Sabtu, 8 Ogos 2009

Dunia...Dunia, Macam-Macam Khianat Ada...


Riuh SeMalaya apabila isu Pengkhianat disebut, Macamlah asing sangat bagi ahli politik pembangkang apabila dikaitkan sebagai Pengkhianat.

Macam-macam Khianat dan pengkhianat ada dalam dunia ini, memang menjadi sifat manusia tak mahu digelar pengkhianat tapi gerak dan kata serta budaya dan cara hidup mereka saling tak tumpah seperti pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan negara.

Khianat boleh berlaku dalam keluarga sekalipun apabila suami mengkhianati isteri tercinta dengan mengamalkan budaya seks sejenis dengan jantan lain, tak kah itu pengkhianat namanya? Mengkhianati curahan kasih dan sayang sang isteri...huhu kesian isteri tu!

Bagi seorang bapa juga boleh dianggap pengkhianat kepada amanah untuk membesar dan mendidik anak-anak apabila dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas salah laku yang tentunya memalukan mereka sebagai anak.

Khianat juga boleh wujud didalam diri seorang manusia yang diangkat sebagai pemimpin yang boleh melakon kan pelbagai watak seperti mambaca khutbah di waktu siang tapi di malam hari memenuhi nafsu sonsang dengan gejolak nafsu yang menjadikan iblis dan syaitan sebagai petunjuk jalan.

Khianat Ibu dan bapa kepada anak juga terjadi apabila membawa anak-anak mereka yang tidak memahami untuk turut serta berdemonstrasi di jalanan. Maka apabila tindakan pihak berkuasa keatas mereka dilaksana, dijadikan pula anak-anak mereka ini sebagai perisai dengan tangisan ketakutan mereka. Ibu bapa mereka ini sebenarnya berdosa kerana menjadikan anak sebagai alat untuk melampiaskan nafsu politik murahan ibu dan bapa. Apa punya mak bapak macam ni?

Dalam pada masa yang sama khianat sesama parti juga berlaku apabila cina-cina DAP hanya melihat akan keriangan pelacur-pelacur politik melayu berdemostrasi dengan percikkan asap pemedih mata dan semburan water canyon. Tak kah itu khianat perjuangan namanya?
Tapi apa nak heran sebab pengkhianat mengkhianati pengkhianat...!

Dikalangan Pelajar dan Mahasiswa juga tak kurang yang sedang berjinak-jinak menjadi pengkhianat tegar apabila engkar kepada arahan ibu-bapa, Pihak Pentadbiran dan Kerajaan apabila merelakan diri dilacurkan dan di tunggang atas ketaksuban politik yang sempit.

Khianat kepada rakyat terbanyak yang mahukan kedamaian serta peniaga yang ingin mencari rezeki apabila membuat kacau hingga menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat dan peluang perniagaan para peniaga.

Selain itu di Perak khianat terhadap kuasa Raja terus di palu agar Institusi yang menjaga agama, bangsa dan negara selama ini dihina. Sanggup sembah derhaka, Tak kah khianat namanya?

Tapi yang mengkhianati agama pun tak kurang juga apabila gelaran sebagai tok guru dalam semak yang lebih mengutamakan politik dari kebenaran agama ilahi demi kelangsungan politik lacuran. Membenarkan yang bathil, Membathilkan yang benar, mengeluarkan pelbagai 'fatwa' yang menjadi rujukan dan 'nas' kuda-kuda belang taksub hingga agama dijual dan digadai dengan harga yang begitu murah atas nama jihad yang jahat...nauzubillah!

Bagi bangsa cina dan india dalam pembangkang yang mengikut sejarah sebagai bangsa pendatang telah menjadi pengkhianat kepada keadilan, kebaikan, keterbukaan dan sifat mesra bangsa Melayu yang telah memberi mereka peluang untuk menjadi rakyat bumi bertuah ini dengan mengecapi hidup sama malah lebih baik dari bangsa 'tuan' tanah air ini.

Jadi apa yang pelik dengan khianat dan pengkhianat? Bukan kah mereka sendiri yang merelakan diri mereka menjadi pengkhianat?

Sejarah telah banyak mengajar manusia bahawa khianat dan pengkhianat telah lama wujud didalam dunia ini dan menyumbang kepada kejatuhan sebuah kuasa dan lenyapnya sesebuah negara dan empayar.

Bagi kita yang amat menyedari akan kesan bahayanya maka mari kita bersama-sama berganding bahu, bekerjasama, bersatu dan bersetia dalam apa jua perkara, bergerak dan bertindak dalam satu suara. Kerana apa? Kerana kita masih ada waktu dan kesempatan untuk me'nyah' kan pengaruh jahat ini dari subur didalam watan tercinta, kerana ini bangsa kita, ini agama kita dan ini tanah air kita.

Kita yang bertanggungjawab dalam membenteng agama, bangsa dan negara dari anasir jahat ini,
Baik dan buruknya kita lah yang mengatur, menggorak dan merasai nya... Selagi kita mengambil tanggung jawab ini maka tidak lah kita digelar anak cucu sebagai Pengkhianat!

Lu fikir la sendiri!

2 ulasan:

  1. SLM BRO...PENGKHIANAT MCM ANUWAR TAK LAYAK DIMAAFKAN LANGSUNG!!..MANUSIA MUKE SETAN GONDOL NI DH BYK BUAT SALAH DAHH. DH BYK TELANJUR!!. AKU TAK AKAN AMPUNKAN MANUSIA MCM DIA NI SAMPAI AKHIRAT SB PSL DIA LAH BANGSA AKU MERANA!..HARKK PTUIHH!!!

    BalasPadam