Apa dah jadi kepada tawaran tender radar di Mindef???
Menurut yang ampunya cerita, banyak kepincangan yang berlaku dalam urusan pemilihan tender ini dilakukan. Aduan demi aduan yang dibuat pun tidak diendahkan oleh pihak yang terbabit dan lebih mengejutkan apabila keputusan pemilihan projek tender tersebut di buat secara LUAR SIDANG ( EDARAN )? Apa tu?
Bila diajukan soalan berkaitan perkataan luar sidang atau edaran ni kepada rakan rakan penjawat awam bukan semuanya boleh menjawab serta mengetahui apa kah proses luar sidang atau edaran ini. Ianya asing dan amat jarang di laksanakan dalam menentukan keputusan sesuatu tender bagi di luluskan. Lebih lagi kata yang ampunya cerita tender yang berkaitan dengan tender antarabangsa dan mempunyai kepentingan keselamatan negara. Bagaimana ianya tidak dibincangkan dalam jawatankuasa tender?
Baca sedikit ulasan di bawah ni..
KEPINCANGAN PELAKSANAAN PENILAIAN FIZIKAL DI DALAM TENDER ANTARABANGSA BERTAJUK ‘FOR THE SUPPLY, DELIVERY, TESTING AND COMMISSIONING OF ONE (1) UNIT OF 3D AIR DEFENCE LONG RANGE RADAR (LRR) COMPLETE WITH ANCILLARY EQUIPMENT, LRR ASSOCIATED SUPPORT AND DESIGN&BUILD OF INFRASTRUCTURES TO THE ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE(RMAF) AND THE GOVERNMENT OF MALAYSIA’ (KP/PERO3B/T172/2021/DE).
Tapi ianya berlaku..! Zaman kerajaan anal ni hujan boleh naik ke langit..! yang tak pernah di buat pun sekarang boleh di buat. Soalnya siapa dalang di kalangan mereka yang memegang tampuk kuasa bagi meluluskan tender tersebut?
5. Ketika di Madrid, pihak OEM telah menyediakan sebuah radar model LTR-25 yang berstatus ‘PRODUCTION’. Radar ini adalah sebuah radar yang belum dihantar ke sebuah negara di Eropah. Langkah ini diambil demi memastikan pihak TUDM dapat mengujinilai radar yang sebenar (‘ACTUAL’) dan bukan PROTOTAIP ATAU SET DEMO. Radar model LTR-25 ini adalah radar yang ditawarkan di dalam kertas cadagan pihak OEM kepada Kementerian Pertahanan di dalam tender di atas. Sila lihak lempiran A untuk visual radar tersebut
6. Sekembalinya dari Madrid, pihak kami diberitahu oleh ketua tim projek bahawa, ketika penilain fizikal penender lain yang di adakan di Paris, radar pertama yang diujinilai di sana BUKANLAH radar yang berstatus ‘production,’ radar tersebut adalah sebuah radar versi lama yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf kepada model yang ditawarkan di dalam dokumen tender mereka. Di dalam terma kejuteraan radar yang diujinilai itu sebenarnya adalah sebuah radar PROTOTAIP. Kami juga dimaklumkan radar prototaip itu tidak dapat diujinilai sepenuhnya kerana lokasi radar tersebut adalah berdekatan dengan kota Paris, oleh sebab itu jika radar itu dihidupkan sepenunnya, ia akan menghasilkan interferen dengan sistem radio, satelit atau radar yang berdekatan.
7. Oleh kerana radar pertama yang diujinilai itu adalah radar prototaip, radar kedua yang diujinilai pula ialah sebuah radar yang dibuat khas untuk kegunaan ‘French Air Force’ dan wakil TUDM dimaklumkan bahwa ini bukanlah radar yang ditawarkan kepada mereka kerana radar itu dibuat khas untuk kegunaan ‘French Air Force’ sahaja. Tidak hairan jika radar ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti jarak pengesanan dan lain-lain keistimewaan teknikal.
8. Terdapat kemusykilan yang nyata mengapa laporan penilaian fizikal sebegini boleh diterima-pakai? Terdapat tiga penemuan fakta di dalam senario ini, pertama adakah ujinilai ini sah di kacamata rakyat Malaysia, khususnya yang mahir di dalam kejuteraan? Fakta kedua ialah, interferen yang pihak kami bangkitkan di dalam aduan-aduan kami sememangnya sahih kerana radar prototaip ini tidak hidupkan sepenuhnya (fully powered up) untuk mengelakan inteferen yang akan menggangu sistem-sistem eletronik yang berdekatan. Yang ketiga, mengapa menguji nilai suatu radar yang tidak akan diterima?
9. Rumusannya kedua-dua radar yang diuji nilai di Paris adalah BUKAN radar yang ditawarkan didalam dokumen tender. Oleh itu, di manakah logiknya data dan laporan yang diterima?
Guan Eng marah atau acah acah marah pasal OPR naik... Possible marah bebeno tu ado Le sbb orang orang kaya mata sepet ni suka pinjam bank...
BalasPadamRaja Formula Rafizi pulak kato sokong tindakan Bank Negaro.. ni acah acah pandai formula atau mme Dio sorang yang bangang
Sesama duduk dlm kerajaan pun tak sehalua
Bang Non pulak lansung tak bunyi..
Kikikiki
Kah kah kah
BalasPadamPadan muka pembenci DSAI
Aik dah ikut cara fitnah walaun plak.
BalasPadamKuat betul pengaruh Pas masuk dlm otak penyokong bekas umno.
Lapor le bhaiiiiii klau ada t....
Nak dengar masuk astro nie