Sabtu, 31 Disember 2022

Watikah Terus Menjadi Alat ~ Rakyat Susah Semakin Penat..!

 


Beberapa isu menarik timbul dan hangat diperkatakan ramai pihak sekarang ini. Isu politik ameno mendominasi bahan perbualan di kedai kedai makan, nampaknya bahawa watikah calon BN sekali lagi akan menjadi pertaruhan kepada Zahid untuk mempastikan beliau terus kekal di persada Presiden parti. Tulisan di bawah ini menghuraikannya.

Dengan berbaki 6 lagi negeri yang masih belum mengadakan PRN tentunya Ketua Bahagian, Timbalan, Naib dan siapa jua yang berselera besar mahu menjadi calon akan sedia dan sentiasa taat menjilat dan mensucikan apa jua yang presiden@pengerusi parti mereka kata dan lakukan. Itu sebab kedengaran kuat bahawa pemilihan bakal di buat pada Febuari depan. Ia perlu di segerakan sebelum PRN di Nismilan, Selangor, Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu berlangsung.

Secara tak langsung keadaan, cerita dan drama sebelum PRU15 yang lalu akan tetap akan terpancar oleh watak watak yang mahukan diri mereka menjadi calon. Soal parti? soal diri sendiri la..itu sebab suara dan cara Zahid dan sekutunya  melayan persoalan pemilihan parti dilihat agak sedikit 'berani dan yakin'.

Isu yang berbangkit dan membelit juga ialah isu jangkaan kenaikan harga tambang bas sekolah yang di katakan meningkat sehingga RM300. Para pengusaha bas sekolah dah bersuara di sini. Jadi kalau ikut teori Rafizi rakyat mungkin boleh di seru untuk kurangkan pergi sekolah. Tak pergi sekolah langsung pun boleh sebab jenis menteri macam ni memang mahukan rakyat yang tak boleh membeza kan manusia dengan keldai.

Isu campur tangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa Masjid juga menyebabkan kariah bangkit mempertikaikannya. Ia juga boleh di baca di sini. Katanya yang di ketahui ada 12 masjid yang menyebabkan jemaah tidak berpuashati kerana mereka yang di pilih bukan lah terdiri daripada mereka yang di sifatkan sebagai 'ahli masjid' atau kita kata geng surau la lebih kurang. Apa motif MAINPP ni? dah mula jarum politik dalam masjid ke?

Isu pendakwaan terkilan dengan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membebaskan Zahid dalam kes VLN juga menyebabkan ramai yang menyembur nyembur air liur bercakap mengenainya. Petisyen Rayuan pendakwa raya yang mengemukakan 14 alasan boleh di rujuk di sini. Hal ni pun boleh buat Zahid kencing malam. Tapi kencing mengencing ni pun bukan la perkara baru, serahkan sahaja kepada yang amat berpengalaman. Macam pantun Mas Selan, Tak gitu?  

Tolong hadam tulisan di bawah ni..

SELEPAS tewas dua Pilihan Raya Umum (PRU) berturut-turut, UMNO perlu kembali kepada asas penubuhan.

Sudah cukuplah dengan percubaan yang tidak demokratik dan tidak organik untuk mengekalkan dua kedudukan teratas tanpa bertanding. Parti telah banyak kali menderita akibat masalah ini sebelum ini, termasuklah pemanjangan tempoh jawatan (Majlis Tertinggi) dalam perkhidmatan dengan alasan untuk "menguatkan" kedudukan kita dan mengelakkan pergaduhan dalaman sebelum pilihan raya akan datang.
Jelas sekali tujuannya tidak berjaya seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kita dari Pilihan Raya Umum ke-13 sehingga PRU15. Kita kalah buat kali pertama pada 2018 dan sama juga dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.Pada 2013, UMNO memenangi 88 kerusi. Pada 2018 pula, kita memenangi 54 kerusi (pengurangan 34 kerusi) dan pada 2022, kita ditinggalkan dengan 27 kerusi yang memalukan daripada 106 yang dipertandingkanJelas sekali, perubahan kita untuk mengukuhkan parti gagal kerana masih terdapat perbalahan dan sabotaj diri yang berleluasa dalam sistem.
Oleh itu, janganlah kita menggunakan ramuan sama yang telah gagal untuk memulihkan masalah yang kita lalui dalam tiga pilihan raya lalu dan sebaliknya membenarkan proses demokrasi semula jadi berfungsi dan diharapkan dapat menyembuhkan parti.
Pemimpin UMNO Bahagian terutamanya mereka di enam negeri yang menunggu pilihan raya mungkin cenderung untuk mengekalkan dua jawatan teratas tanpa bertanding, cuba memenangi hati Presiden dengan harapan untuk disenaraikan sebagai calon.
Itulah yang saya maksudkan dengan sokongan "tidak organik" dalam perenggan di atas.Presiden menentukan siapa bertanding dan siapa yang digugurkan seperti dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini.
Pada hakikatnya, walaupun pemilihan parti berlangsung, Presiden dan Timbalan sekarang akan mempunyai kelebihan yang jelas berbanding orang lain kerana mereka memegang jawatan berkuasa dalam kerajaan, masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Oleh itu, mereka harus berani untuk bersikap terbuka kepada proses demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan yang membolehkan mereka kembali sebagai pemimpin parti yang sebenar dan menutup kebimbangan semua pihak tentang kesahihan mereka.
Jika tidak, akan sentiasa ada ura-ura di kalangan ahli parti yang mungkin juga mencetuskan penghijrahan kepada parti lain yang kini dilihat lebih demokratik yang mungkin mewakili kehendak dan aspirasi sebenar orang Melayu.
Pemimpin kita harus mempamerkan sikap yang sama seperti Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sendiri mencadangkan tarikh segera untuk Parlimen bersidang untuk mengangkat sumpah Ahli Parlimen baharu dan mengesahkan kedudukannya melalui undi percaya. Satu tindakan yang memerlukan keberanian.
Dalam keadaan sekarang, itu adalah sifat yang sangat diperlukan oleh ahli UMNO dalam diri pemimpin mereka.
Akar umbi UMNO tidak boleh menerima orang yang lemah yang perlu berselindung di sebalik jentera penulis, ‘influencer’ media sosial dan pemimpin bahagian yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mempertahankan kedudukan mereka secara tidak mengikut Perlembagaan.

Tiga juta ahli itu tahu ada pengkhianat di antara mereka yang bekerja dengan musuh menentang barisan parti dalam tempoh empat tahun yang lalu. Kita mesti mempercayai mereka sebagai ahli yang matang untuk mengundi secara bertanggungjawab.
Mari kita mengadakan pemilihan parti yang jelas di semua peringkat dan berdiri setia di belakang barisan sebenar yang dipilih walaupun mereka adalah penyandang. Sudah tiba masanya untuk UMNO pulih di bawah mandat yang penuh dan baru daripada tiga juta ahli parti. Barulah kita boleh mula memulihkan maruah dan darjat parti kita ini.
InsyaAllah. sumber
Tauuu..memang ada pengkhianat, bukan sahaja dari dahulu malah sekarang pun makin terserlah, terang terangan dan semakin berani beratib bahawa pilihan bersekongkol dengan Aljub, DAPig di dalam PH lah merupakan wadah perjuangan suci yang mereka impikan. Kan???
Melaka apa kabau? Nampaknya Melaka yang sebok bergegau, ale ale Johor yang berkuntau..!
Apa?  Lu Fikir La Sendiri..!

Jumaat, 30 Disember 2022

Kerajaan Lobang Belakang

 


Tak per, kerajaan lobang belakang ni boleh apa sahaja. Kalau belum iktiraf, kira Khaled dah wakil kerajaan iktiraf la. Apa la Pudin nak tanya tanya ni..!

Saifuddin Abdullah mempersoalkan tindakan Menteri Pengajian Tinggi Mohd Khaled Nordin mengutus surat kepada Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan, berhubung pengharaman golongan wanita untuk memasuki universiti di negara itu. "Saya tiada komen berkenaan kandungan surat, cuma saya nak dapatkan reaksi Kementerian Luar adakah sudah ada dasar mengiktiraf pentadbiran Taliban kerana ini adalah surat rasmi seorang menteri kepada seorang menteri negara lain. 

"Secara lazimnya, (surat rasmi) hanya diutuskan apabila kita mengiktiraf kerajaan atau pun pentadbiran negara tersebut dan setakat yang saya tahu, setakat pentadbiran yang lalu, kita belum iktiraf kerajaan atau pihak berkuasa di Afghanistan," katanya dalam sidang media di Kuantan, petang tadi. sumber.

Dulu tak nak Zahid pun Anwar Aljuburi boleh tukar kepada sayang Zahid, sebab? sebab jasa Zahid Aljub jadi piemm. Zahid pun sebelum ni bukan main wayang tak nak Anwar, tak nak DAPig..! akhirnya UMNO/BN kena lelong sokong dan cintailah Aljub dan DAPig..! Jadi apa barang iktiraf atau tidak secara rasmi? semua ikut suka mereka la.

Sebab tu Rafizi boleh tukar tukar statement, Nga Kor Meng pun lepas ni tentu berubah nada. Semua boleh la.

Macam isu di Melaka, sekarang ni kan tengah rancak cerita nak tukar CM, ini semua kerana mengambil semangat lobang belakang. Asal ada lobang selagi tu la nak di tusuk, selagi ada lobang di situ mesti dikerjakan. Selagi ada lobang selagi tu la mesti digunakan untuk memenuhi selera bagi kepuasan tekak politik mereka.

Panjang dah kita baca isu mereka di sini. Cuma rakyat sekarang ni sedang asyik memerhati sejauh mana nak lobangkan lagi pentadbiran kerajaan dan negara ini?

Tengok sejauh mana mereka menari mengikut arahan tuhan politik mereka..! 

Tarian apa?

Lu Fikir La Sendiri..!


Khamis, 29 Disember 2022

Kitol Moden..!



Zaman Firaun dulu, siapa yang berkuasa maka dia lah yang benar..! Itulah kesimpulan masyarakat zaman jahiliyah waktu itu yang melihat kuasa dan kekayaan sebagai panduan dan penyuluh mudahnya menikmati kehidupan. Waktu itu terlalu sedikit yang mendapat hidayah untuk mengakui dan mengimani apa yang di sampaikan oleh Nabi Musa A.S dengan penuh amanah dan berani. Kerana apa? kerana Firaun dan pengikutnya berkuasa. Siapa yang berkuasa dan kaya maka dia lah yang di anggap benar.

Apa kena mengenanya dengan zaman kita sekarang ni? Secara fizikalnya memang takde, malah kita tak kaitkan pun mereka ni dengan zaman itu. Apa yang penulis nak sampaikan ialah rohnya. Semangat kisah atau sirah yang ditunjukkan itu sebenarnya jelas bermain di depan mata. 

Dengan kuasa, manusia boleh membuat apa sahaja..! Dengan kuasa manusia boleh menentukan apa jua hala tuju walaupun dengan angkuh membelakangkan kuasa majoriti yang telah menetapkan keputusan lebih awal. Dengan kuasa manusia boleh menutup mata dan telinga ahli bawahannya untuk terus menyokong dan mendokong mereka.

Ini bukannya nak mencari jarum dalam laut, yang susah nak di lihat dan di baca segala tindak tanduk pemimpin yang curang. Jelas bahawa parti dah di khianati. Jelas bahawa gabungan yang bercanggah dengan kehendak ahli ini sesuatu yang perlu di tolak dan di cabar kerana ianya rosak, kejam dan jahat sama sekali.

Tapi dek kerana adanya kuasa, naratif baru dibuat dan di reka cipta. 

Menolak sokongan pengundi Melayu dan Islam yang kalau kita gabungkan undi BN 3 juta, undi PN 4 juta maka lebih 7 juta pengundi ini terdiri daripada lebih 60% pengundi Melayu/Islam. Apakah UMNO/BN sudah tidak lagi berjuang atas prinsip Agama dan Bangsa? 

Menerima gabungan bersama PH Anwar Aljuburi, Amanah dan DAPig yang mendapat lebih 5 juta undi di mana hampir 90% pengundinya hanya terdiri daripada pengundi satu bangsa? Apakah UMNO/BN sekarang ini hanya mahu memperjuangkan nasib bangsa itu sahaja?

Secara mudah apakah dengan sokongan 500 ribu pengundi PH (10%) kerana 90% lagi ialah pengundi tegar yang menolak UMNO/BN dalam 2 PRU yang lalu di campur dengan 3 juta lebih (kalau masih kekal mengundi BN) berbanding 7 juta pengundi dalam PRU15 yang lalu merupakan sifir logik, bernas dan berakal untuk terus berjaya meraih sokongan dan mengekalkan kuasa pada PRN dan PRU16 akan datang?

Jika bersama PN dikatakan lebih membawa mudarat berbanding PH, maka jelas bahawa perjuangan UMNO/BN kini lebih liberal dengan mengakui bahawa penghinaan kepada Institusi Raja Raja selama ini sudah tidak mudarat, Laungan penghapusan Hak & Keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti yang pernah di tandatangani dalam Statue Of Rome serta cubaan memuktamadkan ICERD juga sudah tidak membawa mudarat. 

Perarakan Gay & Lesbian dari Sogo ke dataran Meredeka yang pernah berlaku sekaligus mengiktiraf puak LGBT juga sudah boleh di terima dan jauh dari memudarakan? Perarakan hari kemerdekaan kerana mengenang perjuangan komunis juga bakal dibenarkan bukan sahaja di Penang malah di semua negeri dan di peringkat pusat? Penentangan kepada murtadnya Lina Joy dan siapa jua selepas ini perlu lah di berhentikan kerana ianya bersifat eksterim dan tidak liberal tentunya gagal mengiktiraf hak asasi manusia.

Apakah selepas ini mata pelajaran yang bersifat keagamaan akan di kurang dan sedia untuk di tiadakan? itu sebab penghapusan kolum Agama dan Bangsa di dalam dokumen peribadi selepas ini penting bagi membuka ruang liberal seliberalnya berlaku terutama di dalam sektor awam.

UMNO dan BN tentu akur kerana ianya di perintahkan oleh seorang Presiden. Presiden boleh melakukan apa sahaja dengan menggunakan anggota emptynya untuk mengangguk apa jua yang di arahkan dan mematuk siapa jua yang engkar.

Kerana apa? kerana kuasa..! Kuasa berada di tangan. Soalnya tangan siapa?

Jadi kalau kita kembali ke Zaman Nabi Musa A.S agak agak sama tak? Lebih mudah lagi kalau kita menjengok ke sejarah hitam bangsa dan negara apabila gabungan@jajaran anak murid dan cikgu ini saling tak tumpah mengulangi sejarah Kitol dan Mandaliar.

Cuma Kitol dulu tak kena dakwa di Mahkamah la...yang sekarang ni Kitol moden la katakan.

Lu Fikir La Sendiri..!


Rabu, 28 Disember 2022

Anwar Kena Ludah, Rafizi Kena Sekolah, Sivakumar Bodoh Tak Boleh Di Ajar..!

 

Jenis bodoh sombong ni memang mana tahu malu, apabila viral isu ayam mahal kurangkan makan ayam, rafizi kangkung terus dengan bongkak menolak dengan bersahaja mengatakan bahawa apa yang dia sebutkan itu tidak salah.

Baca sini.. /profesor-ekonomi-terus-sekolahkan-rafizi-isu-kurangkan-makan-ayam/

Sekor lagi menteri Anwar@Aljub ialah menteri sumber manusia yang di sifatkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai menteri tak peka@pekak apabila gagal menimbang untuk menangguhkan cadangan gaji minimum RM1500 kepada majikan yang mempunyai pekerja kurang dari 5 orang.

Juga boleh baca di sini.. kesatuan-kecewa-menteri-dap-tak-peka-pekerja-b40/

Ini semua masa belum dapat jawatan bukan main berbuh mulut berarak naik bas seluruh negara mengatakan bahawa mereka lah juara kepada harapan dan masa depan rakyat. Tapi bila dah berkuasa? elek, pocit, helah ajer lebih..!

Aljub buat apa? buat bodo..!

Dengan siapa? Lu Fikir La Sendiri..!


Selasa, 27 Disember 2022

Kita Lukis Ajer La..


 Mana la nak berkat kerajaan yang asyik menipu rakyatnya..!


Begitu la juga apabila pemimpin parti terus terusan menipu ahli..


Akhirnya..dapat la ini..!!!

Yang untung..


Sebab ramai sangat yang diangkat jadi pemimpin melayu boleh dibeli, perjuangan letak bawah tapak kaki, yang penting puak dia untung yang lain lantak la rugi..!


Makanya, sedar lah semua...bahawa nasib Agama, Bangsa dan masa depan Negara sebenarnya benar benar di hujung kawah hina dan bahaya.


Sedangkan hakikatnya kita semua terikat dengan sumpah yang perlu kita tunaikan bersama...


Faham??? Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 26 Disember 2022

Barua Membarua Membawa Bencana..!

 

Sejak menyundal bersama secara terang terang ni(sebelum ni sorok sorok), mana pernah kita dengar para barua pengkhianat empty atau yang sewaktu dengannya bercakap dan menyerang DAPig? Ada kita dengar Poad lidah dan Lokman lobak mengutuk Aljub dan sekutunya? Ada dia mengingatkan tuhan politik mereka bahawa semangat dan roh perjuangan politik mereka jelas bertentangan dengan kehendak Perlembagaan?

Semalam apabila si Ramasamy Penang penyokong LTTE belasah Zahid berkaitan perlantikan Ramesh Rao sebagai Pegawai Khas takde satu pun suara yang mempertahankan Zahid.

Ada lagi kita dengar suara mereka yang sebelum ini mempertikaikan keputusan pemilihan PKR yang masih lagi belum terjawab dengan pasti?

Apa yang kita dengar dari para barua pengkhianat dan sekutunya ialah mengutuk pemimpin UMNO yang berani mempertahankan prinsip perjuangan dan tidak tunduk kepada perselingkuhan haram mereka.


Ada dia orang belasah si penipu Rafizi yang hanya tahu menetaskan formula telur telur temelang yang menjengkelkan rakyat. Ada dia orang pertahankan ramainya para pemimpin parti yang kehilangan jawatan kerana perlantikan politik telah di gugurkan oleh kabinet tempoh hari. Kalau Zahid pun menikus dalam cabinet meeting takkan lah berani para barua mengiau..!

Setakat ini apa di kalangan barua lakukan untuk menguatkan parti ameno dan BN?


Poad yang mula menyebabkan Batu Pahat jatuh ke tangan PKR@PH pada pru13 langsung gagal mengembalikan semula kerusi tersebut dalam pru14 dan pru15. Yang jelas Poad lidah hanya mencari kerusi selamat dengan mengenepikan seorang wakil rakyat yang menjaga kawasan di DUN Rengit dengan baik, itu sebab Poad berani lari ke situ. Sebagai Ketua Bahagian apakah Poad tidak berasa malu bahawa dia bukan sahaja gagal mengembalikan kerusi Batu Pahat malah membenarkan kerusi itu kalah bagi kali ke 3 berturut turut. Jadi apa fungsi dan peranan yang berjaya Poad mainkan selaku KB di Batu Pahat? Apa untung politik UMNO dan BN Batu Pahat dapat? Atau hanya Poad sahaja yang dapat???

Jenis macam Asraf hattrick, Jazlan, Razlan, Jamal jamban, Md Said, Lokman lobak, Shahrir, Nurjazlan dan Poad ini semua seharusnya sedar bahawa mereka sudah tidak dapat lagi memberi keuntungan kepada parti, malah sikap mengampu dan menjilat pemimpin yang mereka pamerkan selama ini jelas menambah kebencian pengundi kepada BN dalam pru pru yang lalu. Buktinya bahagian mereka sendiri menjadi kubu kuat pembangkang..!

Malah jenis merugikan parti ini bukan sahaja menambah kebencian rakyat dan pengundi malah mereka sebenarnya jelas merupakan agen agen pemecah di dalam parti yang terus menerus membawa unsur permusuhan dan kebencian di kalangan ahli parti dan komponen. 

Jentera BN perlu ingat dan bertanya kepada diri mereka, apakah keputusan pru yang lalu telah di rancang sebegitu rupa oleh mereka ini? Jika benar tidak kah para jentera parti merasa tertipu di khianati dengan segala jerit payah bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan parti sedangkan mereka telah pun bersenggama di atas bagi mempastikan keputusan tersebut terjadi?

Jenis macam ni sepatutnya sudah tidak boleh dan tidak layak lagi di benarkan berkeliaran membawa imej parti. Rosak lagi merosakkan. Harap orang ameno nampak dan bersedia menolak dan menghumban jenis perosak ini.

Humban ke mana? Lu Fikir La Sendiri..!



Ahad, 25 Disember 2022

Lagi Anjing Kurap Barua Kena Tendang..!



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Najib Samuri berkata, selayaknya Ahmad Zahid diberi dukungan kuat untuk terus mengemudi bahtera parti.

“Justeru, selayaknya Presiden UMNO diberi dukungan kuat oleh ahli dan pemimpin akar umbi untuk terus mengemudi bahtera UMNO dalam mendepani situasi politik yang penuh mencabar, getir dan dinamik ketika ini.

“Penting agar institusi Presiden dipertahan. Lebih molek jika tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang, supaya UMNO tidak berdepan siri perpecahan yang hanya akan merugikan parti, sekaligus merencatkan perjalanan untuk UMNO bangkit kembali,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. sumber

Nama pun anjing kurap, kalau tak di jilat kurang kurang di hidu najis tu..! Ini lah contoh pemimpin yang di lahirkan oleh si pengkhianat dan bariasan barua emptynya. Itu sebab kenyataan Nazri di bawah ni sekurang kurang menarik minat kita untuk mengupas 2 isu...

Pertamanya, siapa jua yang giat menjilat dan mengolom telur kedua ekor mangkuk di atas tu pastinya ialah kepimpinan ameno yang baru menjadi wakil rakyat atau mereka yang kalah dalam pru yang lalu yang mahu di calonkan semula untuk menjadi calon. 

Kalau dah jadi wakil rakyat tentu lah ianya merupakan kpi bagi mereka untuk memenuhi tuntutan sumpah taat setia seidup semati bahawa ketua yang berhak mereka pertahankan dalam dunia ini ialah Zahid. Tak kesah lah kalau yang dah bergelar wakil rakyat tu sekarang ni tak turun kawasan dan tak servise kepada pengundi. Yang penting jilat basah tuhan politik mereka yang di atas pasti yang di bawah akan turut sama menurut perintah. Haram hukumnya membantah..!

Satu lagi bagi KB dan kepimpinan yang kalah tentu ini juga ruang bagi mereka untuk terus di berikan tempat menjadi calon wakil rakyat. Penting di mata kepimpinan di atas maka senang nak goreng ahli di bawah bahawa hanya dia sahaja yang mampu menjadi penyelamat bumi agar ameno kembali menerajui donia.

Perkara yang kedua yang menarik untuk diberikan perhatian kenyataan Nazri di bawah ialah menyatakan bahawa Zahid ada maruah..! Ada maruah untuk membuka gelanggang dan membenarkan pertandingan di mana mana jua peringkat parti.

Agak agaknya bebudak ni ingat Zahid takde maruah macam dia orang juga ke? Kalau dia orang yang berasa sudah lama hilang maruah dan harga diri jangan la pulak di tarik sama Zahid yang hari ini bergelar YAB TPM..! Apa punya ngampu la..!

Lagi pun sekarang siapa jua boleh jadi pemimpin kan, soal maruah ni sebenarnya  bukan nya hal besar bagi mereka..! Siapa? puak dia la.



Mana-mana pihak atau individu tidak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang telah lama subur dalam UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurut Mohamed Nazri, sebagai sebuah parti terulung yang terlibat dalam sistem demokrasi di negara ini, UMNO perlu menunjukkan contoh dengan membenarkan pemilihan semua jawwtan dalam parti dipertandingkan.
Katanya, jika terdapat usaha untuk menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan, UMNO akan menjadi sebuah parti yang tidak lagi demokratik. “Kita sepatutnya bergerak ke depan bukan ke belakang dengan cadangan-cadangan lapuk yang langsung tidak mengambarkan UMNO sebuah parti yang menjunjung amalan demokrasi.
“Sekiranya benar ada usaha untuk menghalang pemilihan jawatan tertentu dalam parti nampaknya UMNO semakin hilang arah dan identiti perjuangan.“Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam UMNO selepas prestasi buruk kita pada PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) lalu,” katanya kepada Astro AWANI.

Mohamed Nazri juga menyifatkan pihak yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti seolah-olah memandang rendah keupayaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, kedua-dua pemimpin ini telah membuktikan kehebatan masing-masing dengan memenangi pemilihan lalu tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan.
“Zahid dan Tok Mat (Mohamad) menang ketika pemilihan tahun 2018 dulu masa UMNO jadi pembangkang, menang bertanding bukan menang percuma.
“Masa jadi pembangkang boleh ada pertandingan, bila dah jadi kerajaan tidak mahu ada pertandingan, tidak cerdik sangat cadangan ini? Mereka ini semua anggap Zahid macam tidak ada maruah.
“Kena ingat, Zahid adalah orang yang membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada 2018, beliau berani dan kerana keberanian itu beliau menang kerana ahli-ahli UMNO mahu amalan demokrasi dalam parti subur.
“Sebelum ini, kita kata tidak mahu ada pemilihan sebab nak fokus PRU15 dan tidak mahu ada perpecahan dalam parti, kalau selepas PRU15 masih tidak mahu ada pemilihan, bila boleh? Nak tunggu selepas PRU16? Takut nanti selepas PRU16, UMNO sudah tidak ada lagi,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Mohamed Nazri menegaskan, pihak yang mencadangkan agar jawatan nombor satu dan dua dalam UMNO tidak dipertandingkan perlu melihat keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menguji keabsahannya.
“Kita sekarang sudah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)… satu kerjasama yang pernah saya cadangkan pada 2019 hingga saya diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang sekarang ini menyokong usaha ini.
“Bila kita sokong dan adakan kerjasama sepatutnya kita contohi juga amalan demokrasi dalam parti-parti PH macam PKR dan DAP yang berani buat pemilihan sebelum PRU15 lalu.
“Mereka suburkan amalan demokrasi dalam parti mereka tetapi kita ada pula yang masih berfikiran 30 tahun ke belakang, mahu jawatan Presiden dan timbalan tidak dipertandingkan.
“Dengan pemilihan ini, Zahid dapat membuktikan bahawa beliau ada sokongan dan keputusan bekerjasama dengan PH mendapat restu ahli-ahli UMNO,” katanya lagi.
Mohamed Nazri juga berpendapat tidak mungkin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan bersetuju dengan cadangan untuk tidak diadakan pemilihan jawatan tertentu dalam parti.
Hujah beliau, RoS merupakan badan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan demoktarik ahli-ahli parti politik.
“Jika RoS bersetuju, bermakna badan itu tidak lagi berfungsi sepertimana sepatutnya iaitu menjaga hak demokratik ahli parti politik.
“Dan sebelum ini RoS meluluskan untuk pemilihan ditangguhkan enam bulan selepas PRU15, jadi kalau jawatan Presiden dan timbalan tidak dipertandingkan maka keputusan RoS sebelum ini sia-sia,” ujar beliau.
Sebelum ini, terdapat cadangan daripada beberapa pemimpin peringkat bahagian yang mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.
Antara alasan yang diberikan adalah bimbang akan berlaku perpecahan dalam UMNO akibat pemilihan tersebut.
Kata Mohamed Nazri lagi, jika benar mahu mengelak perpecahan dalam parti, semua jawatan di cawangan dan bahagian juga tidak dipertandingkan.
“Kalau benar-benar nak elak perpecahan dan jaga perpaduan dalam parti, maka jawatan-jawatan ketua dan timbalan ketua di peringkat cawangan dan bahagian juga tidak dipertandingkan.
“Sebenarnya mereka yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan ini bukan nak jaga perpaduan dalam UMNO tetapi menjaga kepentingan peribadi sebab dalam PRU15 lalu mereka ini telah menjadi calon tetapi telah kalah teruk.
“Mereka ini bimbang kalau berlaku pertukaran pemimpin nama mereka tidak lagi dicalonkan pada PRU16,” bidas beliau. sumber
Inilah yang menjadi masaalah di dalam ameno, ramai yang sekadar layak menjadi penjilat dan pengampu pemimpin. Mereka langsung tidak mampu dan gagal memimpin. Bagi mereka asal puak mereka hidup senang dengan wang dan kuasa cukup..!
Parti, bangsa, agama dan negara..itu buka soal mereka..! Buktinya? tu yang tinggal 30 kerusi tu apa kebendanya..! Ada mereka insaf dan nak berkata benar? Jangan harap ler..! Walau terpaksa mendokong lgbt, puak dwi lobang, puak liberal, puak anti agama hatta apa pun pasti akan mereka dokong..!
Tak gitu? siapa? Lu Fikir La Sendiri..!

Sabtu, 24 Disember 2022

Goyang Telur Kan Senang..!

 


Sepatah kata Allahyarham P.Ramlee..muka dia pun muka penipu..! Soalnya sampai bila lagi rakyat terbanyak dalam negara ini harus terus di tipu oleh mereka?.

Sebelum ini bukan main lagi penipu popular fomula ini mendatangkan pelbagai penipuan dan tipu daya dengan berus sabut yang begitu memberahikan kuda belang hingga terpancut pancut. Nampaknya kita dah kembali ke zaman jahiliah yang semuanya mahu di buktikan. Semuanya mahu di lihat dengan mata, di dengar dengan telinga dan mahu di rasa dengan berus sabut yang mencucuk cucuk jubor mereka. Semua nasihat dan pandangan semuanya di tolak ketepi. Sekarang rasa la.

Rindu Hasan ayam ke?


“Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik,orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga.

Rafizi kemudiaan memberi contoh kenaikkan harga ayam kerana walaupun ia meningkat tetapi pengguna masih membelinya pada harga yang lebih tinggi.

“Sewajarnya jika harga ayam itu sudah terlalu mahal kita tidak membelinya,” katanya lagi.- sumber


Sementara tu semalam, sorang lagi ialah Menteri Pendidikan. Rakyat ni tertunggu tunggu lah apa yang nak di umumkan bagi mengatasi masaalah guru bersara awal, masaalah 72% pelajar lepasan SPM tak sambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tahun lalu. Masaalah beg yang bertan tan beratnya, masaalah pelajar yang tertinggal dalam tempoh pkp yang lalu dan ada 1001 macam persoalan lain seperti masaalah pengusaha kantin, PIBG dan lain lain yang pastinya memerlukan perhatian serta tindakan segera Menteri. 

Yang di hidangkan kepada rakyat apa? Menteri ni sebok sound Taliban di Afghanistan supaya benarkan wanita bersekolah. Itu tak salah..! tapi tak betul mengikut aturan keutamaan tugas yang mendesak sekarang ini..!!!


Barua pengkhianat, empty dan macai pemakan dedak buat apa??? 

UMNO nak perjuangkan apa sekarang ni? nak cakap apa dengan ahli dan rakyat berkaitan hal yang berlaku sekarang ini? Rakyat pun meluat dengan kepelbagaian cara dan kaedah kerajaan sekarang ni. Dulu ok sekarang tak ok..! Dulu tak ok sekarang ok..! Tak tahu lobang depan ke belakang. Semuanya dia orang balun..!

Penjilat dan yang sekutu jahat dengannya takde masaalah sebab mereka kenyang. Sebab tu mereka boleh terus relax sambil buat kerja utama mereka sejak kerajaan dwi lobang ni tertubuh..!    

Buat apa lagi? Goyang telur la..!

Lu Fikir La Sendiri..!

Jumaat, 23 Disember 2022

Hubaya Hubaya..!


Dalam agama kita di tuntut untuk bersangka baik, tapi jika berdepan dengan puak pemakan dedak yang siap sedia menjilat si barua pengkhianat pasti siapa jua akan segera terpancut dek kerana koloman yang tidak di sangka sangka..!

Contohnya..

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, kebijaksanaan serta kualiti kepimpinan yang dipamerkan oleh Ahmad Zahid Hamidi itu seharusnya dihargai dan diraikan oleh ahli-ahli UMNO memandangkan negara sedang melalui fasa pemulihan ekonomi.

“Gandingan dan semangat sepasukan ini bakal melahirkan dasar dan tatakelola yang baik serta program reformasi yang akan mengembalikan keyakinan pelabur dan rakyat.-sumber.

Kalau di ukur tahap jilatan pendewaan kenyataan di atas tu tentu ianya lebih baik dari telur ayam gred A tempatan yang sekarang ini menjadi isu utama rakyat kerana harga telur ayam import gred C yang tentunya lebih kecil size nya namun di dapati lebih mahal harganya dari telur ayam tempatan gred A.

TELUR ayam yang diimport dari India dijual pada harga 50 sen sebiji, lebih mahal daripada telur Gred A, walaupun saiznya lebih kecil daripada Gred C tempatan.

Pada masa ini, telur Gred C tempatan dijual pada harga 41 sen sebiji, manakala Gred A pula adalah 45 sen sebiji. - sumber.

Tapi isu telur (isu awam) tentu lah bukan isu penting berbanding isu jilatan para macai@pemakan dedak  yang mahukan perhatian para barua pengkhianat empty kerana kepentingan peribadi yang pastinya perlu di penuhi..! Kepentingan parti? Itu biar tuhan politik mereka yang memikir dan menentukan di mana lagi nak di gadai harga diri..! Jadi lah jasad tanpa roh..! Parti tanpa perjuangan sejati..!

Dek kerana terpancut dengan jilatan para macai, itu yang pengkhianat nak jadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jadi kekal, kalau dah kekal mana datang sementara nya? 

Kerajaan bercadang untuk membina pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang bersifat kekal sebagai persediaan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di kawasan ‘hotspot’ dan kerap berlaku bencana tersebut.  -sumber

Kenyataan tu tak salah, tapi seharusnya kerajaan perlu lah menyelesaikan masaalah banjir yang membelenggu sesuatu kawasan dengan langkah segera, sederhana dan langkah jangka panjang. Barangkali kolam takungan perlu di bina segera atau saliran parit dan sungai juga perlu di lebar dan di dalamkan di samping kerajaan perlu segera mengatasi masaalah tebatan banjir dalam skala yang lebih besar dan menyeluruh.

Bukan membina 'masaalah' baru yang tidak langsung menyelesaikan masaalah hakiki. Rakyat perlukan pembelaan, taraf hidup rakyat perlu dibela dan dipelihara. Penyelesaian yang konkrit yang mampu menyelesaikan penderitaan rakyat akibat bah atau banjir. Bukannya sekadar bersedia untuk memindah dan menghantar rakyat duduk di pusat banjir yang baru kerana tidak mahu sekolah digunakan..! Itu yahudi mabuk pun boleh pikir.

Tapi dek kerana asyik dengan jilatan, makanya asal ada bunyi bila di suakan soalan.

Setakat semalam ringgit terus merosot untuk 5 hari berturut turut..apa langkah yang Aljub, Rafizi dan pengkhianat nak buat? Menukar kementerian wilayah jadi Jabatan tentu mengundang pelbagai implikasi pentadbiran, undang undang serta kuasa pasti menarik untuk di kupas selepas ini. Soalnya apa keperluannya? dan apakah ada pihak yang mendapat 'untung' dengan turunnya taraf Kementerian WP kepada Jabatan tu? Apa untungnya? Siapa yang untung?

Kalau setakat tak buat majlis besar besar..batalkan sambutan tahun baru, itu semua tak menambah duit dalam poket rakyat. Tak menambah beras dan keperluan rakyat yang memerlukan sekarang ini.

Buat kecil kecilan, tak sambut beramai ramai tetap boleh sambut sendiri sendiri dan dalam tempat tertutup kan?

Nak kena bagi password tak? Sepol masih ingat kata laluan? sebab rakyat masih ingat cerita Sepol dan karipap nya.

Sebenarnya boleh di hidu bahaya permainan mengurus kuasa yang sedang rancak di laksanakan kini. Tentu semua yang berlaku telah dan sedang di rancang dengan rapi dan teliti. Soalnya dayung di tangan siapa sekarang ini? Apakah kepentingan ramai tetap terpelihara? Atau memang ada agenda untuk bermaharajalela?

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!