Rabu, 30 November 2022

Anjing Menyalak Lagi..!

 

Dasar anjing..hanya tahu menyalak jer la. Bukan main lagi tuhan politik nya memberikan naratif bahawa perjuangan UMNO masih tetap sama. Perjuangan UMNO masih kekal utuh. Walhal tuhan politik Ketua Pemuda yang kalah 3 kali berturut turut inilah yang sedang membuka pintu kecelaruan dan melunturkan asas perjuangan Abata parti. Masakan masih kekal sama jika hari ini DAP sudah menjadi sahabat sejati..! Tak heran kalau suara tuhan politik mereka dalam MT mengecam perjuangan membela nasib Bangsa kerana padanya Bangsanya telah menolak diri dan kroni sendiri di dalam PRU tempoh hari.

Hakikatnya rakyat terbanyak menolak BN dalam PRU15 yang lalu kerana tidak mahukan Zahid menjadi Perdana Menteri. Rakyat berbilang bangsa terutama pengundi muda tidak mahu unsur unsur rasuah dan mahkamah berada di dalam lingkungan kepimpinan negara. Antara sebab kekalahan besar tempohari apabila di laporkan Zahid bakal melantik Lobakman sebagai Senator selepas PRU berakhir sekaligus menambah benci dan pengundi meyakini bahawa BN hanya akan memberikan kerusi PM kepada Zahid jika BN diberikan mandat. Itu sebab jika PRU14 berbekal 79 kerusi kali ini pengundi tidak ragu ragu menghukum BN dengan hanya memperoleh 30 kerusi dek kerana bencikan Zahid sebagai bakal Perdana Menteri.

Sejak semalam beratib la KP yang tewas dengan penuh kemaluan di tanah puteh lagi selamat Gerik menceritakan kronologi tertubuhnya kerajaan murid dan gurunya. Sepatutnya KP malang ini perlu terus beratib akan kekalahan dan penolakan rakyat dan pengundi Gerik ke atas batang tubuhnya yang sememangnya tidak membawa apa apa tuah dan bakti kepada perjuangan suci parti. Seharusnya KP ini terjun dengan tuhan politiknya keluar meninggalkan tahta dan singgahsana kepimpinan atas kegagalan dan kelemahan yang sedia terbukti. 

Namun kita semua rakyat dan pengundi lebih lebih lagi ahli parti tahu bahawa mereka yang sedang berada di puncak kepimpinan ini sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri dan kroni. Perjuangan parti boleh, sedang dan akan terus di lacurkan demi nama, kuasa dan semestinya menghalang mereka dari terjebak ke penjara.

Sejarah telah tercipta di mana seorang Ketua sedang menghukum bangsanya untuk menerima dan merundingkan kerusi kuasa. Baca sini.

Rakyat juga semakin bijak membaca bahawa sejak dari petang penamaan calon calon di umumkan maka boleh di lihat memang tampak agenda untuk mengalahkan BN di atur dan di rancang sebegitu licik oleh mereka. Itu sebab Top 5 bukan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden tapi yang sebenarnya (rahsia umum yang semua orang tahu) tidak henti henti mengarang, menggarap, menukar dan memalsu serta menokok tambah semua urusan bagi menghalal apa jua tindakan mereka. Ini akan kita buka bila sampai masanya.

Jelas bahawa usaha untuk menobatkan cikgu sebagai PM telah berjaya sekaligus memgadakan usahasama (cium molot) dengan komunis DAP juga dapat dijayakan oleh mereka. Yang penting mereka hidup, yang utama mereka berkuasa..!

Parti? Rakyat? Agama, Bangsa & Negara?

Lu Fikir La Sendiri..!


Isnin, 28 November 2022

Kejayaan Pengkhianatan Zahid & Konco Kepada Tuhan Politik D.A.P Mereka..!

 


Kali ni tuhan politik D.A.P dah boleh tidur baring, tak perlu susah payah lagi mahu mengatur orang Melayu kerana kuda belang@macai@barua telah berjaya menyediakan kerusi empuk untuk mereka bertahta di puncak kuasa. Itu sebab saudara barua DAP si Chong Jen di Sarawak sebelum ini lantang menyuarakan kehendak D.A.P yang mahukan generasi ke 3 kaum cina yang lahir di Malaysia perlu di berikan taraf sebagai Bumiputera. Barua penjilat pasti tidak akan berani menyanggah.

Baru sahaja beberapa hari menang dan di berikan kuasa oleh para barua, puak DAP mula menunjukkan belang dengan Dong Zong mahukan pengiktirafan kerajaan baru terhadap sijil UEC dan di berikan peruntukan kewangan kekal dan tidak sabar sabar mahu bertemu dengan bakal Menteri Pendidikan bagi membincangkan isu tersebut. Baca di sini.


Para barua yang tentunya tidak bermaruah ini juga pasti setuju dengan desakan ~ Pakatan Harapan (PH) Johor memohon kerajaan negeri membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada gabungan itu menyertai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD). Bendahari PH Johor, Jimmy Puah Wee Tse, berkata ia berikutan gabungan itu sudah menjadi rakan sekutu pada peringkat Persekutuan. Baca lanjut di sini.

Para pengkhianat@barua yang di ketuai oleh Zahid sebenarnya jelas mengangkat dan menjulang kehendak lebih 5 juta pengundi PH yang selama ini tidak pernah pun menyokong dan mengangkat Barisan Nasional. Malah sokongan lebih 5 juta pengundi yang telah memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan yang terdiri lebih 92% dari kaum cina ini jelas bersungguh sungguh mahu membenamkan Barisan Nasional. Kalau para pengundi ini terperanjat atas kemenangan PH tentunya mereka lebih lagi terperanjat kerana para barua@pengkhianat begitu taat dan setia mempastikan kerajaan yang mereka mahukan berdiri kukuh di belakang makhluk peliharaan mereka yang bernama Anwar Ibrahim.


Apa yang lebih menyeronokkan tuhan politik si barua@pengkhianat ialah berjayanya para barua menolak kehendak pengundi BN yang lebih 3.8 juta pengundi yang jelas menolak dan tidak akan sesekali redha dan mahu bergabung seterusnya bersekutu dengan D.A.P.

Tentunya majoriti pengundi BN ini ialah pengundi Melayu dan Islam. Jika di campur pula pengundi PN yang seramai lebih 4 juta pengundi dalam PRU15 yang lalu yang pastinya majoriti pengundi Melayu dan Islam maka para barua sebenarnya telah berjaya menolak lebih dari 7 juta pengundi Melayu dan Islam hanya kerana menurut rancangan dan menjayakan agenda tuhan politik mereka.


Para pengkhianat@barua merupakan lembu suci kepada tuhan politik mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia maklum dan amat memahami bagaimana selama ini D.A.P dengan sikap rasis dan chauvinist nya yang membawa agenda Malaysian Malaysia telah semakin di terima dan berjaya di 'kerajaan' kan

Ia semakin menjadi nyata sejak ia diikrarkan oleh taukey tuhan politik mereka mendiang Lee Kuan Yew, menerusi kemenangan DAP memerintah Malaysia bersama PH selepas PRU14.

Penghapusan kontrak sosial, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera memang tidak akan di hapuskan tetapi untuk menjadikan semua kaum setaraf maka cubaan untuk mem'bumiputera'kan kaum kaum lain akan dan telah pun di suarakan. Selain itu cubaan memisahkan agama dengan menjadikan negara ini sekular pasti akan dan sedang giat di rancang. Segala status  quo yang ada telah cuba dirubah. Ratifikasi ICERD dan Statute of Rome nasib dapat digagalkan semalam, esok masih kelam..! 

Tuhan politik mereka tahu dan lama dulu telah berjaya di Singapura. Hari ini bukan lagi asing kelihatan pemimpin DAP mengagih bantuan zakat, jejak kaki ke surau dan masjid, malah makan setalam lagi bersama Guan Eng. Usaha ini hanya untuk menggelapkan mata orang Melayu namun dalam masa yang sama terus pertikai kuasa Raja-raja Melayu.


Sesungguhnya kuasa yang diberikan oleh para pengkhianat@barua ini amat merbahaya kepada kestabilan kehidupan rakyat dam negara. Ianya juga merupakan ancaman kepada keharmonian agama. Benar ia baru bermula namun pengalaman selama 22 bulan cukup mengajar kita bahawa jenis bangsat ini tidak boleh di berikan muka. Tentunya kali ini, mereka lebih bersedia dengan lebih berwaspada, lebih lebih lagi apabila adanya pengkhianat@barua yang sentiasa memimpin tangan agar langkah lebih berhati hati dan berjaga jaga.

Bagi pengkhianat@barua apakah perjuangan mereka untuk agama, bangsa dan negara? tepuk dada tanya selera. Kerana perjuangan mereka jelas berkepentingan diri dan takut ke penjara.

Tanya kita? Lu Fikir La Sendiri..!



Ahad, 27 November 2022

Pengkhianatan Murid & Guru Terhadap UMNO & Barisan Nasional..!


Pengkhianatan Berjaya.

Bagi orang baru tentu tidak memahami sejarah panjang mereka, keduanya pernah mengharungi siri tangkapan ISA ketika zaman muda. Ikatan guru dan anak murid ini memang sudah lama. Tak heran kalau kasih sayang mereka memang cukup kuat membenih perancangan dan tindakan yang hanya menunggu masa. Anwar menanti 24 tahun untuk sampai ke detik ini, Zahid pula telah menjadi Presiden parti.

Jangan lupa yang duduk di sisi gelap antara Anwar dan Kak Wan itu ialah Setiausaha Agung BN hari ini.

Apabila tersebar surat Zahid dan Najib kepada Agong, kuda tunggangan di HQ terus menempel palsu..! Akhirnya terbukti betul. Apabila keluar audio perbualan anak burit dan cikgunya, HQ menjawab palsu akhirnya ternyata betul, Apabila keluar dokumen perjanjian calon dengan pemimpin parti yang begitu ketat dan tidak mencerminkan demokrasi semasa minggu pertama PRU15 yang lalu, ibu pejabat kata palsu sedangkan hakikatnya betul. Akhirnya keluar surat sokongan Zahid mewakili 30 MP BN kepada Agong juga ibu pejabat cepat cepat mengatakan yang ianya palsu namun jelas ianya betul hingga pemimpin parti komponen mengeluarkan surat mendesak Tok Mat Hassan menggantikan Zahid sebagai Pengerusi BN kerana mengkhianati keputusan Majlis Tertinggi BN.







Yang jelas, pengkhianatan Zahid dan konco konconya kepada UMNO & Barisan Nasional dengan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri bukanlah kehendak 30 MP BN. Pengkhianatan Zahid dan konconya menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sekaligus memberikan DAP kuasa sebagai kerajaan juga sebenarnya bukan kehendak UMNO & Barisan Nasional. Pengkhianatan Zahid dan konconya yang memegang tampuk kuasa UMNO & BN dengan rakus, zalim dan buas memperalatkan parti (UMNO & Barisan Nasional) sebenarnya tidak pernah di restui oleh ahli di peringkat akar umbi.




Kalau dah bukan kehendak parti dan ahli...! Zahid dan konco konconya sebenarnya mengatur gerak membuli dan menunggang parti hanya untuk kepentingan peribadi, puak dan kroni yang pasti di atur dengan licik yang amat disenangi oleh Cikgu selama ini..! Maka bersorak lah tuhan poltik mereka DAP yang tentunya memperkenan dan merestui pengkhanatan ini. 

UMNO, BN, Rakyat dan Negara nak jadi apa???

Lu Fikir La Sendiri..!