Hayati..!
Muhyiddin, inilah masanya kita lakukan 'penghijrahan'
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengajak rakyat Malaysia untuk 'berhijrah' ke arah sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.
Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah, Muhyiddin berkata untuk itu masyarakat digalakkan untuk menyambutnya secara responsif dan produktif agar tahun hijrah yang mendatang ini akan menyaksikan penghayatan makna hijrah sebenar-benarnya oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Saya pasti rakyat Malaysia begitu terkesan dengan perkembangan yang sedang berlaku di dalam negara kita sekarang. Bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari aspek kepimpinan negara yang dilihat semakin terhakisnya nilai-nilai ketaqwaan dalam memikul tanggungjawab kepimpinan seperti kejujuran, amanah, akauntabiliti dan integriti yang dituntut oleh Islam.
"Sedangkan kita sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar dikurniakan pemimpin yang bertaqwa dan kehidupan yang sejahtera," katanya dalam utusan sambutan Maal Hijrah tahun ini.
Ujar Muhyiddin,inilah masanya rakyat membuat pilihan yang bakal menentukan kehidupan kita hari ini dan generasi anak bangsa pada masa hadapan.
"Negara kita memerlukan keberanian dan tekad rakyat untuk melakukan penghijrahan minda dan sikap untuk memilih kepimpinan yang lebih baik.
"Usah kita dibelenggu oleh suatu kepercayaan bahawa mentaati pemimpin adalah lebih afdal, sekalipun dia melakukan kemungkaran. Itu bukanlah ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Tambah beliau, Islam menuntut kita agar sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Al-amru bil ma'ruf wa al-nahyu anil munkar.
"Islam juga menuntut seorang pemimpin agar sentiasa jujur, amanah dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan.
"Ayuh! Keluarlah dari kekangan kepercayaan yang mendustai kita selama ini. Buangkan rasa takut yang membelenggu dan menghalang kita daripada berhijrah ke arah kebaikan. Yakinlah dengan janji ALLAH bahawa kejayaan dan kemenangan adalah milik orang-orang yang bersatu di bawah panji-panji kebenaran dan mengorak langkah perjuangan dengan penuh kesabaran," katanya.
Untuk itu, ujarnya, beliau menyeru agar digerakkan satu kesatuan ummah bagi melakukan penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, kepimpinan yang lebih beramanah dan negara yang lebih bermaruah.
Lu Fikir La Sendiri!!!
