Memaparkan catatan dengan label umno duit banyak dedak najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno duit banyak dedak najib jahanam. Papar semua catatan

Khamis, 1 September 2016

Dedak Bertaburan Di Mesyuarat Bahagian..?


Dengan pelbagai isu dan perkara berbangkit sudah cukup menghina parti keramat UMNO, namun tidak cukup dengan itu ianya di sahihkan lagi dalam mesyuarat bahagian Sungai Besar semalam apabila dilaporkan...

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos hari ini membatalkan janjinya untuk membawa kesemua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan kepada pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan tersebut.
"Lima bulan lepas saya dah berjanji kepada 115 ketua cawangan tetapi hanya 80 yang bersetuju untuk dibawa bercuti ke Dubai.
"Justeru itu saya batalkan tawaran percutian tersebut dan kos percutian kita kongsi bersama yang mana setiap seorang perwakilan akan mendapat RM1,000," kata Jamal disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Jamal berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kali ke 13 bagi tahun 2016 di Dewan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor, hari ini.
Sementara itu, Jamal hari ini turut 'mengumumkan' pemberian RM300 kepada perwakilan dan tambahan RM200 ketua cawangan Umno yang berdiri tanda sokongan kepada beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta parti itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau menyatakan perkara itu secara serius atau sekadar berseloroh.
“Saya minta semua perwakilan yang menyokong saya bangun dan berikan tepukan gemuruh,” kata Jamal diikuti dengan tindakan perwakilan.
“Okey, RM100 untuk semua,” kata Jamal.
Begitu juga perkara sama dilakukan apabila beliau meminta perwakilan berdiri sebanyak dua kali lagi untuk menyatakan sokongan kepada Zahid dan Umno BN.
Ia bermakna setiap perwakilan mendapat RM300 setiap seorang dan Jamal berkata tambahan sebanyak RM200 lagi akan diberi kepada ketua-ketua cawangan yang berdiri dan memberikan tepukan.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dalam ucapannya berkata beliau tidak akan memberikan RM1000 kepada ketua bahagiannya, sebaliknya RM2000 setiap seorang.
Noh bagaimanapun berkata Jamal boleh berbuat demikian kerana beliau hanya ketua bahagian.
“Kalau saya jadi Jamal saya bagi RM2,000 tetapi saya tidak boleh lakukan sebab saya wakil rakyat yang mana perlu menjaga 42,000 orang dan itulah yang membezakan ketua bahagaian dengan anggota parlimen,” kata Noh yang juga anggota parlimen Tanjong Karang.
Semuanya berkisar mengenai duit..! patut la rakyat melihat pemimpin dan ahli UMNO hari ini tidak boleh lari dari hal ehwal duit..!
Dilaporkan juga...
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos akan menawarkan RM1000 untuk setiap perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian selepas tidak dapat menunaikan janjinya menaja mereka lawatan ke Dubai.
Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal.
“Lima bulan lalu, saya berjanji kepada pemimpin bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa (Sungai Besar) untuk membawa mereka bercuti ke Dubai sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Namun, oleh kerana hanya 81 daripada 115 pemimpin bahagian yang boleh menyertainya, saya mengambil keputusan batal lawatan itu.
“Saya tidak mahu sesiapa (yang tidak boleh pergi) untuk merasa kecewa.
“Sebaliknya, saya akan memberikan RM1,000 kepada setiap seorang perwakilan di sini hari ini,” kata Jamal pada mesyuarat Umno Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.
Bagaimanapun, bayaran itu akan dibuat dalam dua ansuran iaitu RM500 dibayar hari ini dan baki RM500 akan diberikan pada tahun depan.
Pengumuman yang tidak diduga ini diraikan dengan sorakan dan tepukan oleh perwakilan yang hadir.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Biro Teknologi Maklumat Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, dan Ahli Parlimen Sungai Besar yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi.
Soalnya dari mana datang duit yang sebegitu banyak? apa perlunya duit yang sebegitu banyak?   Siapa pun selepas ini pasti memerlukan duit yang cukup banyak untuk menjadi ketua didalam parti UMNO..! Soalnya duit yang banyak tu datang dari mana?
Dari derma? atau dari sini?

Lu Fikir La Sendiri!!!