Dah macam tu pulak bunyi nyer..! Ada tekanan ke? siapa yang tekan? Apa yang beriya iya sangat nak bolot hak kita tu? Apa yang puak tu nak tengok dan dengar dulu? Apa pulak yang cuba disembunyikan nanti?
Macam ni bola pun boleh habis angin asyik kena tendang kesana sini..! Kesian…!
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata mendapatkan hak terhadap kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 bukan perkara asas paling penting kepada Malaysia pada masa ini.
Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah mencari kotak hitam itu dan apa yang semua mahu ialah mendapatkan kebenaran mengenai apa yang berlaku pada saat akhir dalam penerbangan itu sebelum ia hilang pada 8 Mac lalu.
“Bagi mencari kebenaran, kita perlu mendedahkan kandungan kotak hitam itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Berhubung pembabitan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang pada masa ini berada di United Kingdom untuk berbincang mengenai hak terhadap kotak hitam itu, Hishammuddin berkata, Gani dilantik untuk melihat keseluruhan operasi itu daripada sudut perundangan.
“Kita melihat kepada semua perkara untuk memastikan semua berjalan lancar termasuk undang-undang dan perkara diplomatik kerana ini adalah operasi multinasional. Saya sendiri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan beliau (Gani) mengenai perkara ini. Kabinet yang melantik beliau sejak awal lagi,” katanya. – 15 April, 2014.
Semalam lain hari ni lain pulak bunyi nyer..!
Sedangkan…
KUALA LUMPUR 14 April - Kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah kepunyaan Malaysia berdasarkan peruntukan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 dan lokasi penerbangan pesawat itu yang berakhir di perairan antarabangsa.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pesawat itu didaftarkan di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan perkara tersebut meletakkannya sebagai hak milik Malaysia.
Malaysia mempunyai Akta Penerbangan Awam 1969 yang mematuhi panduan undang-undang penerbangan awam antarabangsa. Sehubungan itu, penyiasat dari Malaysia berhak mengambil kotak hitam itu.
Kalau pesawat itu berakhir di perairan 19 kilometer dari sesebuah negara, kotak hitam dan insiden kemalangan itu di bawah siasatan negara berkenaan, namun apabila berakhir di perairan antarabangsa melangkaui 19 kilometer, Malaysia mempunyai hak untuk mengambil dan menyiasat kotak hitam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedang berada di United Kingdom (UK) bagi membincangkan aspek perundangan berkaitan kotak hitam pesawat MH370.
Entah laa…
Lu Fikir La Sendiri!!!
