Rabu, 31 Ogos 2016

Sayang Bertompok Tompok ~ Benci Merata Rata..!


Gambar ni menjadi viral di internet sejak semalam..! menurut sumber, katanya gambar tersebut dimbil didalam sebuah majlis di sebuah sekolah..! Seluruh hadirin tertarik dengan dua orang model kanak kanak tersebut..!

Apa pun itu lah bukti kebencian rakyat di seluruh negara..! Bukti bahawa rakyat hanya menunggu masa..! menunggu pilihanraya..! 

Jangan ada pulak macai@balaci yang kata ini tanda kasih sayang rakyat sudah ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Husam Sekarang Amanah..!


Berdikit dikit namun ahirnya...
Husam sudah..ahli PAS yang lain bila nak amanah?

Husam kini AMANAH

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya sebentar tadi.
Walaupun tidak begitu mengejutkan pengumuman rasmi penyertaan Husam dalam AMANAH dinanti kerana sebelum ini pembabitannya dengan parti serpihan PAS itu sekadar khabar angin saja.
Selepas membuat sedikit alu-aluan Husam dengan tenang dan bersahaja mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH.
Katanya selepas dipecat daripada PAS beliau tidak berasa gelisah atau resah.
“Kita semua tenang dengan Islam, kita senang dengan perjuangan Islam oleh itu kita masuk PAS. (Kemudian selepas dipecat) sekarang ada AMANAH, ia menenteramkan hati saya.
"Ia bertepatan dengan apa yang al-Quran beritahu - "jangan kamu bimbang dan takut (jika bersama Islam". Sekarang saya masuk AMANAH supaya hati saya tenteram.
"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin yang hadir di majlis makan malam Di Ambang Merdeka itu.
Kemunculan di atas pentas AMANAH malam ini bukanlah kali pertama buat Husam.
Pada Januari 2015 lalu beliau pernah berucap dalam majlis makan malam AMANAH di Petaling Jaya.
Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am parti berkenaan.
Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti Malaya itu.
Husam antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.
Menurut ADUN Salor itu ramai orang yang ditemui menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.
Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.
Hanya 'goyang kaki'
Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.
"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.
Pada masa yang sama, Husam juga mahu AMANAH mengambil alih pemerintahan PAS di Kelantan.
Ia kerana katanya PAS dilihat gagal menyelesaikan masalah yang berlaku di negeri itu, malah isu berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB, parti Islam itu dilihat hanya "goyang kaki" tanpa mengambil apa-apa tindakan.
“(Rakyat Kelantan) nak minta izin AMANAH ambil alih pemerintahan Kelantan. Kita tak nak PAS jatuh diambil oleh Umno yang lebih rakus dengan pelbagai masalah seperti GST dan 1MDB.
“Dan PAS pula goyang kaki. Tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin negeri Kelantan (selesaikan pelbagai isu tapi) yang disiapkan adalah tugu peringatan banjir.
“Kita tidak marah bina tugu tetapi lebih baik siapkan dulu rumah mangsa banjir,” katanya.
Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata penyertaan Husam tepat padanya kerana parti itu memerlukan individu yang mahir mengenai ekonomi.
“Dari segi angka, saya jauh kalah dengan Husam. Orang seperti dia (boleh) banyak mainkan peranan,” katanya.
Mohamad turut menyeru supaya Husam membawa lebih ramai lagi rakan-rakannya ke dalam AMANAH dalam usaha parti baru itu menuju ke Putrajaya dan selaras dengan prinsip parti itu, Islam rahmat kepada semua.
“Husam, jangan datang seorang, ajak ramai-ramai. (Kita kena) bekerjasama dengan semua pihak untuk betul-betul realisasikan Islam rahmatan lil amin,” katanya.
Sementara itu pada sidang media selepasnya Mohamad berkata AMANAH akan bermesyuarat untuk membincangkan posisi yang sesuai untuk diberikan kepada Husam.
"Kami akan bincang termasuk (dalam) mesyuarat bagi mencari posisi sesuai bagi orang berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam ini," katanya.
Tujuannya tidak lain selain mahu melihat Najib tumbang..!
Najib dah condong...tak susah nak tumbang..! malah lebih cepat tumbang kerana banyak yang bergayut mempercepatkan lagi proses tumbang tersebut..!
Bila..?
Lu Fikir La Sendiri!!!

HOT ~ Kemerdekaan Negara Di Tangan Jho Low..?


Apapun acara dan sambutan..! ianya tak lekang dari perbualan dimana Jho Low dan sekutunya bersembunyi? Kenapa tidak digerakkan usaha untuk mencari Dato Suboh, Nik Faisal dan Jho Low?

SPRM sudah sangat berpuashati ke dengan siasatan kamu setakat ini?


Kenapa tidak bekerjasama dengan pihak Interpol mencari Casey Tang dan Jasmine? Kenapa 2 ekor yang di cari oleh Bank Negara ini masih lagi boleh bebas lepas? Bank Negara dah selesai kerja ke?
Rakyat tertanya tanya kenapa mereka semua seakan dilindungi oleh pihak kerajaan? Kenapa apabila berkaitan dengan 1MDB semuanya mesti mendapat pembelaan pihak kerajaan? 

Rakyat tertanya tanya apakah pihak pemimpin tidak merasa seperti mana yang rakyat rasai apabila mendepani isu 1MDB? 

Tidak kah para pemimpin tidak terasa malu dengan dakwaan yang dibuat oleh rakyat dan dunia terhadap pemimpin, tadbir urus koperat, urusan kewangan, agensi penguatkuasaan serta pihak pentadbir keadilan negara yang seakan hilang integriti dalam berdepan dengan isu 1MDB?


Tidak kah seharusnya pihak kerajaan kedepan dan berani menghadapi rakyat dan dunia demi membersihkan nama pemimpin dan negara yang semakin membusuk? 

Tidak kah seharusnya pihak kerajaan perlu mengheret nama nama mereka yang dicari tersebut untuk membuktikan bahawa pemimpin dan negara bersih dan tidak terlibat dalam sebarang skandal penyelewengan?

Tidak kah seharusnya pihak kerajaan juga perlu membuktikan dengan segala dokumen dan saksi yang berkaitan untuk menafikan segala bentuk pendakwaan yang dinyatakan?

Sampai bila kerajaan mahu membiarkan Jho Low dan sekutunya merosakkan 'kemerdekaan' negara tanpa sebarang tindakan undang undang?

Sampai bila kerajaan mahu membiarkan 'kemerdekaan' yang dirasai oleh rakyat dan negara direnggut, diganggu gugat dan dicemarkan oleh skandal kewangan terburuk didalam dunia kini?

Apakah bagi barisan kepimpinan kerajaan hari ini Jho Low lebih utama dan penting berbanding rakyat dan negara?

Apakah Jho Low dan sekutu lebih aula untuk dibiarkan 'merdeka' dengan menafikan 'kemerdekaan mutlak yang rakyat dan negara miliki?

Soalnya...sampai bila?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Hadiah Kemerdekaan Dari Kerajaan..!


Ramai juga yang menggelengkan kepala apabila kerajaan mengumumkan kenaikan pendapatan isi rumah semalam..! 

Sebab? sebab semua yang duduk semeja semasa minum malam tadi tidak mendapat kenaikan pendapatan..! malah ada yang sedang bergelut untuk mencari sesuap nasi..!

Jadi...kerajaan jumpa indikator tu dimana? 

Masih ramai rakyat Malaysia 

terbeban dengan kos harga 

makanan tinggi


Harga makanan yang semakin tinggi terus menjadi faktor peningkatan bebanan kos sara hidup buat isi rumah di negara.

Laporan terbaru keadaan isi rumah Khazanah Research Insitute (KRI) menunjukkan bahawa makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan isi rumah dengan kadar peningkatan harga makanan berada di tahap yang membimbangkan.

Pada 2014, lebih 94 peratus isi rumah berbelanja lebih untuk makanan dari perbelanjaan lain dan mereka yang berpendapatan rendah dari RM2,000 telah membelanjakan lebih 38 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan.

Jelas, kenaikan harga makanan mempunyai kesan langsung kepada kos sara hidup.

Malah kos makanan yang semakin tinggi menyebabkan ramai rakyat Malaysia, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah tidak mampu berbelanja untuk makanan berkhasiat yang selaras dengan Panduan Diet Malaysia.  

Kaji selidik yang dibuat mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa lebih 65 peratus isi rumah mempunyai isu dalam mengekalkan keselamatan makanan.

Ia selaras dengan laporan yang dikeluarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) mengenai isu ketidakselarasan dan ketidakadilan dalam pengambilan makanan berkhasiat dikalangan isi rumah mengikut keadaan sosio-ekonomi masing-masing.

Selain itu, harga makanan yang dikatakan semakin naik juga terbukti melalui perkiraan Consumer Price Index atau Indeks Harga Pengguna (IHP), dimana makanan dan minuman merupakan salah satu komposisi indeks tersebut.

Ternyata, harga makanan semakin naik melebihi paras normal indeks harga pengguna.

Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa inflasi harga makanan dalam negara dipengaruhi harga makanan di rumah yang dikira melalui Indeks Makakan di Rumah.

Ikan dan makanan laut menyumbang 23.8 peratus dari keseluruhan indeks, diikuti bijiran pada kadar 23.2 peratus, daging, 15.5 peratus, sayur-sayuran, 11.3 peratus, produk tenusu dan telur, 9.4 peratus.

Setiap jenis produk makanan ini telah menunjukkan kenaikan harga yang ketara dari tahun 2010 hingga 2015.

Harga makanan laut dan ikan naik sehingga 30.9 peratus, produk tenusu dan telur sebanyak 23 peratus dan daging naik sehingga 18.7 peratus.

Memandangkan produk ini menyumbang 48 peratus total dalam Indeks Makanan di Rumah, kesimpulan yang boleh dibuat ternyata memberi kesan dalam indeks keseluruhan.

Selain produk tersebut, produk gula dan manisan juga semakin naik tinggi dari tahun ke tahun.

Menurut laporan tersebut, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga akan membelanjakan minimum diantara RM25.21 dan RM38.45 setiap hari untuk diet yang berkhasiat.

Perkiraan ini hanya tertakluk untuk makanan yang dimasak di rumah sahaja dan tidak mengira kos memasak di rumah seperti kos pengangkutan untuk membeli barang masakan, caj eletrik, gas memasak, kos membina dan barangan dapur seperti peti sejuk dan periuk nasi.

Manakala perbelanjaan isi rumah median adalah antara RM2,946 sebulan.

Kota Kinabalu dan Kuching merekodkan kadar perbelanjaan individu paling tinggi untuk makanan berbanding negeri-negeri lain pada kadar RM6.61 dan  dan RM7.69.

Kota Bharu mempunyai kadar perbelanjaan individu untuk makanan terendah pada kadar RM5.04 diikuti Alor Setar pada kadar RM5.23.

Secara purata, isi rumah di kawasan bandar berbelanja hanya 16.4 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan yang dimakan di rumah manakala isi rumah di kawasan luar bandar berbelanja sekitar 24.8 peratus dengan kadar median seluruh negara pada tahap 17.1 peratus.

Isi rumah dengan pendapatan dari RM4,000 sehingga RM4,999 hanya berbelanja RM632 untuk makanan setiap bulan.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, bil import negara telah meningkat dengan tinggi, dengan kadar keseluruhan import makanan dan binatang hidup meningkat dari RM1.7 billion pada tahun 2005 ke RM45.4 billion pada tahin 2015.
Ini menunjukkan peningkatan setiap tahun sebanyak 9.8 peratus.

Malaysia mengimport input pengeluaran makanan seperti makanan binatang ternakan, mesin dan benih.

Manakala, bijiran merupakan bahan makanan paling tinggi diimport pada kadar 17.2 peratus atau RM7.8 billion. Selain itu, produk makanan lain yang juga diimport dengan banyak adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sejak 2005, import daging menunjukkan peningkatan paling tinggi pada kadar 228.2 peratus atau dari RM1.1 billion pada tahun 2005 ke RM3.4 billion pada tahun 2015.

Data menunjukkan Malaysia tidak mampu mengeluarkan makanan yang cukup kecuali untuk produk daging dan ikan.

Malah, pengeluaran makanan juga semakin menurun untuk beberapa produk termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam 10 tahun yang lalu juga import produk tenusu Malaysia meningkat dua kali ganda dari RM1.3billion pada tahun 2005 ke RM2.6billion pada tahun 2014.

Kebanyakkan produk yang diimport dari beberapa negara spesifik. Sebagai contoh, 70 peratus dari daging lembu dalam negara diiimport dan daging ini diimport dari dua negara sahaja iaitu Australia dan India. 54 peratus dari produk tenusu dalam pasaran di Malaysia diimport dari New Zealand dan diikuti Amerika Syarikat.


Teringat kata kata Menteri sebelum ni kan..!
Terutamanya Mad Maslan..!
Harga barang dah turun ke belum Mad?

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59 tahun..!

Merdeka kah sebenarnya kita?

Lu Fikir La Sendiri!!!


Selasa, 30 Ogos 2016

Sekupu Haprak..!


Pindaan dulu dibuat kerana keadaan waktu itu yang begitu mendesak..! Ianya mendapat sokongan ahli UMNO dan komponen parti serta rakyat secara keseluruhan..! malah ada dikalangan Tuanku Sultan yang diawalnya berkenan dengan usul pindaan tersebut..!

Najib dan sekupu pun waktu tu terhangguk hangguk menyokong..! 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein meragui keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan raja-raja untuk mewartakan undang-undang baharu, 23 tahun lalu.
Naib Presiden Umno itu berkata, tindakan Dr Mahathir itu menunjukkan beliau tidak konsisten dengan apa yang diperjuangkannya untuk masa depan Malaysia.
Beliau berkata, jika tindakan Dr Mahathir mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mewartakan undang-undang baharu adalah betul, beliau tidak perlu memohon maaf.
“Hujah yang diketengah Tun ketika itu ialah untuk memastikan tidak ada institusi tertentu yang menidakkan usaha kerajaan untuk bangunkan negara dan bangsa.
“Tetapi, hari ini hujahnya berbeza dan kadang-kadang kita tertanya-tanya sama ada (Dr Mahathir) betul-betul ikhlas sokong benda itu (mansuh perkenan Raja-raja Melayu) sehingga dia memohon maaf. Cakap tak serupa bikin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gombak di Setiawangsa, hari ini.
Itu keperluan waktu itu, kini keperluannya berubah..! malah yang lebih utama apabila ianya diperlukan dalam melindungi kepentingan negara dari di ambil alih oleh kekuasaan melampau individu..! 
Undang undang harus terpakai setiap masa..! kalau tidak, tak bermakna la undang undang tersebut..! Jika perlu pinda baru...pinda la..! bongok..!
Apa yang haprak sangat?
Kelab sahabat Perth bagi tahu macam tu ke? Cukup cukup la menjilat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Bapak Segala Rasuah Masih Bebas..?


Bukan sekadar jaguh kampung..! Berlaku adil la..!

'Disoal SPRM berjam-jam, tapi habuk pun tak ada'

Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tertanya tidak memuaskan hati semua pihak.
Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya “jaguh” untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.
“SPRM kelihatan amalkan pilih-kasih!

“Selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar,” katanya.
Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

“Saya nak tanya ketua pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya terhadap syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak. Apa sudah jadi?” soalnya lagi.
Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Muhyiddin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
“SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini. Mantan timbalan perdana menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

“Begitu juga dengan mantan peguam negara (yang didakwa salurkan maklumat itu) pun sepatutnya disoal siasat oleh SPRM.
“Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salah guna kuasa Najib Tun Razak.

“Pergi ke ibu pejabat SPRM berjam-jam disoal siasat tapi habuk pun tak ada!” katanya.
Kenapa semua yang melibatkan 1MDB terpelihara? 
Lu Fikir La Sendiri!!!

Beza Buta Mata & Buta Mata Hati Perut..!


Lobang dah pecah..! mana boleh tutup..!

YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TIDAK PERNAH MENIPU DI DALAM PERJUANGANYA !!
Kalau nak bodek Lanun Bugis Najib Tun Razak ni pun berpada-padalah!! Inilah masalah dengan pemimpin UMNO kaki bodek minda lemah dan otak udang!!
Saya ingin ingatkan Musa Aman kalau Najib benar-benar dengar rintihan suara rakyat; nasihatlah dia berhenti di atas segala kemungkaran yang Lanun Bugis ini telah lakukan sehingga hampir RM28 bilion wang syarikat 1MDB hilang tak tahu ke mana pergi!!
Kalau Lanun Bugis Najib Tun Razak tak mahu letak jawatan pun sekurang-kurangnya UMNO Sabah kena nasihati beliau bercuti sehingga kes-kes siasatan mengenai penyelewengan dana syarikat 1MDB selesai disiasat!!
Ketua Polis Negara yang haprak kata siasatan kes skandal 1MDB belum selesai disiasat!!
PDRM kena tunggu arahan kabinet terlebih dahulu!! Apa punya haprak Ketua Polis Negara ni?! *PDRM nak siasat kena tunggu dan terima arahan dari kabinet ka?!* Sungguh pelik dasar PDRM masakini!!
Saya ingat selama ini PDRM bebas bertindak serta menyiasat secara telus, adil, saksama serta professional!! Tetapi malangnya PDRM tertakluk di bawah nasihat kabinet!!
Begitu juga dengan Peguam Negara yang haprak!! Siasatan PDRM belum selesai; saya dah ditangkap di bawah Akta SOSMA dan dipenjarakan selama hampir 2 bulan!! Najib Tun Razak dan skandal 1MDB tiada kes kononnya!!
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bukan gila!! Beliau tidak pernah menipu di dalam perjuangannya untuk menegakkan kebenaran!!
*Dana kekayaan negara dirompak serta dicuri oleh kroni-kroni Lanun Bugis Najib Tun Razak!!*
Bukti-bukti di dalam negara serta di luar negara telah menunjukkan ada bukti sahih mengenai penyelewengan dana 1MDB berjumlah puluhan bilion mempunyai kaitan terus-menerus dengan Lanun Bugis Najib Tun Razak!!
Lihat laporan pejabat peguam negara Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourgh, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong!! 
Ketua Menteri Sabah dan UMNO Sabah ni mungkin buta mata dan buta hati!!
*Tindakan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah untuk selamatkan Malaysia!! Beliau adalah tokoh negarawan yang tiada agenda kepentingan diri pada usia 91 tahun ni!!*
Kalau Musa Aman yang bangang buta mata serta buta hati ini kata Lanun Bugis Najib Tun Razak dengar nasihat serta pandangan rakyat; suruh beliau bercuti dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sehingga satu siasatan bebas selesai!!
Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendedahkan baru-baru ini bahawa dalam akaun peribadi Lanun Bugis Najib Tun Razak ada RM1 bilion sepertimana yang ditunjuk oleh bekas peguam negara tan sri ghani patail!!
*Lanun Bugis Najib Tun Razak apa tunggu lagi?! Letak jawatan atau bercutilah dahulu secara kadar segera untuk membuktikan beliau prihatin pada pandangan rakyat!!*
DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Aug 2016

Kertas takkan mampu membungkus api..!
Rakyat tak bodoh bro..!

Penjilat sahaja yang buta hati perut..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

PANAS ~ Zahid Akan Di Pecat..?


Zahid jangan macam macam..! nampaknya sudah semakin kuat angin bertiup yang mahukan Zahid digugurkan..! Seminggu dua ni pulak sekupu-kupu bukan main lagi kuat berdendang..! Malah group sahabat Perth pun bukan main galak berwhatsapp dengan pelbagai isu..!

Kenyataan Zahid yang mahukan Muhyiddin mengemukakan bukti kewujudan kemasukan duit ke akaun Najib juga menambah perisa agar rombakan kabinet mangkuk hayun Najib dilakukan segera..!

Dakwaan RM1b akaun Najib: Muhyiddin tunjuklah bukti, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti atas dakwaannya mengenai Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi.
"Minta beliau kemukakan bukti jika ada," ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi
Kenyataan Zahid tersebut jelas tidak menepati 'piawai' yang disarankan..! mahukan bukti seoalah olah mahu ianya terus dibongkar..! mahukan bukti adalah kenyataan sinis yang mahukan ianya dibawa ke Mahkamah..! Mahukan prosiding..! 
Walhal prosiding dan perkataan Mahkamah adalah kenyataan yang amat tidak dimahukan oleh Najib dan sekutunya..! Rakyat malah dunia tahu bagaimana selama setahun ini Najib berpencak bersilat mengelak diri untuk masuk ke kandang si dituduh..!
Realitinya, masuk ke Mahkamah untuk menegakkan kebenaran apa masaalah? berani kerana benar..! Tapi setakat ini tidak bagi Najib dan sekutunya..!
Apa nasib Zahid selepas ini?
Layan video ni..
Sekupu tersenyum lebar nampak..!
Sebelum ni siapa yang kata dah pernah jumpa penderma?

Siapa yang kata penderma seorang lepas tu bertukar kenyataan kepada lebih seorang?

Habis, yang 3 orang Tan Sri tu kena berhenti dan tidak disambung tu kenapa?

Kenapa tak heret Muhyiddin ke Mahkamah? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 29 Ogos 2016

United Macai Najib Organisation Perlu Di Kalahkan..!


Iman tak boleh diwarisi..! itu bait bait ayat dalam sebuah lagu..! sama lah juga halnya dalam pentadbiran negara..! Kalau si bapa sudah berjaya menabur benih menyemai bakti demi agama, bangsa dan negara tidak bermakna anak nya mampu mengikut langkah yang sama..!

Tup..tup..! anak jadi perosak..! pemusnah harapan bapanya..!

Itu sebab...

'Parti Umno ini mesti dikalahkan'

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menerima hakikat Umno kini bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.
Beliau yang sedih dengan keadaan melanda parti Melayu itu dan BN, berkata satu usaha untuk memulihkan kepincangan pada negara perlu dilakukan dengan segera.
“Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno. Saya sayang Umno sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.
“Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Bekas presiden Umno itu mengakui beliau sedih dan kecewa, tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyeleweng dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan Umno dan BN.

Sejarah Rome dah lama mengajar kita..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Pakar Undang Undang ~ Kembalikan Kuasa Agong..!


Sebenarnya saranan dan cadangan yang datang kini lahir dari perasaan risau dan kecewa dengan apa yang sedang berlaku..! Ketidakyakinan semakin memuncak..! kegusaran semakin meledak..!

Kembalikan kuasa Agong, 

wujud semak dan imbang 

- Pakar Perlembagaan


Cadangan mengubah semula pindaan Perlembagaan pada 1994 kepada asal bukan bertujuan mencabar sistem demokrasi.

Sebaliknya, ia dilihat dapat memastikan penggubalan undang-undang dilakukan dengan lebih teliti.

Lebih penting, ujar Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Shamrahayu Abdul Aziz, ia bagi memastikan semak dan imbang dalam sistem perundangan negara.

"Sebagai akademik saya percaya pindaannya adalah baik dan kita perlu lakukan pindaan ini yang mana kita perlu mengembalikan satu mekanisma semak dan imbang dan keduanya adalah ketelitian dalam membuat undang-undang."

"Apabila kita mempunyai institusi Yang Di-Pertuan Agong, ini boleh jadi satu mekanisme untuk mengimbangi sama ada apa yang dibuat parlimen itu menepati kehendak prinsip-prinsip asas negara kita.

"Sekiranya kita tidak ada mekanisme lain di luar parlimen untuk mengimbanginya, ia akan menjadi suatu perkara yang tidak baik kepada sistem perundangan kita," katanya ketika dihubungi Astro AWANI dalam satu temuramah dalam Buletin AWANI 7.45 malam tadi.

Ujarnya, langkah itu dilihat sebagai 'peluang kedua' dalam mengembalikan peranan institusi Yang Di-Pertuan Agong dalam proses perundangan negara.

"Pada pendapat saya, kita perlu sekurang-kurangnya beri peluang kedua. Walaupun kita mahu mengangkat demokrasi itu dan kita mahu jaga institusi raja. Namun, kita boleh memberi peluang kedua.

Maksudnya, kita memberi rang undang-undang Dewan Rakyat atau Dewan Negara kepada Yang Di-Pertuan Agong. Sekiranya Baginda tidak dapat memberi perkenan atas apa-apa alasannya, Baginda boleh memulangkan balik rang undang-undang kepada Dewan yang memperkenalkannya.

BACA: Dr Mahathir mohon maaf kepada Agong

"Selepas mengambil kira beberapa masa tertentu, ia perlulah dibaca dan diluluskan kembali dan kemudian diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi kali kedua. Ini bagi memastikan rang undang-undang diluluskan dengan ketelitian. Ia bukan untuk mencabar sistem demokrasi tetapi memastikan bahawa undang-undang itu dilakukan dengan penuh teliti," katanya.

Dalam catatan blog chedet.cc, Tun Dr Mahathir memohon maaf kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan perkenan Raja-raja Melayu tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang.
Ia susulan akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang Di-Pertuan Agong.


Bukan rakyat biasa sahaja yang berbicara..! Semua rakyat merasakan getarannya..!

Semua rakyat tahu kesan dan akibat yang bakal menimpa..!

Makanya???

Lu Fikir La Sendiri!!!

PANAS ~ Penjilat Kena Ludah..!


Tak payah tunjuk hero tak bertempat, kata Tok Him

Saya merujuk kepada isu siapakan yang menandatangani perintah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tauddin Rahman berkata orang yang menurunkan tanda tangan untuk arahan penahanan adalah Menteri Dalam Negeri.
Perkara pokok atau asas bagi seseorang yang ditahan di bawah ISA adalah dibuat atas cadangan pihak keselamatan yang membuat pemantaun.
Hasil pemantauan itu dibincangkan di kalangan angota jawatan kuasa yang terdiri daripada pihak polis di bawah pengawasan Ketua Polis Negara adan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.
Merekalah yang membuat cadangan dan secara formaliti, ianya ditandatangani menteri atau timbalannya.
Siapa menurunkan tanda tangan hanya proses formaliti tetapi pembuat keputusan adalah pihak bertangung jawab kepada keselamatan.
Seseorang kena faham, inilah prosedur atau operasinya. Kepada Tajuddin tak payahlah nak tunjuk terror atau nak mengutuk Dr Mahathir.
Paling tidak, Dr Mahathirlah orang yang memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas tiga kali saya berjumpa beliau untuk merayu bagi pihaknya.
Saya juga bangkit tiga kali di mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno agar Tajuddin diterima kembali menjadi ahli umno.
Anwar Ibrahim ketika itu timbalan presiden dan pengerusi pengurusan Umno naik radang kepada saya kerana membela Tajudin semasa mesyuarat MT.
Tidak ada sesiapa yang menyokong saya waktu membela Tajudin. Akhirnya Dr Mahathirlah yang berkata: "Kita terimalah Tajuddin Rahman" dan semua orang diam.
Selepas itu menjelang pilihan raya umum 1999 (kalau tak silap saya), sekali lagi saya berjumpa Dr Mahathir untuk melobi agar Tajuddin dipilih menjadi calon PRU.
Akhirnya Tajuddin dapat bertanding di DUN Sungai Manik.
Moral apabila saya bangkitkan perkara ini, biarlah ada rasa hormat Tajuddin pada orang tua yang sebelum ini menolongnya walaupun wujud perbezaan pendapat.
Tak payahlah nak tunjuk hero secara tidak bertempat.
Kenyataan ini sekadar keluhan dan rasa terkilan saya, Tok Him.

DATUK IBRAHIM ALI ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
Hero jilat jer rupanya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
p.s ~ siapa gadai kereta kat atas tu???

Video PANAS ~ Bukti Duit Masuk Akaun Najib..!


Kertas takkan mampu membungkus api..!
Layan..


Mana mahu lari???

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu selepas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.
"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.
"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.
"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.
Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.
Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.
Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC Newsyang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.
Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".
Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.
Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.
DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.
Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 28 Ogos 2016

Cukup Cukup La Najib & Pandi..!


Berpada pada la..! selebat mana pun hujan pasti berhenti..! Yakin la..!

Cadangan Tun Ariffin Berhubung SPPK Wajar Diberi Perhatian Serius

CADANGAN Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria agar Peguam Negara tidak lagi mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (SPPK) amat positif dalam usaha mengelakkan sebarang persepsi bahawa badan kehakiman tidak benar-benar bebas.
Dalam sistem demokrasi seperti di Malaysia, tiga cabang kuasa iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman (Legislative, Excecutive, Judiciary) adalah bebas daripada satu sama lain. 
Dalam hubungan inilah Tun Ariffin menegaskan perlunya Peguam Negara tidak lagi mengetuai SPPK untuk menghindar unsur ‘pertentangan kepentingan’ (conflict of interest).
Ini kerana, Peguam Negara adalah anggota eksekutif manakala pegawai-pegawai kehakiman, termasuk hakim mahkamah sesyen dan majistret, terletak di bawah bidang kuasa badan kehakiman.
Tetapi kerana Peguam Negara mengetuai SPPK, maka beliau mempunyai bidang kuasa terhadap hakim-hakim mahkamah sesyen dan majistret termasuk dalam urusan pelantikan, kenaikan pangkat, perpindahan dan isu-isu disiplin.
Keadaan ini sememangnya boleh mewujudkan persepsi mengenai kebebasan mahkamah-mahkamah berkenaan. Kerana hakim-hakim mahkamah seyen dan majistret adalah di bawah Peguam Negara yang juga berfungsi sebagai Pendakwa Raya, akan wujud andaian mereka akan ‘akur’ kepada ketua mereka.
Apa yang ditegaskan oleh Tun Arifin pada Persidangan Pegawai-Pegawai Kehakiman di Kuala Lumpur baru-baru ini bukan perkara baru. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah berkata pada 2006 bahawa pihak kehakiman berhasrat mencadangkan kepada kerajaan untuk memansuhkan SPPK.
Menurut beliau, hakim mahkamah sesyen dan majistret mesti diserapkan ke dalam sistem badan kehakiman kerana bimbang akan wujud gangguan ‘tangan ghaib’ jika mereka kekal sebagai kakitangan kerajaan.
Sehingga kini, ia belum menjadi kenyataan. Oleh itu penegasan semula oleh Tun Arifin menampakkan bahawa isu ini amat penting dan perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan.
Matlamatnya murni iaitu untuk memastikan badan kehakiman dilihat sebagai benar-benar bebas dan tidak dipengaruhi oleh cabang lain dalam kerajaan atau mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. 
Secara mudahnya, pendakwaan di mahkamah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara dan hakim mahkamah sesyen serta majistret adalah daripada perkhidmatan yang sama. Sehubungan itu mungkin wujud persepsi tertentu terhadap penghakiman oleh hakim mahkamah sesyen atau majistret walaupun realitinya mungkin tidak begitu.
Inilah yang cuba ditekankan oleh Tun Arifin mengenai betapa perlunya hakim mahkamah sesyen dan majistret tidak lagi berada di bawah bayang-bayang Peguam Negara. Ini agar sebarang syak wasangka  dapat dihapuskan dan mahkamah sesyen atau mahkamah majistret tidak dilihat sebagai dibayangi oleh Jabatan Peguam Negara. 
Tun Arifin memberikan gambaran jelas berhubung senario ini. Menurutnya, apabila pegawai kanan daripada Jabatan Peguam Negara, apatah lagi jika Peguam Negara itu sendiri menjalankan pendakwaan, maka lagi ‘menggeletar’ hakim mahkamah sesyen dan majistret mengendalikan kes. Ini kerana di hadapan mereka adalah pegawai berpangkat lebih tinggi dan ketua mereka.
Bagaimanapun, itu bukan bermakna penghakiman mereka dalam satu-satu perbicaraan akan memihak kepada ‘tuan’ mereka. Apa juga keputusan mereka pastinya berdasarkan pertimbangan teliti berdasarkan fakta dan bukti yang ada di hadapan mereka.
Tetapi yang  penting ialah bagaimana kita dapat memadam terus sebarang persepsi negatif bahawa hakim mahkamah sesyen atau majistret tidak bebas melaksanakan tugas. Jangan diberi ruang walau sekecil mana pun untuk persepi ini wujud. 
Justeru, cara terbaik ialah dengan pengasingan perkhidmatan kehakiman secara ‘total’ daripada badan eksekutif dan Peguam Negara hanya mengetuai perkhidmatan perundangan sementara perkhidmatan kehakiman diterajui oleh badan kehakiman itu sendiri.  
Dalam hal ini, Tun Arifin menyarankan, perkhidmatan kehakiman diketuai oleh seseorang yang berada di dalam perkhidmatan tersebut. Ini kerana tokoh berkenaan lebih sesuai dan mahir bagi mengendalikan perkhidmatan kehakiman. 
Dalam hubungan ini, beliau mencadangkan Ketua Pendaftar Mahkamah mengetuai perkhidmatan kehakiman. Cadangan ini dilihat sangat munasabah kerana ia meletakkan garis pemisah yang nyata antara perkhidmatan perundangan dan kehakiman.   
Pada masa yang sama, ia membolehkan kedua-dua perkhidmatan tersebut ditadbir dengan lebih lancar dan sistematik. Ini kerana, kedua-dua perkhidmatan itu semakin berkembang dan jumlah mereka yang terlibat dalam kedua-dua perkhidmatan semakin bertambah.
Menurut Tun Arifin lagi, ketika SPPK diwujudkan dahulu, jumlah kakitangan kedua-dua badan perundangan dan kehakiman itu tidak ramai. Namun kini terdapat 636 kakitangan perkhidmatan perundangan dan 4,787 dalam perkhidmatan kehakiman sehingga April 2016. 
Oleh yang demikian, saranan Tun Arifin adalah wajar diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali juga mengesahkan telah menerima kertas cadangan pemisahan badan perundangan dan kehakiman ini dan sedang mengkaji mengenainya.
Diharapkan ada sesuatu keputusan yang positif akan lahir daripada cadangan dan kajian ini. Cadangan yang bernas dan membawa kebaikan tidak harus dibiarkan tersimpan sebegitu lama.
Cadangan asal oleh Tun Ahmad Fairuz dibuat pada 2006. Dalam tempoh itu sehingga kini tiada apa yang terhasil. Sedekad kemudian, Tun Arifin mengulangi cadangan yang sama.
Kali ini, umum ingin melihat ia benar-benar menjadi kenyataan.
Lu Fikir La Sendiri!!!