Kerajaan kena panggil Tun Daim..! Najib perlu bersemuka dan duduk semeja berbincang dengan Tun Daim. Jangan dibiarkan orang tua ni bersuara diluar..! Berbahaya..!
Tentunya bersebab kenapa Daim bersuara begini..! beberapa bulan lalu beliau ada menyuarakan isi hatinya didalam majlis UMNO di Bahagian Merbok..! Hari ini beliau berbicara lagi dan mengungkitkan sesuatu yang bakal menarik minat rakyat untuk merancakkan perbualan mereka sambil menghirup teh tarik di kedai kopi.
Ada berita yang mengatakan Tun berkata demikian kerana tidak dapat menyampaikannya secara peribadi kepada Najib. Kenapa sampai begitu? Kenapa kita harus menutup pintu kepada orang yang berpengalaman sepertinya?
Isunya bukan kenyataan Tun Daim itu mesti 100% betul tetapi ianya menjadi dahan untuk orang ramai bergayut meyakinkan cerita mereka dengan berkata ~ Tun Daim yang kata..! Tun Daim yang cakap..! walaupun ulasan dan cerita mereka nanti kebanyakkannya lari dan tersasar dari hujah sebenar yang dimaksudkan oleh Tun Daim..! Ini tentu merugikan kerajaan dan parti..!
Jadi Najib perlu menggorak langkah..! perlu memulakan rentak..! perlu menghulur tangan..! panggil Tun berbincang..! jelaskan apa yang sebenarnya kerajaan lakukan..! jika ada pandangan yang bernas dari Tun Daim..ambil…! apa masaalah..!
Masaalahnya ialah kita gagal mengurus masaalah dan terlalu banyak mencipta masaalah..! Tak percaya tanya Mad Maslan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa kerajaan memenuhkan portfolio Menteri Kewangan bagi memastikan sistem kewangan dan perbelanjaan negara berjalan dengan lebih baik.
Bercakap dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin yang membicarakan topik "Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu?", beliau yakin aliran perbelanjaan negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik sekiranya portfolio Menteri Kewangan dipenuhkan.
"Ini adalah isu serius, kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun kerana tidak pandai mengurus sistem kewangan dengan baik, ini menyebabkan belanjawan negara jadi tinggi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.
"Sistem kewangan negara perlu dikaji semula, kerajaan harus bijak mengurus dan mentadbir perbelanjaan negara supaya tidak membebankan rakyat," katanya.
Menurutnya lagi, dasar pincang yang diamalkan kerajaan merupakan faktor utama masyarakat mula menyokong pihak pembangkang.
"Bila perbelanjaan harian meningkat, rakyat akan mula rasa terbeban dengan sistem yang diamalkan kerajaan, sebab itulah pihak pembangkang semakin kuat disokong rakyat.
"Kerajaan tidak boleh marah atau tidak puas hati atas keputusan rakyat yang kini semakin berpihak kepada pembangkang, kerana amalan kerajaan masa kini banyak membebankan rakyat," jelasnya.