Selasa, 21 April 2015

Ledakan Terbaru Tun M..!


Macam siri perang..! serangan demi serangan..! ledakan bom dan letupan terus kedengaran..!

Soalnya sampai bila?

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” katanya.

chedet.

Fikir La Sendiri!!!

20 ulasan:

  1. Apo nak di kato....

    Kesabaran pun ada had dan batasan, apa yg Tun ingin tekankan adalah,

    1.Pembaziran
    2.Kelemahan pentadbiran Najib

    Jika beginilah berterusan sehingga PRU akan datang maka tidak hairan lah UMNO akan..

    1.bungkus!
    2.berkongsi kuasa dengan lain2 parti.

    Tahniah kepada konsetan, thintaik, punahsihat, bloger upahan ahjibgor

    Dan sudah tentu apabila UMNO tewas nanti chai upahan ahjibgor menuding jari kepada Tun yg sayangkan agama bangsa dan tanahair.

    BalasPadam
  2. Bersedialah dipenjarakan wahai menteri2 bingok,
    y

    BalasPadam
  3. Saya agak tertarik dgn kenyataan Najib tempohari..saya terpaksa membuat keputusan sebagai perdana menteri.jadi pemahaman disebalik kenyataan tersebut terpulang kepada individu yg pasti dizamam Najib anda bebas memberi pendapat mengikut apa yg anda fahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebas memberi pendapat bukan bermakna membenar mereka berbuat sesuka hati tanpa jawapan dan penjelasan yang tepat dan mudah difahami oleh rakyat marhein...dan juga bukan bebas mahukan rakyat 'percaya lah saya' membuta tulii

      Padam
  4. yes tun...rakyat sedang menunggu pendedahan berbillion wang 1mdb lesap...hati rakyat marhein sdg berasap sekarang ni..

    BalasPadam
  5. Harapnya YAB PM, anak kpd. YAB PM/BAPA KEMERDEKAAN Almarhum Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita, akan dengaq nasihat-nasihat yg. BERGUNA dari Ayahanda Tun TERCINTA kita ini; dan bukan nasihat SONGSANG si geng LIBERAL pro-US/Barat yg. BERLAMBAK dok MENGAMPU beliau keliling pinggang - terutamanya yg. TAMAKkan kuasa dan kemewahan (biaq hak/tanah/identiti NEGARA ISLAM kita ini serta hak BUMIPUTERA Islam/Melayunya terus TERGADAI) yg. galak dok suruh "sign" TPPA-Barat/ZIONIS-amat KEPARAT tu dan terus MELIBERALkan mana-mana syarikat GLC!!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  6. Aku tak sabar nak baca blog Tun seterusnya yg akan memberi penjelasan kehilangan bebilion ringgit...
    Mat Salleh jadi penasihat? RM 7 billion?, i Love PM, jet baru? kemudian kasi gula2 dgn rakyat, BRIM. Ringgit merudum berbulan2 lamanya...
    Ayuh Mahathir teruskan, kalau tidak Najib & Rosmah perasan yg dia adalah best & popular PM in Msia...hutang Msia makin meningkat....

    BalasPadam
  7. Sekarang kedai mamak memonopoli sektor restoran.Apa faktor kejayaan mereka bertahan.Mungkin???,berjimat cermat kata orang kedekut.tahu tak tuan tuan kadang tuan tuan perasaan apa perkerja pekerja mereka makan cuba perhatikan...adakah mereka mencekik udang besor.@ ayam golek...yg nampak hanya ...sedih cukup makan tidak bermewah.Sebab itu mereka berjaya BERJIMAT CERMAT...cuba fikir fikirkan Dibawah pemerintahan TunM.Satu nasihat berguna untuk kita yg berbadan Obesiti."Nasihat Tun Berhenti makan ketika terlalu sedap"

    BalasPadam
  8. Sekarang kedai mamak memonopoli sektor restoran.Apa faktor kejayaan mereka bertahan.Mungkin???,berjimat cermat kata orang kedekut.tahu tak tuan tuan kadang tuan tuan perasaan apa perkerja pekerja mereka makan cuba perhatikan...adakah mereka mencekik udang besor.@ ayam golek...yg nampak hanya ...sedih cukup makan tidak bermewah.Sebab itu mereka berjaya BERJIMAT CERMAT...cuba fikir fikirkan Dibawah pemerintahan TunM.Satu nasihat berguna untuk kita yg berbadan Obesiti."Nasihat Tun Berhenti makan ketika terlalu sedap"

    BalasPadam
  9. Hebat pemikiran dan buruk sangka Tun M ini kpd PM..Tun M mungkin lg percaya dengan ank didik kesayangan dan anak emas beliau yg bernama Anwar Ibrahim sbb itu Tun M melantik Anwar jdik TPM sbb Tun M amat mempercayai Anwar dari Najib..kenapa dahulu Tun M tidak mendidik dan mengambil Najib sbg penganti beliau?kenapa dia memilih Anwar?Tiada seorang pun yg menghalang Tun M dri mengambil Anwar jd TPM..Najib sendiri pun tidak pernah kritik Tun M dan Anwar sedangkan Anwar sedaya upaya menjatuhkan dan memburukkan Najib di mata Tun M..disebabkan itulah rasanya benci Tun M pd Najib semakin meluap luap skrg..Tun M berehatlah..cukup cukuplah Tun M mengusik pentadbiran kerajaan skrg..harta kekayaan Tun M sekeluarga dan anak beranak pun mkn x abis hingga kiamat..dan waris Tun M bernama Mukhriz ttp akan jd PM suatu hari nanti spt legasi Lee Kuan Yew...melayu mudah lupa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tanya, Pasal apa Tun M tak lantik anaknya semasa dia PM... Senang Mukhriz dah jadi TPM dah...Tapi Tun M ni ada integrity, Mukhriz boleh bertanding dalam UMNO selepas Tun M letak jawatan - Bukan macam Pak Lah atau Najib.

      Kes Najib ni, berapa kali dia datang meeting kabinet - seronok main Golf, macam ni issue ni TPM yang urus...

      Padam
    2. Tengok tu... dah kena marah dek anakandanya.

      Padam
  10. Oi si anon 1.26ptg; BANGANG lu . sampai begitu sekali lu MENGHINA Ayahanda Tun TERCINTA kami - PI BERAMBOS!

    BalasPadam
  11. Sbb jd BANGANG kerana kami diperintah 21thn oleh PM dan TPM yang MAHA BANGANG dan MAHA PELIWAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu kami bangga dan bangang dibawah Tun M, dipreintah secara telus, eknonomi Malaysia naik 7 - 10% selama 15 tahun.. Kami bangga jadi bangang Tun M bijak mengurus ekonomi Malaysia - dengan membina Lebuh-Raya Utara Selatan, Petronas Tower, KLIA, Putrajaya dan Landasan Keretapi berkembar...

      Orang tersangat bangang macam Gabenor Johor ni yang tak tahu nak nilai...

      Padam
    2. Oooo begitu...orang berjasa boleh memperlekeh & menjatuhkan orang lain....

      Padam
  12. Apa yg najib perlu lakukan skrg ialah jawab satu persatu persoalan tun...

    Tu jaa.....

    Zaman tun dulu tak.ada fb ...wasap.... istagram...twitter.... cuma ada website mahazalim...

    Itu pon tun x jawab apa2 masa zaman mahazalim berleluasa dan berkuasa membentuk minda anak2 muda masa ketika itu....

    Zaman tunpun.... tun kalah berkali2 dgn mainan persepsi mahazalm dan tranungnet.....

    Apatah lg zaman skrg yg fitnah dan persepsi bermaharajalela...

    So....apa yg perlu najib lakukan ialah dgn menjawab setiap soalan yg tun beri.....

    Jgn terus berdiam.... bentuk pemikiran rakyat msia supaya kekal positif....

    Jgn biarkan doktrin kristian dap meresap dlm minda anak2 muda mlayu skrg.....


    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib tak perlu jawab. Najib hanya perlu kumpul dana. Kalau tak cukup, batalkan rumah bantuan banjir, prima, br1m & segala-mala yg membantu rakyat. Buatkan jeti eh... jambatan bengkok. Esok-lusa dia tak tanya soalan dah.

      Padam
  13. salam,
    zaman sekarang bebas dan zaman tdm terkongkong? masih ada isa pun, masih lagi bebas untuk kata kepada tdm seperti mahazalim, mahafiraun dan lukisan yang menghina. tak ada pun yang kena tangkap dan disaman. segala tuduhan dijawab dan terus diam. dan ada juga pertandingan peringkat presiden sehingga hampir kalah. undi dari bahagian banyak, tapi pewakilan tak undi ikut percalonan bahagian. pakat ikut suara sendiri, mencerminkan pewakilan tak amanah seperti yang diarahkan oleh pewakilan bahagian. oleh itu, undi dari bahagian diambil kira dengan jumlah undi 10 bagi setiap percalonan. dikata pulak tak demokratik dan tak telus. zaman sekarang, tak ada pertandingan presiden kerana umno akan lemah. bila undi, setiap bahagian satu undi walaupun kata ramai yang undi, maka mana yang lebih demokratik dan lebih telus dan terbuka.

    BalasPadam
  14. Ironinya TDM menemplak kewibawaan Presiden UMNO dan juga PM Malaysia DSN. Kalau ianya datang dari suara pembangkang itu biasa. Malaysia tidak boleh ditadbir secara mana seorang Ketua Pengarah 'berkuasa' dan manupulatif sepanjang tempoh jawatan mentadbir sesebuah jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan sinonim 'terencat' bila dasar selalu berubah bila pucuk pimpinan bertukar tangan.
    TDM tidak sangat memperlekeh plan economy caucus spt koridor utara, selatan atau timur sptmana dilancar sewaktu zaman TA, Beliau persoal kenapa pembangunan atas kelulusan MAMPU seperti Jambatan bengkok dan landasan keretapi berkembar diberhenti oleh successor beliau.
    Seharusnya kecacatan dasar pemerintahan ini tidak berlaku kerana ia adalah proses pembangunan ekonomi kepada negara. Lihat apabila TA memberhentikan dan membatal projek monorel diPutrajaya yang sedang giat dalam pembangunan. Kini diluar Putrajaya LRT dan monorel semakin meluas dan koc perkhidmatan cekap dan kerap sehingga tak perlu tunggu lama. Bayangkan public transport ini sudah beroperasi di Putrajaya, sudah tentu pelbagai lapisan golongan masyarakat diPutrajaya dan luar Putrajaya selesa berhubung. Dan bayangkan apa akan terjadi bila successor selepas DSN nanti membatalkan projek BR1M???????

    BalasPadam