Memaparkan catatan dengan label abu zahar speaker dewan negara pembangkang ahli dewan rakyat ahli dewan negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abu zahar speaker dewan negara pembangkang ahli dewan rakyat ahli dewan negara. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2011

Abu Zahar Angkat Bakul Sendiri!

Ketika spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini semakin hangat, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinasihatkan supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform "angkat bakul" diri mereka untuk menghadapi pilihan raya.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata semua wakil rakyat sepatutnya menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk berhujah demi kepentingan rakyat bukannya bercakap sesuka hati demi kepentingan politik diri.

"Sungguh pun mereka mempunyai visi dan misi tersendiri dan hendak menyuarakan pendapat di dewan yang mulia serta bertanggapan bahawa kemungkinan besar pilihan raya ke-13 akan datang, jangan sekali-kali guna kedua-dua Dewan menjadi platform hendak meraih simpati rakyat.

"Jangan menggunakan tindak-tanduk dengan cara hujah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada keselamatan dan ketenteraman negara," katanya dalam satu temubual di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Pastinya kita tahu kepada siapa Speaker Dewan Negara tu tujukan ayat ayat diatas! Abu Zahar pasti juga menujukannya khas kepada Anwar Ibrahim si peliwat malang dan pemain yang bergomol dengan wanita china didalam video seks tu..

Selain itu beliau pasti mengingatkan kita kepada tindak tanduk ahli ahli Parlimen pembangkang yang menjadikan Dewan yang mulia seperti kandang binatang atau zoo apabila sebok membawa sepanduk, meraikan hari jadi, demonstrasi puak keling dan banyak lagi suasana tidak sihat sejak pembangkang mendapat lebihan kerusi dalam PRU 12 yang lalu.

Ada juga beberapa wakil rakyat BN yang ditemui pagi ini mencemik dengan kenyataan Abu Zahar tersebut yang katanya cuba mengangkat bakul dirinya sendiri.

Ini kerana, wakil rakyat BN selama ini tidak sedikit pun terlintas mahu mambawa agenda peribadi semasa membahaskan sesuatu. Bagi mereka apa yang dihujahkan semuanya demi rakyat dan negara.

Cuma terkadang mereka bertegang urat dengan pihak pembangkang kerana menepis segala tomahan dan dakwaan sempit yang boleh mengelirukan Dewan serta mempertahankan Kerajaan dan Kepimpinan. Itu sahaja kata seorang YB.

Mungkin Ahli Dewan Negara yang ramai begitu hingga Abu Zahar teruja untuk bercakap bagi pihak Speaker Dewan Rakyat..tambah YB tu lagi...
Published with Blogger-droid v1.6.8