Memaparkan catatan dengan label SEKSUALITI MERDEKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKSUALITI MERDEKA. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2011

Marina Anak Angkat Mahathir...?


Dari mynewshub.my

Siapalah Sangat Marina Tanpa Mahathir

Festival Seksualiti Merdeka, rupa-rupanya telah empat kali disambut di negara ini.

Namun, sebelum ini ramai yang tidak tahu menahu mengenainya walaupun Marina Mahathir, mengaku pernah merasmikannya.

Menurut Marina serta para penganjur, penyokong dan pejuang hak asasi LGBT, festival tersebut tidak salah, malah diadakan atas niat ‘suci’ iaitu untuk memperjuangkan golongan yang didiskriminasikan di dalam masyarakat.

Katanya, semuanya dilakukan atas nama hak asasi manusia.

Benar, LGBT juga manusia. Begitu juga dengan para perompak, perogol dan pembunuh.

Sekiranya tertangkap, mereka ini punya hak untuk dibicara dan mendapat pembelaan sewajarnya.

Tetapi, jika didapati bersalah mereka akan dihukum dengan hukuman setimpal atas jenayah yang dilakukan.

Mereka tidak boleh menyatakan bahawa mereka tidak bersalah atas alasan itu adalah hak mereka untuk memilih kerjaya sebagai perompak.

Mereka juga tidak boleh berhujah menyatakan bahawa itu adalah hak asasi mereka untuk merogol atau membunuh sesiapa yang mereka suka atas alasan naluri semulajadi mereka menuntut mereka berkelakuan kejam.

Perlakuan seks songsang adalah juga satu jenayah di negara ini dan golongan yang gemarkan cara hidup begini tidak boleh berhujah menggunakan alasan naluri semulajadi.
Undang-undang ini jelas yang mana bersandarkan undang-undang Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Undang-undang inilah yang kini dicabar oleh penganjur, penyokong dan pejuang LGBT yang mana bersandarkan fahaman liberal.

Kita tahu bahawa golongan liberal di Malaysia ini rata-ratanya percaya bahawa pendapat dan pandangan mereka mengenai dunia dan kehidupan ini adalah lebih tepat dan benar kerana bagi mereka, minda mereka jauh lebih terbuka dan mereka jauh lebih bijak kerana mereka kebanyakannya mendapat didikan barat dan menghabiskan banyak masa di luar negara.

Bagi golongan ini, keinginan untuk melakukan seks secara songsang iaitu antara wanita dengan wanita dan lelaki dengan lelaki atau bercampur-campur adalah naluri semulajadi sesetengah manusia dan ia tidak dapat dielakkan.

Di dalam Al-Quran, ada menyebut tentang kewujudan khunsa, iaitu manusia dengan dua jantina dan golongan ini dibenarkan memilih untuk menjadi wanita atau lelaki mengikut nalurinya.

Jelas, Allah S.W.T maha mengetahui tentang ciptaanNya dengan memperkatakan tentang golongan ini jauh lebih awal sebelum manusia menyedari kewujudan khunsa.

Kini, dengan teknologi terkini, golongan khunsa boleh mengambil pil-pil hormon tertentu untuk menjadikan mereka wanita atau lelaki sejati mengikut kecenderungan nalurinya.

Lanjutan dari itu, Al-Quran juga menceritakan bagaimana golongan gay, lesbian dan biseksual dikutuk dan dilaknat Allah S.W.T sehingga dihapuskan terus dari muka bumi ini ketika di zaman Nabi Luth.

Maka jelaslah bahawa walaupun Allah S.W.T menjadikan khunsa dan membenarkan mereka memilih jantina sendiri, Allah S.W.T tidak menjadikan manusia itu dengan naluri songsang semulajadi melainkan manusia itu sendiri yang sengaja membiarkan dirinya dihasut dan dipengaruhi iblis sehingga percayakan sebaliknya.

Tidak mungkin Allah S.W.T menciptakan manusia dengan naluri songsang dan kemudian melaknat mereka pula kerananya.

Namun, golongan liberal berkeras menolak hujah ini dan tetap percaya bahawa naluri seks songsang adalah semulajadi.

Kerana itu mereka bermati-matian memperjuangkan golongan LGBT atas nama hak asasi.

Hujah-hujah dari segi agama tidak mungkin diterima golongan liberal kerana bagi mereka agama itu sendiri adalah kolot.

Hujah sains bahawa segala sesuatu di dunia ini hanya boleh berfungsi dengan baik jika mengikut peraturan juga ditolak mentah-mentah kerana bagi mereka, naluri bukanlah subjek saintifik.

Keruntuhan moral, kerosakan institusi keluarga dan penyakit-penyakit kelamin yang berpunca dari seks songsang pula dianggap sebagai subjektif dan boleh diperdebatkan.

Pendek kata, memang sukar untuk berhujah dengan manusia yang merasakan dirinya sudah cukup bijak dan sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka sebagai jumud, kolot atau bodoh belaka.

Golongan liberal sedang berusaha sedaya upaya untuk memaksa kita menerima dunia baru ini iaitu di mana lelaki boleh berhubungan dengan lelaki dan wanita dengan wanita atau dengan kedua-duanya sekali gus sebagai sesuatu yang hak.

Bayangkan dunia di mana seorang anak mungkin mempunyai ibu bapa yang mana kedua-duanya lelaki atau kedua-duanya perempuan.

Jika ini berlaku, tentulah definisi bapa atau ibu sebagai ‘role-model’ juga perlu ditafsir semula kerana jika ibunya adalah seorang lelaki, tentunya teladan yang ditunjukkannya tidak mampu seratus peratus menyamai ibu yang merupakan wanita.

Dan jika mereka-mereka ini pula mengaku sebagai masih teguh berpegang kepada agama Islam, tentulah lebih pelik lagi.

Bagaimana agaknya si bapa yang merupakan seorang perempuan melatih anak lelaki bersembahyang Jumaat di masjid? Dan sudah tentulah anak itu adalah anak angkat atau anak dari ‘sumbangan’ benih lelaki lain lalu, bagaimana pula dengan soal mahram? Bagaimana nanti soal wali dalam perkahwinan bagi anak perempuan?

Dan bolehkah kita bayangkan dunia di mana seorang lelaki yang berkahwin dua di mana isteri pertamanya lelaki dan isteri keduanya perempuan?

Kita semua sedia maklum bahawa perkahwinan dari darah daging atau keturunan yang sama akan menghasilkan zuriat yang tidak elok, iaitu tidak sempurna sifat atau tidak cergas dari segi perkembangan otaknya.

Maka, jika bayi tabung uji, ibu tumpang dan soal mahram dan wali perkahwinan semuanya sudah bercelaru dan berbelit dalam sesebuah masyarakat, bagaimana kita boleh memastikan yang tidak berlaku perkahwinan yang haram iaitu sesama mahram suatu hari nanti?

Apakah ini yang dikatakan moden, terbuka atau bijak? Sedangkan binatang juga tahu mengelak hubungan yang kotor dan menyalahi tabie?

Selain soal keruntuhan tamadun manusia yang dibawa oleh LGBT, satu lagi perkara untuk Marina Mahathir dan golongan-golongan liberal yang sewaktu dengannya fikirkan ialah, apakah benar Ambiga, Suaram, Amnesty International, Majlis Peguam dan semua penaja-penaja Seksualiti Merdeka itu benar-benar hanya memperjuangkan hak asasi LGBT?

Jika golongan liberal ini benar-benar bijak, mereka pasti tahu bahawa ada agenda yang jauh lebih besar yang diperjuangkan penaja-penaja itu selain daripada hak asasi para penggemar seks songsang semata-mata.

Jika mereka benar bijak mereka tentu tidak akan menganggap agenda Yahudi menakluk dunia adalah satu paranoia.

Jika benar mereka bijak mereka pasti memahami peringatan Allah S.W.T melalui ayat-ayat mengenai kaum Luth dan Yahudi.

Dan jika mereka benar bijak, mereka pasti percaya pada Al-Quran yang telah terlebih dahulu memperkatakan tentang peraturan semulajadi termasuk pusingan bulan dan planet-planet yang tepat dan konsisten untuk memastikan manusia dapat terus hidup.

Pasti mereka tahu tentang hukum alam mengenai kejadian manusia yang mana perjalanan darah dan degupan jantung juga perlu konsisten dan tepat bagi membolehkan kita terus berfungsi.

Mereka pasti tahu bahawa untuk sesebuah masyarakat itu berfungsi dengan baik dan sihat, ia perlu mengikut peraturan.

Mereka juga pasti tahu bahawa menentang peraturan semulajadi dan hukum alam hanya akan mengakibatkan kemusnahan.

Justeru, mungkin golongan liberal ini perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir sejenak sama ada mereka benar-benar bijak dan benar atau apakah kebijaksanaan dan kebenaran yang mereka sangka ada di pihak mereka, adalah ilusi di dalam minda mereka semata-mata.

Dan ingat juga, ada perbezaan antara hak asasi dengan hak untuk berkelakuan luar tabie
Oleh: Ismail Ali (Penulis Mynewshub.my)

Mereka Yang Membenarkan Lobang Depan Belakang Dihentam.. Ada Selera Ke?

KUALA LUMPUR, 8 Nov —  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan dan menegaskan ia tidak bermakna komponen Pakatan Rakyat itu menyokong pegangan pergerakan tersebut.
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.

“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 4 November 2011

Seksualiti Merdeka Arahan Anwar Aljub?

Penyelaras Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik berkata mereka tiba di Galeri Annexe Seni Pasar pada kira-kira jam 7.30 malam.

"Ketika kami hendak tutup pintu pada jam 8 malam, polis tiba dan
berkata ini adalah suatu tempat awam dan minta kami bersurai. Kami bersurai," kata Pang.

Menurutnya, anggota polis datang dengan baik dan tidak merampas apa-apa bahan.

Pang enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai status program Seksualiti Merdeka dari 9 hingga 13 November, yang dijadual diadakan di Galeri Annexe.

Sementara itu...

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat penyertaan umat Islam dalam program "Seksualiti Merdeka" bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

che mat che aliPengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya akan mengkajinya berdasarkan seksyen 25 (kesalahan liwat), seksyen 26 (musahaqah atau lesbian) dan seksyen 35 (menggalakkan maksiat).

Siasatan itu dibuat ekoran memorandum yang diserahkannya oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA selepas perhimpunan di Masjid Negara awal petang tadi.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!