Selasa, 17 Mei 2016

Untuk Wakil Rakyat Yang Bertelur Sahaja..!


Layan...

UMNO DAN NAJIB.

Wahai Wakil Rakyat UMNO,

Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej UMNO dan imej negara?

Jika tidak sedar saya perturunkan disini sedikit sahaja dari salahlaku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.
a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM 42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.

b)Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.

c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah dimana wang ini berada.

d)Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.

e)Agensi-agensi Kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.

f)Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD 7 billion dalam pengurusan 1MDB.

g)Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.

h)Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

i)Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

j)Mesyuarat agong UMNO tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.

k)Jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli UMNO hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. UMNO tidak ada suara lagi.

Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sri Najib.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

UMNO ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi Negara maju.

Tetapi hari ini nama UMNO sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu didalam negara.

Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.

Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat UMNO. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.

Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?

Segala yang merosakkan UMNO dilakukan oleh Dato Sri Najib.
Selagi ia menjadi Perdana Menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.

Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.

Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah UMNO dan BN akan kalah dalam PRU 14.

Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan UMNO dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam UMNO. UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib. Dan ahli serta pemimpin UMNO yang menyokong parti Najib ini mengkhianati UMNO, bangsa, negara dan agama. Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya UMNO dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.


Jangan diheret diri kearah kebinasaan..!
Insaf la..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Yang bertelur pun, kalau telur nya tembelang, apa guna nya.

    Kasi Rosy aje le.

    BalasPadam
  2. Begitulah..realitinya masing2 jaga perut mereka saja..kalau lwn takut hilang jawatan..perlu ada gerakan yg keras untuk lwn mohd najib..nk tunggu pru lama sgt..

    BalasPadam
  3. Coretan TM adalah satu pandangan yang boleh di nilai dari berbagai perspektif. Terserah kepada pembaca untuk menilainya. Jika ianya di lihat dari perspektif negetif maka negetif lah ulasannya. jika positif..maka positif lah ulasannya. Sebagai rakyat malaysia, saya melihatnya sebagai satu amaran kepada parti pemerintah dan wakil wakil rakyat yang di pilih untuk menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. HARUS DI INGAT!!..segalanya akan di tanya nanti.

    Wallah huaklam

    BalasPadam
  4. CHEDET LUPA TULIS LAST TU..MAKA YG BERHORMATLAH LANTIKLAH BOBOI SEBAGAI PM BG MENERUSKAN GENERASI SY KIKIKIKIKI

    BalasPadam
    Balasan
    1. 402 PTG.. ngko pun lupa tulis last dalam komen ngko tu..'sekian ulasan dari pemakan dedak pengulum telo najib penyamun'..

      Padam
    2. Itu lah yang saya maksudkan..Jika ianya di lihat dari perspektif negetif maka negetif lah ulasannya. jika positif..maka positif lah ulasannya..dan dari ulasan pembaca kita dapat menilai dan mengetahui tahap pemikiran seseorang.

      Wallah huaklam

      Padam
  5. Andaikata tulisanku ini dibaca oleh DS Najib...Mohon berundurlah demi survival orang melayu,UMNO dan kerajaan BN...DS tidak AMANAH dapat melaksanakan tanggungjawap sebagai PM bila mana wang masuk ke AKAUN PERIBADI DS,DS hanya senyap, tetapi berbelanja wang tersebut di HAWAII serta bermain GOLF dengan Obama takala negara dilanda musibah...

    DS dalam hujah dengan Tun Dr. Ling mengaku terima wang tersebut dan kini tersebar kebenaran yang mana wang itu sebenar-benarnya dari SRC International melalui Nik Faisal

    Jika DS Najib, sayang bangsa Melayu, sayangkan negara lebih dari isteri DS, anak - anak samaada anak kandung atau anak tiri, #UNDURLAH

    Tetapi jika DS Najib lebih sayangkan isteri DS,anak - anak kandung/tiri, dan jawatan lebih dari bangsa Melayu secara khususnya. TUNGGULAH JAWAPAN DIPRU14 KELAK.....



    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tun m penah mengaku dia masuk wang akaun pribadi, ADA ke? Orang tanya dia Dan tunjuk akuan pribadi pada orang ramai kalau tak kenapĂ  semua Anak beranak dia boleh kaya raya Dan tun m boleh kehuru kehilir Naik jet pribadi, macai cakap di najib tak boleh bermewah hanya tun m Dan anwar je boleh mewah sebab maksum dia orang maksum

      Padam
    2. Isu ini sama gak masa mula2 timbul RM 2.6 BILLION ke akaun peribadi....masa tu aku pun ragu - ragu...dalam hati bertanya "xkanlah PM ada duit sebanyak tue?" ketika itu aku masih yakin pada PM...TAPI AKHIRNYA DIA MENGAKU... aku dah mula ragu pada PM.... kemudian timbul isu RM42 juta..masuk ke akaun peribadi beliau...yang disyaki dari SRC International...anak syarikat 1MDB yang merupakan syarikat KEMENTERIAN KEWANGAN DIPERBADANKAN..yang mana MOF adalah DS Najib....bila isu ini timbul...beliau senyap..tanpa mengaku duit RM 42 Juta ada DIAKAUN beliau..SEHINGGA DIMAHKAMAH...baru BELIAU MENGAKU RM 42 JUTA masuk DIAKAUN PERIBADI tapi menafikan duit itu merupakan duit SRC, malah duit itu dijoli sakan hatta main golf dihawaii sewaktu banjir besar berlaku pada penghujung 2014...

      Sekarang BUKTI RM 42 JUTA itu memang dari SRC International...anak syarikat 1MDB dan menurut akta syarikat 1MDB artikel 117 menyatakan Hanya TANDATANGAN PENASIHAT AHLI LEMBAGA IAITU PM SENDIRI boleh dilakukan tanpa rujuk ahli lembaga 1MDB...

      Apakah masih tidak nampak akan salah laku PM? Atau tau tapi buat tak tau?

      Padam
    3. 5.36 akaun peribadi tun berapalah jumlah agak2nya jika dibandingkan dengan najib?

      Tu pasal elok pergi ke mahkamah biar rakyat nilaikan...

      Padam
  6. - apakah Umno perlu mati bersama Najib ?

    - satu pengkhianatan jika dibiarkan

    - Umno akan mati jika Najib terus memimpin parti

    - Umno bukan lagi parti orang Melayu, bukan parti kita lagi, ia dah jadi Parti Najib, dan parti konco2nya. Parti pemakan2 dedak.

    - calon pilihanraya yang akan datang akan diiktiraf sebagai calon Najib .... yang makan dedak

    - pisahkan Umno daripada Najib. Jangan akui Najib sebagai Presiden Umno dan jangan akui lagi sebarang perhubungan antara najib dengan Umno. Insyaallah, Umno boleh diselamatkan.

    - kita harus berani menyatakan yang benar !

    *PetikanDariKadirJasin

    BalasPadam
  7. Berita gempat momok kata kurang yakin anwar meliwat... ni la bongok kalu pwmimpin datang dari utara semenanjung.... bila dua2 dah x ade kuasa bila terdesak ssgt menasing bole jilat menjilat sesama sendiri.... ni la bahana pemimpin bangang dari utara ni.... no wonder dulu PM dari utara bole sedekah pulau Singapork psda LKY.... Kerabat ni jugak sedekah PPinang ke Francis Light yg dah kau tim dng kjaan siam serang kedah lama....bakal PM utara ni dah mula nnpk sedekah tanah nilai tinggi semata taja bolasepak. ... mi la kepala bana bila PM dari utara last melayu tinggal Pulau Batu Putih tenggelam timbul.... babi mcm pukimakqq ... skg bola kata tak yakin aljuboori tak meliwat.... pukimakqq sungguhhh....

    fucccCCKKKK....!!!

    BalasPadam
  8. Cakapqq jer org lain x de telo... pemimpin utara telo terjuntai terjulai julai suma tak sedar dek untung...kimakqq sungguhhhh

    BalasPadam
  9. ikut ko la macai najib.. nak argue pun tak guna.. hati dah parah dgn dedak... senang citer mcm ni... selagi ada Najib sbg PM malaysia.. UMnooooooooo no way

    BalasPadam