Memaparkan catatan dengan label pemuda balaci@macai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemuda balaci@macai. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2016

Kerja Macai@Balaci Rupanya..!


Kalau ikut kata Ketua Pemuda rupanya Pemuda UMNO lebih rela jadi macai@balaci ajer..!

Buat report polis lepas tu...

'Plot guling Najib' - IGP tutup kes, laporan hanya andaian

Polis tidak akan menyiasat laporan yang dikemukana oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.
“Kita sudah rakam ucapannya, dan kita dapati Khairul buat cuma membuat laporan itu berdasarkan andaian.
“Dia tidak dapat mkemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa yang didakwanya dalam laporannya.
“Jadi PDRM tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, kita telah memberhentikan siasatan,” katanya kepada wartawan.
Cubaan guling ketua negara boleh main tutup tutup kes kira selesai sahaja..! Agak agak kalau bukan Azwan balaci@macai selesai gitu tak? kenapa tak ambil tindakan kerana membuat laporan polis suka suka? tanpa asas? hanya dengar dengar? Ajar la budak tu supaya tahu menggunakan hak serta menghormati hak penjawat awam..!
Makanya apakah benar Pemuda UMNO kini berjuang tanpa asas..! sekadar dengar dengar cakap..! dan gemar mengambil tindakan populis dan terburu buru..! Itu agaknya yang dimaksudkan oleh Ketua mereka sebagai balaci@macai..!
Tak adil la nak menyuruh 3 Tan Sri tu kemukakan saman malu atau saman minta maaf..! Cuma penjawat awam seluruh negara sudah terkesan dengan tindakan tersebut yang memperlihatkan seakan orang politik mengambil sikap menghukum dan memalukan penjawat awam yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka..!
Seperkara yang bermain difikiran rakyat kini ialah kenapa apa jua yang melibatkan Najib mesti kontroversi..!
Kenapa???
Lu Fikir La Sendiri!!!