr.Mahathir dalam menentang peperangan serta keganasan.

      Universiti Muhammadiyah Yogyakarta siap iklan gergasi memaparkan majlis sambutan penganugerahan ijazah kedoktoran kehormat kepada Tun Dr. Mahathir itu.

      Itulah, bila jelas jasa dan perjuangan maka akan dihargai dan begitulah sebaliknya.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. TDM walau dah usia 91 tahun, masih boleh mengembara keliling dunia, atas pembiayaan sendiri lagi. Boleh-boleh nya Rosmah, isteri Najibul Bullshit bercuti-shopping sakan guna jet mewah Kerajaan, tak ke haru namanya itu? Mana ada pemimpin dalam dunia yang dah mencecah 90 tahun masih aktif? Tunjukkan siapa dia, jika ada. Hadi Awang dah Nazak, Lee Kuan Yew dah padam, Nik Aziz dah tinggal nama saja, Anwar Ibrahim dah tenat dalam Sungai Buloh Inn, dan...Najib pun ketrampilan sembabnya dah kelihatan macam lampu pelita tak bermaya sekejap hidup sekeja mati. Entahlah kalau ada orang masih buta hati tak nampak Anugerah Allah ke atas Tun Mahathir yg masih cerdas dan berwibawa.

      Padam
  15. Jantung pun pakai bateri... Ultraman oooiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan saya, mana ada pemimpin dalam dunia yg dah mencecah 90 tahun masih aktif. Kejora Liberal punyalah jawab...
      'Jantung pun pakai bateri'.

      IQ dia dah sama level dgn Najibul Bullshit. Bila ditanya siapa nama kamu, Najibul Bullshit jawab, 'saya orang Kedah'.

      Padam