Tup tup Zahid buat kenyataan..
Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota Umno tidak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada parti itu.
Presiden Umno berkata kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara perdana menteri.
"Oleh yang demikian, spekulasi, tafsiran atau sebarang analisis mengenai jawatan timbalan perdana menteri tidak harus dibincangkan secara umum walaupun memang diakui ada dibincangkan dalam mesyuarat parti. Hak pelantikan itu adalah hak perdana menteri.
"Mana-mana parti boleh meminta tetapi jauhkanlah daripada mendesak kerana kita harus menghormati kuasa yang ada di tangan perdana menteri," kata Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk selepas bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Kopi Atan Deris di Jeti Hutan Melintang di Bagan Datuk, hari ini.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dalam satu temu bual eksklusif bersama sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata isu jawatan timbalan perdana menteri untuk diisi pemimpin Umno akan dibangkitkan semula sebaik Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat selesai.
Ismail Sabri berkata pada masa ini tiada pemimpin Umno diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet, melainkan satu daripada empat jawatan menteri kanan yang disandang beliau, meskipun Umno memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional.
-Bernama
Tetiba Mail pulak yang kebulor..! Mail pulak yang ketagih..! Tak nampak pulak Mail sign mana mana surat menolak PN. Tak pulak keluar surat Mail sign sokongan kepada Al Juburi macam kat atas tu.
Ini namanya seni dwi lobang...asal ada jalan dia telan. Akhirnya tertelan kapor barus..! Ishhh..jangan cakap macam tu kat Presideng. Mr Presideng orang kashaf..! shaff..shaff..!
Betul? Lu Fikir La Sendiri..!