Jumaat, 18 Januari 2019

Roh & Semangat Perkara 153 Sebenarnya Sedang Di Hilangkan..!


Walaupun ratifikasi ICERD tidak lagi ditandatangani namun usaha untuk mengurang dan menutup segala yang menjadi hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera sedang dihilangkan secara perlahan lahan..! Halus...!

Baca kupasan ni..

Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengakui atau menafikan segera terhadap isu yang tular mendakwa sebanyak 10 pejabat Majlis Amanah Raya (Mara) akan di tutup di seluruh negara...

Jutaan rakyat negara ini menunggu penjelasan daripada Datuk Seri Rina Harun sama ada berita itu benar atau palsu...



Hasil maklumat dalaman daripada mereka yang sayangkan masa depan MARA dan kepentingan serta aset-aset MARA, akan berlaku penutupan besar2an pejabat2 MARA di 7 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor, dan Terengganu...

Pejabat2 MARA yang akan di tutup adalah seperti berikut :

Kedah

Pejabat MARA Daerah Pokok Sena
Pejabat MARA Bandar Baru

Pulau Pinang

• Pejabat MARA Daerah Seberang Prai Selatan / Tengah

Perak

• Pejabat MARA Daerah Lenggong

Pahang

• Pejabat MARA Daerah Cameron Highland

Selangor

• Pejabat MARA Daerah Kuala Selangor
• Pejabat MARA Kuala Langat

Johor

• Pejabat MARA Daerah Tangkak
• Pejabat MARA Daerah Kulai

Terengganu

• Pejabat MARA Daerah Kuala Nerus

Sekiranya perkara itu benar, masyarakat Melayu mesti bangkit dan mendesak agar pihak kerajaan tidak melaksanakannya demi kepentingan kaum Bumiputera di negara ini...

Masyarakat Melayu mesti pertahankan kerana MARA di tubuhkan sebagai ganti pemberian kerakyatan kepada imigran pada 1951 oleh Raja  Raja... 

Mara di tubuhkan dengan Akta RIDA/MARA pada 1953 dan 1966 di bawah peruntukan  Perkara 153 kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera...

Mara di tubuhkan bagi menjaga kepentingan bumiputera tanpa mengira fahaman politik...

Keutamaan Mara bukan sahaja daripada segi pendidikan, malah membantu ekonomi bumiputera untuk berdaya saing dalam landskap negara...

Satu gerakan melawan usaha menutup MARA mesti di lakukan...

Agenda Siapa Sebenarnya?


Kepentingan orang2 Melayu akan lebih terjaga pada era kerajaan Pakatan Harapan kata pemimpin PPBM...

Dengar boleh, percaya jangan... 

Hakikat sebenar sekarang ni, satu demi satu kepentingan masyarakat Melayu Islam di kacau, di ganggu dan satu demi satu akan di tutup...

Apakah rancangan menutup 10 pejabat MARA di seluruh negara adalah agenda DAP sahaja?


Atau sememangnya ianya menjadi idaman Dr. Mahathir dari dulu lagi?

Tak perlu kita membuang masa mencari sama ada ianya agenda DAP sahaja atau agenda bersama Dr. Mahathir dan DAP...


Tolonglah bangkit wahai masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Cukup2lah dengan persengketaan yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat kita...

KITA KINI SEDANG DI JAJAH!!!

HARTA NENEK MOYANG KITA SEDANG DI JARAH!!!


Kita dah tak boleh nak mengharapkan ahli2 politik Melayu di dalam kerajaan untuk membela nasib bangsa kita walau pun secara zahirnya memang mereka sebangsa dengan kita...

Namun roh bangsa yang ada pada mereka sudah lama mati kerana tamakkan kuasa, harta dan dunia...

Dengan penyatuan masyarakat Melayu Islam yang akan dapat menyelamatkan harta, harga diri dan maruah bangsa Melayu di tanah air sendiri...


Lu Fikir La Sendiri..!

Reti Minta Maaf..!


Dah hancur jahanam..!

CEO Goldman Sachs mohon maaf kepada Malaysia

BENGALURU: Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon, semalam memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner, dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bagaimanapun, menurut bank berkenaan, pihaknya sudah melakukan proses ketekunan wajar (due diligence) sebelum setiap transaksi dibuat.
Goldman kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) di atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang mengumpulkan AS$6.5 bilion (RM26.70 bilion) untuk 1MDB.
Pendakwa raya AS pada tahun lalu mendakwa, dua bekas pegawai Goldman mencuri berbilion ringgit dari 1MDB.
Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk penggubahan wang dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.
“Sangat jelas bahawa rakyat Malaysia telah ditipu oleh banyak individu, termasuk anggota tertinggi kerajaan terdahulu,” kata Solomon dalam sidang membincangkan keputusan suku keempat bank berkenaan.
Solomon berkata, bahawa Leissner menafikan pembabitan mana-mana pengantara Goldman dalam transaksi dengan 1MDB.
Seorang peguam yang mewakili Leissner bagaimanapun masih belum bersedia untuk mengulas sebarang komen.
Roger Ng, antara bekas pegawai bank Goldman yang didakwa, ditahan di Malaysia atas permintaan pihak berkuasa AS dan dijangka akan diekstradisi, demikian menurut John Marzulli, jurucakap bagi pihak pendakwaan.
DOJ sebelum ini menyatakan bahawa sejumlah AS$4.5 bilion (RM18.49 bilion) sudah disalahgunakan oleh pegawai tinggi dana itu dan rakan-rakan sekutu mereka antara 2009 dan 2014.
Sebagai sebahagian daripada urusan kewajaran (due diligence) Goldman, Solomon berkata, bank itu meminta dan menerima jaminan bertulis daripada 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) bahawa tidak ada pihak ketiga yang terbabit dalam penjualan dua bon pertama.
IPIC Abu Dhabi sudah menjamin bon 1MDB apabila ia dikeluarkan pada 2012.
Dalam tawaran akhir, katanya, kerajaan Malaysia sendiri, bersama dengan 1MDB, membuat representasi bahawa tiada perantara yang terbabit
"Semua representasi kepada Goldman Sachs ini, terbukti salah," kata Solomon.
Goldman Sachs tidak mendedahkan apa-apa maklumat lain mengenai pembabitannya dengan 1MDB, tetapi berkata impak kepada francais pelanggannya adalah "de minimis."
Saham bank berkenaan, yang melaporkan keputusan suku keempat yang kukuh pada dagangan awal, jatuh lebih 25 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir, selepas muncul berita mengenai pembabitannya dengan dana itu.
Kerajaan Malaysia berkata, pada Disember ia menuntut ganti rugi sebanyak AS$7.5 bilion (RM30.81 bilion) daripada Goldman berhubung urusannya dengan 1MDB. - REUTERS
Sekurang kurang si kapir laknat ni reti minta maap..!
Si lahanat pulak?
Lu Fikir La Sendiri..!

Khamis, 17 Januari 2019

Apa Sebenarnya..!


Nampaknya dari semalam ada pengikut Wak dan yang sekutu dengannya terpekik terlolong seakan tersampuk polong apabila melihat gambar di atas tu..!

Bagi geng geng pengabih beras@lobang hidung seperti mana yang disebut oleh Najib seperti tidak dapat menerima pertemuan 4 orang bekas dan pemimpin UMNO itu.

Setengah dari mereka langsung tidak dapat menerima Hishammuddin ada didalam pertemuan tersebut.

Jelasnya mereka yang mengutuk dan membantah kerana takut 'tokey dedak' mereka tidak lagi berperanan utama dalam menggerakkan parti.

Bagi mereka jika Hishammuddin diberikan peranan maka 'dedak' untuk dinikmati akan buntu..! 

Mereka yang meraung raung dan berdarah hidung kembang kuncup inilah sebenarnya yang Najib maksudkan sebagai pengabih beras.

Mereka hidup dalam 'krisis'. Mereka hidup dengan mengambil kesempatan didalam kesempitan. Mereka tidak akan senang jika UMNO semakin tidak bergelora jauh lagi jika UMNO aman, damai dan terus kuat diterima ahli dan rakyat..!

UMNO hebat dan cemerlang akan menyebabkan mereka tidak dapat mencari makan..! Mereka ini bukan pejuang parti tapi lebih kepada parasit yang menghinggapi UMNO dek kerana adanya beberapa orang pemimpin yang berkepentingan diri dan puak mereka semata. 

Adanya beberapa kerat pemimpin UMNO yang sememangnya lemah dan gagal berfungsi namun mahu di lihat hebat dan berjaya dengan mewujudkan pemakan pemakan dedak yang tugasnya hanya menjadi penjilat dan pembela pemimpin mereka agar di lihat hebat di dalam media massa. Hakikatnya..hampeh..! ngabih kan beras..!

Tentunya ada perkara pokok dan penting dalam pertemua di atas. Biarlah mereka berunding dan menemukan jalan terbaik agar UMNO terus kuat dan di terima rakyat bagi mempastikan agenda pembangunan negara bangsa dapat dikekal, diterus dan dijayakan bagi merampas kembali kuasa yang terlepas ke tangan DAPig..!

Musuh UMNO yang sebenar benarnya ialah mereka yang seperti Lobakman, geng lobang idung dan yang sekutu dengannya yang hanya mahu melihat UMNO lemah dan berseteru sesama sendiri. 

Bagi mereka, bos dan puak mereka lebih utama dari parti..! Itulah musuh UMNO yang utama..! Sebab tu dari semalam ada yang tergaru garu tak gatal yer..! Kenapa?

Lu Fikir La Sendiri..!

Cari Bangsat Ni..!


Jika betul ada penyelewengan..!
Cari siapa juga yang terlibat..!

Dari pihak Menteri, KSU, TKSUB, SUB dan macai macai hinggalah pihak syarikat yang memperolehi tender tu..!

'Baju bomba palsu': SPRM minta bantuan forensik firma UK

SPRM sedang dalam proses untuk menentukan jika 6,000 baju kalis api bernilai RM13.5 juta yang dibeli Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada 2016 merupakan barang palsu.
Menurut sumber, suruhanjaya itu menerima maklumat bahawa pakaian memadam kebakaran itu tidak dibuat pengilang yang berpengkalan di United Kingdom.
Ini kerana perolehan baju kalis api itu didakwa berasal dari sana, kata sumber.
"SPRM cuba mendapatkan (syarikat) di UK untuk melakukan (analisis) forensik .
"Kita perlu melakukan perbandingan (antara baju yang dibekalkan oleh pengilang dan baju yang diterima oleh jabatan).
"Ini kerana ada tuntutan bahawa pakaian itu tidak dibekalkan (oleh pengilang)," kata sumber kepada Malaysiakini.
Tak selamat, tak patuh piawaian
Sumber itu mengulas mengenai SPRM sedang mengusahakan kerjasama dengan UK melalui perjanjian antarabangsa, Bantuan Perundangan Bersama (MLA) 
Semalam, dilaporkan bahawa SPRM telah merampas baju tersebut pada tahun 2017.
Rampasan itu dibuat selepas Jabatan Kimia mendedahkan bahawa pakaian itu tidak selamat dan tidak mematuhi piawaian Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pemeriksaan Malaysiakini terhadap senarai keputusan tender oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2016 mendapati hanya satu syarikat yang dianugerahkan projek itu untuk membekalkan pakaian kalis api bomba tahun itu.
Ia menyatakan bahawa kementerian membuat keputusan dalam satu mesyuarat pada 10 Jun 2016, untuk menyerahkan projek itu kepada syarikat persendirian swasta, yang alamatnya berdaftar di Cheras, Kuala Lumpur.
Jumlah tepat untuk tender bekalan itu adalah RM13,590,000, atau RM2,265 bagi setiap unit pakaian.
Soal nyawa dibuat main main..!
Pastikan diheret ke muka pengadilan..! Kita tengok nyawa siapa yang nak sangat main tu..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Rabu, 16 Januari 2019

U - Turn..!


Kalau 6 ekor ni nak balik kepada UMNO, terima ajer la..! Kerana yang penting ialah jumlah kerusi yang dimiliki oleh parti..! ahli UMNO pulak jangan lebih sudu dari kuah..! 

Mereka balik semula ke UMNO sebagai prebet..! Mereka tidak perlu lagi mengetuai bahagian yang telah pun mereka tinggalkan..! Tentu di bahagian tidak mempunyai masaalah..! 

MT kena cerdik..! Politik ialah nombor..! Bilangan banyak la yang menang..!

Takkan tak reti lagi..!

Atau dah kena penyakit lobakman..!

Lu Fikir La Sendiri..!


Zuraidah Ludah Anwar ?


Dulu, masa bang Non di dalam..bukan main mereka semua menyalakan lilin dibalik tembok..! rela berpanas terik, berhujan water cannon..! 

Namun apabila bang Non dah keluar penjara, dah jadi Ahli Parlimen, dah jadi Presiden Pigayaarr dansudah pun dinamakan sebagai calon PM dalam tempoh 2 tahun..lain pulak jadinya..!

Kenapa?

Zuraida: Saya berhak keluarkan pandangan

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin menafikan artikelnya yang diterbitkan Utusan Malaysia dua hari lalu merujuk kepada parti atau presiden parti itu, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia hanya merupakan 'pandangan umum' yang tidak merujuk kepada mana-mana parti politik mahupun pemimpin.
"Saya tak ada menuduh PKR kerana sebagai seorang ahli politik, sebagai warganegara Malaysia, saya berhak untuk keluarkan pandangan dan apakah visi saya.
"Jadi ini adalah visi politik untuk masa depan, jadi tidak semestinya menuding, menuju kepada sebuah parti tertentu, so pada saya pengamatan saya kepada keseluruhannya, pada amnya," katanya ketika ditemui di seminar politik di Petaling Jaya hari ini.
Pada 13 Jan, Zuraida dalam artikel di Utusan Malaysia berkata pelantikan mereka yang kalah oleh "parti -parti tertentu” nyata tidak menghormati hasrat akar umbi dan merupakan pengkhianatan kepada demokrasi
Beliau berkata perlembagaan parti itu membenarkan presidennya membuat keputusan mengenai perlantikan tertentu, tetapi ia perlu dilakukan melalui rundingan.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti politik atau pemimpin, pandangannya dilihat sebagai serangan terhadap Anwar.
Zuraida bagaimanapun berkata media sendiri menyimpulkan bahawa beliau merujuk kepada Anwar.
Perbalahan antara kumpulan timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan naib presiden Rafizi Ramli dilihat semakin ketara sejak pemilihan parti itu pada November 2018.
Selepas pemilihan parti yang rata-ratanya dimenangi kumpulan Azmin, Anwar melantik Rafizi dan Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai naib presiden parti dan setiausaha agung.
Anwar juga memilih anggota majlis kepimpinan pusat (MPP) parti itu dan melantik 14 pengerusi PKR negeri.
Sebahagian daripada mereka yang dipilih dalam MPP tidak bertanding pada pemilihan lalu atau kalah di peringkat MPP atau peringkat cabang.
Manakala ada pula yang dilantik menerajui PKR negeri adalah individu yang dianggap masih muda.
Zuraida dalam artikelnya menyatakan pelantikan itu dibuat oleh mereka yang mengkhianati demokrasi dan takut akan kalah.
PKR tertubuh pun kerana mahu melepaskan Anwar dari penjara..! Sekarang Anwar dah keluar..! makanya mereka berlumba lumba mahu menghapuskan PKR..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri..!

Selasa, 15 Januari 2019

Mano Tertelan Kapur Barus..!


Basah beb kena kencing..! mana boleh tahan..!


Pengundi bukan bodoh beb..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Rakyat Semakin Kecewa..!


Siakap senohong gelama ikan duri, 
Bercakap bohong lama lama jadi Menteri..!

Tak gitu?

Ramai pihak kecewa dengan 8 bulan pertama pentadbiran PH, kata penganalisis


Pemerhati politik Malaysia Bridget Welsh hari ini berkata terdapat kekecewaan umum berhubung prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas lapan bulan gabungan itu mengambil alih kerajaan pusat.
Jelas Welsh, dengan isu hubungan kaum terus menjadi latar politik Malaysia, PH secara tidak langsung telah meminggirkan penyokongnya.
"Presiden AS Donald Trump bergantung kepada penyokong terasnya untuk terus berkuasa, dan kita tidak menyaksikan perkara seumpamanya di Malaysia.
"Semua pihak boleh dikatakan kecewa," kata Welsh pada forum yang diadakan sebagai sebahagian pengisian program 'Membina Malaysia Baru: Agenda dan Aspirasi' anjuran Help University.
Welsh turut menyamakan Malaysia dengan keadaan semasa di Myanmar yang menurutnya menyaksikan agenda pembaharuan demokrasi berjalan perlahan dan hampir terbantut.
Welsh, yang menggambarkan prestasi semasa PH sebagai membimbangkan, mengaitkan kekecewaan orang ramai dengan pendekatan PH yang menurutnya cuba meningkatkan perwakilan Melayu di parlimen.
Selain itu, Welsh juga menggesa agar isu kepimpinan dan peralihan kuasa dari Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim segera diselesaikan.
"Kita ada persaingan kuasa berlaku berhubung peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar.
"Ia disemarakkan oleh penyokong kedua-dua pemimpin ini.
"Ia merupakan kesan rasa tidak percaya antara kedua-dua pihak dalam sistem dan ia sebenarnya menyebabkan negara tidak stabil," katanya.
Macam mana nak percaya..! Anwar kaki tikam belakang..!
Bukan tak percaya..! CURIGA..!
wakakaka
Hakikatnya, lembu dengan lembu bergaduh yang rosak rumput..! 
Rakyat dapat untung apa?
Lu Fikir La Sendiri..!

Kong Kalikong = Kangkong..!


Dulu bukan main kata macam macam pada BN..! hakikatnya?

'Bantuan pada New Era, jangan banding era BN'

Pakatan Harapan tidak perlu membandingkan pemberian peruntukan khas kepada Kolej Universiti New Era dengan amalan di era BN, kata Pemuda Gagasan Sejahtera.
“Kenyataan media sebegini jelas menunjukkan sikap kebudak-budakan yang terus menjustifikasikan apa jua perkara yang dibuat oleh kerajaan PH dengan amalan terdahulu yang dilakukan oleh kerajaan BN.

“Di manakan semangat Malaysia Baru yang dicanang pemimpin Pakatan Harapan?

“Sikap sebegini bakal menyebabkan rakyat mual dan muak sehingga menghukum mereka dalam pilihan raya akan datang,” kata timbalan ketuanya Shahir Adnan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam menegaskan peruntukan yang diberikan kepada New Era diberikan Kementerian Kewangan, bukan KPM.
KPM berkata mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kolej swasta daripada dana yang disediakan kepadanya melalui Belanjawan 2019.
KPM juga membangkitkan kerajaan BN juga pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kutar) yang bukan universiti awam, antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018,
Sebelum ini, anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempersoal bantuan kepada kolej swasta.
Dalam kenyataan hari ini, Shahir yang juga Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia berkata menggesa kerajaan telus dan memberikan penjelasan secepat mungkin.
“Ini bukan isu perkauman, tetapi isu good governance di mana rakyat mahukan kerajaan yang telus.
“Bagaimanakah Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas secara terus, di saat rakyat dicanang bahawa kewangan kerajaan berada di dalam keadaan tenat dek skandal 1MDB?” soalnya.
Katanya, New Era berada bawah kelolaan Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad.
Dong Jiao Zong, katanya, merupakan suara kepada pendidikan Cina yang mahu mempromosi dan membangunkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia.

“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia berpandangan bahawa perpaduan kaum seharusnya bermula daripada peringkat sekolah. 
“Apabila diasingkan aliran-aliran sekolah, terutama sekolah persendirian Cina, yang tidak mengguna-pakai seratus-peratus kurikulum bawah Kementerian Pendidikan, maka anak-anak Malaysia akan berpecah belah, sejak di bangku sekolah,” katanya.
Cer tanya Tun M..apa jadi kepada cadangan sekolah wawasan? Dah jadi sekolah was was kan..! ke?
Waswas?
Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 14 Januari 2019

Agong ~ Majlis Raja Raja Akan Tentukan..!


Kedudukan tinggi..!
Permainan pun tinggi..!

Sultan Pahang: Terpulang pada Majlis Raja-raja untuk pilih Agong

Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 demi kebaikan negara.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kemungkinan baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pelantikan sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam.
"Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudahpun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, barulah kita faham apa yang saya maksudkan," titah baginda.
Surah Yasin ayat 82: Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun. Ertinya, Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.
Sultan Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memfokuskan kepada soal pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang pada 15 Jan ini.
"Saya akan fikir apakah yang harus saya buat selepas itu," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat subuh di Masjid Imam Syafie, Kota SAS, di Kuantan hari ini.
Serba serbi tinggi..! Itu yang kesan mendalam kalau tetiba kena ke bawah..! ye tak?
Lu Fikir La Sendiri..!