Rabu, 8 Mac 2023

Ini Semua Salah DAP...!

 


Selepas apa yang berlaku di dalam UMNO sekarang ini, tentunya puak harami barua pengkhianat tidak perlu gusar resah dan gelisah dengan kemunculan surat di atas, banyak hujah para macai semenjak pagi tadi yang akan cuba meresap dan tentunya bakal di imani oleh para kuda belang di bawah.

Jika benar kepimpinan UMNO masih waras tentunya usul di PAU lalu tidak akan di benarkan jauh sekali luluskan. Ramai yang berteka teki apakah sudah tiada cendiakawan mahu pun cerdik pandai di dalam pentadbiran pusat UMNO? Atau pun setidaknya apakah masih ada lagi saki baki pejuang Agama, Bangsa dan Negara di dalam UMNO yang masih sanggup berjuang? atau kini parti tertua orang Melayu dalam negara ini sudah di miliki oleh samseng kampung dusun yang hanya tahu mempertahankan ketua dan puak mereka sahaja?

Kalau sebelum ini di jaja bahawa pembangkang akan menguburkan UMNO, namun surat di atas jelas membuktikan bahawa para samseng pemilik UMNO lah sebenarnya sekarang ini yang benar benar berusaha untuk mengharamkan UMNO. Mereka bukan sahaja merosak dan menjahanamkan parti malah tidak segan silu melutut di kaki PKR untuk menyelamatkan tengkuk dan leher ketua samseng mereka.


Itu sebab takde satu pun mereka yang mendakwa pemimpin UMNO berani menempelak Rafizi dan kerajaan dalam membendung kenaikan harga barang serta masaalah kewangan yang membelit rakyat sekarang ini. 

Sebab? Lu Fikir La Sendiri..!