
Ini berlaku bila Ahli Parlimen Bandar Baru Zulkifli Nordin bangun membahaskan isu murid yang diambil tindakan oleh pihak sekolah di Sarawak kerana membawa sosej babi.
Murid berkenaan bernama Basil anak Baginda pelajar di St Thomas yang telah dirotan sebanyak 10 kali telah dispin oleh Bandar Kuching mengatakan bahawa pihak sekolah zalim dan meminta Kementerian Pelajaran mengambil tindakan kepada pihak sekolah berkenaan.
Zulkifli yang berpeluang mengambil bahagian telah mengemukakan hujah bahawa pelajar berkenaan merupakan anak kepada Beginda@Baginda@Nur Azaman yang merupakan calon PKR dalam pilihanraya di kawasan Parlimen Kapit dan isterinya Angela bertanding di kerusi DUN Engkelili.
Zulkifli berhujah bahawa beliau mengenali Nur Azaman sebagai orang Islam kerana beliau mengisi data peribadi semasa mahu bertanding didalam PRU yang lalu sebagai orang yang beragama Islam.
Tambah Zul...beliau juga mengenali Nur Azaman semenjak 1998 lagi kerana beliau merupakan saksi kepada kes Anuwar Aljub pada waktu itu. Dan beliau mempercayai bahawa Nur Azaman ini ialah seseorang Islam.
Maka tak timbul lah pihak sekolah bersalah kerana telah mengambil tindakan betul dengan merotan seorang pelajar Islam yang membawa babi kesekolah. blog APANAMA ada cerita berkenaannya di sini
Dimasa ini Dr Zulkifli Kuala Selangor bangun kerana tidak berpuashati dengan hujah Zul Kulim Bandar Baru itu, maka pertengkaran pun berlaku.
Dalam pertengkaran tersebut Zul Kulim Bandar Baru berhujah bahawa Kalau begini lah caranya apakah PAS membela perbuatan seorang Islam yang membawa sosej babi atau PAS bersetuju bahawa Nur Azaman telah murtad.
Diwaktu ini Dr Zul Kuala Selangor telah ditegur beberapa kali oleh Speaker namun beliau tidak mengendahkannya. Belaiu terus menerus mengherdik dan mengutuk Zul Kulim Bandar Baru dan akhirnya Speaker mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dr Zul Kuala Selangor sehingga Dewan bersambung petang ini.
Dalam perjalanan keluar Dewan, Kuala Selangor terus menerus menghambur kan kata kata kesat kepada Kulim Bandar Baru dan bergerak kearah nya. Zul Kulim juga yang agak tercabar juga keluar dari tempat duduknya dan cuba berdepan dengan Zul Kuala Selangor.
Nasib baiklah mereka dihalang oleh Bentara Dewan...kalau tak mungkin dah bergelut da bertumbuk...
PAS tak tahan rupanya, sah lah PAS ni terorist bila gagal mengawal emosi dan cuba menyerang orang lain. Sepatutnya beliau rasional dan berhujah....bukannya membenarkan diri dikuasai oleh emosi hingga hilang pertimbangan dan cuba nak menyerang orang lain....
Dasar sesat gitu lah...
Lu Fikir La Sendiri!!!