Rabu, 30 November 2022

Anjing Menyalak Lagi..!

 

Dasar anjing..hanya tahu menyalak jer la. Bukan main lagi tuhan politik nya memberikan naratif bahawa perjuangan UMNO masih tetap sama. Perjuangan UMNO masih kekal utuh. Walhal tuhan politik Ketua Pemuda yang kalah 3 kali berturut turut inilah yang sedang membuka pintu kecelaruan dan melunturkan asas perjuangan Abata parti. Masakan masih kekal sama jika hari ini DAP sudah menjadi sahabat sejati..! Tak heran kalau suara tuhan politik mereka dalam MT mengecam perjuangan membela nasib Bangsa kerana padanya Bangsanya telah menolak diri dan kroni sendiri di dalam PRU tempoh hari.

Hakikatnya rakyat terbanyak menolak BN dalam PRU15 yang lalu kerana tidak mahukan Zahid menjadi Perdana Menteri. Rakyat berbilang bangsa terutama pengundi muda tidak mahu unsur unsur rasuah dan mahkamah berada di dalam lingkungan kepimpinan negara. Antara sebab kekalahan besar tempohari apabila di laporkan Zahid bakal melantik Lobakman sebagai Senator selepas PRU berakhir sekaligus menambah benci dan pengundi meyakini bahawa BN hanya akan memberikan kerusi PM kepada Zahid jika BN diberikan mandat. Itu sebab jika PRU14 berbekal 79 kerusi kali ini pengundi tidak ragu ragu menghukum BN dengan hanya memperoleh 30 kerusi dek kerana bencikan Zahid sebagai bakal Perdana Menteri.

Sejak semalam beratib la KP yang tewas dengan penuh kemaluan di tanah puteh lagi selamat Gerik menceritakan kronologi tertubuhnya kerajaan murid dan gurunya. Sepatutnya KP malang ini perlu terus beratib akan kekalahan dan penolakan rakyat dan pengundi Gerik ke atas batang tubuhnya yang sememangnya tidak membawa apa apa tuah dan bakti kepada perjuangan suci parti. Seharusnya KP ini terjun dengan tuhan politiknya keluar meninggalkan tahta dan singgahsana kepimpinan atas kegagalan dan kelemahan yang sedia terbukti. 

Namun kita semua rakyat dan pengundi lebih lebih lagi ahli parti tahu bahawa mereka yang sedang berada di puncak kepimpinan ini sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri dan kroni. Perjuangan parti boleh, sedang dan akan terus di lacurkan demi nama, kuasa dan semestinya menghalang mereka dari terjebak ke penjara.

Sejarah telah tercipta di mana seorang Ketua sedang menghukum bangsanya untuk menerima dan merundingkan kerusi kuasa. Baca sini.

Rakyat juga semakin bijak membaca bahawa sejak dari petang penamaan calon calon di umumkan maka boleh di lihat memang tampak agenda untuk mengalahkan BN di atur dan di rancang sebegitu licik oleh mereka. Itu sebab Top 5 bukan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden tapi yang sebenarnya (rahsia umum yang semua orang tahu) tidak henti henti mengarang, menggarap, menukar dan memalsu serta menokok tambah semua urusan bagi menghalal apa jua tindakan mereka. Ini akan kita buka bila sampai masanya.

Jelas bahawa usaha untuk menobatkan cikgu sebagai PM telah berjaya sekaligus memgadakan usahasama (cium molot) dengan komunis DAP juga dapat dijayakan oleh mereka. Yang penting mereka hidup, yang utama mereka berkuasa..!

Parti? Rakyat? Agama, Bangsa & Negara?

Lu Fikir La Sendiri..!


3 ulasan:

  1. PN

    Extremists x bawa Islam ke mana.

    X mungkin bentuk majoriti dlm masyarakat majmuk.

    BalasPadam
  2. Extremists Islam shaja yg ko nampak, yang lagi sebelah tu ko senyap... memang betul x boleh hidup extremism dlm masyarakat majmuk, tapi majoriti masyarakat adalah melayu, Islam.. saya amat berharap puak2 anak murid cikgu ni tewas dalam pemilihan umno yang akan datang tak lama lagi...

    BalasPadam
  3. Extremists mana lagi. Satu sj.

    Sebahagian Melayu malas. Sebahagian Melayu boros.
    Sebahagian Melayu bergaduh berebut harta.
    Sebahagian Melayu percaya
    Ketua kaya raya.
    Sebahagian Melayu merempit dan masalah sosial.

    Masalah sendiri tapi salahkan bangsa lain yg x ada kuasa banyak pun.

    Tolak PN

    BalasPadam