Lajim sudah kepanasan..! Sejak hilang jawatan dalam MT dan Timbalan Menteri Lajim lebih banyak duduk dari berdiri, Lajim lebih banyak menyalam dari di salam, Lajim hilang status VIP, Lajim makin ketepi..!
Mulanya Lajim berkira Anwar bakal dijerat dan dikerat, rupa rupanya Lajim yang hilang pangkat dan hilang hormat, Lajim hilang yang di kendong yang dikejar pulak tak dapat, Lajim sudah macam merempat, harga diri dah lama pudar dan pucat..!
Kini Lajim bergaduh pulak dengan Honky Tong Lee @ Yong Teck Lee serta Bumburing dalam soal pembahagian kerusi, tiba tiba datang pulak cerita ini...
Masalah pembangkang di Sabah menjadi semakin parah dengan perletakkan
jawatan 14 orang Wanita PKR, diketuai oleh Naib Ketua Wanita Negeri
Winnie Juani semalam menjelang PIlihan Raya 2013.
Juani yang berumur 52 tahun memberitahu The Malaysian Insider
beliau dan rakan-rakannya telah membuat keputusan untuk keluar parti
kerana mereka merasakan “perlu berehat”, menafikan khabar angin ini
berlaku disebabkan rundingan kerusi diantara Pakatan Rakyat (PR) dan
sekutu baru mereka di Sabah
Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan
Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS).
Juani juga mengakui tindakan tersebut mungkin akan merangsang dakwaan
beliau dan rakan-rakannya telah dibeli oleh pemimpin-pemimpin Barisan
Nasional (BN), tetapi mengatakan beliau menolak untuk melayan dakwaan
itu.
“Tidak ada sebab untuk keluar,” katanya ketika dihubungi di sini. “Kami hanya mahu berehat buat masa ini.”
Masa ni pulak dia orang ramai ramai mahu berehat ehh..! alasan jer tu, sebenarnya dia orang tak pernah sepakat maka bila hak mereka tidak dapat dipenuhi mereka tidak akan menyokong sesama sendiri, perjuangan sempit pembangkang kan memang begitu, perjuangan perut sendiri! perjuangan tembolok masing masing..!
Akhirnya pasti Lajim akan melompat lagi..kali ini Lajim akan melompat ke bawah ni...
Lu Fikir La Sendiri!!!
