Khamis, 5 November 2015

Giliran Nan Satem Membodohkan Putrajaya..!


Ini cakap cakap politik ke atau orang politik bercakap???

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, menggelar ia sebagai bodoh dan tidak berasas.
Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.
“Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.
“Saya bersedia untuk mempertahankannya,” katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia.
Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.
“Negara lain akan ambil mereka.
“Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?,” katanya pada program Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, hari ini.
UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.
Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.
Putrajaya tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak mengikut kurikulum pendidikan negara.
Berhubung langkah Sarawak menuntut semula kuasa autonomi terhadap pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyatnya berbahasa Inggeris dengan menjadikan ia bahasa pengantar di sekolah, Adenan berkata, Bahasa Inggeris bukan lagi bahasa “bekas penjajah” tetapi bahasa antarabangsa.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menutup diri mereka daripada dunia luar.
“Anda bukan di bulan. Anda berada di dunia ini,” katanya.
Beliau berkata memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris tidak bermakna negeri itu meletakkan Bahasa Melayu di bawah.
“Kita boleh ada kedua-duanya,” katanya.
Kalau pemimpin pembangkang tak la kita heran..! Tapi kalau sesama pemimpin kerajaan tak manis la..! 
Rakyat boleh faham kalau Adnan berkata sedemikian..! tuntutan dalam berhadapan PRN juga antara sebab yang boleh rakyat fahami..!
Soalnya..! Seakan tiada langsung ruang untuk berbincang..! Tiada langsung ruang tertutup..!
Semua mesti terbuka..! Kalau terbuka pun tak perlu la sampai terkoyak..! Sekarang jelas terbuka dan terkoyak..!
Banyak dah yang koyak rabak sekarang ni..!
Jangan sampai terbarai sudah ler..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 4 November 2015

Gani OK..!


Percubaan pertama..! langkah awal..!

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kemunculan terbuka di majlis awam untuk kali pertama sejak dipecat baru-baru ini.
Bagaimanapun, selain daripada soalan hadirin menenai keadaan kesihatannya, Abdul Gani berkali-kali menolak sebarang pertanyaan yang tiada kaitan dengan topik majlis berkenaan.
Abdul Gani hadir untuk menyertai perbincangan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 atau lebih dikenali sebagai Sosma.
"Mengenai isu lain tentang keadaan saya, saya OK. Saya menjalani dialisis tiga kali seminggu, saya masih perlu membaca, saya masih buat 'kerja' - bukan di pejabat tapi menjaga cucu.
"Saya sihat tetapi sila faham ini: Apabila saya masih bertuga di pejabat (sebagai peguam negara), saya memang sudah menjalani rawatan dialisis.
"Saya rasa saya ada berurusan dengan beberapa presiden dan beberapa presiden lalu walaupun saya menjalani rawatan dialisis.
"Sekarang saya di sini. Anda nampak saya? Saya sihat, terima kasih," katanya.
Majlis itu dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur malam ini.
Pertama Gani dah bagi tau yang dia OK..! Gani sihat..! cerita dia sakit dan kerananya diberhentikan tidak berbangkit kerana Gani telah pun menjalani dialisis sejak dalam tugas lagi..!
Maknanya Gani pun seakan tidak berpuashati dengan sebab pemberhentian beliau..!
Apakah ada lagi langkah ke dua..! langkah seterusnya dari Gani?
Tunggu..!
Ada yang sakit perut ke?
Lu FIkir La Sendiri!!!

Apa Maknanya..?


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu.
Harga baharu itu berikutan kenaikan duti eksais sebanyak lebih daripada 40 peratus, kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tekanan kos inflasi.
Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:
Rangkaian Dunhill - RM17.00
Rangkaian Kent RM17.00
Benson & Hedges RM17.00
Rangkaian Peter Stuyvesant RM15.50
Rangkaian Pall Mall RM15.50
Lucky Strike Plain RM17.50
Rangkaian Shuang Xi RM18.00
Syarikat tersebut turut menyatakan kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.
Yang jelas kenyataan akhir tu...lambakan rokok haram..! Dah la penyakit...makin bertambah sakit ler..!
Bukan kah ini juga bukti bahawa kenaikan harga barang memang tidak dapat dielakkan semenjak perlaksanaan GST..! Cuma ianya melibatkan rokok maka tidak la disensasikan walaupun kenaikan yang amat besar dan melampau..! Naik RM4..!!!

Kalau ini merupakan asas dan indikator kenaikan harga barang yang lain maka akhirnya rakyat juga la yang terseksa menanggung bebannya..!
Benar GST penting, namun jangan la pulak GST dijadikan hanya satu satunya instrumen bagi pihak kerajaan mendapat hasil..! Kalau gitu benarlah bagai dikata bahawa hari ini rakyat la yang menanggung kerajaan..! Rakyat la yang menyebabkan kerajaan dapat membayar gaji dan berfungsi..! Rakyat la yang 'menghidupkan' kerajaan..!
Slogan BN selama ini 'dari rakyat kepada rakyat' nampaknya sudah bertukar kepada 'dari rakyat kepada kerajaan'..!
Pemimpin kena sedar bahawa rakyat memerhati..! memperinci dan mengkaji..!
Jangan sampai rakyat meluat dan terus membenci..!
Akhirnya?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jangan Langgar Lutut Menteri Ni..!


Macam macam ada..! Siapa pun boleh jadi Menteri..! Tak gitu?

Adakah kenyataan menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya bangun awal untuk mengelakkan tol ke tempat kerja sebuah pandangan yang praktikal?
Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) melihatnya sebaliknya, dengan mengambil kira kualiti hidup di bandar.
“Inilah yang berlaku sebenarnya. Orang yang tinggal di Rawang (dan kerja di Kuala Lumpur) keluar rumah lepas sembahyang Subuh dan balik bila langit gelap (untuk elak kesesakan).
“Inikah kehidupan yang dicadangkan oleh kerajaan?” soal anggota lembaga pusat itu Muhammad Shaani Abdullah.
NCC sebuah badan bawah Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Abdul Rahman dilapor menyarankan orang ramai merancang perjalanan dengan bangun lebih awal ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol.
Rakyat terperangkap
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu mencadangkan jalan alternatif yang disediakan kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak membayar tol.
Kadar tol di 15 lebih raya di Lembah Klang naik sehingga 100 peratus.
Sementara itu, Shaani juga berkata cadangan Rahman tidak boleh diterima kerana masalah sebenar berpunca daripada perjanjian konsesi.
“Jika tidak selesaikan perkara itu, kita tidak selesaikan apa-apa pun,” katanya lagi.
Beliau juga berkata rakyat Malaysia terperangkap dalam keadaan sukar apabila kos peningkatan awam juga naik.
Tambang Kereta api LRT, Komuter dan Monorail naik sehingga 102 peratus mulai 2 Disember ini.
Datang awal ke mana? Sekolah anak dah ada orang ke? pusat jagaan kanak kanak dah buka ke? Semua orang ada pegang kunci pejabat ke? 
Untuk mengelakkan kesesakan maka keluar awal dengan menggunakan jalan tanpa tol..! Jadi jalan tol yang dibina untuk kemudahan rakyat hanya diguna oleh orang kaya jer la???
Begini ke cara seorang yang dikatakan terpelajar malah mengetuai media kerajaan bercakap atas dasar kepentingan rakyat?
Kerajaan yang engkar dengan janji manifesto yang direka, rakyat pula yang terpaksa menanggung bahana..! 
Tapi takper..! BR1M kan ada..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Pesawah Mesti Miskin..!


Apabila sebut jer pesawah mesti dirundung kemiskinan..! mesti susah..! Sejak dulu kedengaran Ahli Parlimen mengungkap perkara yang sama..! Seakan tiada jalan keluar bagi pihak kerajaan untuk membela nasib dan membawa pesawah keluar dari kepompong kemiskinan..!

Kenapa?

Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar) meminta kerajaan mendengar rintihan dan kekecewaan rakyat berhubung isu harga padi susulan daripada dua inisiatif yang diperkenalkan kerajaan kepada pesawah padi dalam Bajet 2016.
Membahaskan Bajet itu di Dewan Rakyat, beliau berkata rakyat sebenarnya memohon harga padi ditetapkan mengikut harga lantai dan bukannya harga siling, demi meningkatkan pendapatan mereka sewaktu menjual padi di kilang.
Menurutnya, warga petani kecewa dengan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi yang menyeragamkan harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik.
"Ini amat mengecewakan. Program ini dilancarkan pada tahun lepas tetapi masih masuk dalam Bajet tahun ini. Itu yang saya tak faham.
"Apa yang pesawah ini inginkan, adalah untuk (kerajaan) menetapkan satu harga lantai, bukan harga siling supaya mereka boleh mendapat harga penjualan yang lebih baik," katanya.
Pada masa yang sama, pemimpin PKR itu membidas slogan kerajaan yang sebelum ini yang sering memuji untuk membantu pesawah dengan "setiap titik peluh bernilai seperti intan".
"Ini mengelirukan. Sebelum harga ini ditetapkan pesawah Kedah dan Perlis menjual RM1,100 satu tan dengan potongan 18 peratus.
"Tetapi harga baru dimasukkan dan diperkenalkan Bernas, telahpun meningkatkan kadar pemotongan kadar 20 peratus hingga 24 peratus. Di Kelantan lebih tinggi dari 26 hingga 30 peratus.
"Permintaan petani tetapkan harga siling dan tetapkan potongan dengan kadar 18 peratus," katanya.
Tetapkan lantai..! harga minima..! Kerajaan tetapkan harga siling tapi pihak kilang tetapkan harga lantai..! harga minima..! tentu lah kilang akan menekan dan mencekik leher pesawah dengan harga yang paling lantai..! Kalau boleh harga longkang..!
Ambil la tindakan..! Sampai bila nak dibiarkan golongan ini terus terhimpit dan tergolong didalam golongan miskin..!
Tak rasa berdoa ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Alamat Tak Jadi La Debat..!


Dahsyat penangan 1MDB ni..! Dah jauh sangat menyimpang..! Macam macam berlaku hanya kerana mahu menutup dan melindungi 1MDB..!

Terbaru semalam dilaporkan...

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).
"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.
"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan. Pendirian saya adalah jelas," katannya.
Sebelum itu, Pandikar membuat keputusan dengan mengarahkan Pua meletakkan jwatan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau tidak terlibat dengan mana-mana siasatan atau prosiding berhubung skandal itu.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon beliau terhadap laporan media media berhubung rancangan untuk mengadakan perdebatan antara Arul dan Pua berhubung skandal 1MDB.
Dalam masa yang sama Shafie Apdhal dilaporkan berkata..
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membantah syarat yang dikenakan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung debat secara langsung berkaitan skandal 1MDB di antara anggota PAC Tony Pua dengan presiden firma itu, Arul Kanda Kandasamy.
Menurut bekas menteri kabinet itu, mengenakan syarat kepada debat secara langsung atau menghalangnya tidak harus dan tidak sewajarnya dilakukan.
Ini kerana, katanya, perdebatan itu penting kepada rakyat untuk mencari kebenaran mengenai isu 1MDB.
"Saya mengalu-alukan debat itu diadakan. Kita alukan perdebatan ini kerana ia mungkin boleh memberi maklumat (berkaitan 1MDB)," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.
"Tapi nak letak syarat, saya berpandangan itu tak wajar. Tidak harus ada syarat diletakkan pada mana-mana pihak untuk kita mencari kebenaran walaupun dia mempunyai maklumat.
"Walaupun beliau (Pua) mempunyai maklumat eksklusif (berkaitan 1MDB) dalam kapasitinya sebagai anggota PAC dan kita tidak sepatutnya meletakkan syarat kepadanya," katanya.
Atau kerana dilihat ianya bakal tidak menguntung 1MDB..! ianya bakal 'melondehkan' pihak tertentu..! Ianya bleh dilihat selepas 10 soalan dikeluarkan, sedangkan sebelumnya bukan main kuat lagi jerit pekik penjilat@pengampu mengutuk Pua..!
Berikut adalah ‘10 soalan’ yang dicadangkan Pua:

1. Mengapakah Bank Negara menarik balik kelulusan untuk 1MDB untuk memindahkan lebih daripada US$ 1.8 bilion di luar negara? Adakah kerana kebanyakan dana telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan dengan projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat Lembaga yang dibocorkan yang telah diakui Arul? Berapa banyak yang telah dipindahkan ke akaun yang tidak berkaitan ini? Adakah akaun yang tidak berkaitan ini dimiliki oleh Good Star Limited dan yang memiliki atau mengawal Good Star Limited?

2. Adakah benar bahawa 1MDB telah melabur US$1 bilion yang pertama untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-Petrosaudi manakala PetroSaudi hanya perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%? Di samping itu, adakah hak untuk minyak Laut Kaspia ditamatkan oleh PetroSaudi dalam tempoh 2 bulan selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama itu, yang bermakna bahawa PetroSaudi memperoleh 60% kepentingan mereka tanpa apa-apa pelaburan penting?

3. Adakah benar bahawa 1MDB telah tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit Lembaga yang sama?

4. Penyata 1MDB Kewangan bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan bahawa AS $ 1.4 bilion telah diadakan sebagai deposit oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat untuk IPIC menjamin terbitan bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Walau bagaimanapun, IPIC Penyata Kewangan bertarikh Disember 2013 dan 2014 yang diaudit oleh Ernst & Young tidak mendedahkan apa-apa syarat itu bagi menyediakan jaminan. Imbang tara IPIC juga tidak mencerminkan apa-apa deposit dikembalikan seperti yang diterima atau dipegang. Mengapa 1MDB tidak meminta IPIC menjelaskan di mana wang itu disalurkan?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan US$975 juta lagi yang dipinjam dari konsortium yang diterajui Deutsche Bank mengetuai  untuk menamatkan pilihan 1MDB diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada syarat lain dengan IPIC untuk menjamin pemberian bon US$3.5 bilion oleh 1MDB? Apa sebenarnya yang jumlah wang yang dibayar dan kena dibayar kepada Aabar atau IPIC? Kenapa IPIC nyatakan dalam penyata kewangan Disember 2014 bahawa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$ 481 juta untuk penamatan tersebut?

Di samping itu, jika US$993 juta daripada jumlah US$1.22 bilion yang ditebus dari Kepulauan Cayman tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke mana wang itu pergi?


6. Telah didedahkan dalam penyata kewangan 1MDB, jawapan Parlimen dan siaran media bahawa 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada bulan Mac 2013 bagi tujuan melabur dalam satu usaha sama 50:50 dengan Aabar Investments Limited di mana usaha sama itu akan melabur dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX). Persoalannya, mengapa lebih daripada US$1.5 bilion daripada pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam akaun Mac 2014 yang telah diaudit, terutama sejak usaha sama itu masih belum diaktifkan setakat ini?

7. Arul Kanda sebelum ini telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan pengarah-pengarah 1MDB, menurut minit mesyuarat yang bocor itu, bahawa baki pelaburan Kepulauan Cayman berjumlah US$1.108 bilion telah ditebus sepenuhnya dan telah diadakan secara tunai di BSI Bank Singapura. Walau bagaimanapun, Presiden 1MDB sejak dari itu mengakui bahawa jumlah yang ditebus bukanlah bentuk tunai tetapi 'unit dana' bernilai US$ 940 juta. Mengapa 'unit dana' ini yang telah ditebus daripada dana Pulau Cayman masih dalam bentuk 'unit dana' dan tidak secara tunai atau, aset mentah seperti hartanah dan saham? Jika ia berada dalam bentuk 'unit dana', bukankah bermakna bahawa dana Caymans itu sebenarnya tidak pernah ditebus?
8. Arul Kanda mengumumkan bahawa hutang pertukaran aset dengan IPIC, di mana IPIC memperoleh RM16 bilion hutang 1MDB sebagai pertukaran bagi aset 1MDB. IPIC telah pun mendapat lebih US$1 bilion dalam perjanjian itu. Di mana 1MDB akan menghasilkan aset bernilai RM16 bilion ini untuk menyalurkan kepada IPIC pada 30 Jun 2016?

Kementerian Kewangan (MOF) juga membuat pembayaran ganti rugi kepada IPIC bagi perjanjian hutang pertukaran aset. Adakah ini bermakna jika 1MDB tidak mengemukakan aset bernilai RM16 bilion pada 30 Jun 2016, Kementerian Kewangan perlu membayar pampasan IPIC sewajarnya?

9. Arul sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pelupusan anak syarikatnya, Edra Energy akan membolehkan ia untuk mengurangkan antara RM16 hingga RM18 bilion hutang 1MDB. Walau bagaimanapun, jumlah hutang yang berkaitan kepada jumlah cabang tenaga 1MDB kepada kira-kira RM36 bilion, yang terdiri daripada US$3.5 bilion bon, RM5.7 bilion pinjaman langsung dan lebih RM8 bilion pinjaman yang diwarisi. Oleh itu pengurangan sehingga RM18 bilion hutang tertunggak melalui pelupusan Edra Energy masih akan meninggalkan 1MDB dengan hutang lebih RM18 bilion hutang tertunggak yang berkaitan dengan pemerolehan tenaga. Oleh itu bagaimana penjualan Edra akan menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB kerana tidak akan ada aset yang tinggal untuk membayar baki hutang RM18 bilion ?

10. Adakah Kerajaan Persekutuan ada mengeluarkan 'surat sokongan' pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk meminjam AS$ 150 juta (RM600 juta) di mana dana yang telah digunakan oleh 1MDB membayar untuk pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd untuk kira-kira RM300 juta? Jika ya, apakah baki daripada hasil pinjaman yang digunakan?
Teringat macam majlis nothing to hide dulu tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 3 November 2015

1MDB ~ Kerajaan Australia Bubar Syarikat..!


Fahamkan...

Sebuah syarikat Australia yang dikatakan menguruskan hasil kutipan 1MDB daripada usaha sama pendek dengan PetroSaudi International dibubarkan oleh pihak berkuasa negara itu, lapor The Wall Street Journal(WSJ).
“Pihak pengawal selia Australia tidak melihat hubungan dengan 1MDB sebaliknya sama ada pelabur runcit berisiko.
“Mereka mendakwa Avestra menyembunyikan pelaburannya daripada pengawal selia Australia dengan menyalurkannya ke dana Bridge Global, di mana 1MDB melaburkan wangnya,” menurut laporan harian kewangan itu.
Ia memetik 1MDB sebagai berkata, syarikat itu meletakkan AS$2.32 bilion daripada apa yang didakwa hasil daripada usaha sama dengan PetroSaudi ke entiti berdaftar di Kepulauan Cayman Bridge Global Absolute Return Fund SPC.
Entiti itu dikatakan dibentuk pada 2012, beberapa minggu sebelum menerima wang 1MDB.
Bagaimana dokumen pendaftaran korporat dokumen dilapor tidak mendedahkan siapa yang menubuhkan entiti itu.
Negara orang telus..! tiada istilah tutup, lindung, buang, bubar dan pecat..!
Negara kita?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sejauhmana Debat Menyelesaikan Masaalah..!


Beriya iya juak juak Najib memperkatakan isu debat..! Menteri pun dah sebok menyusun kamera untuk mempastikan debat akan berlaku dan berjaya dipancarkan ke sluruh pelusuk negara malah dunia kalau boleh..!

Phua jangan hilang telur..! Setelah Arul menerima cabaran maka laksanakanlah janji kamu..! Turun ke gelanggang sebagai anak jantan..! Setidak tidaknya Arul membuktikan bahawa telur dia bukan setengah masak..! Telur mereka berdua benar benar masak..!

Soalnya apakah dengan debat tersebut isu akan selesai? apakah dengan debat tersebut hutang 42 bilion akan terbayar? apakah dengan debat tersebut tanah kepunyaan negara kekal menjadi milik rakyat jelata? Apakah dengan debat tersebut segala salah laku dapat diatasi? Apakah dengan debat tersebut segala keraguan yang tidak terjawab akan menghalalkan segala tindakan yang telah pun terjadi?

Apakah dengan debat tersebut UMNO menjadi lebih kuat? Apakah dengan debat tersebut penerimaan rakyat terhadap kerajaan dapat dipertingkat?

Hakikatnya...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara, bukannya pemberi maklumat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Beliau berkata, mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya, adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.
"Mereka orangnya yang harus didakwa di mahkamah kerana mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia. Memandangkan Najib yang mewujudkan 1MDB, meminjam RM42 bilion dan melabur wang dan menghilangkannya, Najib juga harus didakwa dengan sabotaj," kata beliau dalam blognya hari ini.
"Selain itu, semua orang, sejak awal penubuhan 1MDB hingga kepada pinjaman itu, kepada pemberita akhbar dan laporan kepada polis, semuanya harus didakwa mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia."
Najib juga ialah menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Khairuddin dan Chang didakwa bulan lalu kerana dikatakan cuba mensabotaj ekonomi Malaysia dan sistem kewangan dan perbankan negara.
Khairuddin, bekas naib pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan dituduh mensabotaj negara selepas membuat laporan kepada penyiasat di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom berhubung skandal 1MDB.
Chang adalah peguamnya.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Dr Mahathir berkata, beliau keliru dengan pertuduhan terhadap Khairuddin dan Chang yang juga merupakan bekas pembantu politiknya, kerana mereka membuat laporan terhadap 1MDB lama selepas laporan berita diterbitkan berkenaan dakwaan salah urus dana pelaburan negara itu.
"Tetapi laporan akhbar asing itu, mengenai penipuan dalam pelaburan 1MDB, diterbitkan lama sebelum Khairuddin membuat laporan.
"Laporan-laporan berita ini bukan laporan biasa tetapi penerangan yang sangat terperinci mengenai apa dan siapa yang terlibat. Mereka melaporkan apa yang diketahui umum ke seluruh dunia.
"Mengapa laporan-laporan akhbar itu tidak disangkal dengan sepuasnya oleh 1MDB atau Kementerian Kewangan memandangkan gambaran yang diberikan mengenai dakwaan penyalahgunaan sistem kewangan dan perbankan Malaysia boleh akhirnya mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap suasana politik dan ekonomi serta kewangan Malaysia juga?" dia bertanya.
Bekas perdana menteri itu, yang dulunya penyokong Najib tetapi kini beralih arah, berkata tidak akan ada laporan akhbar atau aduan polis jika tiada 1MDB dan hutang RM42 bilion yang dikumpulnya dalam masa 6 tahun beroperasi. 
"1MDB mungkin menjual tanah yang dibelinya pada RM60 sekaki persegi daripada kerajaan pada kadar 5,000% lebih dari harga pembelian dan membayar balik pinjaman itu.
"Tetapi hakikatnya, jika 1MDB tidak diwujudkan, sejumlah besar wang pinjaman tidak akan hilang. Oleh itu, 1MDB dan mereka yang bertanggungjawab masih perlu didakwa kerana penyalahgunaan sistem perbankan dan kewangan, pembayaran balik pinjaman, walau apa pun," katanya. 
Teringat yang Najib pun tak suka debat kan..!
Kan?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Bravo PAC..!


Tahniah PAC..! Syabas kerana berjaya 'membenarkan' telahan dan tanggapan rakyat berkaitan Jho Low..! Rakyat dah pun mengagak  yang Jho Low akan terus selamat, sihat dan boleh terus merembat..!

Tiada keperluan terdesak bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil ahli perniagaan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho bagi menghadiri prosiding siasatan berhubung dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu tidak menyenaraikan Low sebagai saksi yang perlu disegerakan dalam siasatannya.
"Setakat ini belum ada tarikh nak panggil Jho Low. Kita masukkan beliau sebagai personaliti, bukan saksi, (sebaliknya) individu yang kita perlu panggil, ia bukan mendesak," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Mengulas mengenai prosiding siasatan terhadap 1MDB yang tertangguh sejak Julai lalu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata pihaknya tetap akan meneruskan rancangannya sebelum ini.
Katanya jawatankuasa di bawah Parlimen itu akan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, serta beberapa lagi pengarah syarikat berkaitan 1MDB.
"Kita akan teruskan prosiding dengan memanggil mereka yang ditetapkan sebelum ini, seperti CEO dahulu, Arul, Shahrul, dan pengerusi-pengerusi mereka.
"Tarikh kita akan tentukan secepat mungkin,” katanya.
Gambar kat atas tu bukan gambar pak arab yang menderma tau..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Hadi Tak Nak Nasihat Pulak..!


Kenapa perkara besar sebegini Hadi tak nak nasihat..! Sebagai Presiden parti kenapa Hadi tak menggesa kerajaan negeri pimpinan partinya melunaskan gaji kakitangan mereka..!

PAS di Kelantan bukan baru sebagai kerajaan negeri..! Sudah lebih 3 penggal tapi masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab..!

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.
Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).
"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini. 
Macam ni pun ada hati nak jadi penasihat UMNO dan BN..!
Punahsihat ada laa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Berakhirnya Penantian Selasa ~ Akuan Tak Saman WSJ


Sebabnya kerana 2 perkara ~ Tak terkenal dan Ganti rugi yang rendah..!

Baca dulu...

Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.
“Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana,” katanya kepada wartawan hari ini.

Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap penerbit terbabit.
Sebaliknya, pasukan peguam Najib berkeras WSJ menyatakan sama ada ia bergantung pada undang-undang AS untuk melindungi syarikat Amerika itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa AS.
Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka.
Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya. Akhbar itu juga mengeluarkan sebuah rencana mengenai perkara itu.
Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.
Dana itu, sebahagian besar dimasukan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.
Peguam  Najib, Datuk Mohamad Hafarizam Harun hari ini menafikan anak guamnya sengaja melambatkan serta mencari alasan untuk tidak menyaman WSJ.
Hafarizam berkata, dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu untuk penjelasan sama ada RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB, tetapi berkata penjelasan yang diberikan masih tidak memuaskan.
Peguam itu kemudiannya berkata dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu di Singapura meminta penjelasan sama ada mereka menggunakan Akta Kebebasan Bersuara di Amerika, bagi menghalang Najib daripada melaksanakan penghakiman yang diperolehi di Malaysia.
Katanya lagi, peguam WSJ di Singapura enggan mendedahkan perincian mendalam kerana sebab-sebab strategik.
“Kami memang mahu menyaman tetapi ia perlu dilakukan dengan betul atau ia hanya akan dibatalkan kerana teknikaliti.
“Juga, kami juga tidak mahu mendapat keputusan penghakiman yang tidak dapat dikuatkuasakan di Amerika Syarikat,” tambah Hafarizam.
Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.
Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan samada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh Najib menyalahgunakan kuasa.
Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.
Rupanya ada alasan sebegini??? sebagai ketua negara yang dilaporkan mesra dunia pun masih tak terkenal..! 

Bukankah peguam Najib sendiri mengakui bahawa kenyataan WSJ tersebut telah melonjakkan Najib terkenal diseluruh dunia..! 

Rupanya duit juga dilihat lebih penting dalam memberikan alasan..!

Apakah maknanya maruah yang tercalar tidak penting berbanding jumlah duit???

Sekadar memberhentikan penantian Selasa jer laa..!
Apakah maknanya jawapan ini semua???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 2 November 2015

Apa Kerbau Kerbau Ni..!


Kenapa pulak pak kadir beriya iya bercerita pasal kerbau?

Layan...

Kerbau Berlumpur Biasa, Manusia Berlumpur Bahaya


A Kadir Jasin

سْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 

SAYA telah bercerita mengenai anjing dalam kaitan dengan penyakit anjing gila (rabies) dan kesetiaan anjing kepada tuannya.

Alhamdulillah, nampaknya penyakit anjing gila yang melanda negeri-negeri barat laut Semenanjung sudah dapat dikawal. Sebenarnya kita ada kepakaran cuma ramai yang diberi amanah malas, alpa, cuai, seleweng dan rasuah.

Kemudian sekarang berlaku pula wabak kepialu (typhoid). Adoi, bala demi bala melanda negara kita di bawah pemerintahan Perdana Menteri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobonerinj. Silap-silap ebola pun dibawa masuk juga.

Kali ini saya akan bercerita mengenai kerbau pula. Dalam banyak budaya, kerbau sering digambarkan sebagai haiwan bodoh, bengis dan bertindak membabi buta. Babi buta sondoi (rempuh) sana sondoi sini.

Dalam bahasa Melayu, ada kiasan berbunyi “seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit” yang merujuk kepada seorang anggota masyakat yang membuat jahat menyebabkan nama semua anggota masyarakat tercemar.

Kerbau berkubang  untuk kesihatan
Dalam bahasa Inggeris pula ada ungkapan “bull (kerbau atau lembu jantan) in a china shop” yang menyamakan seorang yang berang dan bertindak liar dengan seekor kerbau atau lembu jantan dalam kedai menjual barang-barang porselin.

Perangai dan amalan manusia dan kerbau sepatutnya berbeza. Kerbau berlumpur perkara biasa tetapi manusia yang tercemar namanya patut dijauhi.

Kerbau berkubang dan membalut badannya dengan lumpur untuk beberapa tujuan. Pertama menyejukkan badan. Kedua menyekat gigitan lalat. Ketiga melemaskan kutu dan keempat mematikan berengga (maggots).

Jadi kerbau membawa bukanlah perbuatan kotor. Itu tabiat semula jadi kerbau. Tapi manusia membuat kejahatan itu tidak baik. Lagi-lagilah apabila kemungkarannya itu membusukkan nama ibu bapa, keturunan, masyarakat, bangsa dan agamanya.

Saya boleh bercakap dengan yakin mengenai kerbau kerana sebagai anak pesawah, saya menolong nenek dan ayah saya memelihara kerbau.

Ada waktunya, pada tahun 1950an dan 60an, keluarga saya memelihara hingga 30 ekor kerbau dan lembu. Bila diserang wabah penyakit kuku dan mulut, habis mati.

Kerbau Haiwan Kuasa Ibu

Kalau kita baca jurnal saintifik atau menonton saluran pendidikan di TV, kita akan tahu bahawa kerbau adalah haiwan “matriarchal” iaitu haiwan dipimpin oleh haiwan betina – selalunya ibu paling kanan dalam satu-satu kumpulan.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan “matriarchal/matriarchy) sebagai kuasa ibu.

Ibu kerbau inilah yang memandu kumpulannya mencari rumput, tempat minum dan mandi serta tempat beristirahat.

Dalam masyarakat manusia pun ada masyarakat kuasa ibu di mana wanita memimpin. Antaranya adalah Minangkabau (Sumatra), Mosui (Tibet), Akan (Ghana), Bribri (Costa Rica), Garo (India) dan Nagovisi (Bougainville).

Wanita Minangkabau berkuasa ke atas masyarakatnya
Tapi ada perbezaan antara tunduk kepada sistem kuasa ibu dengan takut kepada wanita atau lebih tepat, takut kepada bini. Dalam kumpulan kerbau, kerbau jantan tidak takut kepada kerbau betina, hatta kerbau betina yang jadi matriarch.

Tabiat kerbau jantan menyendiri. Ia masuk kumpulan hanya ketika mengawan. Habis mengawan ia pun keluar kumpulan. Tapi ia akan berlaga dengan kerbau jantan lain, kadang kala sampai mati, untuk mempertahankan haknya mengawan dengan kerbau-kerbau betina dalam kumpulannya.

Menang betul kerbau boleh dijinakkan dan diperhamba. Caranya ialah dengan mengurungnya dalam kandang dan memberinya makan rumput atau jerami untuk beberapa hari. Apabila ia cukup jinak, cucuk hidungnya dan ikat dengan tali.

Manusia jenis itu diibaratkan seperti kerbau dicucuk hidung. Mereka akan turut perintah dan buat apa saja yang diperintahkan oleh orang memberi mereka makan.

Wanita menarik kerbau yang dicucuk hidung
Manakala yang “macho” atau berlagak jantan jadilah mereka macam “bull in the china shop” yang akan menyondol apa saya tanpa mempedulikan buruk baiknya. 

Kerbau yang dicucuk hidung ini kalau tidak ditambat pun ia tidak akan merayau jauh. Bila petang baliklah ia ke kandang. Lagi mudah ia balik dan masuk kandang kalau disediakan rumput atau jerami.

Selain membajak sawah ia boleh diajar menarik kereta atau anor (sledge). Kalau mahu dan berani, kita boleh menunggangnya. Jadilah ia kerbau tunggangan.

Kerbau jinak boleh ditunggang
Maaflah kalau saya kata, dalam arena politik, pentadbiran awam dan media massa di negara kita sekarang ada banyak manusia yang wataknya macam yang disebutkan di atas.

Wallahuaklam.


Lu Fikir La Sendiri!!!