Ahad, 15 Mei 2022

Perhimpunan Agung UMNO Khas..!

 


Mengubah atau tidak stigma penerimaan rakyat?

Menarik kembali sokongan pejuang tulen parti yang berdiam diri akibat tercalar dan tercabar dengan sikap segelintir pemimpin selama ini?

Terubat ke sakit parti selama ini? Menjaga parti atau kroni?

Lu Fikir La Sendiri..!

7 ulasan:

  1. Rata-rata rakyat negara ini tertanya-tanya kenapa seolah-olah mereka yang terlibat dengan 1MDB ini seperti mendapat ‘reward‘ jawatan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional?

    Keterangan saksi mengaku menerima habuan daripada Jho Low, wujud tanda tangan palsu yang tidak didedahkan SPRM, malah terbukti bahawa keluarga Gabenor Bank Negara terlibat dengan Jho Low

    Sebelum ini Roger Ng yang dikaitkan dan dituduh terlibat bersama Tim Leissner mengakui akan menunjukkan bukti bahawa bekas Perdana Menteri keenam Dato Sri Mohd Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dengan skandal 1MDB.

    Malangnya apabila dokumen yang diminta oleh pihak peguam bela Najib tidak dibenarkan oleh DOJ Amerika Syarikat, maka pelbagai dokumen sulit dan penting yang boleh menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tidak terlibat tidak dapat diperolehi.

    Pendedahan polis Singapura bahawa akaun melibatkan suami dan anak Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dibekukan dan ia terbukti benar apabila ada dokumen pengakuan mengenai perkara tersebut daripada peguam mereka.

    Malangnya akaun Zeti di Malaysia tidak pula dibekukan atau dilayan seperti Najib, di mana kediaman beliau dan anaknya diserbu pihak berkuasa. Lebih teruk rumah arwah ibunya Tun Rahah juga diserbu polis

    Atas logik yang sama rumah ibubapa Zeti dan ahli keluarganya wajar diserbu kerana jawatan Gabenor Bank Negara.

    Persepsi buruk terhadap Hakim Nazlan yang hadir sebagai General Counsel bagi Maybank ketika itu wajar dijelaskan secara tuntas.

    Pada pendapat mereka mungkin dengan cara Najib dipenjarakan maka mereka akan dapat melepaskan diri.

    Ohh perkara ini pasti tidak terjadi di PRU 15 akan datang kali ini. Inilah masanya rakyat bangun dan melingkupkan semua kartel mafia yang menguasai negara 22 tahun 22 bulan ini di 'wipeout' secara total..!!

    Lingkupkan Boboi maka melingkuplah kepala kartel mafia dan kuncu kuncu mafia ini..!!

    BalasPadam
  2. Bila ultra bertukar jadi Barua DAP@Lee Kwan Yew.

    Pentadbiran kerajaan PH dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

    Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.

    "Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?" soal baginda dalam satu kenyataan pada tahun lalu.

    Laluan PrjWang di PRU 15 ama sukar kali ini. Pastikan boboi lingkup dan dilingkupkan sama sekali kali ini. Tamatkan terus riwayat legasi penipu fitnah jijik ini selama lama nya.

    Lingkupkan Boboi bermakna lingkupkan Marina Gereja yang pejuang COMANGO murtad..!!

    BalasPadam
  3. 10 Projek Mega Mahathir Gagal, Kerajaan ‘Bail-Out’. Setelah bailout dan rompak.

    Masa projek dimulakan anak cucu dan kroni dah rompak projek melalui runding terus. Setelah projek tamat syarikat rugi dan cipta alasan.

    Dah cipta alasan 'bailout' dilakukan. Bailout duit kerajaan maka kroni dan anak cucu mula rompakan di siang hari. Cipta alasan rugi dan mohon dibailout lagi. Sudah bailout rompak lagi.. begitulah seterusnya.

    Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out oleh Mahathir melibatkan syarikat kroni beliau.

    1. LRT Putra-Kelana Jaya
    Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998. Bankrap dan bail-out nilai RM5.3 bilion.

    2. LRT2 (Star-Ampang)
    Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.

    LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

    3. KL Monorail
    Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion.

    4. Bas Intrakota
    Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

    5. Skandal Perwaja Steel
    Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries. Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion

    6. Skandal Bank Bumi
    Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit

    7. Empangan Bakun
    Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti

    8. Proton
    Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor

    9. Forex
    Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990-an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab. Langsung tak bunyi.

    10. Malaysia Airlines (MAS)
    Pada era 1990-an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50)

    Ada projek yg diselamatkan(bailout) oleh kerajaan setelah dibailout maka rompakan disiang hari kroni dan anak cucu dilakukan semula.

    Bailout dan rompak lagi.. bailout dan rompak lagi... Bailout dan rompak lagi dan Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampos.. eeh itu dailog cite P Ramlee laa..!!

    BalasPadam
  4. Setelah berdiam diri sekian lama, kerana takut menjawap isu Zeti dan Nazlan, kini mulut tun berbunyi kembali , macam kentut tak lepas.. bunyi tiada bau ke main tengik macam telo tembelang pecah..!!

    Dalam cubaan mengalihkan perhatian dari isu hakim lantikan nya Nazlan Ghazali yang sudah disiasat Polis dan tsedang di siasat SPRM dan terdapat sejumlah wang tidak diketahui sumber, Mahathir Kembali cuba menarik rakyat tumpu Kembali kepada Najib Razak.

    Dalam kenyataan terbaru Mahathir mahu harta Najib tidak dikembalikan semula sehingga diketahui sumbernya.

    Jika rakyat sangka Kerajaan Mahathir tahu sumber nya tentu mereka sudah buka kes berkenaan nya.

    Pada kes Nazlan dan Zeti , tidak pula Mahathir ingin tahu dari mana pula Zeti dan suami mendapati RM700 juta.

    Begitu juga dengan kes Nazlan, dari mana datang nya RM1 juta dalam akaun nya?

    Sebagai seorang pejuang rasuah selektif (mungkin diserang penyakit mudah lupa berpilih) dan pejuang rasuah retorik berpilih begitu lah tabiat Mahathir.

    Sampai bila Tun nak perbodohkan rakyat, kita semua pun tidak tahu. Walaun Tun saja yang terkinja kinja riang bergumbira tapi rakyat dah naik meluat dengan gelagat si renta ini.

    BalasPadam
  5. Sultan Ibrahim kesal seolah olah negeri Johor tidak bermaruah dibawah kuasa Tun

    Awas..!!

    Pemimpin Acah acah power Melayu Islamik bergema kembali..

    Alasan kononnya tak sempat nak tolong orang Melayu masa PH berkuasa.

    Sultan Ibrahim sangat kesal mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting dengan menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan PH dikuasai Tun Mahathir pada waktu itu?"

    Sempat pula beri Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew dengan senyum bodoh tak tau malu jadi barua DAP@LeeKwanYee.

    Jho Low yg lesap tepuk tangan sambil ketawa bersama kaum Lee Kwan Yew di Singapura dan Malaysia saksikan barua acah acah Melayu islamik mereka bercakaran sesama kaum Melayu. Sambil tepuk tangan melihat betapa mudah nya pemimpin ini dibatu api kan dan bodoh bangang oleh sekor Jho Low..!!

    Kalau Putin berkuasa di Malaysia dah lama Singapura bertukar menjadi lautan luas..!!

    Boleh pulak potong segala bantuan pada peneroka, penoreh dan petani. Boleh pulak pujuk jangan iri hati pada orang kaya dan orang miskin kena ikat perut.

    Apabila Mahathir berkuasa tiada agenda Melayu atau rakyat , melainkan agenda mahu alih projek, aset , tender , bailout kepada kroni, itu sahaja.

    Kekalahan teruk jenama Mahathir di Tanjung Piai di mana dia tewas kepada komponen Barisan nasional dengan majoriti hampir 15,000.

    Maka , elok sangat Mahathir muhasabah diri, dan tumpu kepada parti sendiri yang syok sendiri dengan slogan anti rasuah palsu nya , PEJUANG sebagai konon anti rasuah dan mahu benteras rasuah tidak buat desakan Zeti Akhtar dan Nazlan didakwa kerana terima sogok kan.

    PRN Johor parti PEJUANG Mahathir telah kehilangan deposit 100% pada semua empat puluh kerusi DUN yang ditandingi nya.

    Kebencian rakyat bukan sekadar retorik atau bualan kosong, ia telah diterjemahkan secara zahir pada tujuh PRK terakhir yang diadakan dan tiga PRN terkini.

    Itu lah yang sepatut Mahathir tumpukan dan bukan menyibuk hal ehwal kehendak jutaan ahli UMNO akar umbi.

    Elok Tun jaga boboi ketat ketat... usaha melingkupkan Boboi bukan acah acah nak geli geli kali ini. Ini kalilah kasi legacy haramjadah ini di lenyap kan selama lama dari politik negara.

    Malah melingkupkan Boboi dan Marina Gereja sekaligus jadi agenda dan keutamaan rakyat buat masa ini. Mahathir sebalik nya perlu risau kenapa dirinya sangat dibenci oleh rakyat.

    Lepas ini mana mana pemimpin yang mesra Singapura@LeeKwanYew wajib dicurigai dan diawasi potensi jadi barua DAP@ LeeKwan Yew melalui proksi atau bangsa Lee Kwan Yew di negara ini.

    Pada Tun rakyat sudah sangat meluat...

    BalasPadam
  6. Kerja Tun dan kartel mafia ialah ' Bailout dan Rompak' maka diulang 'Bailout dan Rompak lagi' dan begitulah seterusnya.!!

    Isu ‘bailout’ yang terbangkit berkenaan Sapura Energy misal nya. , sebaik sahaja selepas berdebat, baru lah rakyat menyedari bahawa kerajaan pimpinan Mahathir yang mengalihkan wang rakyat di PNB kepada Sapura Energy melalui barua Tun iaitu Zety Aziz sebagai Pengerusi PNB ketika itu.

    Kisah wang PNB milik pelabur diletak kan kepada syarikat anak Mahathir di Sapura Energy , dan setelah di labur wang itu, anak Mahathir mencampak kan saham Sapura Energy.

    Maka , “pattern” dimana ada Zeti , di situ lah wang akan beralih keluar. Pattern seterusnya 'bailout dan rompak' dan 'bailout dan rompak lagi'..!!

    Zeti pula kebetulan sentiasa ada -pada setiap skandal membabitkan kerajaan Tun Mahathir.

    Syarikat dibawah beban individu kini ia menjadi beban kesemua pemegang saham ASB kerana ia sudah menjadi milik GLC atas sebab bailout yang dibuat oleh kerajaan rejim Mahathir pergunakan wang pencarum RM2.8 bilion.

    Strategi Bossku kaut nama Petronas sangat menjadi dlm isu debat itu dengan perguna wang PETRONAS terus maka Mahathir lansung bisu tidak berani bersuara , kerana dia miliki rekod pergunakan wang PETRONAS umpama milik keluarga Ketika menjadi Perdana Menteri.

    Mahathir pernah perguna wang PETRONAS Ketika membuat ‘bailout’ syarikat Konsortium Perkapalan anak nya Mirzan .

    Mahathir juga perguna wang PETRONAS untuk perkayakan kroni nya Ananda Krishnan dengan mengarahkan PETRONAS membeli tanah dari Ananda untuk membina KLCC sedangkan jika Mahathir tidak bermuslihat, PETRONAS yang sepatut membeli terus tanah itu dari pemilik asal dan bukan dari Ananda.

    Kerja merompak dan bailout ini dah berakar umbi selama 22 tahun dan dilanjutkan 22 bulan lagi semasa PH berkuasa.

    Maka helok sangat PRU 15 menjelang tiba kita rakyat marhaen tamat kan kegiatan merompak di siang hari ini dengan melingkupkan boboi dan marina gereja serta semua kartel mafia ini.

    Ini kali lah..!!

    BalasPadam
  7. Kecoh kepoh pasal gambau bossku bersama dng keluarga komposor tuhh... klu dah nikah ka whats the problem.. dia mampu no hal..

    yg ko orang sibuk sibuk what the hell broo..!?apo masalah ko orang sumo nih..!?

    Gambau tu okeey jer.. tak 'blur' pun dan terang lagi bersuluh pun

    Gambau sambut ari jadi kot... bukan video mat blur sampai sekarang atok diam bangang bisu macam gampang haram jadah.. mintak SKMM siasat lah..

    Yg mat blur video tu sampai ke sudah MAWIP, JAIS, SKMM PDRM SPRM LHDH Majlis Peguam AG Bah Narkotik Negara Pejabat Hutan Pejabat Nelayan Pejabat Peneroka Pejabat Rukun Tetangga MARA RISDA FELCRA RELA SPR dan macam pejabat agensi lagi... suma diam bangang pasal gambar 'mat blur' walau partner mat blur dah buat sumpah laknat lagi

    lahanat belako semuo...

    haahhh topokkk...!!

    BalasPadam