Jumaat, 31 Julai 2015

Kuasa Membeli Masa..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Denan Bikin Lawan Putih Mata..!


Bikin panas...!


CM Adenan dan Kerajaan BN Sarawak terus mengotakan janji kepada rakyat Sarawak dalam memastikan keselesaan dan kemudahan untuk rakyat Sarawak dilaksanakan.

Hari ini satu lagi projek mensejahterakan rakyat dilancarkan iaitu Projek Jambatan Long Lama di Miri yang telah disempurnakan oleh CM Adenan.




Projek yang menelan belanja RM115 juta ini akan memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dari aspek penjimatan masa dan keselamatan dan paling penting tiada lagi BAYARAN KHIDMAT FERI.

Dengan terbinanya jambatan ini nanti, maka projek-projek pembangunan di kawasan Long Lama akan bertambah yang akhirnya akan menguntungkan penduduk di kawasan tersebut.

Terima kasih CM Adenan, Terima Kasih Kerajaan BN Sarawak.

SEWAKTU SIDANG DUN LEPAS, PEMBANGKANG SARAWAK MENENTANG KELULUSAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. PARTI INIKAH YANG NAK DIHARAPKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB MASYARAKAT DI LUAR BANDAR.

FIKIR-FIKIRKANLAH. YANG MANA KACA, YANG MANA PERMATA. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahli Parlimen UMNO Gesa Najib Jelaskan..!


Makin ditarik...makin terbelit..! Dalam saat AG menyiasat isu panas 1Dunia ni tup tup... tertinggal bas..! Dalam sebok PAC meneliti dan menemuduga mereka yang terlibat dalam kemelut 1MDB tetiba di anugerahkan jawatan Menteri dan Timbalan...bukan sorang tapi 4..! Tak ke semua ni membangkit kecurigaan rakyat sedunia...!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa segera menjelaskan mengenai situasi siasatan 1 Malaysia Development (1MDB) oleh pasukan khas memandangkan pertukaran jawatan peguam negara iaitu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Ahli Parlimen Umno itu antara tetamu yang kelihatan berada di rumah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, gesaan tersebut dinyatakan kerana tidak mahu situasi di mana peguam negara digugurkan pada saat akhir penyiasatan syarikat bermasalah akan memberi gambaran negatif kepada kerajaan.
"Yang kita bimbang dari segi institusi apabila peguam negara digugurkan pada saat-saat akhir kerana kita tahu ada siasatan dan ia kini di peringkat akhir. Ini memberi gambaran negatif kepada kerajaan.
"Saya harap perdana menteri dapat jelaskan status siasatan pasukan khas mengenai 1MDB ini," katanya ketika ditemui di hadapan rumah bekas timbalan perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mengulas mengenai situasi berlaku terhadap badan tersebut apabila tiga daripada anggota dan termasuk pengerusi dilantik menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinet.
Katanya, buat masa kini, segala pelantikan ahli PAC baharu akan diputuskan oleh speaker dalam sesi Parlimen akan datang iaitu pada Oktober ini.
Dah ada jawapan pun...! itu kan hak mutlak seorang Perdana Menteri..! Tak gitu???
Lu FIkir La Sendiri!!!

Khamis, 30 Julai 2015

Najib Diminta Bercuti..!


Layan...


LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. “Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif  Negara,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.

Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.

Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.

“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya.

Apa kerja Ketua Pemuda ni..! jom pecat..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Kebenaran Mula Timbul..!


Akhir akhir ini semakin terdedah pelbagai perkara..! perkara yang cuba disembunyikan, dihilangkan, dimusnahkan dan yang sewaktu dengannya tidak akan mampu menentang kebenaran..!

Kebenaran tetap kebenaran..! hanya masa yang menentukan bila ianya akan 'berbicara'..!

Selagi belum mendengar pengesahan rasmi bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Le Reunion itu adalah milik MH370 – atau daripada pesawat Boeing 777 – adalah tidak mustahil bahawa penemuan itu adalah satu klu kepada pencarian pesawat yang hilang.
Kebanyakan pakar pengangkutan dan penerbangan, walaupun, menyatakan penemuan itu berkemungkinan besar adalah sebahagian daripada pesawat MH370, dan jika ianya benar, akan dapat menentukan keadaan sebenar nasib penumpang pesawat malang itu.
Bolehkan serpihan seperti itu bergerak sehingga ke timur Afrika?
Ahli Geologi Marin Universiti James Cook di Australia, Robin Beaman, tidak menolak kemungkinan objek besar mampu bergerak dalam jarak dan lingkungan yang luas di seluruh Lautan Hindi.
Katanya, tahun lalu seorang lelaki kehilangan sebuah bot di perairan barat Australia selepas terbalik ketika laut bergelora.
“Lapan bulan kemudian, bot itu muncul di perairan Pulau Mayotte di Perancis, barat Madagascar kira-kira 7,400 kilometer dari tempat ianya dilaporkan hilang.
“Saya tidak fikir kita perlu menolak andaian bahawa serpihan yang ditemui di Le Reunion adalah milik pesawat MH370,” katanya.
Beliau berkata, Lautan Hindi adalah terlalu luas, namun hakikatnya sebuah bot boleh bergerak sejauh itu dan dijumpai pula di bahagian lautan lain maka segalanya adalah kemungkinan.
Jika ia adalah daripada pesawat MH370, adakah ia akan membantu penemuan bangkai lain pesawat itu?
Semua pihak memahami bahawa selepas pesawat itu hilang, dan jika ada mana-mana serpihan yang terapung, arus Lautan Hindi akan menghanyutkannya ke perairan timur Afrika, kata pakar keselamatan penerbangan, John Goglia yang juga bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat.
“Tetapi, serpihan itu tidak banyak membantu dalam mengesan pergerakan arus lautan bagi mengenal pasti lokasi sebenar serpihan utama.
“Adalah amat sukar untuk mengatakan dengan pasti di mana sumber ini. Cuma yang dapat disahkan ialah pesawat itu berada di dalam air dan tidak dirampas atau mendarat di mana-mana tempat. Kita tidak pernah kehilangan pesawat 777 di mana-mana tempat lain sebelum ini,” katanya.
Adakah ia akan membantu mengenal pasti sebab kehilangan pesawat itu?
Jika bahagian serpihan yang ditemui itu adalah pesawat MH370, ia mampu memberi klu kepada penyiasat untuk cuba mengenal pasti punca pesawat itu hilang, kata Profesor Penerbangan Universiti New South Wales di Sydney, Australia.
Katanya, sifat kerosakan pada serpihan itu boleh membantu menunjukkan sama ada pesawat berkenaan pecah di udara atau ketika terkena air.
“Pakar biologi marin juga boleh membuat anggaran berapa lama serpihan itu berada di dalam air dengan mengkaji siput yang melekat padanya,” katanya. – Agensi
Kuasa Allah mengatasi kuasa yang diizinkan kepada hambanya..! Ingat la..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

Cakap Cakap Rakyat..!


Apa yang gelabah sangat..! apa yang di sebutkan diatas tu telah pun menjadi bahan umum yang di perkatakan oleh rakyat..! 

Soalnya sudah masuk minggu ke 3 sejak penyebaran berita ini tiada penafian pun yang dibuat..! Soalnya ada ke tidak duit tu masuk ke akaun peribadi Najib?

krik..krik..! krik..krik..! Takde jawapan..! Itu sebab ianya menambah keyakinan rakyat bahawa ianya berlaku..!

Soalnya kenapa tak nafi..! kenapa tak saman WSJ? kenapa segala drama yang di'lakunkan' seakan terhenti..!

Tapi bila rakyat dan pemimpin persoal marah..! Tak boleh pulak..! Begitu juga la dengan ucapan  Tan Sri Muhyiddin di Cheras, siapa yang mendengarnya pasti mengakui bahawa tiada yang salah pun dalam menyuarakan keresahan rakyat..! Kenapa gelabah? 

Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menasihati anggota parti agar menerima dan memahami mesej ucapan Timbalan Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat bahagiannya yang menyentuh 1MDB.

Katanya, apa yang disentuh oleh Muhyiddin dalam ucapannya bukan sahaja kegusaran tentang masa depan parti, ia juga merangkumi soal keyakinan anggota dan rakyat biasa terhadap Umno dalam pilihan raya umum ke-14.

“Sebagai anggota parti saya setuju pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin kalau isu 1MDB tidak diselesaikan maka ia akan menjadi liabiliti kepada Umno dan BN.

“Sepertimana kata Muhyiddin kalau melibatkan kewangan rakyat seringgit dua tidak mengapa dan kalau tidak ada 1MDB pun tak ada masalah.

“Tetapi isu 1MDB sudah menjadi isu bualan rakyat semua peringkat umur yang tidak mampu dibendung lagi. Kalau kita gagal selesai isu 1MDB ini bermakna kita letakkan masa depan Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang ke dalam situasi yang amat rapuh,” katanya.

Muhyiddin selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri semalam menegaskan beliau mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

Sementara itu, Syed Ali tidak melihat Muhyiddin cuba menekan atau mencabar mana-mana pihak apatah lagi mahu menggugat rasa kesetiaannya yang menebal kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya apa yang dilakukannya kerana mahu menyelamatkan masa depan parti.

“Saya mahu ingatkan anggota parti bila timbalan presiden Umno menyuarakan pandangan sedemikian bukanlah beliau mengambil pendekatan masuk gol ke gawang sendiri sebaliknya kerana kecintaan yang amat mendalam kepada institusi parti yang teruk dikecam dari dalam dan oleh pembangkang.

“Musuh-musuh Umno turut menjadikan isu kewangan ini sebagai modal politik dan menghina institusi parti kita,” katanya.

Baru kita sedar bahawa pemimpin UMNO yang menyuarakan keresahan dan kebimbangan rakyat adalah salah dan dianggap berdosa..! Itu sebab diambil tindakan..! GIla apa ni???

Lu FIkir La Sendiri!!!

Merdeka Yang Bermaruah..!


Nampaknya UMNO Bahagian Kluang yang di ketuai oleh YB Jais Sarday masih mempunyai nilai..! Bukan Nilai 3 di Somban tapi kualiti yang ada pada diri seseorang yang akhirnya diterjemahkan ke setiap unsur yang berkaitan dengannya. 

Dalam konteks ini, seorang Ketua Bahagian yang mempunyai nilai akhirnya berjaya membentuk ahli dan parti di kawasan nya juga turut mempunyai nilai..! Nilai ini la yang menjadi asas perjuangan yang telah berjaya UMNO amalkan sejak dulu namun semakin terhakis hari ini.

Pemimpin yang mempunyai nilai akan dihormati, parti disegani. Pemimpin sejati pasti mempunyai integriti..! Pemikirannya suci..! tindakannya terpuji..! Jauh sekali boleh dijual beli..! Menghambakan diri demi kelangsungan parti dan bukannya memperdagangkan parti untuk kepentingan peribadi..!

Masih ramai kah lagi pemimpin sebegini atau sudah boleh dibilang dengan jari?

Ramai yang mengaku merdeka tapi benar ke bermaruah???

Lu Fikir La Sendiri!!!


Rabu, 29 Julai 2015

Syabas Tan Sri Muhyiddin..!


Sebagai seorang pemimpin tulen..! pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara didepan melebihi kepentingan diri..!

Walau tidak lagi berjawatan didalam kerajaan beliau akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab yang masih beliau pikul sebagai Timbalan Presiden bersama sama Presiden yang menggugurkan beliau dan bersedia bekerja bersama sama demi kelangsungan parti..!

Hebat..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Cinabeng Jugak Yang Untung..!


Apa juga keadaan...nampaknya kaum cinabeng jugak la yang untung..! Ingat masa Mail Sabri ajak boikot produk cinabeng...apa yang apek sekor tu kata? 

Sanggup berganding bahu, berpegang tangan dengan komunis DAPig untuk menekan Mail..! siapa Mail? kan ke Menteri UMNO..! UMNO yang akhirnya meletakkan cinabeng ni di atas..!



Susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini ia menyaksikan pertambahan menteri daripada kaum Cina yang mewakili MCA.
Perkembangan terbaru ini menunjukkan pentadbiran Najib kini mempunyai tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri daripada MCA.
Mereka ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan; Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Ong Ka Chuan dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua.
Manakala yang dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Chong Sin Woon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan; Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan dan Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Presiden MCA, Liow Tiong Lai, berkata pihaknya berterima kasih atas pelantikan seorang lagi menteri penuh dan seorang timbalan menteri dalam kalangan kepimpinan MCA.
“Daripada persepsi MCA, pelantikan itu telah memenuhi kriteria dan kehendak masyarakat Cina di negara ini kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pendidikan mempunyai hubung kait dengan mereka.
“Dengan pelantikan ini juga, MCA akan terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memastikan pembangunan dan transformasi kerajaan dicapai,” katanya dalam entri bahasa Mandarin menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, seperti lapor Bernama.
Komited memberi khidmat terbaik? Sejauh ni betul ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Najib Mengundang Masaalah..!


Isunya ialah 1MDB..! Hanya kerana mempertahankan 1MDB Najib membuka ruang perpecahan parti dan menambah parah kebejatan politik tanahair..! Sehingga kini dilihat siapa jua yang memperkata, menyentuh dan mempertikai 1MDB seakan ianya menjadi musuh no1 Najib?

1MDB seakan untouchable..! tiada seorang pun yang berada didalam 1MDB di heret ke muka pengadilan..! tapi orang lain...despatch pun kena cekup..! Soalnya kenapa??? dan majoriti rakyat pula dah menggandai jawapannya..!

Rombakan semalam mengundang persepsi dan persoalan yang lebih besar..! tindakan tersebut tidak menyelesai masaalah..! 

Rupanya hasrat penangguhan 18 bulan pemilihan UMNO yang dikatakan mahu mencipta perpaduan dikalangan ahli parti diganggu gugat oleh pucuk pimpinan sendiri..! 

Masaalah yang ada tak berjawab malah Najib sebenarnya mengundang dan mencipta masaalah baru..!

Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor  merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata...

KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015.

1. Semasa YAB Perdana Menteri datang ke Johor pada 15 Mei 2015 yang lepas, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa Perdana Menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1MDB.

Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan dilakukan terhadap barisan kabinet, dan termasuk terpaksa menggugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Kita mendoakan barisan kabinet yang baharu dibentuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah.

2. Dalam pada itu, perlulah juga diambil peringatan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Timbalan Presiden Umno, dan diharap semua pihak terus menghormatinya. Di Johor, saya tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang telah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat Umno bahagian masing-masing. 

3. Saya berharap rakyat dan ahli-ahli Umno khususnya daripada Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk akhirnya menemui kebenaran.

Dikhuatiri juga tindakan tidak bijak Najib ini bakal membawa...


JOHOR BARU: The Prime Minister’s decision to drop his deputy will invite more harm than good for Umno, says its deputy permanent chairman Tan Sri Mohamad Aziz.
He said by replacing Tan Sri Muhyiddin Yassin with Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Najib Razak might create more trouble for Umno.
He questioned the wisdom of Najib’s move in reshuffling the Cabinet line-up by kicking out Muhyiddin and Umno vice-president Datuk Seri Shafie Apdal.
“This is not good at all for Umno where his action will soon destroy the party. If it happens we know who is to blame.
“I do not know what kind of advice Najib received but now he must live with the consequences,” he said when contacted yesterday.
Mohamad, who is the Johor state Speaker and an Umno member for 50 years, said Najib should not have taken such drastic action against Muhyiddin and Shafie, even though it was his prerogative to do so.
Mohamad reminded Najib that just as Muhyiddin and Shafie were there due to the support from the grassroots, so was he in his position as the party president.
He stressed that Muhyiddin’s action in voicing out his worry about the problems caused by the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) controversy was not against the Government or the party.
“Was it wrong for an Umno deputy president to talk about an issue that has been worrying the rakyat? Najib should know what is more important – 1MDB or the survival of Umno,” he added.
Mohamad said with the current problems faced by the Opposition, Umno should have grabbed the opportunity to grow stronger, but instead it was mired in problems because of 1MDB.
“1MDB has caused havoc within the party and frankly it is quite sad to see what is happening in Umno,” he said.
Umno Bukit Serampang assemblyman Ismail Mohamed, who is also Johor Agriculture and Agro-Based Industry Committee chairman, also expressed disappointment over the development.
He said he was saddened by the drastic decision taken by Najib.
Orang luar pun mengutip berita ini dengan sinis mengaitkan Najib dengan skandal 1MDB..

Malaysia PM Najib Razak sacks deputy over 1MDB scandal

  • 28 July 2015
  •  
  • From the section Asia

Malaysian PM Najib Razak (July 2015)
Najib Razak has vehemently denied wrongdoing over the scandal

Malaysia's Prime Minister Najib Razak has replaced his deputy amid a continuing financial scandal.
Muhyiddin Yassin had criticised Mr Najib's handling of allegations surrounding a state investment fund.
Mr Najib has denied allegations that nearly $700m (£450m) were transferred to his personal bank accounts from the 1MDB fund, which he set up in 2009.
Attorney General Abdul Gani Patail, who led the investigation into the scandal, was also replaced, said state media. 
The statement carried by the Bernama news agency said his dismissal was on health grounds. 
The BBC's Jennifer Pak in Kuala Lumpur says that with these latest developments, Malaysians have doubts about whether the truth of the scandal will come out.
Though Mr Najib appears to have bought himself some time, there is continuing pressure and he still faces a lot of questions from opposition parties as well as from within his own party, the United Malays National Organisation (Umno), says our correspondent. 

Grey line

Buying time? By Jennifer Pak, BBC News, Kuala Lumpur


Akai ada ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 28 Julai 2015

Pecat Ghani Tak Sah..!


Apa cerita? kenapa tergesa gesa? kan Gani ada lagi kontrak 3 bulan..? Ada percanggahan ker?

[PEMECATAN GANI PATAIL TIDAK SAH] Artikel 145(1), (6) & 125(3) Perlembagaan Persekutuan Menyatakan TIDAK BOLEH PECAT kecuali AGONG Tubuh TRIBUNAL


NEGARA dikejutkan dengan berita penamatan perkhidmatan (pemecatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkuat kuasa semalam, 27/7/2015). Manakala Tan Sri Apandi Ali (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Gani Patail, sebagaimana laporan berita online, dilaporkan sebagai tidak mengetahui mengenai pemecatan tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Perkara yang jelas, pemecatan Tan Sri Gani Patail adalah langkah terburu-buru serta bercanggah dengan perlembagaan. Berdasarkan penelitian terhadap peruntukan Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan, kedudukan dan status Peguam Negara adalah sama taraf dengan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Peguam Negara tidak boleh dipecat melainkan berdasarkan sebab-sebab dan kaedah-kaedah yang sama sebagaimana pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan [..shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court].

Manakala Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan dalam bab pemecatan Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan boleh dipecat - apabila terdapatnya representasi daripada Perdana Menteri, atau daripada Ketua Hakim Negara selepas berbincang dengan Perdana Menteri, kepada Agong.

Maka dalam keadaan sedemikian Agong hendaklah menubuhkan satu tribunal untuk merujuk representasi tersebut kepada tribunal, dan bolehlah selepas menerima rekomendasi tribunal tersebut, untuk memecat Hakim (Peguam Negara) daripada jawatannya.

Secara umumnya sesuatu tribunal ditubuhkan untuk membicarakan isu perlanggaran kod etika dan masalah kesihatan. Anehnya dalam kes Tan Sri Gani Patail, tiada apa-apa tribunal ditubuhkan, bahkan Tan Sri Gani Patail sendiri mengakui beliau tidak tahu menahu tentang pemecatan sehinggalah dimaklumkan sedemikian.

Justeru, walaupun kita mungkin tidak mengenali atau menyukai Tan Sri Gani Patail atas sebarang sebab sekali pun, pemecatan Tan Sri Gani Patail adalah merupakan satu bentuk pencabulan Perlembagaan yang perlu dikecam.

Pencabulan Perlembagaan dan penafian hak untuk dibicarakan (oleh tribunal) terhadap individu bernama Tan Sri Gani Patail ini, memburukkan lagi pencabulan amanah rakyat serta krisis kepercayaan yang sedang melanda negara. Pemecatan Peguam Negara yang bercanggah dengan Perlembagaan ini akan terus mengaibkan negara, di kala negara sedang lemas dengan skandal 1MDB.

Penulis ialah Pengarah, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lu Fikir La Sendiri!!!

Episod Baru Bermula..!


Apakah permasalahan yang berbangkit selama ini selesai?

Dunia belum kiamat..!

Tunggu..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. 
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. 
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri. 
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha. 
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. 
Kepada Allah saya berserah. 

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Krik..krik..! Krik..krik..!



ermmm..... Semoga keyakinan rakyat tidak goyah kepada mereka dan Institusi yang mereka wakili..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Asri Wababi Semakin Sesat..!


Kesesatan apa ni? kecelaruan apa lagi yang mahu dipasak ke akal dan dada umat Islam? Inikan kehendak NGO Kristian? Inikan kehendak bAmbiga dan sekutunya yang menyokong murtad..! 

Kali ini datang pulak seruan dari seorang yang bergelar mufti yang membenarkan seseorang anak yang putih bersih boleh dan mampu serta bakal terjebak dan tergelincir didalam kesesatan akidah..! 

Bagaimana si wababi boleh mengandaikan jika ibu bapa kapir yang membela anak itu tidak mendekatkan anak mereka kepada anutan sesat mereka?

Ini  bukan isu boleh pegang anjing..! bukan isu fitnah jet dan kapal terbang..! bukan isu politik..!

Ini isu akidah..! Isu akidah bukan isu remeh..! Akidah adalah isu asas..! isu hidup dan mati..!

Umat Islam Perlis ada akal tak ni???

Baca...

Tiada nas yang melarang? Boleh plak guna alasan ni? Yaqozhoh pun tiada nas dalam Quran dan Hadith yang melarang? Kenapa dihukum bathil dan sesat? Malah ada hadith sahih yang menyebut tentang akan berlakunya melihat Nabi secara jaga, secara Yaqozhoh??? ... Selawat selang2 taraawih pun tiada nas dalam Quran dan Hadith yang melarang? Kenapa dilabelkan sebagai bid'ah dholaalah sedangkan ada perintah umum (boleh dilakukan pada bila2 masa) di dalam Al-Quran dan Hadith supaya berselawat...??? Ziarah kubur pada hari raya tiada nas di dalam Quran dan Hadith melarang? Kenapa dilarang konon2nya mengikut amalan orang2 Yahudi dan Nasrani? Sedangkan ada perintah umum (boleh dilakukan pada bila2 masa) daripada RasuululLaah SAW supaya dilakukan ziarah kubur...??? 
Sumber hukum dalam Islam ni Quran dan Hadith sahaja kah? Mana pi Ijmak? Mana pi Qiyas? Mana pi Sadd zari'ah?! 
Kalau ada khilaf sekalipun di kalangan para fuqaha, fatwa rasmi pihak yang diamanahkan untuk berfatwa sepatutnya mengambil kira kemaslahatan umat Islam dan kebersihan akidah kanak2 yang menjadi perebutan lebih2 lagi di dalam suasana semasa di mana mendidik anak2 di zaman kita ini agar istiqamah di atas agama Islam merupakan satu cabaran yang sangat besar dan rumit hatta kepada ibubapa yang beragama Islam, apatah lagi sekiranya ibubapa yang tidak beriman kepada kebenaran agama Islam.
Kenapa faktor2 ini tidak diambil kira sebelum mengeluarkan fatwa? Adakah oleh kerana bimbang nanti dikatakan orang nampak konservatif, kolot, style lama dan tidak progresif? 
Surah Al-Araf, Ayat 146:
سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم 
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Cuba perhatikan ayat2 Al-Quran dan Hadith, "biaq ada akai" kata orang utara 
👇

Surah Al-Baqara, Ayat 221:

وَلَا تَنكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ وَلَأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلَا تُنكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَٰئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
Berkahwin pun dilarang kerana membawa kepada kekufuran sedangkan suami biasanya lebih mempengaruhi sikap dan pegangan seorang isteri dan isteri pula merupakan orang dewasa yang umumnya ada kemampuan berfikir sendiri, inikan pula kanak2 diberi kepada ibu atau bapa yang kafir? Tidakkah itu lebih aula membawa kepada kekufuran dan neraka? Jelas ibubapa berperanan mempengaruhi agama dan pegangan anak2. Di dalam hadith sahih riwayat Imam Al-Bukhari antara lain disebutkan
ما من مولود إلا يولد على الفطرة ، فأبواه يهودانه ، أو ينصرانه ، أو يمجسانه
Tiada daripada anak itu melainkan dilahirkan di atas fitrah (Islam), lalu kedua2 ibubapanya lah menyebabkan dia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi
إنا لله وإنا إليه راجعون... 
Benarlah sabda baginda:
إذا وُسِّد الأمرُ إلى غيرِ أهلِه فانتظِرِ الساعةَ
Apabila disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka tunggu lah saat kebiasaan (hari kiamat)

Kenapa terus membiarkan kitol dan mandaliar bermaharajalela membuka dinding dinding pemisah antara hitam dan putih, benar dan batil dan yang lebih bahaya antara tauhid yang suci dan kesesatan ummah..!

Sampai bila nak dibiarkan?

Lu Fikir La Sendiri!!!